Jumaat, 16 April 2010

HATI KU TERTINGGAL DISANA

Malam sabtu 9/april angah bersama adik-adik lelaki dan keluarga telah ke Kangar,Perlis sebab menghantarkan anak angah yang sulong perempuan sambung belajar disalah sebuah kolej disana dalam diploma farmasi insyaallah sekiranya dapat bertahan maka dia akan disana selama 3 tahun,kami bertolak dari rumah emak dalam jam 11 malam dan menungu lagi adik yang mengambil mak mertuanya diRasah dan kami sampai di RR Behrang dalam jam 11.40 dan perjalanan diteruskan lagi bila kami 3 kereta telah bersama dan sempat juga singgah di Sungai Perak untuk merehatkan kaki dan badan sambil supper sedikit makanan yang mak bawa sekali,macam berkelah lah pulak makan kan pangkin depan tempat letak kereta.Dipendekkan cerita kami singgah dahulu di Alor Setar rumah adik ipar punya adik lelaki yang berkerja di balai polis disana dan inilah kali pertama kami dapat tidur diberek polis,besar juga lah rumah polis kat sana,kami sampai dalam jam 5.50 pagi sempat lah rehat dan sembahyang dan mandi mana yang letih maka tidurlah dia orang tapi angah yang berjaga dan memandu kereta sejak malam tu masih tak dapat nak tidur maklumlah terkejut dalam suasana yang asing.....

Jam 8.30 angah dan adik lelaki sorang yang menjadi pembantu pemandu,isteri,adik ipar yang tahu jalan disana maklumlah dulu dia bersekolah disana serta anak angah bertolak ke Kangar dan tempat terumpu adalah disebuah hotel diBandar Kangar setengah hari juga lah nak uruskan kemasukan serta daftar dan selesai kami menuju tempat asrama untuk mereka tinggal dalam tempoh pembelajaran dan asrama dikelilingi kawasan sawah padi,sampai disana kami lelaki tidak dibenarkan masuk cuma perempuan sahaja yang dibenarkan maka angah terpaksalah tunggu dibawah,anak angah tinggal dalam 1 rumah yang ada 3bilik,2 bilik besar 1 bilik kecil yang bilik besar ada 4 pelajar 2senior dan 2 lagi junior,anak angah dibilik yang kecil ada 1 senior dan 1 junior anak angah dan bila isteri angah berkemas diatas barulah kita sedar bahawa masih lagi banyak keperluan yang perlu diuruskan dahulu iaitu kipas,seterika,timba,bakul,hanger,pinggan mangkuk,dan sebagainya dan kopak lah juga poket ku .......

Selesai semua barang keperluan dibeli maka tinggallah hati angah yang sorang ni disana,walaupun sedih juga kerana dari kecil sehingga 18 tahun bersama keluarga kini dia diajar untuk berdikari dan berlajar berjauhan dari keluarga tapi saban hari angah akan call dia untuk mengetahui perkembangan dan kini katanya dia pergi ikut kawannya balik Kedah sebab cuti hujung minggu,wahhhh suka sangat lah dia dapt berjalan sakan.... tapi apa pun doa kami suami isteri agar dia dan anak kami yang lain berjaya dalam pelajaran dan kehidupan dunia akhirat,yang pasti adik dia yang kecil akan merinduinya sesangat sebab sikakak ini juga sayang dengan adik-adiknya dan sebagai ayah perasaan mungkin sedikit sebanyak akan terasa kerinduan.......

Balik kami dibawa singgah oleh adik ipar dirumah emak angkatnya di satu kampung yang dikelilingi oleh sawah bendang,dan terasa kita ini orang bandar serba kekurangan bila kami dapati rumah mereka sungguh besar malah tanah sawah mereka juga luas terbentang dengan mesin serta traktor tidak ketinggalan malah layanan mereka sungguh kelas serta sikap mereka yang baik dan peramah,kami bertolak dalam jam 2.30 lebih dan sampai dirumah dalam jam 9 malam dengan berhenti di 2 RR untuk rehat,sembahyang dan isi minyak.... kini hampir seminggu terasa hati angah tertinggal disana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan