Ahad, 22 November 2009

MANCING HOBI BARU

Telah 3 bulan rasanya angah menyibukkan diri dengan hobi baru dengan memancing malah buat permulaan angah belajar melalui buku dan bertanya pada mereka yang sudi mengajar dan angah cuma dapat belajar memancing di kolam dan sungai.Di langat ni kolam yang angah dapat belajar memancing ikan kalapia menggunakan umpan cengkerik atau palet tapi masih belum lagi cuba cacing maupun katak,rasanya cacing mungkin tak beberapa geli tapi dalam bab katak erm tak daya rasanya nak pegang tapi dengan umpan cengkerik ini dapatlah ikan kalapia sahaja tapi nak harap ikan lain jangan haraplah.Dalam cuaca hujan begini rasanya tidak selalu angah dapat belajar,banyak betul nak dipelajari dari ikatan mata pancing,buat perambut,ladung yang sesuai serta yang penting adalah tali pancing yang sesuai untuk tempat memancing.

Angah ada kenal dengan seorang datuk ini dia ada tanah dusun dan kolam ikan dan dia benarkan angah memancing kolam dia tanpa bayaran dan disini lah angah dapat belajar memancing kalapia,walaupun kolam ini tak dijaga berbanding kolam didalam dusun datuk yang angah kenal tu tapi dikolam yang angah pancing tu dengarnya ada ikan bujuk dan ikan kelah tapi angah masih belum diberikan rezeki mendapat ikan jenis begini tapi dengan sumber dari air bukit ikan kalapia dikolam ini langsung tidak berbau lumpur dan hanyir.Sungai angah belajar di sekitar jalan kekuari di sungai long tapi dari otai yang telah lama berkecimpung dalam dunia memancing.Dari jenis tali,umpan,mata kail dan ladung serta banyak lagi semuanya angah tanya pada mereka,nak belajar kita kena buka mulut dan manis mulut bertanya sambil berkenalan dan menjadi kawan malah bagi angah abang-abang dari tanah seberang yang memancing disitu pun akan angah tegur dan buat kawan kerana pengalaman dan pengetahuan mereka yang angah mahukan untuk membantu angah memancing nanti.Bila cuaca sedikit cerah ini lah peluang angah untuk belajar tapi buat masa ini untuk sungai masih belum mendapatkan apa-apa hasil cuma tali telah 2-3 kali putus dan batu pun turut hilang tapi itu semua asam garam memancing dan angah juga mencari peluh dengan hobi baru ini sambil mencari kawan agar dapat ikut komplot mereka memancing di lubuk yang mereka tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan