Rasanya dah beberapa hari angah tak update blog kerana keadaan kesihatan dan minda yang kurang sihat tapi pun begitu saban hari juga angah menjelajah dunia tanpa sempadan malah satu isu yang menarik perhatian angah bila bekas mufti Perlis ditahan oleh jabatan agama islam Selangor tapi tak ada dakwaan yang dilakukan malah ini juga menimbulkan kemarahan ramai rakyat kerana mereka percaya ada tangan gampang hitam dibelakang kejadian ini dan nampaknya bertambahlah kebobrokan pemerintah bila mereka-mereka yang diberikan jawatan menjaga perjalanan agama selama ini bagaikan makan gaji buta kerana kerja mereka sekadar mengikut telunjuk pemimpin umno.Nampaknya penjaga jabatan seperti YADIM,JAKIM,JAIS,JAWI dan sebagainya juga telah dicemari oleh mereka yang bekerja untuk umno dan mereka ini telah banyak melakukan salahguna kuasa.
YADIM yang dikatakan bermasalah yang kini cerita ini telah melayari dunia internet dan angah percaya ramai yang telah membaca kisah ini dan bila Perdana Menteri telah menawarkan jawatan yang dipertua kepada Dr.Mohd Asri dan setelah ditolak dengan baik sambil meminta SPRM menyiasat apa yang telah berlaku dalam yayasan tersebut sehingga ada mengatakan yang dipertua dahulu menggunakan yayasan ini untuk kepentingan sendiri,contoh terbaik ulamak ''ular dalam semak'' dan JAKIM pula yang dikenali sebagai satu jabatan kemajuan islam Malaysia tugasnya mengawal pergerakan pertubuhan maupun perseorangan dalam hal ehwal agama islam dan nampaknya juga membabitkan permasalahan yang sama,malah menjadikan agama sebagai panduan dari acuan umno malah menampakkan jabatan dan yayasan ini sebagai alat menutup dan membodohkan minda rakyat dan ini lah yang kita dapat lihat bila jakun-jakun dibiarkan keliaran dalam jabatan begini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan