Ahad, 15 November 2009

CUACA TIDAK MENGAMBARKAN SUASANA POLITIK

Telah beberapa hari angah tak update blog angah malah dari hari jumaat lepas setelah balik dari menjalani rawatan dialisis rasa keletihan serta kekejangan yang kebelakangan ini menyerang antara bawah rusuk dikiri dan kanan badan sedikit sebanyak menganggu keselesaan tapi masih mampu mengikuti perkembangan dunia politik dialam maya.Dengan cuaca yang hujan saban waktu sehingga berlakunya banjir dinegeri pantai timur tapi ia tidak mempengaruhi suasana politik yang panas malah cuaca yang sejuk seakan mengimbangi perasaan marah rakyat terhadap tingkah laku pemimpin yang kononnya mewakili islam tapi perangai mengalahkan azazil.

Menunjukan bahawa adanya pemimpin yang sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin malah menjadi ahli parti pun rasanya juga tidak layak kerana tidak pernah merasakan kesusahan dan kepayahan dalam perjuangan serta pijak terajang dan kezaliman pihak pemerintah.Mudah sungguh mereka ini dipercayai dan dilantik kejawatan tertentu dan ada juga yang kalah dalam pilihanraya negeri tapi masih juga dipilih menerajui pimpinan parti menunjukan mereka ini tidak mengamalkan apa yang mereka cakap.Rasanya mimpi indah ini akan berakhir bila PRU 13 diadakan dalam tempoh 2 tahun lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan