Isnin, 20 Disember 2010

2010 AKAN MENINGGALKAN KITA

Tahun 2010 banyak kisah suka duka yang semua orang alami,apa juga keadaannya semua itu mengajar serta menyedarkan kita malah sekiranya dibukakan pintu mata hati maka akan nampaklah kita apa yang ditunjukkan kepada yang terpilih tapi bagi yang dibutakan mata hati maka semua itu tidak kelihatan dan semestinya mereka tergolong dalam kumpulan yang rugi....telah sekian lama angah meninggalkan blog ini tanpa update malah malas rasanya kebelakangan ini sekiranya semua isu berkenaan suasana terutama politik tanahair boleh dibaca dan ramai blogger PR telah menutarakan semua isu didalam blog mereka...cuma angah rajin dan tak rajin sahaja sementara sekarang melayani sesuatu isu melalui facebook maupun twitter.

2010 Bakal meninggalkan kita sedikit masa lagi bagi tahun islam 1432 masihi baru sahaja memasuki eranya dan semua seperti selalu mengharapkan kebahagian buat semua terutama rakyat yang memerlukan pembelaan bukannya penipuan demi penipuan semata-mata untuk mengekalkan kerajaan penuh RASUAH.Tiada seindah rasa sekiranya keinginan menukar kerajaan dapat diterjemahkan di PRU13 malah kuasa yang sememangnya dari rakyat juga haruslah dikembalikan kepada rakyat oleh pemerintah yang berwibawa...harapan angah biarlah usaha kearah ini di makbulkan oleh Allah agar kita boleh menilai sejauh mana kemampuan sebuah Kerajaan Baru yang di pimpin oleh Pakatan Rakyat insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan