Telah meriwayatkan Abu Dawud (1070), An Nasa-i (3/194), Ibnu Majah (1310), Ibnu Khuzaimah (1464), Ad Darimi (1620) dan Ahmad (4/372) dari Iyas bin Abi Ramlah Asy Syami ia berkata:
Aku menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam, ia berkata, Apakah engkau pernah menyaksikan bersama SAW apabila bertemunya dua hari raya pada satu hari? Zaid berkata, Ya. Mu’awiyah berkata, Lalu apa yang beliau lakukan? Zaid menjawab, Baginda solat Eid (hariraya) kemudian Baginda memberi keringanan untuk solat Jumaat, beliau bersabda ‘Siapa yang ingin Solat Jumaat maka solatlah’. (Imam Ali Ibnul Madini mensahihkan hadits ini sebagaimana dalam At Talkhisul Habir (2/94))
Abu Hurairah dan selainnya membawakan riwayat tentang hal ini dari Nabi SAW dan ini yang diamalkan para sahabat Radhiyallahu ‘anhum.
Abdurrazzaq meriwayatkan dalam Al Mushannaf (3/305) dan juga Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf (2/187) dengan sanad yang sahih dari Ali Radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya berkumpul dua hari raya pada satu hari, maka ia berkata:
“Siapa yang ingin menghadiri solat jumaat maka hadirilah dan siapa yang ingin duduk di rumah maka duduklah”.
Dalam sahih Bukhari (5251) disebutkan riwayat yang sama dengan ini dari Utsman Radhiyallahu ‘anhu. Dalam Sunan Abi Dawud (1072) dan Mushannaf Abdurrazzaq (5725) dengan sanad yang sahih dari Ibnu Zubair:
“Dua hari raya bertemu dalam satu hari, maka ia mengumpulkan keduanya bersama-sama dan menjadikannya satu. Ia solat E’id pada hari Jumat sebanyak dua rakaat pada pagi hari, kemudian ia tidak menambah solat hingga solat Asar”.
Asy-Syaukabi yang bermazhab Syafi’e berkata dalam Nailul Authar (3/348) mengikuti riwayat ini, zahir riwayat ini menunjukkan bahawa ia tidak mengerjakan solat Zuhur.
Dalam riwayat ini menunjukkan bahawa solat Jumaat jika gugur dengan sebab telah bersolat hariraya, maka tidak wajib bagi orang yang gugur darinya solat Jumaat untuk mengerjakan solat Zuhur. Kerana itu Atha’ berpendapat.
“Nampak bahawa orang-orang yang berkata demikian kerana Jumaat adalah pokok. Dan engkau tahu bahawa yang diwajibkan oleh Allah Ta’ala bagi hamba-hamba-Nya pada hari Jumat adalah solat Jumat, bukannya solat Zuhur. Maka mewajibkan solat Zuhur bagi siapa yang meninggalkan solat Jumaat kerana uzur atau tanpa uzur perlu kepada dalil, dan tidak ada dalil yang kuat yang boleh dipegang dalam hal ini sepanjang yang aku ketahui”.
Syeikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ Fatawa (jilid 23, ms. 161) berkata: ”oleh kerana itu, kami mentarjih (menguatkan) bahawa solat Aidilfitri itu wajib bagi setiap individu muslim, sebagaimana pendapat Abu Hanifah dan lain-lainnya. Dan ini merupakan salah satu pendapat al-Syafi’i, dan ia merupakan salah satu dari dua pendapat di dalam mazhab Ahmad”.
Berdasarkan petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW, adalah lebih wajar umat Islam menerima rukhsah (kelonggaran) yang dianugerahkan itu.
Sebaik-baik petunjuk, ialah petunjuk Rasulullah SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan