Khamis, 26 Ogos 2010

FELDA KATA NAJIB HEBAT TAPI MENIPU



Mahkamah Persekutuan arah Felda bayar RM11 juta kepada peneroka
Harakahdaily   
PUTRAJAYA, 26 Ogos: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengarahkan Felda membayar pampasan lebih RM11 juta kepada 354 peneroka sebuah rancangan Felda di Kelantan.

Keputusan ini dipercayai akan membuka ruang kepada lebih tindakan saman terhadap Felda dalam isu manipulasi pengredan kelapa sawit oleh Felda terhadap penerokanya.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim selain Alauddin adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000......Seterusnya baca di sini http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28355:mahkamah-persekutuan-arah-felda-bayar-rm11-juta-kepada-peneroka&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
Gambar diatas adalah mereka-mereka yang berjuang menuntut hak mereka,syabas diatas usaha NGO serta PR yang berusaha bersama agar keadilan dapat ditegakkan buat semua rakyat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan