Selasa, 31 Ogos 2010

AIR SELANGOR!APA HAL DENGAN MUHYIDDIN YASIN LALOK LEBIH KE?

Semalam kedengaranya si TPM mengatakan bahawa kerajaan negeri Selangor telah bersetuju meneruskan projek Langat 2 tapi hari ini bila MB Selangor menyatakan sebaliknya maka nampak sungguh TPM ni kerja tanpa usul periksa mengharapakan balaci entah apa yang dia orang katakan sehingga keluar kenyataan begitu malah secara tidak langsung juga akan menampakkan bahawa kerajan Selangor cuba melakukan penipuan maupun bertindak secara tidak beretika...ini lah komen dari MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim....

Khalid: Water restructuring first, Langat 2 after that

E-mailPrint
SHAH ALAM: The Selangor government has no qualms to proceed with Langat 2 water treatment after the water restructuring discussion with the private concessionaires and federal agencies reach an amicable solution. Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said that the state had never opposed the Langat 2 project but questions the urgency and the priority of the Federal Government.

“We said we will accept the Langat 2 Project but it does not have to be rushed into. The state will only address the project after we resolve the issue of water services restructuring in Selangor. We maintain that we must prioritise water restructuring over the Langat 2 project,” he said.

The Menteri Besar was responding to news reports quoting Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin who claimed that the Selangor MB gave the consent at the 5th National Waters Resources Council yesterday.

Abdul Khalid said he does not know how the deputy prime minister had concluded that Selangor had given the go-ahead for the Langat 2 water treatment and urged Muhyiddin to refrain from making assumptions in the future.

“We will continue our negotiations to resolve the restructuring of water services industry which have been in a deadlock since last year. We want a better deal, better services and better price for the people – that is our aim,” said Abdul Khalid.


MERDEKA 53 TAHUN

Selamat hari kemerdekaan yang ke 53 tahun buat rakyat Malaysia,sepanjang 53 tahun pemerintahan kerajaan BN rasanya banyak sudah yang kita nampak biarpun pembangunan material melimpah ruah dengan mega-meganya sejak zaman berPM kan Mahathir sehinggalah ke zaman Najib 1Malaysia malahan sejak peningalan zaman Mahathir nampaknya pemimpin dari umno ini menampakkan kegagalan teramat sangat bila Paklah mengambil alih teraju negara dengan sindrom anak beranak menjadi pemerintah sehinggalah diserahkan jawatan PM kepada Najib maka bermulalah era isteri menguasai suami malahan secara tidak langsung orang ramai telah perasan yang menjadi PM bukan lah si laki tapi si isteri.

53 tahun merdeka....apa erti kemerdekaan?adakah dengan menghayati,memasang bendera dirumah dan premis,kereta dan sebagainya,bersama-sama menyertai raptai yang diadakan maka itu lah kemerdekaan?Banyak persoalan yang timbul bagi orang ramai adakah ini satu ukuran bahawa negara kita ini benar-benar merdeka ?adakah merdeka dari penjajah luar tetapi dijajah oleh rakyat negara sendiri bila mana kuasa melalui pilihan raya yang sepatutnya dipulangkan kembali kepada rakyat tetapi sehingga hari ini....sekadar ingin mendapakan mandat berkuasa itu yang kita panggil merdeka?

53 tahun merdeka.....sepatutnya rakyat bertambah harmoni bila kuasa diberi dari rakyat kepada parti yang bertanding tapi apa yang rakyat dapat?Tanggung jawab siapa yang seharusnya memikul untuk memberikan segala macam kemudahan serta keadilan malahan keselamatan yang maksima kepada rakyat?Bagi ketua keluarga yang bertanggung jawab biar apapun didalam instituasi keluarga mereka tanggung jawab terhadap anak-anak adalah sangat penting,kegagalan setiap ketua keluarga bertanggung jawab akan mengakibatkan kebajkan anak-anak terabai dan ini bakal melahirkan perasaan benci dan juga dendam dalam kehidupan.....dan inilah yang telah berlaku 53 tahun dari dulu,kini dan selama itulah berlaku penindasan nya jiwa oleh kerajaan yang diberikan kuasa.......

Telah tiba masanya untuk rakyat menghentikan semua kekotoran dari kerajaan yang telah 53 tahun diberikan kuasa memerintah...malahan kini kuasa rakyat serta suara rakyat telah menampakkan perubahan yang mereka idamkan....gerakan reformasi,parti PR yang menjadikan satu wadah baru buat rakyat untuk memimpin negara,memperjuangkan rakyat untuk sama-sama mengecapai sistem keadilan saksama,agama islam menjadi teras pegangan pemimpin islam,rasuah dihapuskan untuk kita meliaht suatu masa nanti generasi akan datang akan hidup tanpa kotoran dunia yang boleh membawa kepada musibah bangsa dan negara.Insyaallah semua ini bakal terlaksana sedikit masa lagi.......................

Ahad, 29 Ogos 2010

KONONYA JADI KETUA AGAMA TAPI JAHIL

Dilahirkan beruntung menjadi anak raja dan seterusnya memangku dan setelah mangkatnya ayahnda maka naiklah takhta....apa pun kisah dimasa mudanya itu adalah urusannya maka bagi rakyat yang semakin cerdik dan sedar harapan mereka agar setiap sultan maupun raja yang memegang amanah negara maupun negeri haruslah sedar dan memahami perihal bab-bab berkenaan agama kerana pada dasarnya jawatan mereka secara tidak langsung juga ada lah menjadi  ketua agama maka nasihat dari mereka-mereka yang arif tentang agama haruslah diteliti dan disemak jika perlu dan janganlah jadi seperti ini.......

KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. — Bernama

Sabtu, 28 Ogos 2010

UMNO PROAKSI BRITISH JAJAH MINDA RAKYAT



UMNO BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN SEBENARNYA.




Beberapa hari lagi adalah ulangtahun Kemerdekaan Malaysia dari penjajahan British, yang kononnya dipelopori oleh Umno dan setelah 52 tahun perginya penjajah, kebanyakan rakyat Malaysia difahamkan bahawa Umno sahaja yang berjuang menentang penjajah. 

Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. 

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. 

Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha)

Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy 

Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). 

Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH.

Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya

1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar. 

2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.


4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyatuntuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.

HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.  

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar.

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.

Khamis, 26 Ogos 2010

SEKADAR TANGGUNG JAWAB TERHADAP RAKYAT NEGERINYA,SYABAS SELANGOR



Raya: Kakitangan Selangor RM500, guru Kafa RM250
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 26 Ogos: Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas hari raya sebanyak RM500  sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Menteri Besar, Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas hari raya ini akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali  kakitangan Gred JUSA ke atas.

Seramai 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada keputusan ini yang melibatkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.

Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya  ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru KAFA supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan.

FELDA KATA NAJIB HEBAT TAPI MENIPU



Mahkamah Persekutuan arah Felda bayar RM11 juta kepada peneroka
Harakahdaily   
PUTRAJAYA, 26 Ogos: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengarahkan Felda membayar pampasan lebih RM11 juta kepada 354 peneroka sebuah rancangan Felda di Kelantan.

Keputusan ini dipercayai akan membuka ruang kepada lebih tindakan saman terhadap Felda dalam isu manipulasi pengredan kelapa sawit oleh Felda terhadap penerokanya.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim selain Alauddin adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000......Seterusnya baca di sini http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28355:mahkamah-persekutuan-arah-felda-bayar-rm11-juta-kepada-peneroka&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
Gambar diatas adalah mereka-mereka yang berjuang menuntut hak mereka,syabas diatas usaha NGO serta PR yang berusaha bersama agar keadilan dapat ditegakkan buat semua rakyat....

Selasa, 24 Ogos 2010

JANGAN DIHARAP PAGAR YANG RAPUH


Apa nak jadi ni?Bila nafsu menguasai diri

PEGAWAI AGAMA TERENGGANU BERNIKAH DI THAILAND?
TUESDAY, 24 AUGUST 2010 01:47 WARTAWAN BULETIN

E-mailPrintPDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita31/pejabatagamabesut.JPGBESUT - Orang ramai di daerah ini meminta pihak berkuasa menjelaskan laporan yang menyebut bahawa Pegawai Agama Daerah ini yang turut terbabit bernikah dengan isteri keduanya di negara jiran, Thailand.

Sumber Buletinonline memberitahu pegawai berkenaan turut aktif dengan politik tempatan dan pernah disebut-sebut menjadi calon dalam pilihanraya umum ke 12, tahun 2008 yang lalu.

Beliau yang tidak mahu dikenali menyatakan kebimbangan, tindakan pegawai agama tersebut umpama 'mengajar anak ketam berjalan betul' kerana perbuatannya adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pernikahan tidak mendapat pengesahan pejabat agama tempatan.

Katanya, tindakan pegawai tersebut juga akan mencetuskan fitnah dan kekliruan serta memberikan imej yang tidak baik kepada pejabat agama.

"Kahwin di Thailand, bukanlah fenomena yang pelik dan ganjil, tetapi, masyarakat akan terkeliru dengan kedudukan dan tindakan seorang ketua pejabat agama, ia akan membawa imej yang tidak baik,"jelasnya.

Sumber tersebut memaklumkan, pegawai agama terbabit dikesan bernikah di Thailand sebelum bulan Ramadhan baru-baru ini

NAK TUNGGU SIAPA DAN KENAPA SAMPAI JADI BEGINI


Depoh sesak
Oleh Johari Ibrahim

2010/08/24

WARGA asing yang ditahan di Depoh Belantik, Kedah terpaksa bersesak berikutan bangunan yang tidak pernah dinaik taraf sejak 1970-an.
WARGA asing yang ditahan di Depoh Belantik, Kedah terpaksa bersesak berikutan bangunan yang tidak pernah dinaik taraf sejak 1970-an.
Imigresen dedah 10 pusat tahanan daif di seluruh negara

PUTRAJAYA: Daif dan sesak. Itulah keadaan 10 depoh tahanan Imigresen di seluruh negara hingga menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan pusat berkenaan yang mewarisi bangunan tinggalan pangkalan Unit Kawalan Kawasan (UKK) sejak awal 1970-an.

Depoh berkenaan bukan saja tidak dilengkapi lampu limpah untuk kawalan pada waktu malam serta kamera litar tertutup (CCTV), malah sistem pendawaian elektriknya sudah lama dan ada yang rosak, pagarnya pula tidak pernah diganti sejak 1970-an sebaliknya hanya diperbaiki mengikut keperluan atau kerosakan, manakala tiang sesetengah menara kawalan berkarat dan reput. Kuarters kakitangannya juga amat menyedihkan serta tiada kemudahan.
Keadaan itu berlaku di depoh tahanan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Belantek, Kedah; Lenggeng, Negeri Sembilan; Machap Umboo, Melaka; Tanah Merah, Kelantan; Semuja, Sarawak; Kemayan, Pahang; Langkap, Perak; Juru, Pulau Pinang dan Pekan Nenas, Johor.....seterusnya baca disini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Depohsesak/Article/

Khamis, 19 Ogos 2010

KERAJAAN RAKYAT UNTUK RAKYAT



INSYAALLAH......Rakyat Selangor Bakal Nikmati Wi-Fi Percuma

Oleh Dzulkarnain Taib


PETALING JAYA 18 Ogos - Rakyat negeri Selangor bakal menikmati perkhidmatan akses internet wireless (W-Fi) percuma dalam masa terdekat yang merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat merakyatkan informasi dan akses kepada maklumat serta mewujudkan rakyat celik IT.

Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman akan dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khlaid Ibrahim tidak lama lagi dengan hanya membabitkan kos minima meliputi seluruh negeri sebanyak RM10 juta.

"Kita di Pakatan Rakyat berbincang mengenai wi-fi percuma yang sebenarnya tidak mahal. Kita pertikai kos yang ditetapkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang kita anggap terlalu tinggi.

"Saya kini sedang peneliti perancangan untuk menyediakan wi-fi secara percuma di Selangor yang yang kita anggap cukup rendah. Di Selangor yang kita kaji ia hanya melibatkan kos RM10 juta.

"Kalau ia hanya membabitkan RM10 juta di satu negeri, maka menjadi perkara yang tidak sukar untuk kerajaan (pusat) baru Pakatan Rakyat untuk laksanakan (diseluruh negara)," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari tadi setelah memberikan keterangan kepada pegawai polis daripada ibu pejabat polis daerah Batu Pahat berhubung isu kain rentang provokatif.

Anwar juga berkata isu yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk memberi sumbangan RM1,000 kepada setiap warga emas di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan pusat juga tudak menjadi masalah besar.

"Isu ini juga tidak jadi masalah sekiranya wang negara tidak dicuri, rasuah dapat dibanteras, ketirisan tidak digunakan untuk memperkayakan segelintir kecil termasuk atas nama Melayu," jelas Anwar.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/08/rakyat-selangor-bakal-nikmati-wi-fi.html#ixzz0wyo39olo

Selasa, 17 Ogos 2010

SATU LAGI BOM API DARI RPK


GEMPAR: Gani Patail Ada Hubungan Sulit Dengan Azailiza


RPK Kini Dakwa Peguam Negara Ada Hubungan Sulit Dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

Tidak cukup dengan pendedahan mengenai hubungan pengadu dan saksi utama perbicaraan Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan hubungan sulit Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh, kini penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin melontarkan 'bom' yang bakal menggegarkan badan kehakiman negara - dakwaan hubungan sulit antara Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad.

Dalam kolumnya 'No Holds Barred' Raja Petra atau RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara.

"Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan.


"Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana Keadilan. Apatah lagi Ketua Hakim Negara mengahwini isteri kedua di Thailand secara tidak sah dan kemudiannya menghapuskan bukti bagi mengelak pendakwaan, seperti juga kawan kita Ahli Parlimen dari Sabah. Terfikir kita sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk menyediakan kes di mahkamah," kata RPK secara sinis.

RPK mengaitkan pendedahan beliau terhadap Abdul Gani dengan dakwaan skandal antara Saiful dan Farah.

"Kenapa Peguam Negara tidak mahu mengesah atau menafikan dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwaan mengadakan hubungan dengan saksi utama? Alangkah mudah sekiranya beliau terus menafikannya dan selesai semua masalah?

"Beliau (Abdul Gani) tidak mahu mengambil risiko ke atas dirinya kerana pertamanya beliau tahu sekiranya beliau menafikan lebih banyak keburukan akan terdedah. Lebih-lebih lagi beliau risau saya akan mendedahkan satu lagi hubungan sulit iaitu antara beliau dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad," kata RPK dalam artikelnya.

RPK mendakwa mahkamah pada hakikatnya mengakui hubungan romantis Saiful-Farah kerana ia tidak berminat samada perkara itu berlaku atau tidak. Mahkamah hanya mahu menentukan sama ada hubungan itu akan menjejaskan kes yang sedang dibicarakan.

"Dalam erti kata lain, adalah berlaku ‘pillow talk’ semasa hubungan diadakan? Dan mahkamah pun sudah yakin tidak ada 'pillow talk' hanya hubungan intim sahaja. Jadi tidak ada salah pendakwaan dan maka itu pertuduhan terhadap Anwar tidak harus digugurkan," kata RPK membuat kesimpulan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasukan pembelaan membuang kes. -SK


Okay, what about this affair then?

Aiyah! Prosecution star witness Saiful Bukhari Azlan bonking DPP Farah Azlina Latif. Then Prime Minister Najib Tun Razak aide Khairil Annas Jusoh bonking Saiful Bukhari Azlan. And now the AG himself bonking Head of International Affairs Division Azailiza Mohd Ahad.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Today, the Associated Press reported, "A Malaysian judge said Monday he considered allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the man who accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy to be true but the relationship did not compromise the case."

Okay, the issue here is that the court has no doubt that the allegation that deputy public prosecutor Farah Azlina Latif is having an affair with the prosecution’s key witness in the Anwar Ibrahim Sodomy II trial is true. The court is not concerned with whether an affair is going on or not. It is only concerned with whether the affair would compromise the trial.

In other words, is their any ‘pillow talk’ going on in between the bonking? And the court is convinced there is no pillow talk, just hardcore bonking. So there is no miscarriage of justice and therefore the charge against Anwar need not be dropped.

Why does the Attorney General not want to confirm or deny the allegation that a member of his team is bonking the prosecution’s key witness? Would it not be easy if he just denied it and solve the entire problem?

He is not prepared to risk his neck, first of all, because he knows it is true and he knows that if he tries to deny it more shit is going to hit the fan. But more importantly, he is worried that if he denies it then we would bring out another allegation of an affair, this time involving him and Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, the Head of the International Affairs Division of the Attorney General’s Chambers.

Yes, everyone knows about this affair. It is no secret. The AG and Azailiza make frequent trips overseas together and, to save the taxpayers’ some money, they share a hotel room rather than book separate rooms.

Aiyah! Prosecution star witness Saiful Bukhari Azlan bonking DPP Farah Azlina Latif. Then Prime Minister Najib Tun Razak aide Khairil Annas Jusoh bonking Saiful Bukhari Azlan. And now the AG himself bonking Head of International Affairs Division Azailiza Mohd Ahad.

There appears to be a hell of a lot of bonking going on in the Palace of Justice. And with the Chief Justice illegally marrying a second wife in Thailand and then destroying the evidence to escape prosecution, like our Member of Parliament from Sabah, it makes one wonder how they even have enough time to prepare for the court cases.

***************************************************

Affair claim in Malaysia's Anwar trial deemed true

(Associated Press) - A Malaysian judge said Monday he considered allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the man who accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy to be true but the relationship did not compromise the case.

Anwar insists the sodomy charge against him should be dropped after an opposition-linked activist claimed last month that a young female prosecution attorney in the trial had a recent affair with Anwar's accuser, a 25-year-old male former aide. Neither of them has directly responded to the allegation.

Anwar faces up to 20 years in prison if convicted of sodomizing his ex-aide, Saiful Bukhari Azlan. He insists the government concocted the charge in 2008 to sideline him after his opposition alliance made unprecedented electoral gains. Government authorities deny conspiring against Anwar.

High Court Judge Mohamad Zabidin Diah ruled Monday that the prosecution team in the trial had accepted the allegations of an affair to be true because it did not directly confirm or deny them.

"The court must accept what is stated as true," he said.

However, Mohamad Zabidin rejected Anwar's request for the charge to be dropped, saying the affair claim did not compromise the prosecution's integrity. Prosecution lawyers have argued that Farah Azlina Latif had been a junior member of the team and never had important documents in her possession.

Malaysia's attorney general ordered Farah removed from the case last month. He said although there was no proof to support the claim of an affair, the move would protect the prosecution's credibility.

The defense claims Farah might have leaked confidential information to Saiful, who should not have access to prosecution strategies.

Mohamad Zabidin postponed trial hearings until Sept. 20 after Anwar's lawyers said they would appeal his decision.

This is the second time Anwar has been accused of sodomy, a crime in this Muslim-majority country. He was imprisoned for six years starting in 1998 for sodomy and corruption. The sodomy conviction was later overturned.


Ulasan GB

GB telah berulangkali menyatakan di Palace Of Justice penuh dengan hakim-hakim binatang yang tidak lagi mempertahankan kebenaran dan keadilan tetapi tunduk kepada kemahuan dan kehendak Raja Binatang, si Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara yang merupakan bekas Penasihat Undang-undang UMNO. Hakim-hakim yang mementingkan kedudukan, pangkat serta harta. Yang hina, yang jijik, yang durjana dan yang sentiasa bertindak mementingkan nafsu dan menyengsarakan rakyat.

Lebih banyak skandal bakal terbongkar. Di bulan yang mulia ini kita memohon ke hadhrat Allah s.w.t. agar sistem kehakiman negara dibersihkan dari manusia-manusia yang berperangai binatang ini demi untuk meletakkan kebenaran dan keadilan di tempat yang lebih wajar.