Khamis, 8 Julai 2010

ZIONISME MELAYU YANG KONONNYA MEMBANTU

Semalam pagi seperti biasa angah menjalani rawatan dialisis di ampang jaya homedialisis di Pandan Mewah seperti selalunya dan semalam kami telah dikejutkan oleh memo dari penguasaha pusat tersebut bila memo itu ditujukan kesemua pusat dialisis beliau seluruh negara yang telah mencecah 10 pusat buat masa ini dan dengarnya sekarang akan dibuka lagi beberapa pusat yang beroperasi sedikit masa lagi...malah pada pertemuan dahulu dengan sang penguasaha yang juga seorang doktor swasta yang juga mempunyai rangkaian kelinik keluarga dan doktor ini juga khabarnya juga menyertai kumpulan Mercy Malaysia kata-katanya pada masa itu bukan main bersungguh dan seingat angah dia buka pusat dialisis nak bantu orang malah katanya lagi dia mahu pesakit sambil menjalani rawatan akan merasa tenang dan senyum selalu tandanya gembira....



Sudah setahun lebih pusat tu dibuka bermacam-macam perangai dapat dilihat terutama pekerja yang tanpa seorang pengurus yang sepatutnya mengurus tapi sang doktor ini yang seakan meletakkan nyawa pesakit mainan para pekerjanya masih gagal menyediakan seorang pengurus malah menjadikan "staff nurse" sebagai ketua disitu sebenarnya banyak menganggu pekerjaan mereka dan secara tida langsuang juga menimbulkan bermacam-macam situasi yang kurang menyenangkan buat pesakit yang saban waktu terpaksa menerima pekerja baru yang boleh dikatakan tinggi juga status pekerja masuk dan berhenti,ini serba sedikit mengenai pusat tempat rawatan angah tapi rasanya banyak lagi yang berlaku ditempat lain milik doktor ini cuma angah terkilan sangat bila memo yang dikeluarkan secara tergesa-gesa menampakkan sikap sebenar sang penguasaha yang sekarang menjadi zionisme melayu.......


Mungkin pesakit tidak seperti angah yang suka mengutamakan kebajikan pesakit lain....yang sering memberi aduan itu dan ini yang berkaitan dengan pesakit tapi setiap aduan nampaknya masuk telinga kanan keluar telingan kiri dan jawapan yang sering keluar dari mulut sang zionisme ini adalah baik...baik...baik kononnya dengan jawapan begitu kita akan puas hati bahawa si doktr ini akan memperbaiki keadaan tapi hancus....ibarat lesen besar yang boleh membunuh tanpa orang sedari......berkenaan MEMO kenaikan rasanya mungkin tempat angah saja yang depa terpaksa edarkan kesemua pesakit sebab angah minta kerana ini bersangkut paut dengan pesakit dan pasti yang lainnya juga  akan meraskan bahawa mereka telah dilayan seperti peminta sedekah malah rasanya tidak keterlalauan mereka beranggapan kami semua tiada nilai kemanusiaan.


Dengan MEMO yang tetiba sahaja dikeluarkan malah berkuat kuasa mulai jan 2010 seakan mahu menipu dan menekan pesakit yang sudahlah tiada pekerjaan dan sumber kewangan berita ini seakan menambahkan derita ramai orang...angah rasanya tidak mahu mengulas panjang tapi angah akan tempelkan memo ini didalam blog angah agar ia menjadi ingatan buat anak-anak angah kemudia hari dan apa pun yang bakal terjadi alah urusan Allah;

Angah cuba sebaik mungkin menulis setiap apa yang terdapat dalam memo tersebut:

Perkara:KENAIKAN KOS PERUBATAN DIALYSIS

Adalah dimaklumkan bahawa harga ubat-ubatan telah naik pun sejak akhir tahun 2009.Sehubung dengan itu mulai 01 Januari 2010,harga baru untuk caj perubatan dialysis adalah seperti berikut:

>Rawatan Dialysis     -RM160.00  (dari rm150.00 kenaikan rm 10.00)
>Eprex                      -RM 80.00   (dari rm70.00   kenaikan rm 10.00)
>LKC 4                    -RM 65.00   (dari rm54.00   kenaikan rm 11.00)
>LKC 1                    -RM 175.00 (dari rm155.00 kenaikan rm 20.00)
>Blood Sugar            -RM 15.00   (dari rm5.00     kenaikan rm 10.00)

Pesakit yang menerima bantuan dari mana-mana badan kebajikan jumlahnya tidak berubah.Jumlah baki adalah tanggungan pesakit.


Sila maklumkan kepada semua pesakit.


Sekian dimaklumkan.terima kasih,


Agihan>

PH  Mukmin Sg.Buloh/PDR Kg.Melayu Ampang Jaya/PDR Taman Medan/PRH Pandan Mewah(Ampang Jaya)/PRH Felina Banting/PRH Mukmin Andalas/PRH Telok Panglima Garang/PRH Wan Nong,Batu Gajah/PRH SangRiang Bera,Triang/PRH Sultanah Bahiyah,Alor Setar.

dibawah ini adalah memo yang sebenarnya dari Gedung Penawar yang angah scan dan tempel


Tiada ulasan:

Catat Ulasan