Pagi ni angah ada baca dalam blog MSO...dan angah juga bersetuju sangat apa yang MSO tuliskan dalam blognya berkenaan si MAHA ni...angah pun bukannya suka sangat keculai puak-puak umno totok apco je yang dok sanjung sana sini.....22 tahun memerintah selama itulah musuhnya dizalami....ramai yang telah dibeli jiwanya melalui kuasa dan pangkat..orang kata kalau terlalu lama berkuasa sebenarnya dia takut pada bayang-bayang sendiri maklumlah kejahatan serta tipu helahnya bakal diketahui oleh rakyat jadi dengan menggunaka kuda tunggangan sebagai KELDAI HIDUP semuanya dapat diatur termasukalah bidang kehakiman serta undang-undang kerana undang-undanglah jalan terakhir atau benteng terakhir untuk dia menyelamatkan dirinya.
Ungkapan melayu mudah lupa sebenarnya dia tujukan pada melayu umno yang telah dibodohkan sebab beliau sendiri adalah mamak kutty dan tak mustahil kini ramai mamak-mamak yang diberikan jawatan dalam kepimpinan kerajaan maupun parti walaupun sikap serta perangai mereka..jauh tersasar dari bertanggung jawab terhadap tugas dan amanah....bak kata MSO 3 pemimpin yang dibencinya adalah KULI,ANWAR dan PAKLAH....tapi hakikat sebenarnya rakyat telah dan mula membencinya dari zaman reformasi lagi...dan kebencian bertambah-tambah tanpa ada sekatan......termasuklah angah..apa pun silalah layarai blog MSO disini..http://msomelayu.blogspot.com/2010/10/sebuka-mata.html
SEBELUM DATANG 5 PERKARA KENA INGAT 5 PERKARA. KITA KAH YANG MENGUMPULKAN DUNIA ATAU DUNIA YANG MENGUMPULKAN KITA. GELORA OMBAK MENITI HIKMAH, MEMANCAR KILAT ARCA MAKRIFAT, CARA BERTINDAK MESTI BERHEMAH, AGAR SELAMAT DUNIA AKHIRAT.
Selasa, 19 Oktober 2010
Selasa, 12 Oktober 2010
KECUAIAN MANUSIA MENYEBABKAN NYAWA MANUSIA LAIN MELAYANG
Sebahagian gambar yang angah kopi dan tempel....adakah kita masih lagi belajar atau adakah kita sebenarnya tidak peduli...bagi pemandu kenderaan besar walaupun taraf mereka pemandu tapi perangai mereka seperti hisap candu....tidak pedulikan kenderaan kecil

Sabtu, 9 Oktober 2010
AKIBAT KERAKUSAN DAN KETAMAKAN MANUSIA DURJANA
PUISI BAWANG - Dikirimkan Warna-warna Luna Dari Titisan Airmataku Sendiri Mengiringi Kematianmu Setelah Derita Panjang, wahai Kekasihku Kuing, Meranti, Seraya, Cengal dan Medang Teja
(Hassan Hayastani, Vienna, 08.10.10)
memang aku berdosa
memang aku berdosa
memang aku berdosa
memang aku berdosa
memang aku berdosa
kerana tidak dapat melindungimu. meski aku punya tenaga dari akal, dari jiwa, dari jasad, dari lidah, dari mata, dari telinga, dari tangan, dari kaki, dari kulit dan tulang-tulang, dari nafas, dari nyawa,
dan hari ini berangkatlah sudah engkau di bawa kereta kencana bertadah dada Dewi Rajang sahabatmu pergi ke makam bahari dari panjang derita, didera, dicabul, dirogol, dibunuh, dibakar dan dihanyutkan
duhai kekasihku
Kuing, Seraya, Cengal, Pinang Baik, Meranti, Bindang, Resak, Kempas, Ramin, Siti Nyatoh, Tumus dan kembar Kenapuren, Damar, Pirangi dan Sibalik Angin, tentulah gelak tawamu tidak akan kedengaran lagi Hai Mening-mening dan Miang, hilanglah sudah harum bau Sri Gaharu dan Wan Tualang, bersama hilang tanpa pusara seperti nasib Kemiri dan Katarasa, Binuang, Kandis, Sernehe dan Miciangi, oh Medang Teja, Kemangi, Rambai, dan Hawa Sena
maafkan aku!
SUNGAI RAJANG DILANDA MUSIBAH
Kerajaan Sarawak akan mengadakan siasatan menyeluruh berhubung keadaan yang membimbangkan apabila sisa kayu terapung memenuhi laluan di Sungai Rajang, mengakibatkannya tidak dapat digunakan oleh semua bot.
"Kami perlu mengenal pasti puncanya, tetapi jika ada bukti yang menunjukkan bahawa ia diakibatkan oleh faktor manusia, tindakan tegas akan diambil terhadap pelakunya," kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh.
Sungai Rajang, sungai terpanjang di negara ini iaitu 563 kilometer dari puncanya, tidak boleh dilalui oleh semua bot, sama ada besar atau kecil, sejak tengah hari ini.
Sungai itu bagaikan tali sawat penyampai di kilang papan tetapi bukannya mengangkut papan yang telah pun digergaji, sebaliknya terus menerus membawa pokok yang tercabut, balak yang dibuang dan segala bentuk sisa pepohon dari Kapit, kira-kira 176km dari Sibu.
Kapit mengalami keadaan mencemaskan itu kira-kira 2 petang semalam.
Wong yang melihat keadaan itu dari Terminal Bot Ekspres Kapit, manggambarkannya sebagai "bencana alam semula jadi secara besar-besaran."
"Saya dimaklumkan di Kapit semalam bahawa sisa-sisa itu terapung sejauh kira-kira 50km.
"Keadaan ini masih berterusan di Kapit hari ini sungguhpun berlaku dalam bahagian dan ukuran yang lebih kecil," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Wong berkata beliau dimaklumkan bahawa terdapat tanah runtuh besar-besaran di Putai dan Nungun, iaitu kawasan konsesi pembalakan di Balleh di pedalaman Bahagian Kapit ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lepas.
Bagaimanapun, katanya, beliau masih menunggu laporan terperinci daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negeri.
Wong berkata keadaan itu belum pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan ia agak menakutkan.
"Apabila keadaan semakin pulih dan terdapat laluan yang boleh digunakan di sepanjang sungai, pasukan dari Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak akan memeriksa jambatan Durin serta Lanang untuk mengeluarkan apa jua sisa yang mungkin terperangkap pada asas jambatan di sungai itu.
Sementara itu, bas ekspres dan kenderaan air lain yang mempunyai jadual perjalanan di sebelah tengah hari ke Kapit, terpaksa menangguhkan perjalanan mereka.
Mereka yang berlepas pagi ini pula, terpaksa singgah di tempat yang selamat sepanjang laluan itu.

Sabtu, 2 Oktober 2010
BILA PEMBANGUNAN NEGERI LEBIH PENTING...SOAL HASAD DENGKI TAK PERLU DILAYAN
Syabas MB Selangor
Khalid Ibrahim Tidak Mudah Diperdayakan
Kopi dan tempel dari blog MSO
SAYA sungguh seronok mendengar jawaban balas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim terhadap sesiapa saja mengkritik beliau atau cuba melaga-lagakan beliau dengan seseorang. Sekali lihat cara berpolitik Khalid macam orang bodoh, tetapi sebenarnya itulah sikap ataupun tindakan politik yang bijak.
Khalid seorang yang tenang dan seperti dungu tidak mudah melatah dan mempercayai cerita-cerita orang. Hatta jerat yang dipsang di depan rumahnya boleh lupa begitu saja. Kerana sikap lembu kenyang itulah menyebabkan Khalid terselamat dari beberapa percubaan untuk menghuruhara kerajaanya.
Bayangkan bagaimana beliau tenang dan senyum saja menerima 'pemecatan' beliau sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor yang diganti dengan Mohamad Azmin Ali. Tidak ada apa-apa protes terhadap perubahan itu walaupun ia dibuat menjelang pemilihan kepimpinan PKR. Tidak ada rajuk atau pun kekeduhan hati yang ditunjukkan pada umum. Mungkin hatinya terguris tetapi Khalid tidak pernah mempamerkan kepada ahli parti. Itulah orang yang cerdik dan bijak.
Kalau berlaku ke atas orang lain, tentu menjadi masalah. Mungkin PKR Selangor sudah dilanda ribut taufan.
Apa katanya mengenai pertukaran jawatan itu. Dia menyifatkan pertukaran itu sebagai biasa dan wajar dalam politik. Dengan pertukaran itu membolehkan beliau menumpukan kepada mentadbir negeri manakala Azmin pula menyusun PKR. Tidak ada sedikpun nampak yang beliau gusar. Keikhlasan Khalid menerima pertukaran itu menyebabkan sesiapa yang niat hendak ambil kesempatan melagakan dia dengan Azmin tidak menjadi.
Yang kecewa orang yang ada agenda cuba menimbulkan ketegangan itu tetapi bukan Khalid dan Azmin.
Begitu juga pendedahan terbaru oleh bekas ahli MPT PKR kononnya ada perbualan telefon seseorang dengan seseorang yang lain mengenai rancangan nak jatuh Khalid Ibrahim. Rancangan itu dikaitkan dengan Azmin Ali. Khalid biasa saja mengulas pendedahan bekas ahli MPT itu. Kata Khalid dia tidak percaya kepada pendedahan itu. Tamat cerita!
Bila Khalid tidak percaya maka terngangalah orang yang mendedahkan rahsia itu. Harapanya untuk melihat Khalid menjadi kerbau dan Azmin menjadi lembu dan berlaga dalam gelanggang sampai robek kandang tidak menjadi. Mungkin mereka yang mendedahkan itu untuk melihat keduanya bergaduh. Bila Azmin dan Khalid bergaduh ibarat kata berkecailah PKR Selangor.
Apa yang diharapkan bila PKR Selangor berkecai dan bergolok maka senanglah untuk Umno masuk jarum dan merampas balik negeri Selangor. Itu tujuannya. Ertinya mereka yang mendedahkan itu kononnya atas nama untuk tegak demokrasi dalam PKR sebenarnya membawa agenda musuh bagi meruntuh PKR. Jika diperhatikan orang yang mendedah perkara itu ada hubung kait dengan bekas orang kuat PKR maka jelas ia bekerja untuk kepentingan Umno. Bukan itu itu namanya pengkhianatan?
Azmin dan terutamanya Khalid dapat membaca kilau dalam kilat ini. Tanpa disedri segala macam kerenah dan rancangan itu menyerlahkan kecanggihan Khalid sebagai MB. Orang seperti Khalidlah layak menajdi MB dalam keadaan partinya senantiasa dihimpit dan dikekang oleh musuh. Beliau tidak gelabah, tidak mudah percaya kepada ocahan musuh dan bersikap menganlisa sedalamnya apa yang berlaku.
Kepada mereka yang ada agenda busuk terhadap PKR Selangor insaf dan jika anda benar-benar ingin tegakkan demokrasi dalam parti itu cuba tegakan dulu keadilan dalam dri sendiri. Tiliklah kepada diri sendiri sebelum hendak menunding jari mengatakan orang lain buruk dan busuk.
Janganlah mereka-reka cerita yang bukan-bukan. Sikap dan perangai yang ada kepada Khalid usahkan cerita bohong kalau cerita benar yang tidak memberi faedah pun akan dibuang begitu saja

Langgan:
Catatan (Atom)