Bila manusia lupa diri ini lah jadinya,menyangka kan dirinya mulia tapi hakikat yang Allah telah tunjukan adalah kehinaan sebenarnya.Banyak sangat perkara yang nampak tak baik tapi sebab ketulahan yang tak diakui menjadikan perbuatan yang tak baik itu seakan 100% semuanya baik mengikut islam malah kita boleh lihat sekarang dimana trend hari ini ugama dijadikan dagangan membawa untung malah kelebihan yang Allah kurniakan dalam berbicara menjadi aset kepada mereka menjalankan perniagaan dengan ceramah atau motavasi agama.Jauh sungguh manusia dipesongkan dengan dunia kebendaan malah ada yang menjadikan parti sebagai satu landasan yang baru untuk menyelam sambil minum air dan ini lah ketulahan yang dapat kita lihat hari ini dimana petunjuk telah diberikan siapa sebenarnya orang-orang ini yang bertopengkan agama dan jubah. Bagi mereka jawatan dan amanah yang diberi seakan kunci mutlak untuk buat sesuka hati malah ada kalanya menampak kan kebodohan dan kehinaan diri bila menyalah gunakan kuasa yang ada sebagai pemimpin.
Pemimpin datang dan pergi tapi janganlah perasan yang orang lain tak pandai memimpin,boleh kritik dan komen orang lain tapi tak boleh menerima teguran dan kritik orang,pandai memerintah orang tapi tak boleh mengikut arahan orang,konon nya hebat bercakap tapi hipokrit dan putar alam,masuk parti baru 10 tahun lagak macam 100 tahun,parti hak ahli bukan hak peribadi dan jawatan adalah amanah yang ahli nak lihat dilakukan sebaik mungkin dan kebaikan dapat dinikmati oleh semua masyarakat dan agama tanpa sempadan tapi kerana kelalaian para pewakilan yang tak faham antara ahli politik dan aktivitis disamping kurang membaca dan kurang pengetahuan mencari sumber info terutama dunia alam maya maka dapatlah orang-orang ini dipilih menjadi pemimpin dan yang nampak bodoh bila presiden dan timbalan dilakukan pemilihan dengan undian tapi jawatan setiausaha serta pesuruhjaya dilantik ini kah demokrasi cara baru?Sedar-sedarkan lah diri tu bila telah ramai ahli bersuara tak kira cara apa pun saluran yang mereka gunakan anggaplah diri itu telah gagal menjalankan amanah maka menjadi kewajipan untuk mengundurkan diri dan jangan lah sampai kehinaan menutup sirah pejalanan politik seseorang pemimpin itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan