Published with Blogger-droid v2.0.6
SEBELUM DATANG 5 PERKARA KENA INGAT 5 PERKARA. KITA KAH YANG MENGUMPULKAN DUNIA ATAU DUNIA YANG MENGUMPULKAN KITA. GELORA OMBAK MENITI HIKMAH, MEMANCAR KILAT ARCA MAKRIFAT, CARA BERTINDAK MESTI BERHEMAH, AGAR SELAMAT DUNIA AKHIRAT.
Sabtu, 23 Jun 2012
BILA KRONI HUTANG BERBILLION
Hutang korporat
Tan Sri Syed
Mokhtar Al-
Bukhary mencecah
RM34.3 billion
Adakah Malaysia akan
berhadapan krisis kewangan
sekali lagi akibat hutang
korporat terkumpul kumpulan
anak-anak syarikat jutawan
Tan Sri Syed Mokhtar Al-
Bukhary yang mencecah
RM34.3 billion?
Pada krisis ekonomi Asia
tahun 1997/988, kita
menyaksikan kejatuhan
syarikat kroni UMNO Renong
Berhad yang telah muflis
akibat hutang melebihi RM20
billion atau sekitar 7 peratus
jumlah hutang di bank yang
menyebabkan kerugian
ratusan juta ringgit kepada
pelabur-pelabur mereka
sendiri.
Apa pula ‘helah’ kerajaan
apabila Rang Undang-Undang
Perbelanjaan Tambahan
diusulkan di Parlimen dengan
jumlah besar peruntukan
sebanyak RM8 billion yang
meliputi hampir 40 peratus
dari Belanjawan 2012?
Bukankah ia akan dilihat
sebagai “memastikan
keuntungan kepada syarikat
kroni?”
Dan mengapa kerajaan
Barisan Nasional terus
amalkan kronisme, iaitu
memberi projek besar kepada
‘kawan’ tanpa perlu ada
tender terbuka, serta tanpa
mengira sama ada syarikat-
syarikat kroni tersebut layak,
mampu atau berkebolehan?
Kesannya, rakyat sendiri yang
terpaksa menanggung hutang
besar apabila kroni-kroni
tersebut gagal dalam
perniagaan mereka.
“Yang menghairankan ialah,
mengapa Pelabuhan Pulau
Pinang diswastakan kepada
Seaport Terminal (Johor) Sdn.
Bhd. milik Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhary
sedangkan Syed Mokhtar
mempunyai sejumlah hutang
yang besar?
“Lebih mengejutkan lagi,
banyak khabar angin
mengatakan bahawa Syed
Mokhtar juga sedang cuba
untuk mendapatkan
Pelabuhan Kelang (Northport
Holding) dan juga KTM
Berhad,” soal Setiausaha
Publisiti DAP Tony Pua
berikutan pengesahan Jabatan
Perdana Menteri mengenai
penswastaan pelabuhan Pulau
Pinang.
Pua bimbang masalah yang
sama akan berulang, iaitu isu
Renong yang merupakan
salah satu syarikat terbesar
dan penting kepada kerajaan
BN. Syarikat ini mempunyai
lingkungan perniagaan yang
meluas melibatkan
kepentingan dalam
pembinaan lebuh raya seperti
PLUS, UEM, Linkedua
termasuk landasan KTM dan
Putra LRT, hartanah,
telekomunikasi dan banyak
lagi. Kemudian Renong
menghadapi hutang amat
besar.
Katanya, kumpulan syarikat
Tan Sri Syed Mokhtar Al-
Bukhary mempunyai hutang
terkumpul sebanyak RM34.3
billion yang merupakan lebih
dari 10 peratus hutang
korporat tertunggak tempatan
sehingga 2011 manakala
anggaran jumlah tunai dan
asset cair syarikat-syarikat ini
cuma sebanyak RM7.8 billion
sehingga Mei 2012.
“Hutang sebanyak RM34.3
billion ini jauh melebihi dari
hutang yang ditanggung
Renong ketika itu sebanyak
RM20.0 billion. Perkara ini
telah menyebabkan
kebimbangan umum kerana
kita bimbang wang pembayar
cukai negara ini digunakan
untuk menyelamatkan
syarikat gergasi,” ujarnya.
Empayar perniagaan yang
besar dengan hutang yang
tidak terurus
Dalam satu media di Parlimen
semalam, Pua yang juga Ahli
Parlimen Petaling Jaya Utara
turut mendedahkan beberapa
empayar syarikat dan industri
milik Syed Mokhtar dalam
empat kategori entiti.
Katanya, Syed Mokhtar
memiliki RM51.8 peratus
saham MMC Corporation
Berhad yang mempunyai
hutang tertunggak sebanyak
RM24.2 billion.
“Seperti yang kita tahu, anak-
anak syarikat MMC
Corporation adalah Malakoff
Corporation, Gas Malaysia,
Aliran Ihsan Resources,
Pelabuhan Tanjung Pelepas,
Pelabuhan Johor, Senai
Airport Terminal Services,
Terowong SMART dan syarikat
usahasama MMC-Gamuda,”
tambah beliau.
Menurutnya, entiti kedua
terbesar milik Syed Mokhtar
ialah DRB-Hicom yang
menanggung hutang RM5.7
billion termasuk hutang
RM3.0 billion untuk memiliki
Proton Berhad. Kumpulan
syarikat yang lain ialah Edaran
Otomobil Nasional,
MODENAS, Honda Malaysia,
Bank Muamalat, PUSPAKOM,
Alam Flora, POS Malaysia,
Defence Technologies dan
beberapa syarikat
pembangunan hartanah.
“Beliau juga memiliki 43.0
peratus saham Tradewinds
(M) Berhad yang merupakan
entiti ketiga terbesar
milikannya yang mempunyai
hutang berjumlah RM3.48
billion.
“Syarikat ini memiliki BERNAS
yang memonopoli pembelian,
import dan pengedaran beras
di Malaysia, Central Sugar
Refinery dan pegangan kecil
dalam Malaysian Sugar
Manufacturing Berhad yang
sama-sama memonopoli
pasaran gula Malaysia
termasuk Tradewinds
Plantation,” katanya
Persoalan yang terjawab
Harga gula negara ini sentiasa
meningkat dari masa ke masa
sedangkan kerajaan
menanggung sejumlah subsidi
yang besar. Setelah harga
gula dunia berada pada paras
tertinggi iaitu US$29.47
(RM89.66) setiap seratus
Pound pada Julai 2011, ia
mula jatuh setiap bulan
sebanyak 20.5 peratus dan
mencatatkan sebanyak US
$23.42 pada Disember.
Pada Bajet 2012 yang lalu,
sebanyak RM367 juta subsidi
ditambah kepada RM198 juta
yang diperuntukkan. Walau
bagaimana pun, penambahan
ini tidak berkadar terus
dengan kenaikan harga gula
sebenar yang menimbulkan
persoalan siapa yang
sebenarnya mendapat
keuntungan dari subsidi ini.
Menurut Pua, Syed Mokhtar
juga memilki Tradewinds
Corporation dengan 71.5
peratus pegangan di mana
syarikat tersebut menanggung
beban hutang sebanyak
RM890 juta.
“Tradewinds Corporation
mengurus beberapa hotel
utama di Malaysia termasuk
Crowne Plaza Mutiara Kuala
Lumpur, Hotel Hilton di
Kuching dan Petaling Jaya dan
juga Hotel Istana,” jelasnya.
Menurutnya lagi, kerajaan
persekutuan perlu
menjelaskan tindakan yang
telah diambil untuk
memastikan krisis kewangan
1998 tidak berulang di mana
rakyat menjadi mangsa kesan
hutang gergasi-gergasi
korporat kroni..
“Segalanya perlu dijalankan
dengan telus dan berintegriti
agar rakyat dapat mengetahui
seterusnya menilai tindakan
yang diambil kerajaan.
“Kementerian Kewangan juga
perlu menyediakan satu data
yang menjelaskan kedudukan
institusi kewangan kita,
badan-badan berkanun
seperti Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP),
Kumpulan Wang Persaraan
(KWAP), Tabung Haji dan
Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT),” jelasnya.
Mengkhianati wang
pembayar cukai
Isu melibatkan ‘subsidi’ sering
didakwa kerajaan BN sebagai
untuk meringankan beban
rakyat sedangkan ia terang-
terang bercanggah dengan
dasar subsidi itu sendiri.
Syarikat-syarikat tertentu yang
mendapat subsidi dari
kerajaan dilihat mempunyai
kepentingan dengan UMNO-
BN malah bersifat
memonopoli walau pun
mereka tidak mempunyai
rekod kewangan yang baik.
Kerajaan sepatutnya
memastikan agar wang cukai
yang dikutip dari rakyat
Malaysia digunakan untuk
kepentingan seluruh rakyat
dan bukan digunakan untuk
membayar kebobrokan yang
dilakukan oleh kroni mereka
sendiri.
Akhirnya, ia memungkinkan
krisis ekonomi yang akan
menggugat kestabilan negara.
– Roketkini.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan