Sabtu, 23 Jun 2012

NEGARA PARAH DIBAWAH UMNO

Apakah BN bijak mentadbir? Atau bijak memanipulasikan harta rakyat untuk kroni dan diri sendiri? Ketirisan atau rasuah sudah jadi amalan biasa dan dilindungi. Mahukah Rakyat mempertahankan kerajaan Korup seperti BN? Ayuh lakukanlah perubahan dalam PRU13 dengan mengangkat kerajaan baru yang BERSIH dan TELUS..... Rm19billion subsidi diberikan kepada penjana bebas milik kroni setiap tahun, berbanding hanya rm 11 billion subsidi minyak kepada rakyat yang cuba di tarik balik. Rm3billion subsidi utk makanan(gula, gandum, beras) juga cuba ditarik balik, malah rm 4 billion pampasan kepada konsesi lebuh raya setiap tahun. Rm 325 billion wang PETRONAS diambil antara tahun 2007 hingga 2010,rm 466 billion hutang peribadi yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia dan paling buruk di Asia dan bukan setakat itu saja rm 28 billion Kerugian negara akibat Ketirisan, Penyelewengan perolehan dan Rasuah yang berleluasa.
Published with Blogger-droid v2.0.6

BILA KRONI HUTANG BERBILLION

Hutang korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary mencecah RM34.3 billion Adakah Malaysia akan berhadapan krisis kewangan sekali lagi akibat hutang korporat terkumpul kumpulan anak-anak syarikat jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary yang mencecah RM34.3 billion? Pada krisis ekonomi Asia tahun 1997/988, kita menyaksikan kejatuhan syarikat kroni UMNO Renong Berhad yang telah muflis akibat hutang melebihi RM20 billion atau sekitar 7 peratus jumlah hutang di bank yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit kepada pelabur-pelabur mereka sendiri. Apa pula ‘helah’ kerajaan apabila Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan diusulkan di Parlimen dengan jumlah besar peruntukan sebanyak RM8 billion yang meliputi hampir 40 peratus dari Belanjawan 2012? Bukankah ia akan dilihat sebagai “memastikan keuntungan kepada syarikat kroni?” Dan mengapa kerajaan Barisan Nasional terus amalkan kronisme, iaitu memberi projek besar kepada ‘kawan’ tanpa perlu ada tender terbuka, serta tanpa mengira sama ada syarikat- syarikat kroni tersebut layak, mampu atau berkebolehan? Kesannya, rakyat sendiri yang terpaksa menanggung hutang besar apabila kroni-kroni tersebut gagal dalam perniagaan mereka. “Yang menghairankan ialah, mengapa Pelabuhan Pulau Pinang diswastakan kepada Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sedangkan Syed Mokhtar mempunyai sejumlah hutang yang besar? “Lebih mengejutkan lagi, banyak khabar angin mengatakan bahawa Syed Mokhtar juga sedang cuba untuk mendapatkan Pelabuhan Kelang (Northport Holding) dan juga KTM Berhad,” soal Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berikutan pengesahan Jabatan Perdana Menteri mengenai penswastaan pelabuhan Pulau Pinang. Pua bimbang masalah yang sama akan berulang, iaitu isu Renong yang merupakan salah satu syarikat terbesar dan penting kepada kerajaan BN. Syarikat ini mempunyai lingkungan perniagaan yang meluas melibatkan kepentingan dalam pembinaan lebuh raya seperti PLUS, UEM, Linkedua termasuk landasan KTM dan Putra LRT, hartanah, telekomunikasi dan banyak lagi. Kemudian Renong menghadapi hutang amat besar. Katanya, kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang merupakan lebih dari 10 peratus hutang korporat tertunggak tempatan sehingga 2011 manakala anggaran jumlah tunai dan asset cair syarikat-syarikat ini cuma sebanyak RM7.8 billion sehingga Mei 2012. “Hutang sebanyak RM34.3 billion ini jauh melebihi dari hutang yang ditanggung Renong ketika itu sebanyak RM20.0 billion. Perkara ini telah menyebabkan kebimbangan umum kerana kita bimbang wang pembayar cukai negara ini digunakan untuk menyelamatkan syarikat gergasi,” ujarnya. Empayar perniagaan yang besar dengan hutang yang tidak terurus Dalam satu media di Parlimen semalam, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mendedahkan beberapa empayar syarikat dan industri milik Syed Mokhtar dalam empat kategori entiti. Katanya, Syed Mokhtar memiliki RM51.8 peratus saham MMC Corporation Berhad yang mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM24.2 billion. “Seperti yang kita tahu, anak- anak syarikat MMC Corporation adalah Malakoff Corporation, Gas Malaysia, Aliran Ihsan Resources, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, Senai Airport Terminal Services, Terowong SMART dan syarikat usahasama MMC-Gamuda,” tambah beliau. Menurutnya, entiti kedua terbesar milik Syed Mokhtar ialah DRB-Hicom yang menanggung hutang RM5.7 billion termasuk hutang RM3.0 billion untuk memiliki Proton Berhad. Kumpulan syarikat yang lain ialah Edaran Otomobil Nasional, MODENAS, Honda Malaysia, Bank Muamalat, PUSPAKOM, Alam Flora, POS Malaysia, Defence Technologies dan beberapa syarikat pembangunan hartanah. “Beliau juga memiliki 43.0 peratus saham Tradewinds (M) Berhad yang merupakan entiti ketiga terbesar milikannya yang mempunyai hutang berjumlah RM3.48 billion. “Syarikat ini memiliki BERNAS yang memonopoli pembelian, import dan pengedaran beras di Malaysia, Central Sugar Refinery dan pegangan kecil dalam Malaysian Sugar Manufacturing Berhad yang sama-sama memonopoli pasaran gula Malaysia termasuk Tradewinds Plantation,” katanya Persoalan yang terjawab Harga gula negara ini sentiasa meningkat dari masa ke masa sedangkan kerajaan menanggung sejumlah subsidi yang besar. Setelah harga gula dunia berada pada paras tertinggi iaitu US$29.47 (RM89.66) setiap seratus Pound pada Julai 2011, ia mula jatuh setiap bulan sebanyak 20.5 peratus dan mencatatkan sebanyak US $23.42 pada Disember. Pada Bajet 2012 yang lalu, sebanyak RM367 juta subsidi ditambah kepada RM198 juta yang diperuntukkan. Walau bagaimana pun, penambahan ini tidak berkadar terus dengan kenaikan harga gula sebenar yang menimbulkan persoalan siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan dari subsidi ini. Menurut Pua, Syed Mokhtar juga memilki Tradewinds Corporation dengan 71.5 peratus pegangan di mana syarikat tersebut menanggung beban hutang sebanyak RM890 juta. “Tradewinds Corporation mengurus beberapa hotel utama di Malaysia termasuk Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Hotel Hilton di Kuching dan Petaling Jaya dan juga Hotel Istana,” jelasnya. Menurutnya lagi, kerajaan persekutuan perlu menjelaskan tindakan yang telah diambil untuk memastikan krisis kewangan 1998 tidak berulang di mana rakyat menjadi mangsa kesan hutang gergasi-gergasi korporat kroni.. “Segalanya perlu dijalankan dengan telus dan berintegriti agar rakyat dapat mengetahui seterusnya menilai tindakan yang diambil kerajaan. “Kementerian Kewangan juga perlu menyediakan satu data yang menjelaskan kedudukan institusi kewangan kita, badan-badan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” jelasnya. Mengkhianati wang pembayar cukai Isu melibatkan ‘subsidi’ sering didakwa kerajaan BN sebagai untuk meringankan beban rakyat sedangkan ia terang- terang bercanggah dengan dasar subsidi itu sendiri. Syarikat-syarikat tertentu yang mendapat subsidi dari kerajaan dilihat mempunyai kepentingan dengan UMNO- BN malah bersifat memonopoli walau pun mereka tidak mempunyai rekod kewangan yang baik. Kerajaan sepatutnya memastikan agar wang cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia digunakan untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukan digunakan untuk membayar kebobrokan yang dilakukan oleh kroni mereka sendiri. Akhirnya, ia memungkinkan krisis ekonomi yang akan menggugat kestabilan negara. – Roketkini.com
Published with Blogger-droid v2.0.6

SEKS, FITNAH, MENIPU. BUDAYA KITA KE?

Najib: Debat bukan budaya kita Zulaikha Zulkifli | 7:19PM Jun 22 2012 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat. Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan. "Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita. "Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan. "Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini. Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan. "Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang," katanya. Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan. "Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi. PKR S'gor makin serius Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan yang berlaku dalam PKR Selangor, Najib berkata kemelut dalaman yang melanda parti pembangkang itu menunjukkan perbalahan di antara pemimpin parti itu semakin serius. Bernama melaporkan Najib sebagai berkata rakyat sudah bijak membuat penilaian mengenai perpecahan serius yang melanda kepimpinan PKR Selangor sehingga ada pemimpinnya meletak jawatan secara tiba-tiba. Menjawab satu soalan, Najib berkata andaian bahawa kemelut PKR itu berpunca daripada masalah individu tertentu dalam parti tersebut kini terzahir secara terbuka. "Punca itu masing-masing kena buat kesimpulan apa punca perbalahan itu, tetapi nampaknya perbalahan semakin serius," katanya seperti dipetik dalam laporan
Published with Blogger-droid v2.0.6

Doa rakyat di Mekah

Entahlah ada ura ura yang Najib nak adakan PRU 13 pada musim haji, itu menunjukkan kuasa yang ada padanya malah menteri yang jaga agama serta mufti pun tak ada yang berani berkata apa apa, cuma sebagai rakyat aku terfikir dan berkira kira juga itulah masa yang sesuai untuk menggunakan rakyat import dengan projek ic malah hantu hantu yg diberikan kemudahan mengundi berkali kali. Bagi aku kalau itulah masa yang dipilih oleh Najib@PM maka lawan pasti lawan tapi bersedia ke Najib@PM menerima doa doa dari rakyat yang mengerjakan haji dimekah yang mengharapkan agar tumbang serta hancur PM terakhir dari teori RAHMAN, apa pun perancangan Allah lebih baik daripada perancangan manusia. Apa pun cakap banyak tak guna tendang pun tak kena Najib@PM rasanya TIDUR TAK LENA.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Jumaat, 22 Jun 2012

KWSP SIAPA YANG JAGA?

Wang KWSP rm1.8billion dilabur tanpa rundingan dgn pembelian stesen kuasa Battersea di London dimana KWSP tlh mengalahkan bidaan Roman Abramovich pemilik Chelsea. Najib besarkan pelaburan asing guna dana rakyat,bermula dari belanjawan 2011 pelaburan asing KWSP tlh dibesarkan dari 5-10% mnjadi 10-20%,ini berkemungkinan dana KWSP rm359billion TIDAK LG SELAMAT.Soalan di Parlimen pd oktober 2011 ketika najib bentang belanjawan 2011 berkenaan wang rm75 billion disuntik kedlm syarikat bertujuan khas SPV yg disenarai diBursa saham New York tlh ditolak speaker malah ditanda "SENSETIF"
Published with Blogger-droid v2.0.6

Kemana wang lembu mama laki mama ijat

2unit kondominium One Menerong rm13,800,000. Mercedes benz rm534,622. 2 plot tanah PT1886&1887 presint10 putrajaya rm3,363,507. 1 unit kondominium Orchard Scotts rm9,900,000. 2 unit kondominium Marina Bay Suites rm34,562,784. Anak umur 25 thn gaji rm35k sebln. Anak umur 27 thn gaji rm35k sebln. Anak umur 31thn gaji rm45sebln. Suami gaji rm100k sebln. Sasaran bekalan lembu 60,000 ekor tp mampu bekalkan 8,016. 73,291 petani miskin yg dijanjian rm110.67 juta diabaikan,walhal syarikat suami mentri dpt rm250juta.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Rasanya ini yang buat Najib tertekan

Pendedahan kes Scorpene yg membawa kepada perbicaraan di Perancis malah kes dakwaan penipuan membabitkan bakal menantunya, perpecahan dalaman umno bakal ada tikam belakang, peningkatan sokongan rakyat kepada PR, malah kejatuhan beberapa regim di dunia dan peningkatan golongan muda, kaum cina dan bukan Islam kepada PAS, kemasukan secara ramai dari artis, bekas pegawai tinggi kerajaan dan apa tah lagi dengan isu penjualan rahsia keselamatan negara.
Published with Blogger-droid v2.0.6

TEKAAN SAJA TENTANG PRU 13

Ada sorang apek katanya ini tuhan Allah pun tarak tahu bila itu Najib mahu bikin pru 13? sekadar meneka saja rasanya bulan march 2013,ini disebabkan negeri PR tidak akan turut sama bila parlimen dibubarkan oleh PM pada tahun ini malah dengan isu yang panas ber kemungkinan ditambah teori RAHMAN maka keputusannya Najib terpaksa tunda dan ikut PR yang bercadang utk bubar dewan Undangan negeri pada march 2013,harap2 lah Tekaan saya ini ada betulnya.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Khamis, 21 Jun 2012

SEKIAN LAMA KU TINGGALKAN

Setahun lebih rasanya ku tinggalkan sepi blogku ini,hari ni thread yg ku kutip dari tweeter saja aku paparkan dlm blog yg baru juga ku tukar namanya,biarpun sekadar guna hp android aku masih lagj mencari keserasian dan masih sdg belajar maklumlah bila umur semakin meningkat,sakit pula tapi kekuatan utk bersama dalam kemajuan dunia tanpa sempadan membuatkan diri ini mencuba dan mencuba.....ini permulaan utk kembali aktif menulis di blog agar masa tak terluang bila penyakit membuatkan aku punyai masa dirumah,insyaallah aku berjuang didalam ruang yg ada pada diriku......
Published with Blogger-droid v2.0.6

KEBAIKAN UMNO

9000 hektar tanah rizab melayu di Selangor telah ditukar status kpd bukan rizab Melayu, hny 1/3 ribu hektar shj diganti ! Kebaikan umno.

Melesapkan wang PPRT sbyk RM32j oleh Dato Annuar Musa drp Umno. Kebaikan umno.

Tanah 182.11 hektar d Bt15 jln Kulai mukim ulu sg johor. Tanah dipohon sjak 20taun o org tmptan, n telah dberi kpd sykt x bumiputera 13jun08. Kebaikan umno.

Syarikat BERNAS (padi beras negara) dijual kpd syarikat Hong Kong Wan Tak Co Ltd sbyk 31.36% ! Kebaikan umno.

Tanah seluas 2,500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sg Siput Perak dijual kpd tokey Cina Singapore ! Kebaikan umno

Peruntukn MARA RM374,785j SAHAJA bg 2010 b'banding RM883,785 taun2009 utk IKM RM143j taun 2010 b'banding RM403j taun 2009! Kebaikan umno.

22k ekar tanah kerajaan digadai kpd gergasi KLK (KL-Kepong) di Lekir Manjung, 5,000 ekar di Bruas, 1.5k ekar kpd MCA di Bdr Baru Kampar.Kebaikan umno.

Seluas 200ekar tpk kilang simen PerakHanjoong (YTL Cement) digadai o Pemimpin UMNO kpd YTL, ini adalah rizab MELAYU di Pdg Rengas, K.Kangsar.Kebaikan umno.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TINGGAL 2010 DAN SELAMAT DATANG 2011 MASEHI

Tulisan ini ditulis cuma beberapa jam lagi kita nak meninggalkan era tahun 2010 dan begitu perginya 2010 maka tibalah tahun 2011 masehi yang ramai rakyat mendambakan sesuatu perubahan baik dari segi kesihatan maupun ekonomi malah yang lebih penting agar kita dapat memperbaiki politik adu domba,fitnah,lupa diri,rasuah serta salah guna kuasa malah yang menjadi perhatian ialah bagaimana kerajaan BN sekarang mau berubah atau pun masih ditahap lama menunggu zaman kehancuran kerana kebodohan pemimpin yang kurang bijak menangani masalah rakyat.Rasanya tidak perlu angah menulis panjang-panjang semata-mata untuk angah mencucapkan selamat tinggal buat tahun 2010 yang telah banyak menyagikan cerita hodoh pemimpin takut pada kebenaran dan kekalahan,semoga kedatangan tahun baru 2011 masehi bakal membuka minda mereka yang ditutup mata hatinya insyaallah.

Sabtu, 25 Disember 2010

BERUBAH SEKARANG DAN SELAMATKAN MALAYSIA

Pada pandangan angah program yang dirancang oleh Pakatan Rakyat untuk tempoh 100 hari sekiranya ditakdirkan menang menakluki putrajaya apa yang paling penting laksanakan pembersihan dalam sistem keselamatan dan juga sistem perundangan dahulu...yang lain tu diikuti perancangan susulan kerana situasi pasti berbeza malahan mungkin ada satu suara yang mahukan itu dan ini diuruskan dahulu dan ada juga yang mahukan pesalah-pesalah ditangkap segera dan yang ini rasanya setelah pembersihan kedua-dua sistem ini barulah dilakukan satu persatu....insyaallah sekiranya PR berusaha lebih dengan mengamalkan sebaran info melalui blog dan yang sewaktu dengannya serta menangani kontra dengan situasi yang berbeza tanpa pihak lawan berfikiran sebaliknya maka usaha ini insyaallah akan menghasilkan kejayaan.

Kita memahami dan ramai juga blogger pro PR percaya bahawa kerajaan sedia ada memang telah menubuhkan tinktank mereka untuk berfikir cara macam mana agar setiap cerita itu boleh di sensasikan malah bila sesuatu isu besar mahu ditepis jauh dari perhatian masyarakat atau supaya sesuatu isu itu dilupa kan seketika maka satu atau dua isu yang membabaitkan pemimpin PR terutama DSAI,TGNA dicanang sebegitu rupa oleh blogger serta media masa kerajaan,walaupun pada dasarnya ramai blogger pro PR yang bersendirian tapi satu usaha perlu di fikirkan bagaimana permainan politik yang sebenar harus dilakukan dan ini haruslah kena ada perancangan diluar pemikiran kotak ahli politik......

Buku jingga memberi harapan pada rakyat yang telah sedar malah ramai dari saluran 2 dan 3 telah banyak mendapat manafaat dari perubahan infomasi melalui alam maya dan biarpun ramai dari saluran 1 yang masih dok percaya kerana usia serta kepercayaan kuno tentang kemelayuan sehingga melupakan ingatan hukum alquran serta sunah Rasullullah S.A.W "apa pun janji Allah serta perancangannya adalah yang lebih baik dari perancangan kita ".....Angah ambil kata-kata teguran oleh TGNA jangan nak jadi Gangster sebelum kita jadi pemerintah/tungglah dulu bila kita jadi pemerintah jangan nak jadi Gangster?????mempunyai 2 makna tersirat jadi fikir-fikirkan lah dan rajinlah membaca dan BERUBAH SEKARANG DAN SELAMATKAN LAH MALAYSIA.


Khamis, 23 Disember 2010

KENYATAAN MEDIA DSAI



NEGARA MAMPU MENAIKKAN IMBUHAN PENDIDIK SEPERTI PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT


Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610). 

Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran). Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.

Ini akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/Barisan Nasional. 

Kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru. Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan. Pembaziran UMNO/Barisan Nasional sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010 boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi orang guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

Ini belum lagi pembaziran-pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan UMNO/Barisan Nasional untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini.

Hakikatnya, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan UMNO/Barisan Nasional. Isu kualiti pendidikan telah ditimbulkan sejak sedekad yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon-calon yang berkualiti tinggi. Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan. 

Semalam, akhbar-akhbar melaporkan persetujuan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan. Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi – tetapi hanya selepas Pakatan Rakyat membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, UMNO/Barisan Nasional memberikan reaksi cemas. Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari.

Ini bukanlah caranya kita merancang kebijakan pendidikan negara. Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan Rakyat bersuara.

Pakatan Rakyat percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab. Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
23 DISEMBER 2010

ORANG KESATUAN SERING DIANAKTIRIKAN

Benda ni dah lama terjadi sesiapa yang pernah atau masih menjadi anggota kesatuan malah yang bergelar ahli jawatan kuasa maka mereka-mereka ni sering di anak tirikan malah peluang untuk kenaikan pangkat sering dinafikan biar pun pekerjaan serta tingkah laku menjadi contoh pada semua pekerja,birokrasi dalam negara kita sudah sampai ke peringkat yang membimbangkan dan semua ini telah disedari oleh kebanyakan pertubuhan kesatuan dan apa yang di perkatakan oleh kesatuan NUBE ini sememangnya mengambarkan betapa negara kita perlu reformasi kearah menjaga kebajikan para pekerja terutama mereka yang suka rela menjadi anggota ahli jawatan kuasa sesuatu kesatuan...cerita berkenaan boleh dilayan disini http://kerabubersuara.blogspot.com/2010/12/undang-undang-perlu-dipinda-bagi.html

MENYAMAN PUN BAGI PADA SWASTA?

Lagi banyak depa menyaman kenderaan orang lagi byk mangkuk-mangkuk ni dapat cuba kira dari rm6juta 35% dapat kepada syarikat swasta yang mengendalikan urusan saman JPJ dan POLIS pandai depa ni cari duit,kerja kalau tak menipu,tak pijak kepala rakyat memang suku sakat temberang dulu,kini dan selamanya...kalau sibodoh-bodoh masih dok pertahankan mangkuk-mangkuk yang tak layak jadi pemimpin jangan suatu masa nanti dok menyalahkan diri sendiri bila mana segala hutang negara rakyat dibabitkan membayarnya...baca lah disini cerita berkenaan sakit hati angah..http://www.malaysiakini.com/news/151536

DEMOKRASI YANG DAH HAMPIR MATI

Index demokrasi di negara ini telah jatuh lagi 3 anak tangga kepada 71 dari 167 negara menurut laporan Economist Intelligence Unit baru-baru ini menurut laporan dari Economist Intelligence Unit dari 5 kriteria Malaysia menurun dalam kategori budaya politik dan kebebasan sivil walaupun meningkat dari fungsi kerajaan.....baca seterusnya disini http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11391

SEKS YANG DISALAHGUNAKAN

Kebelakangan ini kita dapat membaca kisah kejadian merogol,seks bebas suka sama suka(perlakuan zina)melanggani pelacur atasan malah ada yang melakukan bermacam-macam cara ketika melakukan hubungan seks,malah kalau difikirkan bahawa selain agama yang global sebab kemana sahaja manusia pergi agama tetap ada dimana-mana dan begitu juga dengan seks kerana dimana sahaja manusia pergi seks menjadi buruan sang pendahaga malah seks juga satu cara untuk manusia melepaskan bebanan perasaan nafsu duniawi tidak kira apapun taraf seseorang itu.

Karma sesuatu perbuatan seumpama ini akan mengakibatkan seseorang itu akan menghidapi HIV dan baca kisah ini disini kalau tak mahu seks disalahgunakan..http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Rabu, 22 Disember 2010

BUKU JINGGA?

Apa yang terkandung dalam tulisan buku jingga?sudahkah kita mengetahui perjuangan yang sedang PR usahakan?dimanakah boleh kita dapat buku ini?adakah pihak yang berkenaan dapat mengusahakan bahawa buku jingga ini dapat diikuti melalui alam maya maupun yang sewaktu dengannya?

1st LADY LAH

Dengarnya belanja sakan rm 4.5 juta semasa perjumpaan 1st lady baru-baru ni,tu tak banyak...sebenarnya depa boleh cekau lagi banyak....kuasa di tangan depa rakyat di bawah kaki mereka jadi tak reti-reti lagi ke?siapa yang tak kenal dengan perempaun yang kononnya dia 1st lady di negara ini....korang semua lupa ke?sedangkan Lee Kuan Yew pun kena mengadap dia nikan pulak wang negara...poyolah,biarkan sekarang ni roda depa ada kat atas tunggu lah pusingan dia bila depa kat bawah dah tentu pancit habis tak pun pecah sebab tak sanggup menghadapi beban hukuman karma...