Khamis, 29 Julai 2010

MANGKUK NI SETAKAT BUSUK HATI BOLEHLAH,DENGKI DENGAN ISLAM

FDI:MUSTAFA MOHD SUDAHLAH SOMBONG BODOH PULAK...LAGI NAK TIPU DAN HINA RAKYAT


Artikel angah kopi dan tempel dari blog colourluna,
Jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai kejatuhan pelaburan langsung luar (FDI) ke negara ini adalah tidak bertanggungjawab dan menghina pemikiran rakyat.

Mustapa mendakwa, FDI ke negara ini merudum begitu teruk ke tahap terburuk sehingga 81 peratus kerana Malaysia berada pada tahap pembangunan yang berbeza dengan jiran-jirannya. 

"Mustapa enggan mengakui kegagalan kerajaan khususnya Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mencipta peluang-peluang pelaburan di negara ini dengan berdalihkan ketiadaan pembangunan infrastruktur di negara ini seolah-olah negara ini maju sangat berbanding India atau Vietnam.

"Kalau Malaysia hebat sangat dari segi infrastruktur dan berada pada tahap pembangunan berbeza berbanding jiran-jirannya seperti Vietnam dan Indonesia, mengapa pembinaan kemudahan asas seperti jalan, bekalan elektrik dan air, serta jaringan komunikasi kepada kawasan luar bandar menjadi fokus Rancangan Malaysia Ke-10?"

Saya menolak dakwaan Mustapa yang cuba mengaitkan kejatuhan terburuk FDI itu kerana kerajaan tidak berminat menarik pelaburan kategori rendah seperti pemprosesan dan pemasangan. 

"Kerajaan yang tak berminat atau pelabur yang sebenarnya tidak berminat untuk melabur di negara ini yang terkenal dengan budaya rasuah parti pemerintahnya?

"Tidak cukup dengan kegagalan dan ketiadaan kebolehan menjalankan tugas, cakap berlagak pula untuk mewajarkan kegagalan. Inilah akibat dari sindrom DBS Umno - dah bodoh, sombong.

"Sebab itulah saya sifatkan jawapan Mustapa bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah menghina pemikiran rakyat kerana nampak sangat beliau cuba memperbodohkan rakyat,"

Sepatutnya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan timbalannya mengakui kelemahan mereka untuk menarik kemasukan FDI ke negara ini dan memohon maaf dari rakyat kerana tidak berkebolehan menjalankan tugas mereka.

"Reaksi menteri (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan timbalannya tak ubah seperti yang disebutkan pepatah Melayu, diri sendiri tak tahu menari, salahkan tanah tinggi rendah - mereka menyalahkan segala-galanya termasuk blog kecuali diri mereka sendiri,"

Sepatutnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan timbalannya meletakkan jawatan kerana kegagalan yang amat memalukan itu. 

Perangai enggan mengaku kelemahan diri sendiri yang sudah sebati dengan Umno itu,akan menghancurkan negara.

"Tidak hairan kalau tidak ada accountability dan responsibility langsung di pihak menteri (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan timbalannya kerana mereka yakin sangat mereka tidak akan dibuang kerja.

"Tambahan pula Najib sering dikaitkan dengan sikap yang lebih mengutamakan ‘tukang kipas’ daripada kepandaian dan kerajinan membuat kerja.

"Beliau juga dikatakan membuat perlantikan untuk mengambil hati dan menutup mulut pengkritik yang ditakutinya.

"Dan, lebih dari semua itu, kegagalan mereka adalah kegagalan Najib sendiri, takkan Najib nak membuang mereka dan dirinya sendiri,"

TIADA RASUAH TIADA PECAH AMANAH

Angah kopi dan tempel dari tv Selangor,satu tindakan yang mengambarkan keperihatinan era kerajaan PR untuk membasmi rasuah,mulakan dari sekarang tanpa menoleh kebelakang maka dalam tempoh setahun dua insyaallah negeri jajahan PR akan sifar rasuah dan insyaallah sifar pembangkan umnoapco.......




Selangor Larang Surat Sokongan Berunsur Perniagaan

Nur Shakira Buang

Kerajaan Selangor melarang semua pemimpin termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, mengeluarkan surat sokongan yang berunsurkan perniagaan.

Tegas Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, semua surat sokongan yang sudah dikeluarkan akan diaudit Datuk Bandar, Yang Dipertua dan agensi kerajaan bagi menilai keberkesanannya.


Khalid menganggap, langkah ini perlu bagi sesebuah kerajaan negeri yang mengamal pentadbiran yang baik serta berintegriti dalam semua peringkat 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK),Shah Alam

"Kerajaan negeri berpendapat surat sokongan bagi individu dan syarikat untuk mendapatkan perkhidmatan atau bekalan boleh menimbulkan konflik kepentingan serta boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri," katanya. 

Tindakan Khalid ini bukan sahaja melonjakkan kewibawaan kerajaan Pakatan Rakyat, malah dijangka dapat mengurangkan serangan fitnah sebagaimana yang dihadapi Ahli Majlis MPK, Tee Boon Hock.

Boon Hock didakwa menyalahgunakan kedudukannya dengan membuat surat sokongan bagi memperoleh kontrak perniagaan sedangkan tuduhan yang termuat dalam The Star, tidak disertai bukti.

Sunggupun begitu, Khalid tetap sedia memberi kelonggaran bagi pengeluaran surat sokongan dalam memperoleh bantuan yang berkait rapat dengan amalan merakyatkan ekonomi Selangor kerana ia membantu rakyat kurang berkemampuan.

"Bagaimanapun,kerajaan negeri berpendapat surat sokongan untuk mendapatkan bantuan kebajikan adalah dibenarkan bagi membantu  orang-orang yang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan segera," katanya.

ANAK TOYO SIHANTU PASIR

Bekas MB Selangor pesara lombong pasir haram selama ini di Selangor maka bila tiada berkuasa anak serta cucu toyol pun meragam campur geram wang hilang ditelan pakatan...rasuah dikekang kroni tunggang langgang.....lihat carta dari zaman si anak toyo ke era TSKI


MB bidas Khir, – ‘pesara lombong haram’

Thursday, 29 July 2010 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 28 Jul – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai ‘pesara lombong pasir haram’.
Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan bekas Menteri Besar itu yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri – Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor, Khalid menjawap dengan sinis.
“Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini – kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu,” katanya.
Khir mendakwa KSSB hanya membayar royalti RM12,000 kepada kerajaan negeri di sebalik memungut hasil RM734,000 tahun lalu.- MALAYSIAKINI

Rabu, 28 Julai 2010

EKONOMI NAJIB KOSONG


Nazir lebih tahu mengapa FDI penting untuk Najib.

JULY 27, 2010
tags: 
by Dr. Dzul
Saya ditanya oleh pihak media mengapalah FDI begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bejt 2011. Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.
 Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah mengesahkan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.
 Meskipun negara-negara ASEAN juga mengalami penurunan kemasukan FDI, ternyata tidaklah separah Malaysia. Thailand mendapat pelaburan sebanyak US$4.44 atau RM14.24 bilion sementara Indonesia sebanyak  US$2.60 billion  atau RM8.32 billion sekaligus meletakkan Malasyia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste. Vietnam juga mendahului kita sekarang ini.Keadaan menjadi lebih buruk lagi tatkala diperhatikan bahawa bukan sahaja kemasukan FDI menjunam, pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN sebanyak RM25.77 bilion.
 Apakah makna semua ini? Mengapa FDI faktor penting dalam ekonomi negara?
Jawapannya mudah. Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar (G-factor, termasuk mengepam ekonomi atau pump-priming)) kerana telah terbeban dengan hutang awam (kerajaan) sehingga ke paras 52.6% dari KDNK (RM362bilion), maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta.
Pihak pelaburan swasta ada dua komponen. Satu pelaburan tempatan dan kedua pihak luar. Kini apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar. Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.
Apabila ini berlaku ia membawa dua kesan besar. Satu, kesan pada pertumbuhan. Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak akan dapat dipacu. Keadaan akan menjadu lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor Ekspot dalam KDNK.
Lebih parah lagi kalau sentimen pengguna juga turut terjejas. Terkini laporan MIER (Malaysian Institute of Economic Reserach) turut menunjukkan bahawa indeks sentimen pengguna merosot. Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan. Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.
Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan lansung secara negatif kepada usaha untuk menjana pendapatan per kapita yang tinggi seperti yang diharapkan PM. Situasi ini jelas adalah tidak selesa sama-sekali untuk Najib bahkan ini mencemaskan dan berpotensi menyebabkan kesemua ’target-makro’ dalam RMK-10 tersasar.
Oleh kerana Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak ~RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan ekspot maka menghasilkan barangan ekspot yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan dayasaing negara.
Lain kiranya kalau kita mampu memacu pertumbuhan secara permintaan dan dana domestik seperti negara negara Scandinavia yang punya ekonomi kecil seperti Denmark, Norway atau Sweden yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi dengan permintaan domestik.
Untuk memenuhi matlamat pertumbuhan negara, dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal. Dana itu datang dari luar(FDI) atau dari pelabur tempatan. Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD ini jelas merosot.
Itulah sebabnya pimpinan Najib dan BN mesti melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ataukah kita akan kekal dalam penafian seperti yang ditanggapi umum oleh kenyataan adik Najib, DS Nazir Razak, boss atau CEO CIMB itu, sebuah Investment Bank yang terulung di negara ini yang banyak mendapat habuan besar dari kegiatan kewangan korporat seperti M&A, IPO, terbitan Bon dan Sukuk dsbnya.
Sementara saya memahami apa yang beliau maksudkan dengan ‘quality investment’ dan ‘timing’nya, namun komentarnya itu tidak dapat menyangkal bahawa Malaysia, sebagai destinasi pelaburan, sudah tidak lagi berada dalam ‘radar utama pelabur’ asing dan juga tempatan.
Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan ‘Portfolio’ dalam Bursa Malaysia. Kedua-dua penting. Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh dan terkadangkali membawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan.
Namun portfolio atau ‘hot-money’ juga penting dalam Pasaran Saham. Ia berperanan mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga R&D&C dengan suntikan dana yang dilabur oleh pengurus-pengurus dana. Malangnya aliran masuk dana ke dalam Pasaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.
Tidak dapat dielakkan komentar Nazir semacam mahu membela abangnya. Ia agak tampak tak kena atau misplaced, dengan izin.

ALLAH MAHA BESAR,MAHA SUCI ALLAH


Kubur Di Kubah Masjid Nabawi, Madinah

foto Kubur Di Kubah Masjid Nabawi, Madinah


Rahsia Kubur Di Kubah Masjid Nabawi, Madinah

fajridil.blogspot.com - Ini adalah suatu kisah keajaiban terjadi sekitar 90 tahun lalu diriwayatkan oleh Syeikh Al-Zubaidi. Seseorang telah cuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW, Masjid Al-Nabawi (Gumbad-e-Khizra)

foto Kubur Di Kubah Masjid Nabawi, Madinah


Namun, ketika dia memanjat kubah untuk mulakan kemusnahan, tiba-tiba kilat memusnahkannya dan dia meninggal dunia di situ. Lantaran itu tidak ada seorang pun yang mampu mengalihkan mayatnya dari puncak kubah.

foto Kubur Di Kubah Masjid Nabawi, Madinah


Beliau juga mengatakan bahawa orang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengambil mayat dari puncak kubah itu dan bahawa ia harus dikebumikan di situ sebagai amaran dan peringatan bagi orang-orang yang mungkin cuba untuk menghancurkannya pada masa akan datang.

foto Kubur Di Kubah Masjid Nabawi, Madinah


Akhirnya, mereka memutuskan untuk mengebumikannya tepat ada pada kubah dan menutupi tubuhnya dengan penutup hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang lain.

foto Kubur Di Kubah Masjid Nabawi, Madinah


foto Kubur Di Kubah Masjid Nabawi, Madinah



Wallahua'lam, Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.


** Sewaktu aku ke Masjid Nabawi, Madinah pada satu masa dulu, aku ada mengambil gambar di sekitar kawasan tersebut. tetapi tidak kelihatan pula ada kubur disitu.. setelah heboh cerita mengenai perkara ini, baru aku lihat kembali gambar aku di kawasan kubah tersebut. ternyata memang ada. jika berkesempatan untuk kesana lagi, InsyaAllah aku akan ambil gambar kubur tersebut dari jarak dekat.

Selasa, 27 Julai 2010

MEDIA BARU CABARAN BESAR...LANGKAH BIJAK MB SELANGOR

RM15 JUTA PERANG INFO DI SELANGOR


Untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak, kerajaan Selangor memutuskan untuk memperuntukkan RM15 juta untuk mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

NONE"Jika kita mengambil populasi 5.2 juta rakyat Selangor, jumlah ini bersamaan RM3 untuk setiap seorang," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini dalam ucapan pembukaan dialog belanjawan 2010.

Katanya tindakan itu diambil bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana....Selanjutnya layan disini http://www.malaysiakini.com/news/138306

SENJATA........... LUBUK DUIT BUAT PEMIMPIN BN

BELANJA PERTAHANAN NEGARA 23 TAHUN RM 180 BILLION


LAPORAN KHAS Sejak lebih 23 tahun yang lalu, perbelanjaan pertahanan negara membabitkan jumlah yang besar sebanyak RM180 bilion.

Purata perbelanjaan pertahanan setiap tahun hampir 2.5 peratus daripada KDNK negara antara 1987 hingga 2004, yang seharusnya menyediakan Malaysia dengan kemampuan pertahanan yang sewajarnya, kata seorang penganalisis pertahanan.

Namun, angkatan tentera Malaysia dalam keadaan menyedihkan yang hanya dapat menangani operasi tentera selain perang (OMSP).

azlanHal ini tidak menghairankan kerana tuduhan rasuah dan salah pengurusan yang berkaitan dengan perolehan pertahanan terus ditimbulkan.

Perbelanjaan pertahanan merupakan yang kedua terbesar dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda Malaysia pada 2008, menyebabkan ia diatasi oleh yang lain dalam bajet 2009.

Perbelanjaan Kementerian Pertahanan telah meningkat lebih daripada lima kali ganda - dari RM2.09 bilion pada 1987 kepada RM11.013 bilion pada 2010.

Jumlah perbelanjaan sepanjang tempoh tersebut ialah RM178.989 bilion - sama dengan kos membina enam Putrajaya atau 60,000 sekolah rendah.

Peruntukan untuk pertahanan berkisar dari 1.6-3.2 peratus daripada KDNK negara. Menurut Lam Choong Wah, editor portal pertahanan - KL Security Review - ini adalah sederhana dibandingkan dengan purata antarabangsa 2 peratus.

Menurutnya, tahap perbelanjaan seharusnya meletakkan Malaysia 
di tahap kapasiti ketenteraan yang bersesuaian, tetapi realitinya adalah sebaliknya.

Tetapi dengan begitu banyak senjata dan peralatan yang usang, sistem pertahanan hanya mampu berdepan dengan tahap konflik ketenteraan yang rendah dan melaksanakan OMSP seperti untuk misi keamanan, katanya.

Usaha untuk menjelaskan fakta yang menggusarkan daripada perbelanjaan besar ketenteraan ini, mengundang persoalan.

Perbelanjaan untuk satu jumlah yang besar sepatutnya perlu disertai pemantauan yang ketat dan akauntabiliti tinggi. Malangnya, perolehan ketenteraan yang diragui, adakalanya mencecah ke peringkat skandal, dikatakan menjadi fenomena biasa dalam Kementerian Pertahanan.

Laporan khas sepanjang tiga bahagian ini merupakan usahaMalaysiakini mendedahkan sebab utama perolehan yang dicurigai ini dan kaedah untuk meningkatkan mekanisme semak dan imbang yang dijalankan kini. 

Isnin, 26 Julai 2010

ISU INI YANG SEBENARNYA BN NAK TUTUP DAN PESONGKAN



Pelaburan merudum: Najib patut berundur
Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus ke negara ini menghilangkan kelayakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Merudumnya pelaburan asing itu menunjukkan betapa buruknya tahap pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, katanya.
"Dalam sebuah negara Perdana Menteri adalah Ketua Pegawai Eksekutuf (CEO) yang bertanggungjawab untuk membawa pulangan yang lumayan pada negara dari sejumlah wang yang telah dibelanjakan.
"Kejatuhan kedatangan pelabur asing sebanyak 81% telah menghilangkan kelayakkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
"Najib seharus berundur secara terhormat demi untuk menyelamatkan satu Malaysia "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
 KPI dan NKRA diperkenalkan oleh pentadbiran Najib untuk mengukur adalah pencapaian dalam pengurusan.
"Dalam sektor korporat perkembangan begini adalah gambaran gagalnya seorang CEO. CEO seperti ini akan dipecat kerana tidak produktif dan gagal membawa pulangan keuntungan kepada syarikat. Kejatuhan 81% kemasukan pelabur asing adalah satu pencapaian buruk dan memalukan.
"Bersediakah Najib untuk berundur?
"Tentu tidak dan Najib akan kata business as usual. Inilah budaya 'tidak apa' Umno yang merosakkan negara," kata Mahfuz.
Beliau melihat kejatuhan pelaburan asing yang begitu teruk itu adalah akibat dari gejala rasuah dan kepincangan sistem perundangan negara sehingga persepsi pelabur antarabangsa terhadap Malaysia begitu buruk sekali.
Menurut beliau, bagi pelabur asing, mereka akan melabur di tempat lain selain Malaysia apabila di Malaysia mereka berhadapan dengan rentetan birokrasi yang kronik dan juga terpaksa membayar tukang-tukang lobi yang mewakili ahli-ahli kabinet dan isteri serta keluarga mereka.
"Fenomena ini membawa kepada rasuah berleluasa. Di Malaysia Umno mengamalkan konsep who you know, not what you know.  Kalau hendak kelulusan menteri, perlu bekerjasama dengan balaci-balacinya." kata beliau.
Menurut beliau lagi, pelabur-pelabur asing juga tidak berminat kepada Malaysia apabila melihat kepincangan sistem perundangan dan keadilan negara.
"Kes Lingamgate, kes rampasan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) di Perak, kes sodomi kedua dan lain-lain memberi gambaran law of rule bukan rule of law," katanya.
Begitu juga dengan kepincangan pengurusan di Sime Darby, Felda, Maybank dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain, kata beliau, kesemuanya memberi tanggapan buruk kepada pelabur-pelabur asing.
"Mereka melihat di Malaysia tidak ada budaya accountability dan responsibility.
"Sime Darby rugi berbillion, ahli lembaga pengarah masih ada, tidak ada sesiapa yang dikenakan tindakan undang-undang atau diberhentikan.
"Maybank buat pelaburan bodoh di Indonesia dengan membeli Bank Internasional Indonesia, CEOnya dilantik jadi menteri kabinet, sekarang jadi Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Felda susut rizab tunai berbillion ringgit, Najib terus jadi Perdana Menteri yang menguruskan Felda dan (Datuk) Ahmad Maslan terus jadi Timbalan Menteri.
"Mana dia accountability dan responsibility? Pelabur tidak akan melabur di negara yg tidak ada budayaaccountability dan responsibility," tegas beliau.
Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah FDI ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.
Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada tahun 2008 (Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai US$1 = RM3.20650).
Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.
Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.
Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.
Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion

Ahad, 25 Julai 2010

HARUSSANI HARUS DIHUKUM KERANA BERBOHONG


Kenyataan Hassan dedah Harussani berbohong
Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong.
Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.
"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani. Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para Mufti yang ada di Malaysia.
"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan pembohongan Harussani," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.
Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.
"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno," kata Mahfuz.

Sabtu, 24 Julai 2010

BUDAK NI BIARLAH KARMA YANG MENGHUKUMINYA


Kredibiliti Saksi Utama Kes Liwat 2 Perlu Dicabar


Watak Warak Saiful Akhirnya Terbongkar Hipokrit Jalin Hubungan Sulit Dengan Pendakwaraya

Dakwaan saksi utama kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam hubungan 'romantik'dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa menyerlahkan perwatakan dan peribadi sebenar bekas pembantu Ketua Pembangkang tersebut yang menonjolkan imej baik dan warak sepanjang perbicaraan.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, sikap hipokrit Saiful itu menguatkan lagi teori bahawa beliau sememangnya terlibat dengan konspirasi untuk menyumbat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara Sungai Buloh bagi mematikan perjuangan Pakatan Rakyat.

"Sebelum ini, kesungguhan pihak pendakwaan dan media memberikan gambaran bahawa Saiful seorang yang kuat sembahyang sehingga 'dahinya hitam' nampaknya tidak benar sekali.

"Dakwaan ini sebenar menunjukkan watak sebenar Saiful yang sebelum ini dikatakan individu yang baik nampaknya menyimpang jauh.

"Selepas ini rakyat akan lebih percaya bahawa tuduhan itu hanya untuk menamatkan karier politik Anwar sekaligus untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin semalam mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwaraya, sedang menjalin hubungan sulit dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya akan diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Sementara itu, Mohd Yusof enggan mengulas sama ada sama ada anggota wanita itu akan digugurkan daripada pasukannya atau tidak.

Beliau kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dengan alasan tidak tahu menahu berhubung tuduhan itu.

Walau bagaimanapun katanya lagi, beliau akan berbincang dengan pasukannya itu pada 2 Ogos ini sama ada anggota wanita itu akan dikekalkan bersama pasukannya itu.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Tambahnya, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes Fitnah II ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Ulasan GB

Kredibiliti kesaksian kes liwat tersebut perlu dicabar. Keterangan Saiful Bukhari sebelum ini di dalam mahkamah sepatutnya tidak diterima kerana ternyata beliau tidak mempunyai kredibiliti dan tidak memenuhi syarat untuk menjadi saksi.

MALAYSIA BELAJARLAH JIMAT WANG RAKYAT DARI INDIA

Artikel ini angah baca dari blog kopitiam bang nan rasanya sesuai untuk digunakan oleh kementerian pendidikan malahan badan-badan tertentu sekiranya ada perancangan menyumbang laptop untuk pelajar sekolah maupun universiti tempatan malahan negara India memang kita kenali mereka adalah pakar dalam bidang I.T kerana ramai rasanya telah ditawarkan berkerja di dalam jabatan tertentu semata-mata menangani kebangkitan penyokong PR melalui media baru.....baca kisah yang angah kopi dan tempel ini betapa penjimatan wang boleh dilaksanakan sekiranya kita benar-benar mau melakukan perubahan bermula dengan kejujuran...,

India develops 35-dollar 'laptop' for schools Share

Friday, 23 July 2010 22:36

NEW DELHI – India has come up with a 35-dollar (RM112) touch-screen "laptop" – a computing prototype that it aims to make available to students from elementary schools to universities.

The gadget, developed by the elite Indian Institute of Technology and the Indian Institute of Science, is part of a push to give students a better education and technical skills needed to boost India's economic growth.


The first users are expected to be university students with introduction of the Linux-based computing device targeted for next year.

The ministry is going to install broadband Internet at all of its 22,000 colleges so students can use the 1,500-rupee (35-dollar) device, government spokeswoman Mamta Verma told AFP on Friday in New Delhi.

The tablet gadget, which can be run on solar power, is equipped with an Internet browser, video-conferencing capability and a media player, among other facilities.

"This is part of the national initiative to take forward inclusive education," Human Resource Development Minister Kapil Sibal told reporters on Thursday.

"The solutions for tomorrow will emerge from India," he said.

Sibal said the cost of the motherboard, chip, processing and other components cost a total of around 35 dollars but the government may subsidise 50 percent of the price for students.

Sibal said the government, which hopes the cost of the device can eventually fall to 10 dollars, is in discussions with global manufacturers to start mass production of the device.

India, whose 63 percent literacy rate lags far behind many other developing nations, such as China with 94 percent, is making efforts to improve its troubled education system, which lacks investment in schools and teachers. — AFP

PATUTLAH AIR SELANGOR KOTOR...DEPA NI ASAL MASUK DUIT JE

Berpuluh tahun diberikan amanah tapi kerja mereka asal masuk duit kerja ikut suka aku...ramai rakyat Selangor yang sakit kerana air yang dimasak pun berkeladak dengan karat..malahan kandungan amonia melebihi dari yang dibenarkan....malahan pengerusi syabas sekarang yang dikatakan mendapat gaji setahun rm 5.1 juta adalah amat mendukacitakan kerana tiada rasa bertanggung jawab terhadap keselamatan pengguna rakyat Selangor amnya,apa pun tajuk berkaitan angah sekadar kopi dan tempel dari suarakeadilan......,

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 Sebulan, Mutu Bekalan Air Selangor Corot

Oleh Faizal Ezzany
SHAH ALAM 23 Julai - Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas ketidak cekapan dan ketelusan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan sikap kerajaan pusat yang sengaja  melengah-lengahkan penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor sebagai punca sebenar disebalik isu bekalan air.
Dr Badrulamin membandingkan pengurusan bekalan yang tidak cekap yang tidak setimpal dengan gaji amat tinggi yang dinikmati oleh pengerusi eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.
"Kenaikan harga air juga akan meningkat kerana pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan, Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air, pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi dan penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik," tegas beliau dalam satu kenyataan media semalam.
Justeru itu Dr Badrulamin yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat mengesa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Sri Peter Chin Fah Kui berhenti daripada mengelirukan rakyat dengan menimbulkan isu krisis air di Selangor. 
"Masalah yang bakal didepani rakyat Selangor bukan krisis kekurangan air, tetapi kadar air meningkat disebabkan keengganan kerajaan Pusat menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada kerajaan negeri, sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.
"Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air adalah satu yang tidak benar dan melihat kepada hujah Peter Chin yang mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah yang tidak bertanggungjawab.
"Pandangan Menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada Kerajaan Pusat. Sekiranya kerajaan pusat Barisan Nasional terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor," jelas beliau lagi. 
Beliau juga menambah kadar air akan meningkat disebabkan pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang berkos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri dapat melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion.
"Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor. 
Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.
"Rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan bekesan," sambungnya lagi.
Dr Badrulamin juga menyeru agar Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional mengaku air sebagai hak asasi manusia dan tidak diperalatkan untuk keuntungan kroni atau kepentingan politik. 
Beliau juga rayu kepada seluruh rakyat Selangor bertegas memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri dalam usaha mengambilalih industri air di Selangor dan membantah penswastaan air di Selangor.
Dalam kenyataan yang lain Dr Badrulamin menghargai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup siasatan kes terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang membabitkan jamuan Aidilfitri rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008.
"Alasan SPRM bahawa tiada bukti dan saksi setelah menjalankan siasatan selama dua tahun membuktikan tindakan awal mendakwa Menteri Besar Selangor adalah tidak berasas dan bermotif politik untuk memburukkan imej Menteri Besar Selangor. Walau bagaimanapun, SPRM seharusnya menjalankan tugas secara professional dan tidak memilih bulu dalam kes penyelewengan dan rasuah yang membabitkan pimpinan tertinggi kerajaan. 
"SPRM wajar menjalankan siasatan dan dakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo dan pimpinan Barisan Nasional lain yang jelas terbabit dalam kes rasuah, agar dapat memulihkan keyakinan orang awam terhadap SPRM," ulasnya.
                               -----------------------------------------------------------------------------------
Dibawah ini angah kopi dan tempel  dari laman DAP MALAYSIA untuk ingatan semua rakyat terutama rakyat Selangor semasa pemerintahan BN dimana DAP MALAYSI telah menyerahkan memorandum berkenaan isu ini pada tahun 2006....
Memorandum Kepada Kerajaan Negeri Selangor Negeri Maju Oleh DAP Selangor Berkenaan Dengan Pencemaran Air Sungai Di Selangor
 
Y.A.B. Dato' Seri Dr Mohd Khir bin ToyoPejabat Menteri Besar Selangor Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,                                                               20 APRIL 2006
40503 Shah Alam 
Tel: 03-55141119/55447013 Fax: 55190032                                                                SERAHAN TANGAN
Y.A.B. Dato’ Seri,
Memorandum Kepada Kerajaan Negeri Selangor Negeri Maju Oleh DAP Selangor Berkenaan Dengan Pencemaran Air Sungai Di Selangor
Pengenalan
Pengguna-pengguna air di Lembah Klang dan Selangor sekali lagi dikejutkan dengan kejadian pencemaran air beberapa hari yang lepas berikutan peningkatan mendadak kandungan amonia dalam Sungai Semenyih.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah bertindak menutup loji rawatan air di Semenyih jam 8.30 pagi kelmarin apabila kandungan amonia mencapai paras berbahaya 4.8 mg seliter, sedangkan paras selamat tidak boleh melebihi 1.5 mg seliter. Walaupun Syabas berjaya menutup loji air di Sungai Kembong, tetapi gangguan bekalan air juga telah menjejaskan kehidupan orang ramai.
Pencemaran amonia itu berlaku akibat limpahan air kumbahan ke Sungai Kembong yang terletak berhampiran dengan satu tapak perlupusan sisa pepejal kepunyaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ketika hujan lebat kira-kira jam 1.30 pagi pada 16 April 2006 selepas benteng yang menakungnya pecah akibat hujan lebat.
Perkara ini bukan kali pertama berlaku di Selangor. Pada 26 Februari lalu, tiga loji di Sungai Selangor dicemari amonia akibat resapan air kotor dari pusat pelupusan sampah Bukit Tagar. Kawasan-kawasan yang mana bekalan air terjejas ialah Kuala Lumpur, Gombak, Petaling Jaya, Kuala Selangor, Ulu Selangor, Klang, Shah Alam dan Kuala Langat. Kandungan amonia dikatakan melebihi paras selamat sebanyak enam kali ganda.
Kejadian-kejadian pencemaran air sungai yang kerap berlaku ini telah membimbangkan orang ramai sama ada air minuman mereka selamat diminum atau tidak.
Pendirian DAP Selangor
DAP Selangor berasa besar hati apabila YAB Menteri Besar telah mengarahkan supaya tapak perlupusan sisa pepejal kepunyaan MPKj itu ditutup
Biarpun begitu, kami amat prihatin dengan pencemaran air sungai yang semakin berlaku kerana ini tidak jelas sejajar dengan status negeri maju negeri Selangor. Kejadian pencemaran yang pertama pada Februari bukan sahaja telah menjejaskan kehidupan harian pengguna-pengguna air di Selangor, khususnya penjaja-penjaja dan kilang-kilang industri yang terpaksa bergantung kepada bekalan air Syabas untuk beroperasi, malahan air minuman yang tidak bersih ini akan menjejaskan kesihatan pengguna-pengguna air di Selangor.
Lebih-lebih lagi, kejadian pencemaran air yang pertama berlaku pada bulan Februari sepatutnya menjadi satu amaran yang baik kepada Kerajaan Negeri untuk memperbaiki sistem pemantauan dan kawalan pencemaran sungai yang setiap ada supaya perkara ini tidak akan berulang. Malangnya, langkah berjaga-jaga sebegini yang begitu asas tidak diberi perhatian serious oleh Kerajaan Negeri.
Laporan akhbar juga menyatakan bahawa tapak pelupusan sisa pepejal yang terletak berhampiran dengan Sungai Kembung yang menyebabkan pencemaran air sungai ini. Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ch’ng Toh Eng yang memegang portfolio Multimedia, Alam Sekitar dan Pembangunan Kampung Baru telah mengatakan bahawa tapak perlupusan sisa pepejal di Selangor biasanya dibina bersebelahan dengan sungai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) demi menjimatkan kos pengangkutan kerana PBT biasanya tidak ingin membina tapak perlupusan sampah di kawasan pedalaman yang berbukit-bukau.
Datuk Ch’ng Toh Eng juga menyatakan bahawa kebanyakan tapak perlupusan sisa pepejal di Selangor didirikan bersebelahan dengan sungai-sungai utama di Selangor. Antaranya termasuk tapak perlupusan sampah di Bukit Beruntung dan Batang Berjuntai.
DAP Selangor tidak boleh menerima alasan penjimatan kos ini kerana pembinaan tapak perlupusan sampah berhampiran dengan sungai-sungai utama akan mudah mencemari bekalan air minuman rakyat Selangor. Tiada apa lagi yang lebih penting daripada kesihatan rakyat Selangor. Kesihatan rakyat dan keselamatan air minuman Selangor tidak harus dikompromi dengan alasan ingin menjimat kos pengangkutan.
Kami berpendapat bahawa pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor perlu prihatin terhadap keselamatan air minuman dan kesihatan rakyat negeri Selangor.
Pakar-pakar perubatan telah menyatakan bahawa air minuman yang mempunyai kandungan amonia melebih paras keselamatan jika diminum dalam jangka masa yang panjang akan memudaratkan organ-organ badan dan menyebabkan cirit-birit.
Kami juga berasa kesal kerana kekurangan pemantauan dan langkah-langkah berjaga-jaga di tapak-tapak perlupusan sampah ini sehingga air kumpahan mudah mengalir masuk ke sungai-sungai utama. Walaupun Kerajaan Negeri, khususnya kerajaan tempatan yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri perlu memikul tanggungjawab yang besar dalam kedua-dua kes pencemaran air ini, kami juga berasa kesal dengan hujah bahawa pembinaan beberapa tapak perlupusan sampah di Selangor, contohnya tapak perlupusan sisa pepejal Bukit Tagar diluluskan oleh Kerajaan Pusat tanpa mendapat kelulusan daripada Kerajaan Selangor.
Persoalannya ialah bagaimana Kerajaan Selangor dapat membiarkan projek pembinaan tapak perlupusan sampah ini diteruskan oleh Kerajaan Pusat apabila Kerajaan Selangor belum lagi meluluskan projek ini?
Lebih-lebih lagi, tapak perlupusan sisa pepejal ini dibina tanpa dilengkapi kemudahan-kemudahan rawatan air sisa dan air kumbahan. Ini merupakan satu masalah yang sangat serious. Bagaimana sesuatu tapak perlupusan sisa pepejal boleh dibenarkan dan laporan EIAnya boleh diluluskan apabila tapak perlupusan sampah itu tidak dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan rawatan air kumbahan, sedangkan kemudahan ini merupakan satu kemudahan yang paling asas dalam mana-mana tapak perlupusan sisa pepejal.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid telah menyatakan bahawa Jawatankuasa Kabinet berkenaan dengan Pencemaran Alam Sekitar yang dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersidang pada 28 April bagi membincangkan sebaga isu dan dasar yang berkaitan dengan pembuangan sampah pepejal di Lembah Klang.
DAP Selangor berasa kecewa kerana mesyuarat ini sepatutnya melibatkan wakil daripada Kerajaan Selangor kerana yang turut terjejas ialah rakyat negeri Selangor. Bagaimana pula Kerajaan Selangor dapat membiarkan Jawatankuasa Kabinet bermesyuarat dan membuat keputusan sedangkan Kerajaan Selangor tidak dijemput untuk turut hadir bersama dan berkongsi pendapat.
Cadangan-Cadangan:
DAP Selangor dengan itu ingin mencadangkan yang berikut sebagai langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah pencemaran air sungai oleh tapak perlupusan sampah:
  1. Mengarahkan semua PBT di negeri Selangor untuk berhenti membina tapak perlupusan sisa pepejal yang berhampiran dengan sungai pada masa depan.
     
  1. Menghukum mereka yang mencemari air sungai, termasuk mendakwa mana-mana pegawai PBT yang lalai dan syarikat-syarikat swasta yang mengurus mana-mana tapak perlupusan sisa pepejal yang pernah mencemari air sungai.
     
  1. Memulakan proses perundangan untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan. Kejadian ini berlaku kerana sikap tidak prihatin ahli-ahli majlis dan YDP majlis. Ianya boleh dielakkan sekiranya terdapat pemantauan dan penyemakan daripada ahli-ahli majlis yang dipilih oleh rakyat.
     
  1. Mendesak Kerajaan Pusat dan Jawatankuasa Kabinet berkenaan Dengan Pencemaran Alam Sekitar untuk mengadakan satu Extended Meeting dengan menjemput wakil daripada Kerajaan Selangor untuk membincangkan isu ini. Sebarang keputusan Jawatankuasa Kabinet dan Kabinet berkenaan dengan pengurusan sisa dan pencemaran air sungai perlu ditangguhkan sehingga ianya dipersetujui oleh kedua-dua Kerajaan Pusat dan Negeri.
     
  1. Memastikan semua tapak perlupusan sisa pepejal di Selangor dilengkapi dengan sistem rawatan air kumbahan dan mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan untuk melengkapi mana-mana tapak perlupusan sisa pepejal yang tiada sistem rawatan air kumbahan dengan sistem berkenaan.
     
  1. Membentangkan satu Kertas Putih ke Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menjelaskan kedua-kedua kes pencemaran air ini dengan sejelas yang mungkin dan menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk menyelesaikan masalah ini.
Sekian, terima kasih.
Ong Chee Keng
Pengerusi DAP Selangor.