Selangor Larang Surat Sokongan Berunsur Perniagaan
Nur Shakira Buang
Kerajaan Selangor melarang semua pemimpin termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, mengeluarkan surat sokongan yang berunsurkan perniagaan.
Tegas Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, semua surat sokongan yang sudah dikeluarkan akan diaudit Datuk Bandar, Yang Dipertua dan agensi kerajaan bagi menilai keberkesanannya.
Khalid menganggap, langkah ini perlu bagi sesebuah kerajaan negeri yang mengamal pentadbiran yang baik serta berintegriti dalam semua peringkat
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK),Shah Alam
"Kerajaan negeri berpendapat surat sokongan bagi individu dan syarikat untuk mendapatkan perkhidmatan atau bekalan boleh menimbulkan konflik kepentingan serta boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri," katanya.
Tindakan Khalid ini bukan sahaja melonjakkan kewibawaan kerajaan Pakatan Rakyat, malah dijangka dapat mengurangkan serangan fitnah sebagaimana yang dihadapi Ahli Majlis MPK, Tee Boon Hock.
Boon Hock didakwa menyalahgunakan kedudukannya dengan membuat surat sokongan bagi memperoleh kontrak perniagaan sedangkan tuduhan yang termuat dalam The Star, tidak disertai bukti.
Sunggupun begitu, Khalid tetap sedia memberi kelonggaran bagi pengeluaran surat sokongan dalam memperoleh bantuan yang berkait rapat dengan amalan merakyatkan ekonomi Selangor kerana ia membantu rakyat kurang berkemampuan.
"Bagaimanapun,kerajaan negeri berpendapat surat sokongan untuk mendapatkan bantuan kebajikan adalah dibenarkan bagi membantu orang-orang yang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan segera," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan