Selasa, 6 Julai 2010

PASAL GULA PUN NAK MENIPU JUGA...UDAH-UDAH LAH BiNatang

Terbongkar juga rahsia pasal gula kononnya sibuk nak hapuskan subsidi gula tapi bila keretapi dari Butterworth ke Singapura yang memuatkan gula subsidi tergelincir di Chamek dekat Kluang Johor pada 23 june lalu dan ahli Parlimen Mahfus Omar yang juga Naib Presiden PAS telah meminta pihak kerajaan menjawab berkenaan isu dan perkara ini.......layan quote dibawah ini yang angah kopi dan tempel dari salah satu blog pro PR yang diambil dari harakah......:


Kerajaan wajar memberikan penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini, kata Datuk Mahfuz Omar.

Penegasan yang dibuat Naib Presiden PAS itu ekoran insiden enam daripada 30 kargo yang memuatkan gula nasional tergelincir dari Butterworth ke Singapura, milik KTMB tergelincir di Chamek, dekat Kluang Johor, 23 Jun lalu.

"Macam mana gula yang kerajaan subsidikan pada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, gula itu yang nak dibawa jual ke Singapura," soal beliau pagi tadi di Dewan Rakyat, memetik laporan akhbar New Strait Times Press (NSTP).

Beliau berkata, insiden tersebut sudah tentu mempunyai kaitan dengan kesukaran rakyat mendapatkan bekalan gula nasional sebelum ini.

"Saya percaya gula yang kurang dalam pasaran sebelum ini disebabkan kes-kes eksport gula sebegini bukanlah untuk orang Johor walaupun gerabak KTMB ini tergelincir di Kluang.

"Tanah KTMB di Tanjong Pagar pun kita (kerajaan Umno BN) gadai pada Singapura, gula negara pun nak beri juga," sindir beliau ketika membahaskan rang undang-undang perlindungan pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan