Khamis, 19 November 2009

MASA UNTUK BERSIHKAN MALAUN DISELANGOR

Sudah tiba masanya malaun-malaun yang masih lagi berkeliaran dalam kerajaan pakatan rakyat diSelangor dibersihkan supaya segala perancangan dapat dijalankan dengan baik tanpa adanya musuh dalam selimut memporak perandakan kerajaan baru Selangor pimpinan PR dibawah jagaan MB Tan Sri Khalid Ibrahim.Memang sukar setelah 50 tahun lebih Selangor diperintah oleh UBN jadi ramailah malaun berwajah 2 ini berkeliaran mencari kesempatan dan makan dengan menjadi balaci pada pemimpin tertentu.

Peluang yang telah rakyat berikan selama lebih 50 tahun kepada UBN telah ramai ketahui malah sikap tidak bertanggung jawab pimpinan UBN dahulu terpaksa PR tanggung dan rasanya keinginan rakyat mahu tahu segala kebobrokan dan salahurus kerajaan dahulu kini telah dibuka oleh MB agar ia menjadi contoh serta ingatan buat semua.Dengan kuasa media yang ada pada BN mereka pasti tidak akan duduk diam bila negeri maju seperti Selangor ini dapat ditawan oleh PR kerana ia sebenarnya menjadikan satu ingatan buat negeri lain bila negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang pun boleh bertukar kerajaan mengapa yang lain tidak boleh berubah.Apa pun pembersihan perlu di perkuatkan malah malaun-malaun yang menyusahkan perlulah dibuang jauh agar Selangor dapat menjadi negeri pertama sifar rasuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan