Sabtu, 25 Julai 2009

APAKAH BENAR INI YANG TERJADI?

Angah mengaku yang angah juga salah seorang peminat Michael Jackson,sedikit sebanyak ambil tahu juga perkembangan beliau semasa hayatnya dan simpati juga bila tekanan yang beliau hadapi dalam kes dengan kanak-kanak,tapi bila dikhabarkan beliau telah memeluk islam bangga sungguh angah dahulu tapi tidaklah taksub sangat,dan tengelam timbul berita beliau dalam akhbar sedikit sebanyak membuatkan kita secara tak langsung melupakan beliau dan tumpuan angah kebelakangan ini tertumpu dalam negara dalam suasana politik kekampungan dan perkauman dan bila gempar mengatakan yang M.J telah meninggal maka secara terkejutnya mengembalikan ingatan kepada beliau dan banyak lah khabar angin yang bertiup mengatakan itu dan ini yang menyebabkan kematiannya dan hari ini bila angah terbaca dalam blog Ajijoi rasanya memeranjatkan semua orang dan angah terasa ingin mengkopi dan menempel cerita ini untuk timbang tara:

ATURDAY, JULY 25, 2009

Michael Jackson dibunuh untuk sekat Islam berkembang


Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain


Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com

Khamis, 23 Julai 2009

ADAKAH MALAYSIA BAKAL MENJADI NEGARA DIKTATOR?

Malaysia boleh semuanya malah kini nampaknya negara bakal menjadikan kuasa kuku besi menjadi teras memerintah dan pemerintah dan inilah yang sedang berlaku dan hampir berlaku dimana semua jentera yang dikuasai oleh mereka yang sememangnya bermasalah serta sengaja ditempatkan mereka-mereka ini oleh pihak atasan kerajaan untuk memudahkan kerja -kerja menjayakan negara diperintah secara diktator tanpa menampakkan kuasa kuku besi pihak atasan.Rakyat boleh melihat dan sekarang pun rakyat semakin sedar bila kerajaan yang sedia ada yang telah memerintah 50 tahun lebih sudah jauh terpesong malah menjadikan pemimpin pembangkang alat serta konspirasi untuk menjatuhkan dan secara tidak langsung membolehkan kerajaan sekarang dapat dikekalkan selama mungkin.

Lihat sahaja bila semua jentera dan badan-badan berkanun yang telah disalah gunakan malah sistem kehakiman juga telah hancur luluh dan senang dimain-maiankan oleh mereka yang takut ketahuan penipuan mereka serta kerja jahat mereka selama ini,malah ada juga bangkai hidup yang boleh dibeli semata-mata menjadi lembu ditarik hidungnya,sanggup bersumpah dan menfitnah pemimpin tertentu kerana tamak dan sanggup melakukan apa jua untuk pemimpin tertentu berkuasa,apa kah rakyat negara ini bisa dibohongkan sewenang-wenangnya dan angah percaya ahli UBN sahaja yang bisa tertipu mainan pemimpin mereka bukan lagi rakyat yang mula menyokong PR.

Adakah negara bakal menjadi kuasa diktator baru?bayangkan dengan berkapasitikan penduduk seramai 28 juta orang rakyat pun tak terjaga maka pemimpin seumpama ini bercita-cita dan berkepala besar menafikan siapa sebenarnya yang memberi kuasa itu kepada mereka selama ini dan inilah satu contoh buat rakyat bila mana kuasa yang diberi haruslah tidak perlu lama dan kerajaan yang ada seharusnya ditukar ganti agat adanya timbang tara antara parti politik serta kerajaan yang dipilih,tapi bila kuasa wang telah digunakan malah kuasa itu juga boleh membeli orang untuk melakukan apa juga perbuatan maka tak heranlah nanti negara Malaysia yang kononnya negara Demokrasi bakal berubah menjadi kuasa kuku besi dan sekiranya ini terjadi kesal pun tiada gunanya kerana mungkin itulah peninggalan generasi masa itu untuk generasi akan datang hadapinya. . . . . . . . .

AKHIRNYA DAPAT JUGA INFO INI

  • Alhamdulilah dapat juga angah info yang dicari dalam 4-5 hari lalu berkenaan debat serta hujah antara Dr.Mujahid dengan Khairi yang sepatutnya tapi ditukar masa -masa terakhir yang kononya mengatakan Khairi pergi berkempen di Manek Urai,apa pun tak perlu lah angah menulis panjang sebab sekadar lah menkopi dan menempel dari blog Kopitiam Bang Nan untuk menjadi ingatan buat blog angah,mari layan cerita yang tak keluar dalam mana-mana akhbar maupun akhbar PR,
Apabila saya berdebat dengan Umno
Oleh Dr Mujahid Yusof Rawa

Beberapa bulan selepas kemenangan PR, kedengaran Umno begitu berminat untuk berbincang dengan PAS. Orang-orang Umno lebih lunak dalam serangan politiknya kepada PAS berbanding dengan rakan-rakan PR yang lain dari DAP dan PKR. PKR Umno “belasah” dengan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tak habis-habis manakala DAP mereka serang dengan serangan berbau “perkauman” supaya orang Melayu terus kekal benci kepada parti “chauvinist” Cina itu.

Saya perasan Umno tidak sangat “hentam” PAS, kalau adapun kepada peribadi Datuk Nik Aziz Nik Mat. Bila isu Kerajaan Perpaduan dimainkan, tiba-tiba beberapa nama pemimpin PAS jadi “harum” manakala nama Nik Aziz terus menjadi sasaran kecaman demi kecaman. Itu senario hubungan PAS-Umno yang pelik. Kini Umno bercakap tentang perpaduan Islam-Melayu dan peliknya ialah perpaduan itu hanya dengan PAS.

Bila Datuk Seri Presiden PAS menegaskan bahawa perpaduan mesti dibawa bersama rakan-rakan dari Pakatan, Umno kata “no” … hanya dengan PAS. Itulah yang saya katakan pelik dan saya mengandaikan ia bukan usaha perpaduan tetapi usaha memecahkan perpaduan dalam PR.

Saya kaitkan cerita di atas dengan Umno di Pulau Pinang yang lebih “tebal” Melayunya, mungkin kerana Melayu adalah minoriti di Pulau Pinang. Umno di Pulau Pinang tak ketinggalan nak ambil kesempatan ini untuk “mengurat” PAS di Pulau Pinang untuk bincang masalah Melayu Pulau Pinang secara khusus dan isu perpaduan secara umum.

Satu hari semasa saya bertemu Abang Non, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bayan Baru di mana saya adalah YDPnya terpacul soalan dengan penuh semangat tentang cerita Umno Bayan Baru nak jumpa dengan PAS, Abang Non kata dengan pelek bahasa Tanjong yang pekat “… depa habaq mai kata nak bincang dengan kita, saya kata nanti sat kami bincang, YB Mujahid tak dak masalah mesti dia bersedia nak jumpa dengan hangpa… bolehka ustaz?”

Abang Non yang saya kenal memang semangat orangnya, kalau cakap jangan duduk dekat kerana tangan dan kepalanya bergerak merata. Saya mengangguk setuju seraya berkata: “Tak dak masalah eehh, kalau nak bincang PAS memang bersedia tapi bukan pi nak serahh tengkok!” Usaha PAS dan Umno Bayan Baru habis di situ aja kerana tidak ada perkembangan selanjutnya.

Lain pula apabila saya berjumpa dengan Raja Munir Shah, seorang tokoh muda Umno Tanjung yang memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Umno Tanjung, dia begitu bersemangat bercakap tentang perlunya PAS Pulalu Pinang dengan Umno Pulau Pinang berbincang dalam senario politik baru. Saya bertemu dengannya di program menyambut Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan anjuran USM, khusus tentang kebudayaan Islam dan Melayu di Pulau Pinang. Saya dijemput sebagai salah seorang ahli panel bersama dengan Umno dan tokoh akademik Prof Muhammad Salleh seorang Sasterawan Negara. Majlis dirasmikan oleh YB Danny Law sebagai exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam majlis itu saya sempat mengutarakan persoalan budaya Melayu dan Islam yang dilihat tidak diberi tumpuan khususnsya bangunan bersejarah dan masjid Acheh yang terpinggir dalam pamplet-pamplet mempromosikan Pulau Pinang serta akses jalan yang tidak dipermudahkan untuk sampai ke sana seolah-olah terperosot.

Lepas majlis saya bersembang dengan Raja Munir dan dia terus mencadangkan sesuatu perlu dibuat dalam konteks Pulau Pinang antara PAS dengan Umno. Saya bersetuju secara asas, isu ini dibincang dalam suasana ketamadunan dan rasional bukan sentimen dan dasar perkauman.

Hasil dari pertemuan itu, dua bulan sudah saya menerima jemputan dari Umno Tanjung untuk diadakan Wacana Ilmiyah dengan tajuk besarnya ialah Perpaduan Ummah. Dalam surat yang saya terima saya difahamkan Umno akan diwakili oleh Ketua Pemudanya Khairy Jamaludin dan Shahbudin Yahya, ADUN Permatang Berangan dari Umno Pulau Pinang, manakala moderatornya adalah Dr Suhaimi dari USM. Saya menerima jemputan itu dengan sikap terbuka, lagipun bukankah satu aspek ketamudunan itu ialah berwacana, berdebat dan berdiskusi walaupun dengan pandangan yang berbeza? Selagimana kita jelas dasar dan halatuju serta sedar masalah yang berlaku, saya tidak perlu takut untuk berdepan dengan pihak yang selama ini mempertikaikan saya. Atas dasar itu saya bersetuju untuk hadir “wacana ilmiyah” pada 11 Julai, pukul 2.30 petang di Kompleks Penyayang, Pulau Pinang.

Tiba hari itu saya disambut dengan mesra oleh penganjur iaitu Umno Tanjung, malah hampir kesemua yang saya temui adalah rakan atau kenalan dan sebahagian besarnya mengenali saya kerana Pak Yusof Rawa. Itulah uniknya orang Melayu Pulau Pinang mungkin kerana mereka minoriti mereka tidak sangat dipisahkan dengan “political divide” mereka lebih berminat untuk memikirkan survival Melayu Pulau Pinang di mana semua PAS dan Umno bersetuju secara dasarnya masalah ini perlu ditangani bersama. Dengan sebab itu juga Pak Yusof Rawa walaupun tokoh PAS, tetapi disanjungi sebagai orang Melayu Pulau Pinang yang berjaya dan prihatin kepada nasib orang Melayu Pulau Pinang. Saya menumpang keadaan itu, sebab itu pada awal lagi saya sudah tahu parameter saya dalam berwacana nanti.

Saya juga tahu masalah Melayu Pulau Pinang yang saya kuasai sejak dulu lagi kerana saya anak jati Pulau Mutiara cuma saya bukan anak mami saja, anak keturunan Rao atau Rawa yang merantau sejak Tok Wan saya, saya generasi ke 3, perantau dari Rawa, Sumatra. Orang PAS pun ramai yang datang, tetapi masing-masing seperti saya kenal mengenali antara satu sama lain, walaupun janggal untuk berada dalam dewan yang penuh dengan bendera Umno, tapi orang PAS tak kisah, mereka nak dengar apa pemmpin mereka akan kata dalam wacana ini. Lalu saya diperkenalkan dengan ustaz Affendi Mohd Yusof, Exco Pemuda Umno, Pengerusi Biro Agama, anak muda yang berpendidikan agama dari Jordan dengan pakaian tipical Pemuda Umno, songkok dan baju putih tangan pendek. Saya berpakaian batik merah dan kopiah putih kain keras (kupiah ustaz Fadhil), tipikal PAS dan suasana dewan berdebar kerana ini kali pertama PAS dengan Umno bersemuka, walaupun bukan pada tahap tinggi, tetapi cukup untuk “meletup” dengan isu-isu yang terpendam lama selama ini antara PAS dengan Umno. Oh ya, YB Khairy Jamaludin dan YB Shahabudin tidak hadir kerana berkempen di Manek Urai, itu menurut penganjur.

Tajuk “Kesatuan Ummah, retorik atau survival”, Raja Munir jadi moderator (takkan Dr Suhaimi yang sepatutnya moderator, pergi Manek Urai jugak…). Saya diberi pembicara yang pertama, lalu saya mulakan dengan ayat-ayat Al Quran yang menganjurkan perpaduan dan kesatuan, saya turut membawa buku-buku rujukan atas alasan tidak mahu tersasar tajuk dan bercakap atas hawa nafsu. Buku yang saya bawa, Unsur Kekuatan dalam Islam, Syed Sabiq, Mengapa Umat Islam DiLanda Perpecahan? Oleh Drs Munawwar Khalis, Min Fiqh Daulah oleh Qaradhawi dan dua buku Jameelah Abu Bakar tentang Melayu Pulau Pinang.

Alhamdulillah suasana pembentangan saya terkawal kerana disandarkan kepada ayat-ayat Al Quran dan petikan buku. Saya terlalu cermat dengan masa kerana menghormati majlis, maklumlah PAS dijemput, jadi saya terpaksa beradab dan berhati-hati. Lagipun saya mesti menunjukkan keterampilan kepimpinan PAS di hadapan orang Umno dan orang PAS sendiri.

Tiba giliran Ustaz Affendi yang pada 5 minit pertama sahaja menyetujui point-point saya, kemudian daripada itu semuanya menyerang peribadi dan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz seolah-olah dia berada di Manek Urai berkempen. Saya melihat orang Umno pun tercengang kerana ucapan berdalilkan Al Quran dan petikan buku dijawab dengan serangan-serangan kepada pemimpin tertinggi saya, Mursyidul Am PAS. Pengalaman di Kelantan dibawa dengan kata-kata sinis yang pedih ditujukan kepada PAS. Dalam hati saya, ini bukan ilmiyah, ini kempen politik yang layak untuk berhibur sahaja, kita sedang mencari jalan atau sekuang-kurangnya melihat masa depan, bukan membebel politik.

Ustaz Affendi juga turut menuduh PAS sudah ada unsur rasuah dalam pemilihannya! Semasa pembentangan Umno suasana jadi panas, kedengaran suara orang-orang PAS berbisik sesama mereka sambil menjeling marah kepada wakil Umno, tidak kurang wajah moderator dan Pengerusi Umno Tanjung, Datuk Ahmad Ibni Hajar menunjukkan ketidakselesaan sambil mencuri pandangan kepada saya untuk melihat reaksi saya. Saya senyum dan sesekali serius mencatit apa yang “dihemburkan” oleh ustaz kita.

Selesai ucapan saya diberi peluang untuk menjawab dan membuat penjelasan atas soalan apakah peranan kita sebagai orang bawahan menentukan masa depan kesatuan ummah selain orang pemimpin. Saya memulakan dengan melahirkan sikap kesal saya kepada apa yang diutarakan oleh wakil Umno dan meminta supaya kita fokus kepada tajuk dan saya secara sinis menyindir: “Kalau nak kempen simpan nanti di Manek Urai, bukan di sini, kami tak ada masalah permusuhan seperti yang disebut di Kelantan!’ sindiran saya mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin termasuk orang Umno.

Kedua saya tegaskan bahawa saya di sini bukan untuk membantai pemimpin Umno, tidak seperti wakil Umno yang membantai Tok Guru Nik Aziz yang menjadi pemimpin No. 1 PAS. Saya turut menyindir kepada ustaz kita, adalah tidak cerdik menuduh seseorang sedangkan dia tidak ada di hadapan melainkan ia dianggap fitnah untuk memburukkan keadaan! Sekali lagi tepukan dari para hadirin… tentang rasuah dalam PAS, saya menegaskan bahawa sebagai AJK PAS Pusat saya tidak tahu adanya aduan rasmi, yang ada ialah Ketua Dewan Ulamak PAS memberi peringatan kepada calon-calon bukan menuduh rasuah, tetapi yang pasti Ketua Pemuda Umno dan Ketua Menteri Melaka memang disabitkan kesalahannya kerana rasuah dalam pertandingan Umno baru-baru ini, seluruh dunia mengetahuinya! Kali ini tepukan lebih gemuruh.

Saya turut menyebut tentang apa yang Umno buat untuk orang Melayu di Pulau Pinang? Saya juga menegaskan saya Melayu, saya Islam tetapi saya mengidamkan Melayu yang bermoral dan Islam yang beramal dan saya mengidamkan parti saya adalah parti yang disegani kerana moralnya bukan parti yang terpalit dengan rasuah! Saya sekadar menjawab “serangan” yang dimulakan tetapi dalam nada yang penuh kawalan dan suara yang slumber, itu memberi kelebihan kepada saya untuk menguasai keadaan.

Saya turut menghulurkan tawaran untuk menjadikan isu Melayu Pulau Pinang dijadikan agenda penting Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan semua pihak harus menyokong usaha murni ini tanpa terikat dengan kepentingan parti masing-masing. Saya mencadangkan isu-isu segera ditangani bersama seperti isu kubur di Jelutung, Isu kampong Melayu di Tanjong Tokong di bawah UDA. Begitu juga isu sejarah orang Melayu di Pulau Pinang yang tidak disebut sebagai orang pertama yang sudah membuka dan meneroka tanah di Pulau, mereka hanya menyebut Francis Light sebagai orang yang membuka Pulau Pinang. Saya menegaskan ini perlu ditangani bersama oleh semua pihak dan saya menjaminkan bahawa PAS akan menegaskan kecelaruan sejarah ini. Sebenarnya isu ini memang sudah lama diperjuangkan di Pulau Pinang dan seperti suis lampu, apabila saya menyentuhnya tenggelamlah karut marut serangan ke atas PAS dalam ucapan wakil Umno tadi.

Semasa sesi soal jawab beratur peserta untuk ambil bahagian dari kedua belah pihak, anehnya dalam soal jawab itu orang Umno turut mempertikaikan peranan Umno selama ini di Pulau Pinang, malah untuk kepentingan Melayu dan Islam di Pinang Pinang mereka menyarankan supaya hari ini sebagai kerajaan biarlah orang Melayu di Pulau Pinang, Umno atau PAS berada di bawah pimpinan Dr Mujahid.

Datuk Ahmad Ibnu Hajar dan Raja Munir tersenyum termasuklah saya memandangkan wakil Umno yang berucap itu terlalu bersemangat mahukan kesatuan. Sesi soal jawab berakhir dengan ucapan sinikal, geli hati dan ada dari wakil Umno yang marah kepada penganjur kerana tidak meletakkan bendera PAS dalam dewan dan backdrop pentas sambil bertanya “macamana nak bersatu?” Panas dan menarik majlis sehingga saya membatalkan jamuan teh petang di rumah Gabenor pada pukul 5 petang sempena Hari Kelahiran Tun Dr Abbas Abdul Rahman. Majlis berakhir pukul 7 malam dan saya sempat jadi “selebriti” kejap apabila buku saya yang saya bawa bersama minta di tulis otograf saya, ramai yang membelinya dari Umno, tak kurang mencuri peluang bergambar dengan ahli panel dan saya sebagai orang PAS yang datang ke majlis Umno Tanjung.

Hari itu saya terlalu letih kerana setelah selesai wacana, saya bergegas untuk kuliah Maghrib di Masjid Hashim Yahya, Kampong Dodol dan kerana hujan lebat sejak petang Kampong Dodol, P. Ramlee dan Kampong Makam banjir. Setelah selesai kuliah saya turun melihat banjir dan dibawa oleh Pertahanan Awam untuk naik bot melihat dan meninjau banjir di Jalan P. Ramlee.

Hujan terus lebat sehingga basah kuyup dibuatnya. Isteri saya turut mengharungi banjir di Kampong Makam untuk melihat mangsa dan kedengaran bunyi suara: “kalau isteri pemimpin Umno, tak sudilah nak harung banjir jumpa orang kampong!” saya senyum, isteri saya lagilah senyum lebar. Malam itu saya berehat di rumah saya di Telok Kumbar. Saya betul-betul letih, hanfon saya tak henti SMS tetapi saya abaikan sahaja. Esoknya bangun untuk kuliah subuh di mesjid Gelugor, saya sempat melihat kebanyakan SMS mengucap tahniah tentang debat dengan Umno ada yang berbunyi: “Pemimpin PAS lebih jauh berpandangan dan mampu berhujah dengan nas dan bukti yang kuat, Umno dan PAS bagai langit dengan bumi”.

Itulah kisah pada 11 Julai. Pada 12 Julai selesai kuliah subuh di masjid Gelugor saya bersiap sedia pula untuk kuliah bulanan saya di Tabung Haji Bayan Lepas di mana beratus anak murid saya sedang menunggu untuk kuliah Sirah yang saya sudah mulakan sejak 3 tahun yang lalu. Sesungguhnya tugasan lebih besar daripada peruntukan masa yang ada… - Insider

Selasa, 21 Julai 2009

BUKANSEKADAR SULTAN PERAK MALAH KESEMUANYA

Angah tertarik tread dari blog che'gu Bard berkenaan komen beliau terhadap Sultan Perak malah sepatutnya ingatan serta kesedaran ini juga harus ditujukan kepad semua Sultan dalam negara ini,malah sejarah ini juga harus diingati dan dikenang oleh semua masyarakat serta kerabat diraja supaya mereka sedar dan ingat siapakah yang sebenarnya memperbodohkan raja-raja dan angah sekadar ingin mengkopi serta menempel thread ini dalam blog angah sebagai ingatan dan oleh-oleh,apa-apa pun inilah artikel yang angah ambil dari blog che'gu Bard:

TUESDAY, JULY 21, 2009

DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak harus berhenti bernostalgia.

Hari ini sekali lagi DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah, bertitah menyentuh mengenai hak Raja - Raja Melayu dan Perlembagaan Negara.

(sila klik sini untuk membaca lanjut)

Di kesempatan ini che'GuBard ingin merafak sembah memohon agar ke bawah Tuanku berhenti terlalu bernostalgia.

Sistem beraja dalam negara ini dikenali sebagai 'Raja Berpelembagaan' , ertinya Hak dan Kedaulatan Raja - Raja Melayu dipelihara dalam Perlembagaan Negara. Begitu juga hak bahasa, hak bangsa Melayu dan seumpamanya. Perlembagaan merupakan dokumen penuh 'roh' yang menjamin sistem dan kelicinan perjalanan negara ini dengan menjamin hak dan kebebasan tiap individu. Perlembagaan yang sama jugalah menjadi tiang seri memastikan sistem beraja (Raja - raja Melayu) mampu menjadi payung teras memayungi rakyat semua dan menjadi tiang seri agama dan bangsa.

Persoalan adakah Raja Melayu, hak agama, bangsa mahupun bahasa kian terhakis, jawapannya ialah YA !.... untuk menghakis hak yang dijamin perlembagaan tersebut perlulah perlembagaan itu dipinda. Perlembagaan hanya boleh dipinda dengan majoriti dan kelebihan di Parlimen Malaysia. PAS mahupun KEADILAN tidak pernah menikmati majoriti dalam parlimen untuk meminda perlembagaan tersebut, begitu juga DAP. Umno dan Bn (atau dulu Perikatan) yang menikmati kuasa majoriti di Parlimen dan merekalah yang telah meminda beberapa kali perlembagaan hingga menghakis hak termasuk hak dan kedaulatan Raja - Raja Melayu. Parti yang berimej parti ekstremis Melayu itulah sendiri yang menghakis hak orang Melayu.

Kali terakhir apabila tahun 1994 seluruh media dalam negara untuk 'menfitnah Raja Melayu'. Bukan selindung lagi....ingatkah kita TV3,Utusan, RTM dan lain - lain digunakan untuk memberikan persepsi buruk kepada raja Melayu...Sultan Kelantan mencuri kereta sendiri, Sultan Pahang kaki judi, Sultan Johor 'gangster', Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan 'kaki arak'...begitulah kurang ajarnya media yang mendokong Umno...Raja Melayu dimalukan...rakyat diberi persepsi salah dan Umno telah meminda perlembagaan meragut hak Raja - raja Melayu ketika itu dengan pindaan perlembagaan di Parlimen. Ingat ia kerja Umno bukan DAP.

Umno (baca Mahathir) membuat semua ini kerana ingin menghadkan kuasa raja kepada kuasa 'upacara sahaja', dan selebihnya dikendalikan oleh parti pemerintah.

Menyedari hakikat Raja - raja melayu sudah hakis daulat dan hak maka Kongres Nasional Keadilan 2008 yang dihadiri oleh Melayu, Cina, India, Iban, Dayak dan semua kaum di negara ini telah meluluskan resolusi perlunya ada satu usaha serius untuk mengembalikan kedaulatan dan hak raja - raja Melayu agar sistem beraja ini mampu memainkan peranannya semula sebagai payung kepada semua rakyat negara ini.

Begitulah dakwah Parti Keadilan Rakyat kepada semua rakyat. Raja adalah milik semua, raja harus dihormati bukan sahaja Melayu tetapi Cina, India, orang Asal atau apa kaum saja yang duduk dalam negara ini, barulah Raja Melayu punya daulat dan keistimewaan di mata rakyat.

Kembali kepada titah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, patik merafak sembah agar Tuanku tidak terlalu bernostalgia. Sebaliknya lihatlah kuasa rakyat sebagai teras kuasa dalam negara ini, namun kuasa rakyat ini memerlukan payung Tuanku untuk terus hidup sentosa dalam negara tercinta ini.

Jesteru itu jika Tuanku berjaya mengembalikan dan memperkasakan kuasa rakyat percayalah kedaulatan Raja Melayu juga akan kukuh dan dimuliakan.

Ingat sejarah ketika Raja - Raja Melayu ditipu oleh Mc Micheal, rakyat bangkit menentang, memerdekakan dan mengembalikan kuasa ke dalam Istana. Kuasa Rakyat yang kuat menjamin Raja yang berdaulat.

Akhir sekali Tuanku fahamilah Umnolah yang telah banyak kali mengkhianati raja Melayu.

BILA AGAMA DIPINGGIRKAN

Terasa lama sudah angah tidak update blog ini,walaupun 3-4 hari namun kegagalan menangani perasaan hampa serta amarah kebobrokan dan kepncangan negara ini malah nampaknya semakin tersepit dan terhimpit lah kepercayaan rakyat malah nampaknya kerajaan yang ada serta kuda tungangan maupun lembu-lembu ditarik hidungnya telah menambahkan lagi kehancuran keselamatan masyarakat serta rakyat negara sendiri,nampaknya kita semakin jauh meninggalkan norma-norma kehidupan kemanusian malah sekarang sebahagian yang dikudakan dan dilembukan telah menjadi manusiaberperangai binatang dan gila,gila yang bermacam-macam jenisnya malah sehingga tak tertanggung masyarakat yang bertamadun sehingga rasanya manusia initelah kembali kezaman kegelapan.

Entahlah apa nak jadi pun sebanarnya akan datang pun kita tak tahu,jika generasi sekarang tidak bisa berubah dan mau berubah adakah kita pasti generasi akan datang akan lebih selamat?atau adakah mereka-mereka pemimpin generasi sekarang sengaja melakukan ini untuk meninggalkan beban teramat pada mereka generasi akan datang?yang pasti menjadikan mereka pemimpin sebenarnya juga bisa menhancurkan kehidupan masyarakat akan datang baik apa pun bangsanya sekiranya ini tidak disekat dan diperbaiki maka janganlah pula kita mengharapakan generasi akan datang bisa melakukannya kerana ia pasti sudah terlambat dan sudah terlalu lama. . . . . . .

Semua bangsa ada agama,dan bagi kita yang beragama islam pasti kita telah diajar disekolah dahulu adanya syurga dan neraka untuk siapa kah 2 tempat ini ditetapkan oleh ALLAH juga kita sudah dan telah memahaminya,apakah bila kita senang sedikit sudah kita pinggirkan agama islam itu,maka kita bagaikan mencabar yang maha esa bila adanya manusia yang cuba dan telah merosakkan alam ini dengan berperang dan berbunuhan sesama manusia malah ada yang lebih lagi kejam dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai tanpa perkemanusian,dan inilah jadinya bila agama dipinggirkan malah "TAMAK" telah menjadi raja segala raja kejahatan dalam dunia ini bagi yang lemah maka akan jatuhlah mereka dalam lembah syaitan kejahatan ini dan inilah yang telah kita dinampakkan oleh ALLAH supaya kita dapat mengembalikan atau kembali kejalan yang betul,ataupun kita pun mahu dan seronok begini selama-lamanya?. . . . . . .

Jumaat, 17 Julai 2009

SPRM YANG BERPERANGAI BINATANG

Semalam petang adik angah beritahu yang seorang pembantu exco dijumpai mati di bawah jagaan SPRM dan secara automatiknya sudah tergambar dikepala angah yang mati ini bukannya mati dengan tetiba tapi mungkin dimatikan dengan cara permainan mengugut supaya simati ini mengaku apa saja kemahuan dari pihak SPRM,inilah bagusnya Malaysia sanggup mereka ini menjadi binatang kerana menjaga beberapa pemimpin yang berperangai binatang dan mereka ini sungguh tak merasa malu dan takut bila secara selamba mengatakan simati jatuh dari tingkat 14 dan terdampar ditingkat 5,wow kalah bodoh pakpandir kalau nak dibandingkan dengan pegawai-pegawai atasan SPRM,masakan mereka yang sanggup berjuang menegakkan keadilan dan sanggup menerima risiko bisa membunuh diri?

Jangan lah nak membodohkan orang ramai terutama dari rakyat PR mungkin ahli UBN yang berperangai Pak pandir boleh menerima semua alasan yang diberikan oleh mangkuk hayun yang berjawatan tinggi dalam SPRM,mereka -mereka yang pernah ditahan oleh SPRM ini juga tahu bagaimana cara SPRM menjalankan siasatan banyak cara serta keadahnya secara mengugut atau paksaan yang mendesak mereka yang disiasat mengaku,dan inilah yang telah Allah tunjukkan kepada semua bagaiman perangai-perangai pegawai SPRM menjalankan tugas semata-mata untuk menjaga kerajaan yang sudah nak karam dan mereka sekarang menggunakan kaedah yang serupa yahudi.

Mungkin terlalu lama sangat menjadi pemerintah maka pegawai ini semakin ego serta berani melangkau batasan sebab adanya perlindungan kuasa tertinggi malah inilah yang sebenarnya terjadi bilamana rakyat ditipu semata-mata kononnya Suruhanjaya ini ditugaskan membasmi rasuah tapi sebenarnya menutup kebobrokan UBN dan memperlekehkan PR,agak-agaknya berapa ramai pegawai dalam SPRM yang berperangai binatang ek?1 Malaysia nak dibolot oleh Najib dan suaminya Rosmah dan sekonyong-konyong pemimpin UBN ditunduk dan diperbodohkan oleh kononnya bergelar perempuan pertama,tapi apa yang pasti menjadi perempuan pertama bakal terjadi kerana . . . . . . . . kita tunggu dan lihat.

Rabu, 15 Julai 2009

LAIN KALI BAWA SELORI BARU BOLEH MENANG

TPM datang ke Manik Urai dengan menaiki heli dan diiringi oleh sebuah lagi heli dan membawa satu beg besar yang bermisteri,nampaknya 'TASK" yang Najib berikan kepada timbalannya telah gagal bila mana harapan untuk menang diManek Urai telah musnah,dan UBN perlu melabur lagi banyak bukan sekadar satu beg besar sahaja malahan selori pun tak apa kerana itu lah hakikat sebenarnya keupayaan UBN selama ini guna wang semua boleh jadi,guna wang rakyat bodoh pun boleh dibeli,guna wang pemimpin boleh joli dan berjudi dan khawin berkali-kali.

Dengan menggunakan SPR yang sebenarnya alat paling penipu buat UBN,polis disalah gunakan dan jentera kerajaan satu negara diarah untuk membantu tapi masih juga nampaknya mereka tidak berjaya dan menambahkan lagi kehampaan serta kehabisan wang ringgit yang banyak,bagi angah mungkin wang yang telah diambil oleh pemimpin dari rakyat harus dikembalikan semula kepada rakyat biar pun berapa banyak pun yang harus ditaburkan kerana memang manusia asasnya hidup mengejar wang,tengok lah sekarang sebabkan wang manusia boleh bertukar menjadi binatang.

Yang pasti siapa pun yang Najib serahkan tugas untuk menjaga nama UBN semasa pilihan raya maka perlulah orang ini membawa lebih banyak "TUAN" untuk hamba yang lapar dan kebulur,dan karma yang masih tidak nampak oleh ahli serta pemimpin UBN adalah mereka ini tidak merasa malu untuk menang pilihanraya dengan membeli serta menipu dan menjadikan diri mereka serta kerajaan yang haram dan tidak bermaruah,negara kecil tapi menpunyai pemimpin bernafsu besar yang tamak.

PAS,PKR,DAP DAN BN JANGAN MAIN DENGAN KUASA RAKYAT

Kuasa rakyat kuasa yang boleh menaikkan seseorang dan juga menjatuhkan seseorang sebagai pemimpin,sebagai ahli politik kuasa ini perlu mereka perolehi agar dapat sesebuah kerajaan ditubuhkan malah mandat yang diberi haruslah dipulangkan kembali kepada rakyat agar kesimnambungan mandat dapat dikekalkan dan kerajaan yang ada terus menyumbangkan pembangunan serta ekonomi bagi rakyat negara sendiri.Jangan kuasa ini dipermain-mainkan dengan janji tapi tiada usaha sebenarnya malah janji akan terus dipermainkan kononnya masa tidak mencukupi serta dana yang tiada tapi setiap tahun budjet oleh perdana menteri atau menteri kewangan heboh diperkatakan serta perbincangan demi perbincangan tapi bagaikan kerja orang bodoh membuang masa kononya mereka adalah terdiri dari bijak pandai tapi tin kosong semata-mata.

Selepas PRU12 kini sudah ada 6 PRK dan yang terakhir buat masa ini adalah di Manek Urai dan kali ini PAS menang dengan sedikit undi iaitu 65 undi sahaja,bukan bermegah sebenarnya tapi itu lah yang harus dlihat oleh semua parti politik,kerana rakyat negara ini masih berminda lama juga walaupun zaman cyber sudah menjelma lebih dari 10 tahun,bagi yang bertuankan wang ringgit sudah pasti masa begini lah diri mereka dinilaikan dengan harga rm 200-300 dan berseronoklah mereka dengan wang itu yang kononnya bisa dibelanjakan bertahun-tahun tak habis-habis.Apa yang perlu diingati setiap kemenangan itu sebenarnya harapan serta amanah rakyat yang harus direalisasikan dengan betul,bukan berangan menjadi menteri dan perdana menteri sahaja dengan apa cara sekali pun.

Sekiranya pakatan serta barisan masih tidak sedar dan selalu berpolitik kampung sibuk dengan memperbesarkan isu yang sengaja dibuat untuk membuang masa tanpa berusaha menjaga kebajikan rakyat maka janganlah terkejut serta marah bila kuasa rakyat bisa berubah dan inilah yang terjadi pada BN pada masa kini tapi adakah ini dapat dipelajari serta diingati oleh pakatan rakyat adakah ini tidak mustahil terjadi kepada mereka?Sama ada wang,rasuah serta salah guna kuasa atau komitmen yang tinggi,amanah serta tiada membezakan sesiapa boleh menarik minat rakyat maka ia adalah pilihan masing-masing kerana rakyat berkuasa menentukan segalanya.

BUSUK HATI BN MAKIN TERSERLAH

Nampaknya UBN masih tidak dapat memahami keinginan rakyat yang mahukan keadilan buat semua rakyat,sudah 50 tahun lebih menjadi kerajaan dari mandat rakyat tapi selama itu jugalah sikap UBN mendiskriminasikan rakyat yang menjadi pembangkang dan UBN seakan lupa bahawa rakyat yang menyokong pembangkang juga bertindak sebagai timbang tara buat kerajaan yang memerintah supaya mereka tidak lari dari menjalankan kewajipan kepada rakyat,tapi apa yang berlaku UBN seakan menjatuhkan hukuman buat rakyat negara sendiri malah apa yang dilakukan juga secara tidak langsung terkena kepada penyokong mereka sendiri.Tidak perlu lah angah bercerita panjang-panjang kerana setiap kali adanya pilihan raya umum atau pilihan raya kecil UBN akan berjanji bermacam-macam tapi semuanya temberang besar.

Setiap kali akan ada projek terkejut bila adanya PRK disatu-satu tempat dan sekiranya ia kawasan PR maka bermula janji itu dan ini sekiranya rakyat menyokong UBN tapi satu yang nampak sangat UBN ni bodoh adalah mereka masih tak sedar bila menjadi kerajaan yang telah memerintah lebih 50 tahun tapi masih tidak menjalankan pembangunan yang sepatutnya malah peluang yang ada mereka sia-sia kan dan kebanyakan pemimpin UBN sedang berusaha menkayakan diri sendiri dan keluarga dan tinggalah rakyat menjadi pak pandir menunggu janji yang tak kesampaian dan diulang lagi janji-janji bila adanya pilihan raya begitulah sikap UBN yang tak bisa berubah-ubah biar pun pemimpin mereka bertukar ganti.

Walaupun begitu ini lah kehidupan yang harus kita tempuhi kerana adanya rakyat yang suka diperbodohkan dan bisa dibeli dengan sedikit wang ringgit,pangat dan kebesaran tapi bagaikan lembu dicucuk hidungnya menurut saja arahan terutama mereka yang berjawatan tinggi dalam badan-badan tertentu dan tak perlulah angah huraikan siapa dan apa pun peranan mereka kerana rakyat ramai yang telah sedar bagaimana UBN mengekalkan kerajaan yang ada sekarang ini.Bagi mereka yang telah mula sedar akan mengambil sedikit masa untuk kita menyedarkan rakyat yang masih lagi dibuai mimpi indah,malah bagi pemimpin yang berjuang pasti akan adanya tekanan buat mereka malah sehingga ada yang berubah menjadi katak puaka.Lambat laun perangai busuk hati UBN ini pasti akan memakan diri mereka dan yang pasti ia sudah menampakkan. . . . . . .

Selasa, 14 Julai 2009

MANEK URAI KEKAL MILIK PAS

Tahniah buat PAS bila mana Manek Urai dapat dikekalkan dan melebarkan kemenangan dalam PRK,malah menjadikan UBN semakin terhimpit dan tersepit dalam kepanasan gelombang politik perkauman.Walaupun menang dalam majaroti yang sedikit tapi berlawan dengan semua jentera UBN malah berlawan juga dengan nilai wang yang bisa membeli undi dan harga diri yang ramainya bangas melayu juga sedikit sebanyak menunjukkan bangsa melayu ini mudah dibeli dan ditipu.

Bagi parti yang menang pastinya ahli yang 10 hari lebih berjuang dan berkempen serta penat lelah mereka terbalas juga tapi bagi parti yang kalah adakah mereka mengambil iktibar mengapa ini terjadi?Perjalanan hidup kita masih jauh kita pun tak tahu apa bisa terjadi pada hari mendatang,jadi bila yang diberikan amanah maka jalankan lah amanah itu dengan sebaik mungkin.

KERJA DENGAN MULUT KERJA DENGAN OTAK

Perangai manusia tak akan berubah bila ia tak diubahkan oleh diri sendiri,malah apa pun jawatannya sekiranya perangai ini yang dia bawa pasti akan menunjukkan sikap orang itu sebenarnya,bila kerja guna mulut lebih banyak dari menggunakan otak maka akan timbullah perkara-perkara yang boleh menimbulkan prasangka tak baik bagi diri orang itu,malah sekiranya bagi mereka yang menggunakan otak serta pengalaman maka ia juga sedikit sebanyak boleh mempengaruhi orang sekeliling,dan inilah yang angah cuba nak tulis pasal tajuk diatas bila mana angah terbaca mengenai kata pengarah pilihanraya PAS mengatakan kononnya PAS bakal menang dengan lebih 2ribu undi,nah sekarang kita tengok apa jadi cuma 65 undi je kita menang majorati.

Cepat sangat membuat jangkaan malah nampak sangat pengarah yang tau mengarah tapi tak guna sumber-sumber yang ada,malah untuk menggunakan blogger pun nampaknya PR termasuklah PAS sangat susah,malah sekadar bagaikan hangat tahi ayam sahaja tapi susulannya tiada,sepatutnya blogger yang boleh menarik perhatian ramai pengunjung dikumpulkan satu menjadi satu pasukan blogger yang dapat mengumpulkan maklumat serta info berguna dan dalam pasukan ini ada yang mengedarkan maklumat kesemua tempat barulah info ini dapat diketahui oleh semua orang,ini harap akhbar harakah yang dikuasai oleh mereka yang bersengkokol denga UBN,malah kalau nak dikirakan sebenarnya ahli pas yang membaca harakah juga dikawal pemikirang mereka.

Sudah masanya parti dalam PR mengabungkan 3 pemimpin yang diamanahkan menjadi pengarah pilihan raya dalam setiap parti duduk semeja berbincang sesama kita apa kah cara yang lebih harmoni dan berkesan dan bagaimanakah untuk menggunakan blogger sebaik mungkin agar setiap info dapat disalurkan kepada semua tempat dan masyarakat,mengunakan cawangan parti menyalurkan info setiap kawasan mereka dan info yang mungkin menarik perhatian rakyat melalui edaran melalui markas maupun tempat-tempat dimana ahli pas berkumpul,malah yang nampak sekarang kita masih ditakuk lama mengharapakan ahli bekerja bermati-matian tanpa imbuhan,tapi adakah kita bertanya selama manakah ini bisa dipertahankan dan diharapkan bila melihat mereka yang di pilih menjadi wakil bagi rakyat boleh berubah kerana wang?

APA-APA PUN WANG LEBIH PENTING

WANG! ada wang semua boleh cakap tak ada wang semua boleh melayang,inilah kehidupan kerana dengan wang lah manusia menjadi orang,maupun menjadi siapa pun wang adalah permainannya dan jika mainannya bersama ahli politik serta ahli koprat maka besarlah permainan wang yang harus di laburkan dan pulangan yang bakal diterima kemudian hari melalui hubungan ini adalah besar dan mengujakan.Wang juga memainkan peranannya membentuk generasi demi generasi malah wang ini kalau dicari memang tak akan habis bila digunakan memang tak akan cukup,malah dengan wang juga manusia itu akan bertukar sifatnya dan tak perlulah angah huraikan sifat-sifat manusia yang bertukar perangai kerana kita pun bisa nampak sekarang bagaimana wang melakukannya.

Celik mata pejam mata siang malam dan 24jam 7hari seminggu malah pukul rata setiap masa wang sentiasa digunakan menghidupkan dan mematikan juga perlu wang,malah wang ni memang perlu dalam semua keadaan,bagi yang kaya,sederhana dan miskin wang juga perlu,malah dalam politik wang sangat besar peranannya malah bisa membeli manusia tak kira pun apa bangsanya ,yang sihat perlu wang malah yang sakit pun memerlukan nya juga malah senang kira semua yang hidup perlu wang dan mati pun juga memerlukan wang,inilah hebatnya wang kerana seluruh dunia dengan apa pun mereka guna mata wang peranannya tetap sama.

WANG dengan ia semua manusia bisa bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain,baik didalam negara maupun keluar negara,malah kerana wang juga lah ramainya tangan kiri dari tangan kanan,sama ada wang itu diperolehi dari sumber haram maupun halal bila dah dapat semuanya tak kira hukum hakam janji ada wang untuk digunakan dalam keperluan harian,malah orang sanggup bersengkang mata kerana wang ,membunuh kerana wang menipu kerana wang malah seks pun kerana wang,baik kata bila wang menjadi tuan kepada kita dan kita menjadi hambanya maka semua ini lah yang bisa terjadi,mungkin ada yang belum terjumpa bila ALLAH berikan satu sahaja kelebihan didunia ini jika digunakan secara betul maka kita akan mendapat 7 kelebihan disana nanti dan yang pasti manusia ramai bila mendapat satu ini maka 7 itu dibuang jauh. . . . . . . . .

Sabtu, 11 Julai 2009

BERANI SUNGGUH MAHASISWA MELAWAN PUAKA

Baca dalam blog TT angah tertarik perihal kisah mahasiswa di UNISEL mahu si laki Najib puaka agar meletakkan jawatan sebagai canselor mereka dan mahu isteri Anwar menggantkan si puaka ini,wow inilah sepatutnya yang harus berlaku pada semua pelajar universiti yang berani bersuara malah keberanian inilah yang seenarnya menakutkan UBN yang yang terkenal dengan penipuan dan kerja jahat.

Khabarnya dengan sokongan 2000 pelajar yang menyokong satu cadangan dari pelajar disana menjadikan isu ini semakin menarik perhatian malah ia mungkin menjadikan sipuaka suami Najib ini tersangat benggang malah mungkin mengarahkan suku sakatnya yang sudah tertunduk mengikut telunjuk melakukan sesuatu terhadap Unisel yang negerinya berkerajaan Pakatan Rakyat.

Sudah tiba masanya semua IPTA melakukan reformasi malah hak mereka sebagai rakyat harus lah dihormati tanpa paksaan sesiapa pun kerana mereka lah bakal pemimpin akan datang,malah kotoran yang UBN lakukan dari dahulu sehingga kini terhadap para pelajar IPTA menjadikan negara ini mudur mindanya,malah sebenarnya merugikan semua pihak keran cara kawalan UBN terhadap semua IPTA menjadikan rakyat penakut.

KERAJAAN LAKI BINI DAN PUAKA

Buat beberapa hari angah seperti kekurangan rajin untuk masuk alam maya dan keadaan kesihatan yang tak menentu sedikit sebanyak juga mempengaruhi minda yang da tua ini,apa pun sedikit kesihatan serta kekuatan yang ada membuatkan angah merasakan angah harus melayari alam maya agar minda ini dapat dikembangkan malah diaktifkan untuk berfikir dan menyihatkan kembali agar dapat berfungsi dengan sebaiknya dan hari ini angah ingin menulis tajuk seperti di atas bila angah terbaca dalam satu blog perihal sikap PM dan isterinya malah ini lah sikap yang membuatkan UBN terus hancur dan menanggung malu.

Kerajaan laki bini bagaikan menyambung kerajaan dari pimpinan Mahathir yang dikenali sebagai kerajaan kroni,turun pula kepada kerajaan Paklah yang dikenali kerajaan anak beranak dan kini pula si Najib yang terbaru kerajaan lakibini malah bagaikan sang suami takut pada isteri maka itulah lagaknya si Najib melakukan di negara ini,malah menjadikan si rosmah yang ditakuti serta berpuaka mengawal sesiapa sahaja dalam kerajaan untuk menunjukkan bawaha dia lah sang kuasa sebenarnya walaupun sisuami bergelar PM(pemimpin malang).

Terbukti nampaknya pemimpin umno lain serta ahli-ahlinya telah diperbodohkan oleh laki Najib malah puaka yang telah tersebar luas mengenai si rosmah laki najib yang memang kuasanya boleh menundukkan sesiapa tak kira bangsa sungguh mengujakan malah bagi pemimpin negara lain yang ingin berurusan maka kena lah mengadap si laki najib rosmah,dan ramailah pemimpin UBN telah mencari bomoh-bomoh baik diSarawa maupun di seberang bagi menjadi pendinding buat mereka agar tidak terpengaruh dan ada juga yang mula membesarkan bomoh dari Allah kerana taksub keupayaan rosmah menguasai diri orang terdekat maupun sekeliling.

Cerita ini bukannya sekadar cerita yang direka untuk menghiburkan hati yang sedang membara tapi cerita ini semuanya terkisah dalam blogger malah kerana blogger lah kisah ini dapat disampaikan malah menjadikan kisah puaka dan kerajaan laki bini ini sebagai cerita yang benar menarik perhatian semua orang,dan bagi angah ini lah karma dunia yang harus kita tengok bila mana sikap tamak menjadikan seseorang berubah menyekutukan Allah dan apa pun samaada kita dapat melihat balasan yang Allah turunkan maupun tidak yang pasti tiada yang lebih besar dari Allah,sejauh mana kah perjalanan kerajaan laki bini puaka maka ia terletak ditangan rakyat sebenarnya sekiranya rakyat mudah dipesongkan akidahnya maka akan kekallah kerajaan laki bini puaka . . . . . . .

Rabu, 8 Julai 2009

PPSMI TUNGGU LAGI 3 TAHUN

Orang ramai dah dok kempen semua yang terlibat dari segenap lapisan kedudukan malah ahli politik pun bersama-sama berjuang dan hari ini TPM telah memberitahu kita secara 'ADVANCED" bahawa ppsmi akan dimansuhkan pada tahun 2012,perhh untuk menjaga kroni dan puak-puak mereka dari mengalami kerugian malah cubaan untuk menutup isu ini dengan mengumumkan perkara ini sebenarnya akan menambahkan lagi kemarahan orang ramai yang mahu ppsmi ini dihapuskan dengan kadar segera bukannya bertangguh sehingga 3 tahun lamanya.

Tekanan semakain kuat dan ini lah cara UBN agar isu ini menjadi reda tapi hakikat yang sebenarnya mereka masih menaruh harapan dalam masa 3 tahun akan datang UBN kembali kuat dan berkuasa sehingga boleh melakukan sesuka hati mereka termasuklah meneruskan usaha PPSMI ini,rasanya ada khabar yang menyatakan pada 1 ogos ini bakal berlaku himpunan rakyat untuk mendesak kerajaan UBN agar memansuhkan ppsmi ini dengan segera tanpa alasan untuk berlenggah,apa pun kita tunggulah perkembangan yang selanjutnya.

Sabtu, 4 Julai 2009

APA KAU RASA?MANIS,MASAM ATAU MASIN

Hari ni lepak baca blog dan lepas tulis thread angah pun melayari alam maya ini masuk sana dan sini dan jumpalah thread yang menarik perhatian angah di blog penarik beca,walaupun angah buka orang utara tapi memandangkan dunia ini tanpa sempadan maka angah memohon izin dari tuanpunya blog penarik beca untuk mengkopi dan menempel thread buat tatapan angah dan yang sudi mampir,apa pun mai kita layan:


Jul

Pusat sembelih babi di laman rumah Lee dan Thomas

Nak tanya sikit Pengerusi DAP Kedah Thomas Su dan ADUN Kota Darul Aman dari DAP, Lee Guan Aik:

1. Berapa lama hampa mintak tangguh operasi meroboh pusat penyembelihan babi tu? Sebulan? Dua bulan? Tiga bulan?

2. Kalau hampa mintak tangguh sebulan, awat mintak tangguh sebulan ja?

3. Sebelum mintak tangguh, awat tak kaji tentang macam-macam proses yang mesti diikuti sebelum dapat buat tempat penyembelihan yang baru?

4. Awat tak mintak tempoh penangguhan yang sesuai dengan kemungkinan jangka masa yang diperlukan untuk buat tempat penyembelihan baru?

5. Hampa ingat tempoh penangguhan tu macam main aci ka? Boleh cop, cop. Cop sat!

6. Hampa pernah ambik kira ka perasaan dan penderitaan penduduk dan orang-orang yang dok pi market dekat pusat penyembelihan babi tu? Tak payah tanya yang Melayu, hampa tanya yang bangsa Cina saja pun tak pa. Depa seronok sangat ka dan tak rasa tertekan ka dengan segala bau dan sisa buangan pusat penyembelihan babi tu?

7. Kalau pusat penyembelihan babi tu depan rumah hampa atau sebelah rumah hampa, adakah macam ni hampa perjuangkan pusat penyembelihan babi tu?

8. Aku nak tanya sorang-sorang. Ni, Thomas, hang setuju ka kalau aku cadangkan pusat penyembelihan babi tu dipindahkan di laman rumah hang? Lee, hang setuju ka kalau aku cadangkan pusat penyembelihan babi tu dipindahkan di laman rumah hang?

9. Kenapa hampa tak offer laman rumah hampa sebagai pusat penyembelihan babi sementara? Apa salahnya laman rumah hampa jadi temporary abbatoir sementara menantikan pusat sembelihan yang nak dibuat di Pendang tu siap.

10. Ca hampa bagi tau rakyat, rakyat Kedah ka, rakyat Malaysia ka, production pusat penyembelihan babi tu hanya untuk bekalan babi di Kedah sahaja ka atau depa tibai untuk tempat lain sama?

11. Dengaq ni, aku ni dari Kampung Matang dalam kawasan Bukit Gantang di Perak. Celik-celik mata ja, kandang babi bersepah di kampung aku dan kampung-kampung yang berdekatan (aku balik masa pilihan raya kecil Bukit Gantang baru ni dah tak dak dah). Bau busuk tak payah cakap la. Bila mai hawaq babi, barbarians yang bela babi tu main lempaq ja bangkai-bangkai babi tu dalam sungai di kampung aku. Mengelampung berpuluh-puluh bangkai babi dalam sungai. Punya busuk, punya hanyaq, tak payah cakap la. Tu tak kira lagi waktu-waktu lain, dok tak dok ada bangkai babi dalam sungai. Dok tak dok ada bangkai babi dalam sungai. Ada pernah hampa ambik peduli perasaan dan penderitaan kami?

10. Lee, hang yang banyak cakap sekali. Kalau aku kata hang nampak bodoh terlampau, hang marah, kan? Tapi memang, hang tak nampak cerdik. Aku tau hang cerdik. Malangnya, hang tak nampak cerdik. Aku cakap soal menghormati jiran. Kalau hang nak kata aku cakap soal perkauman, hang punya pasai la.

11. Akhirnya, kalau aku jadi penduduk Kota Darul Aman, aku tetap undi hang. Haram tangan aku ni undi calon MCA ka, Gerakan ka. Tapi hampa jangan la kurang ajaq sangat!

NAJIB CEMERLANG DENGAN TEMBERANG

Wow ini lagi hangat bila apa yang ditunggu-tunggu untuk mengetahui cerita disebalik pengakuan si temberang yang mengatakan dia menalipon Obama kononnya dia cuba buat itu dan ini maka hari ini terbongkar bila mana berita dari Korea betul-betul kena kepala si Najib,itu lah angah dah bagi tau dah si kakai temberang ni jangan percaya sudahlah satu negara dia temberang malah satu dunia juga dia temberang lagi pun takkan tak kenal siap mentor dia si mahafiraun tu lah siapa lagi,bukan ke dia kata melayu mudah lupa tapi melayu umno je yang cepat lupa sebab bodoh,pekak dan buta mata hati. Malas angah nak tulis panjang-panjang bab ini carilah berita ini dalam blog bersepah-sepah.

Yang pasti ada orang tak tahu nak letak muka kat mana,kecut perut memikirkan keadaan genting diPerak,apa lagi pi lah cari bomoh guna-gunakan rakyat Malaysia supaya tunduk dan takut,nasib baik ada babi tu pasallah bangsa cina serta bangsa lainnya yang memakan daging babi tidak lut bomoh-bomoh ni,napa tak caya?

YANG BERHORMAT MENGALAHKAN BINATANG

Banyak sungguh cerita menarik hari ini yang boleh dibaca dalam blog malah satu cerita dari blog matsamankati juga menarik ramai perhatian apa yang telah dan sedang berlaku diPerak,kekadang bila dibaca dan dihayati maka sakit hati bertambah-tambah melihat perangai YB serupa binatang maka menunjukkan bahawa politik yang mereka anuti adalah politik mengkayakan keluarga dan diri sendiri.Melalui tulisan abang matsaman kati angah juga dapat mengetahui cerita disebalik yang terjadi dan inilah gayanya bila binatang bertopengkan manusia,malah bukan cerita ini sahaja yang membuatkan angah menulis thread ini apa yang menarik ia juga bersangkut paut dengan salah soerang adun DAP di Kedah yang menjadi adun bebas serta berkecuali,dan yang terbaru si raja katak Ibrahim Ali mengunakan platform umno untuk politik di Manek Urai.

Ini lah manusia yang tak sedar diri,sanggup menjualkan diri sendiri malah mereka ingat mereka bisa hidup seribu tahun lagi dan boleh menipu masyarakat yang boleh digula-gulakan dengan wang ringgit serta cakap kosong,ini yang dia orang laung-laungkan keadilan,memperjuangkan bangsa malah menggunakan orang tertentu menjadi kuda tunggangan serta membodohkan mereka yang bersangka baik,ini adalah sebahagian mereka yang kita boleh nampak kelakuan yang serupa binatang malah binatang kalau kita beri mereka harapan serta kasih sayang dan jaga makan mereka pasti ada gunanya tapi kalau manusa yang begini dicincang lumat bagi makan babi pun tak nak.

Sanggup bermuka-muka kononnya bersama dengan rakyat tapi haram langsung tak guna,tempat sendiri pun tak terjaga ini pulak sibuk dengan nak jadi ketua itu dan ini,pengerusi itu dan ini,exco itu dan ini tapi hakikatnya haram jadah patutnya diludahnya dia orang ni bila jumpa dengan rakyat baru tahu mana nak letak muka nanti,apa pun bagi angah siapa pun kita sebenarnya memang kita tak bisa berlaku adil,malah menipu dan tertipu adalah mainan hidup yang semua orang akan lalui,bagi yang telah mengalami semua ini maka ambil lah ini sebagai pengajaran dan peringatan dan rakyat juga harus lah peka lebih-lebih lagi yang bergelar blogger kerana tanpa blogger tiada meriahlah dunia cyber kita.

Jumaat, 3 Julai 2009

DIPILIH UNTUK MENIPU

Ini lah yang dikatakan hati keras dan kepala batu,sebabkan babi sekandang adun DAP sanggup menjadi ahli bebas dan berkecuali dan bagaikan berperangai seperti UBN dia di pilih semata-mata untuk menipu dan yang lebih menyedihkan lagi mangkuk hayun ini lebih pentingkan binatang berkaki pendek yang sekarang ni sungguh popular diseluruh dunia dan yang musykilnya mungkin mangkuk hayun ini sikaki pendek yang memilih dia semasa PRU12 lalu tu yang beria-ia nak jadi hero tak semegah sehingga membelakangkan DAP pusat malah cuba menunjukkan bahawa keegoan mereka memang tidak boleh diperbetulkan.Kalau macam inilah yang dipilih untuk menjadi wakil rakyat dalam dewan undangan negeri maka rasanya ramailah lagi yang layak termasuklah mereka yang lepasan sekolah.

Apakah dengan menunjukan keegoan menjadi wakil bebas serta berkecuali orang akan teruja dan menghormati pemimpin begini,belum menjadi kerajaan sudah berperangai begini kalau ditakdirkan gabungan seperti ini maka kita boleh bayangkan apa bisa terjadi,inilah yang kita laung-laungkan berjuang demi keadilan serta saksama tapi bila merobohkan kandang babi ditempat masyarakat orang melayu dan dipindahkan ke tempat masyarakat cina bagaikan melakukan satu kesalahan besar tapi apakah mangkuk hayaun ini berfikir adakah adil buat mereka yang menganut agama islam dipesekitarannya terdapat kandang babi?Selagi bernamakan manusia kita sudah pasti tidak boleh bersikap adil sesama kita dan itu yang pasti malah bila keegoan bertambah-tambah maka jadilah manusia bersikap hipokrit.

Sedar tak sedar inilah dia sekutu yang boleh kita samakan berperangai seperti UBN yang kononnya dipilih oleh rakyat tapi dok menipu sentiasa malah kuasa yang diberi oleh rakyat mereka gunakan untuk menekan rakyat kembali,mungkin mangkuk hayun ini nak menunjukkan bahawa dia lebih hebat dari Karpal,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan lain-lain lagi sehinggakan bisa membelakangkan amanah rakyat,jika rakyat diberi kuasa mahu juga rakyat memohon agar segala elaun,gaji dan apapun faedah yang adun DAP ini dapat dihentikan kerana dia sudah memilih menjadi bebas dan berkecuali kerana pastinya rakyat tidak mahu wang yang mereka keluarkan melalui cukai itu dan ini digunakan membayar orang seperti mangkuk hayun ini,nampaknya manusia harus sedar dan kembali kejalan yang lebih sihat dengan mengurangkan makanan berdaging tak kira apapun binatangnya kerana sedikit sebanyak perangainya sudah menjadi binatang.

BILA PERCAYA BOMOH DARI ALLAH

Apa thread yang angah nak tulis ni,mungkin ramai yang tak perasaan malah ramai juga yang mempercayainya,tapi kenapa ek manusia lebih mudah percaya bab macam ni dari mempercayai qada dan qadar ALLAH,malah sanggup berhabis-habisan kekadang tu sehingga mahu mengatasi ALLAH mencabut nyawa manusia semahu mereka dan itulah kelebihan manusia yang berbangsa melayu dan seangkatan dengannya.Bersengkokol dengan tahyut bagi mereka yang bersyaitankan "TAMAK" sudah sinonim bagi yang mempunyai sifat dendam dan dengki hati malah kemarahan serta kebencian membuat sebahagian yang tiada arah pegangan islamnya menjadikan bomoh sebagai orang suruhan untuk memusnahkan seseorang maupun menundukkan seseorang untuk mengikut kata-katanya.

Angah ada terbaca dalam satu blog berkenaan adanya orang-orang besar UBN sudah ramai yang mengantur langkah mula mendapatkan khidmat bomoh agar terus dapat berkuasa dalam parti maupun kerajaan,malah mereka-mereka ini sanggup pergi ke seberang mendapatkan khidmat bomoh yang memang terkenal kehebatannya,nampaknya memang ALLAH sudah tunjukkan siapa dan bagaimana golongan dalam UBN ini,yang lebih menolak ALLAH dari berbagai sudut serta fahamannya malah menjadikan agama sebagai topeng untuk menutup salah laku duniawi sehingga mata hati benar-benar sudah tertutup,ingatlah apa yang kita lakukan didunia akan kita bawa bersama-sama disana,kalau menjadi pemimpin maka lagi besarlah amanah yang dipikul maka baik buruk menjadi pemimpin begitu juga lah yang kita bawa bersama,malah sebagai rakyat yang turut bersekongkol juga tidak lari dari semua ini.

Angah juga mendapat maklumat dari mereka -mereka yang bersama-sama pemimpin UBN yang pergi ke tanah seberang untuk mendapatkan bantuan bomoh tertentu dengan tujuan tertentu dan nampaknya ramailah yang cuba mengikut pompuan no 1 yang heboh sekarang mengunakan bomoh atas pengakuan orang yang dekatnya,malah mungkin ini akan menjadi sejarah dalam kepimpinan negara bila mana isteri PM menggunakan bomoh untuk menundukkan seseorang maupun untuk orang ramai takut kepadanya?????????Ini lah manusia yang membesarkan dirinya dengan azazil tamak sehingga lupa asal usulnya,menjadi manusia sesiapa pun termasuklah angah memang kita tidak boleh berlaku adil walaupun kita kononnya berjuang demi keadilan,adil itu cuma dari ALLAH sahaja,sebab itu lah janji dia adanya "SYURGA" dan"NERAKA".


Khamis, 2 Julai 2009

PEMIMPIN BANGANG RAKYAT BENGANG

Kecoh 2-3 hari masih tak reda lagi suasana politik kampung,angah 3-4 hari merasakan berat sangat tangan ni nak menaip keyboard,sambil update antivirus serta scan dan membaca sana sini tak ada perasaan untuk menulis thread sudahlah dengan kesihatan yang tak berapa menentu memanjangkan lagi ketiadaan angah dalam blog sendiri,dari hari ahad lepas denga sibuk hal-hal keluarga sehinga lah hari ini baru dapat kembali perasaan untuk menulis dalam blog nyamuk yang tak semengah ini,tapi apa pun kita sebenarnya kita adalah mewakili diri kita.Banyak yang angah telah baca selama 3-4 hari ini dan banyaklah info yang angah dapat tahu melalui pembacaan dalam blog kawan-kawan yang lain,malah teruja sungguh bila mana suatu thread yang blogger paparkan membuat perasaan geram dan marah, suka dan ceria.

Malam tadi angah terbaca perihal DAP Kedah/Perlis mahu keluar dari pakatan sebab pemimpin PAS Kedah merobohkan kandang babi,wah perihatin sungguh DAP dengan kebajikan binatang bergelar babi yang halal buat agama budha dan tak halal buat agama islam dan menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang sesama pakatan.Tanya pada diri kita sekarang ni ramai pemimpin yang nampak bangang dari rakyat kenapa?adakah sebab mereka merasakan bila menjadi pemimpin kuasa mereka sudah besar kepala,ikut kata hati dan kepala otak mereka sewenang-wenang sahaja,di mana kuasa rakyat yang memberi kuasa kepada mereka selama ini?lupa datang dari mana?jangan bagi orang menyampah nanti dibiarkan jadi sampah baru nak menyesal.

Pemimpin yang bangang boleh buat rakyat jadi bengang,marah lama nanti jadi api,bila dah parah lama-lama jadi dendam,mengapa perkara yang kecil ini pun sampai nak berbalah,angah baca juga kononnya tiada hormati dari PAS buat DAP,tapi nak tanya juga lah adakah hormat DAP untuk PAS?jangan mengharapakan hormat orang tapi tiada pula ingin menghormati orang lain,kalau ada perasaan macam ni binatang kat zoo pun kira sama perangai dengan pemimpin begini,kena lah ingat bahawa manusia ini kekadangnya rambutnya sama warna tapi hati didalam berlainan dan perangainya juga berlainan mana mungkin seiya sekata,bawa-bawalah besabar dan berbincang jangan lebih rendah perangai dari ahli bawahan,malah kalau nak dikatakan nilai perangai ahli bawahan lebih tinggi nilainya walaupun mereka sekadar memberikan tanggungjawab serta amanah kepada orang lain dari diri sendiri,tapi nampak sangat pemimpin sekarang ramai sungguh yang bangang malah membuatkan rakyat semakin bengang.