Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKA 53 TAHUN

Selamat hari kemerdekaan yang ke 53 tahun buat rakyat Malaysia,sepanjang 53 tahun pemerintahan kerajaan BN rasanya banyak sudah yang kita nampak biarpun pembangunan material melimpah ruah dengan mega-meganya sejak zaman berPM kan Mahathir sehinggalah ke zaman Najib 1Malaysia malahan sejak peningalan zaman Mahathir nampaknya pemimpin dari umno ini menampakkan kegagalan teramat sangat bila Paklah mengambil alih teraju negara dengan sindrom anak beranak menjadi pemerintah sehinggalah diserahkan jawatan PM kepada Najib maka bermulalah era isteri menguasai suami malahan secara tidak langsung orang ramai telah perasan yang menjadi PM bukan lah si laki tapi si isteri.

53 tahun merdeka....apa erti kemerdekaan?adakah dengan menghayati,memasang bendera dirumah dan premis,kereta dan sebagainya,bersama-sama menyertai raptai yang diadakan maka itu lah kemerdekaan?Banyak persoalan yang timbul bagi orang ramai adakah ini satu ukuran bahawa negara kita ini benar-benar merdeka ?adakah merdeka dari penjajah luar tetapi dijajah oleh rakyat negara sendiri bila mana kuasa melalui pilihan raya yang sepatutnya dipulangkan kembali kepada rakyat tetapi sehingga hari ini....sekadar ingin mendapakan mandat berkuasa itu yang kita panggil merdeka?

53 tahun merdeka.....sepatutnya rakyat bertambah harmoni bila kuasa diberi dari rakyat kepada parti yang bertanding tapi apa yang rakyat dapat?Tanggung jawab siapa yang seharusnya memikul untuk memberikan segala macam kemudahan serta keadilan malahan keselamatan yang maksima kepada rakyat?Bagi ketua keluarga yang bertanggung jawab biar apapun didalam instituasi keluarga mereka tanggung jawab terhadap anak-anak adalah sangat penting,kegagalan setiap ketua keluarga bertanggung jawab akan mengakibatkan kebajkan anak-anak terabai dan ini bakal melahirkan perasaan benci dan juga dendam dalam kehidupan.....dan inilah yang telah berlaku 53 tahun dari dulu,kini dan selama itulah berlaku penindasan nya jiwa oleh kerajaan yang diberikan kuasa.......

Telah tiba masanya untuk rakyat menghentikan semua kekotoran dari kerajaan yang telah 53 tahun diberikan kuasa memerintah...malahan kini kuasa rakyat serta suara rakyat telah menampakkan perubahan yang mereka idamkan....gerakan reformasi,parti PR yang menjadikan satu wadah baru buat rakyat untuk memimpin negara,memperjuangkan rakyat untuk sama-sama mengecapai sistem keadilan saksama,agama islam menjadi teras pegangan pemimpin islam,rasuah dihapuskan untuk kita meliaht suatu masa nanti generasi akan datang akan hidup tanpa kotoran dunia yang boleh membawa kepada musibah bangsa dan negara.Insyaallah semua ini bakal terlaksana sedikit masa lagi.......................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan