Lagi beberapa jam kita semua akan bertukar tahun dari 2009 ke 2010 dan tentu rata-rata orang diluar akan bertanya apa azam baru?dan banyak lah komen kita boleh baca bla. .bla. .bla. . Hakikat sebenar biar banyak kali tahun bertukar tapi masih kat situ gak dan paling teruk kita semakin banyak mengumpul masalah dari memperbaikinya dan kita menipu diri sendiri sebenarnya selama ini dengan kepuraan dalam kehidupan,lihatlah siapa pun kita dan apa pun taraf kehidupan kita selepas 2-3 bulan semuanya hilang dibawa gelombang jiwa yang sakit.
Angah diam tak diam telah 4 tahun menjalani rawatan dialisis dan 4 tahun juga angah hidup dalam keadaan dan sistem yang baru malah kalau diingatkan dengan keadaan begini cukuplah Allah berikan kesihatan dan kekuatan untuk angah dapat meneruskan amalan yang banyak tertinggal,selain dapat lah waktu-waktu begini memberi kekuatan pada isteri tersayang serta anak-anak agar mereka tidak dibebani perasaan duka kerana sebagai hambanya dugaan datang bermacam-macam apa pun ianya terletak pada diri kita untuk menanganinya.Cuma selama ini satu perasaan dalam diri angah ada kah kita ini sebenarnya melakukan keadilan dalam semua hal dan berapa ramai kah yang diluar sana merasakan benda yang sama?Moga 2010 memberi harapan insyaallah.
SEBELUM DATANG 5 PERKARA KENA INGAT 5 PERKARA. KITA KAH YANG MENGUMPULKAN DUNIA ATAU DUNIA YANG MENGUMPULKAN KITA. GELORA OMBAK MENITI HIKMAH, MEMANCAR KILAT ARCA MAKRIFAT, CARA BERTINDAK MESTI BERHEMAH, AGAR SELAMAT DUNIA AKHIRAT.
Khamis, 31 Disember 2009
Isnin, 21 Disember 2009
BILA MANUSIA MENGUMPUL DUNIA
Saban hari kita boleh melihat adanya manusia berlumba-lumba mengumpul harta dunia kerana bagi mereka dengan kemewahan dan kesenangan hidup mereka tidak akan ditindas malah peluang menjadi seseorang terbuka luas melalui pergaulan dan perjumpaan ditempat-tempat mewah,dengan cara apa sekali pun sehingga memijak kepala orang agar cita-cita mereka berjaya diperolehi.Angah buka thread ini kerana ia telah lama berbuku dalam hati ini jadi angah rasa biarlah cerita ini angah luahkan dalam blog angah dan ia juga banyak bersangkut dengan kisah dialisis dan sebenarnya ramai penguasaha dialisis terutamanya melayu menjalankan urusan sekadar mencari untung tapi tidak bertanggung jawab. Ramai anak atau saudara terdekat mengetahui masalah yang dihadapi setiap pesakit tapi bagi mereka memadai lah ada orang yang datang jemput serta hantar balikke rumah masalah lain tutup mata dan . . . .
Bagi mereka yang tak merasai dugaan penyakit buah pinggang pasti tidak dapat merasakan keperitan,tekanan emosi dan jiwa,tanggungjawab bagi lelaki dengan ekonominya yang telah hilang,dan banyak lagi yang sebenarnya mencengkam jiwa pesakit sehingga kemurungan berlaku malah pengalaman angah sendiri bila ini terjadi pada mulanya dunia kita rasanya telah berubah,angah sering melayang perasaan murung dan sedih kerana memikirkan apa yang akan terjadi pada diri dan keluarga tapi semasa membuat rawatan di centre kepunyaan bangsa kita tidak pernah angah nampak para pekerja maupun pengurusan mengambil tahu keadaan para pesakit terutamanya yang baru malah mereka dok berkira kalau boleh nak ambil pesakit dari tempat lain dan meramaikan.
Pemerhatian angah dari segi seorang pesakit mendapati sikap para pekerja yang sebenarnya banyak memberi masalah kepada pesakit malah pihak pengurusan juga banyak mengendahkan etika keselamatan buat pesakit punca ramai yang meninggal kerana kealpaan serta sikap sambil lewa berkerja.Benda ini semua angah telah nampak serta alami mungkin kalau angah cerita pun parti orang tidak akan faham,itu belum lagi ditambah cerita bagaimana pemandu sebuah centre membawa pesakit untuk rawatan pagi mengalami kemalangan dan mengakibatkan kematian pesakit tapi apa yang dapat pada keluarga mereka,belum lagi anak-anak tau yang mak bapa mereka bole dimarah sesuka hati dan sebenarnya banyak lagi perkara yang mungkin akan menjadi satu isu bila ianya diketahui ramai.
Anggap thread ini sambungan thread dialisis angah yang lepas-lepas cuma cara penceritaannya sengaja angah paparkan bagaimana sikap manusia yang tamak dan tidak bertanggungjawab,malah update menggunakan h/p terasa terkial-kial dan insyaallah angah akan sambung penceritaan bagaimana sikap para pekerja dan pihak pengurusan terhadap para pesakit dan apa tanggungjawab yang telah angah lakukan dan akan terus lakukan. . . . .

Sabtu, 19 Disember 2009
DIALISIS-Sambungan ke2
Selama 3 bulan angah menanggung keadaan kesihatan yang semakin teruk dari berat badan 100 kg telah susut menjadi 70++kg dan kulit badan angah telah menjadi pucat kekuningan malah kawan angah telah membawa susu kambing untuk angah minum katanya baik untuk penyakit kuning sehinggalah angah masuk hospital dan bila diberitahu doktor pakar bahawa angah perlu menjalani rawatan dialisis sepanjang masa sehingga akhir hayat angah merasakan satu tamparan yang berat sangat,kesedihan bertalu-talu dan angah masih ingat kata-kata doktor yang mengatakan penyakit ini adalah penyakit orang kaya sebab menggunakan kos yang banyak tapi kata doktor tu lagi yang ramai kena adalah rakyat bawahan dan pujuk doktor tu lagi bahawa bumiputra masih bernasib baik sebab ada bantuan dari badan tertentu.
Isteri angah ada bercerita dengah angah bahawa doktor pakar tu berjumpa dia semasa dia hendak balik dan memberitahu bahawa darah angah dalam badan hanya tinggal 4 dari 13 bagi orang lelaki katanya jarang orang dapat hidup dengan situasi begini dan mereka telah memasukkan 4 peket darah semasa angah menjalani rawatan dialisis setiap hari untuk membersih toksid yang telah berkumpul dalam darah,semasa angah masuk wad tinggal 10 hari lagi nak raya dan angah mendapat rawatan 7 hari dan dibenarkan pulang setelah mereka nampak angah sudah cergas sedikit dan angah perlu datang lagi membuat rawatan dialisis seperti yang ditetapkan.Bila raya puasa 2005 tiba angah balik kampung bersama anak2 tanpa isteri kerana dia kena kerja dan dikampung angah berjumpa pakcik angah yang juga pesakit buah pinggang yang telah menjalani rawatan selama 5 tahun akibat kencing manis dan pakcik angah ni mengajak angah membuat rawatan dialisis di tempat beliau yang baru dibuka di FALAH di dataran Sulaiman di bangunan excela dijalan ampang putra dan selang 2hari bermula lah kehidupan baru untuk angah bila 3 kali seminggu angah kena membuat rawatan di Falah. . . .bersambung

JET ENJIN PUN HILANG?
Dalam akhbar hari ni memuatkan berita tentang enjin jet di TUDM telah hilang dan menurut berita kos nya berjumlah rm 50 juta,erm tido betul pegawai-pegawai yang diberikan tugas,kalau enjin jet pun bole dibuat projek apa tah benda lain yang kita tak tahu,ini lah bila rasuah dah bermaharaja lela,selamat lagi ke negara ni bila pemimpin pun telah diketahui menjadi dalang kepada ejen luar.
Khamis, 17 Disember 2009
TAHNIAH PASUKAN BOLASEPAK SUKAN SEA
Akhirnya pasukan bolasepak bawah 23 tahun memenangi pingat emas sukan sea di Laos,tahniah buat semua yang terlibat semoga kejayaan ini tidak terhenti disini kerana rakyat dahagakan kejayaan dalam sukan bolasepak yang telah lama tenggelam,insyaallah kemenangan dalam menyambut maal hijrah memberi satu permulaan kejayaan yang akan berterusan.
SELAMAT MAAL HIJRAH
Saban tahun kita meraikan nya dan saban tahun juga kita menyebut tentangnya juga tetapi kealpaan kita sebagai manusia yang sibuk mengumpulkan dunia maka kita tinggalkan jauh soal penghijrahan tak kira samaada ia penghijrahan minda ataupun fizikal.
Apa pun persepsi kita mengenai hijrah ia berlaku setiap waktu cuma umum masyarakat dunia islam sekadar mengikut kalendar hijrah yang telah ditetapkan sebagai ingatan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W.Bagi angah rasanya telah banyak kali penghijrahan berlaku,dari bujang menjadi suami dari suami menjadi bapa dari anak sorang kepada 3 orang dan bertambahlah tanggungjawab,dari sihat menjadi sakit dan hijrah yang terbesar yang angah rasakan bila cuba menyesuaikan keadaan serta tekanan menjadi orang sakit yang memerlukan rawatan dan seterusnya memberikan kekuatan minda pada keluarga agar kerana penghijrahan angah penghijrahan mereka juga dan sebagai manusia sesiapa pun tidak akan kekal. . . .

CAKAP ORANG DIA PUN SAMA
Azmin kata ahli parlimen Bn macam budak-budak sebab tak datang untuk undian malam hari tu,tapi dia tak sedar dia pun sama tak datang,ni lah manusia hipokrit dok guna parti dan orang ramai untuk mendapatkan tempat dalam parlimen dan undangan negeri tapi selaku ketua whip pun dia masih tak sedar,untuk pemimpin PR perlu ingat sekarang rakyat telah sedar dan kesedaran itu lah yang membuatkan rakyat ingin membuang mereka yang menjadi pemimpin untuk diri sendiri terutama dari BN dan dari PR pun rakyat akan hukum sekiranya berperangai sama,ingat orang sekarang bukan macam dulu lagi istilah lawan tetap lawan kami gunakan untuk semua yang tak bertanggung jawab terhadap amanah dan rakyat.
DIALISIS-PENGALAMAN,KERENAH DAN TANGGUMGJAWAB
Angah ingin mencatitkan pengalaman angah semasa permulaan sakit dan kisah ini akan bersambung-sambung mengikut kesihatan dan kekuatan diri angah.Alkisah bermula bulan julai 2005 bila satu hari angah rasa seperti demam dan letih semacam,pagi tu angah ke tempat kerja seperti biasa dan pada jam 9am angah keklinik buat rawatan dan dari situ mereka minta angah buat pemeriksaan darah kerana suhu badan angah pada masa itu adalah 39%C.Angah pergi ke klinik yang disuruh dan disitu darah angah diambil dan diperiksa dan dalam 1.30 minit angah menunggu tetiba nama dipanggil dan jumpa lah angah dengan seorang doktor perempuan dari situ dia bagi tau yang hemoglobin angah telah susut menjadi 7 sementara darah putih naik mendadak menjadi 17000 dan dia mengatakan kemungkinan bersangkut dengan buah pinggang dan doktor tu meminta angah pergi buat pemeriksaan penuh di hospital yang disediakan oleh hotel angah.Perasaan masa tu terasa hiba sungguh cuma anggapan angah mungkin sakit yang angah alami adalah lebih teruk cuma doktor tak nak bagi tau perkara tersebut dan angah tidak pergi ke hospital seperti yang disuruh malah angah bertahan dan meneruskan perkerjaan dan dengan kawan2 pun angah bagi tau mungkin angah tak hidup lama,dari bulan julai sehingga bulan seterusnya angah menjalani kehidupan dalam keadaan seperti orang cepat letih,nak naik bukit ambil kereta pun dok termengah-mengah dan masuk kereta rehat dulu 10 minit baru gerak.
Mak dan isteri angah pun dok bising suruh angah ke hospital tapi angah saja buat tak mau dan badan angah bertambah susut dari bulan ke bulan dan sehinggalah tiba bulan puasa walaupun cdan bertambah letih puasa tetap angah teruskan dan sehinggalah isteri angah paksa angah ke hospital pada hari selasa tapi subuh tu angah muntah seperti darah beku dan buang air besar darah warna hitam baunya hamis macam bau ikan busuk,itu membuatkan isteri angah bertambah takut dan yang lebih teruk lagh bila tangan kiri angah tetiba sakit teramat sangat dan sehinggakan angah balut dengan kain basah dan kesakitan itu angah rasa dalam 10 minit dan sehinggalah ia hilang dan digantikan dengan sakit perut dan bila angah nak ke tandas angah berjalan dan nampak isteri angah sembahyang subuh dan tetiba angah dengar isteri angah memanggil nama angah dan memanggil anak2 angah berkata'ayah jatuh,ayah jatuh,bila terdengar nama angah dipanggil angah bertanya dimana angah sekarang isteri angah bg tau angah jatuh depan pintu bilik,sambil angah ambil nafas angah istifar banyak2 dalam masa 5 minit lepas tu rasa segar semacam cuma bibir angah pecah sebab jatuh kena gigi.
Angah minta kawan angah tolong hantar ke horpital sentosa kerana isteri angah tidak tahu jalan menuju kesana dan angah terus menuju ke tempat rawatan kecemasan dan terus diminta baring sambil darah angah diambil untuk diperiksa,sementara angah menunggu,isteri angah terpaksa menghantar kawan angah balik sebab nak kerja dan isteri angah nak uruskan anak2 lagi angah telah dimasukkan kedalam wad ICU dan tidak dibenarkan bergerak walaupun ketandas.Dalam ICU 2-3 orang doktor datang buat pemeriksaan termasuk xray dan hari ke 2malam angah didatangi oleh seorang doktor pakar dari sebuah hospital swasta di ampang mengatakan bahawa darah angah telah kotor dan perlu menjalani rawatax dialisis tapi sebelum tu angah perlu buat ijc di dada sebelah kanan untuk memasukkan tiub kedalam saluran darah,pagi esoknya dalam jam 8.30 pagi angah telah menjalani pemasangan ijc didada dan doktor telah mengambil masa 30 minit sahaja untuk selesaikan kerjanya dan selepas 1jam angah telah dihantar menjalani rawatan dialisis sambil menerima 1pain darah,permulaan dialisis angah buat 2jam dan angah dihantar kembali ke wad ICU dan rupanya doktor telah memberitahu sesuatu kepada isteri angah dahulu dan angah akan menyambung cerita ini di thread akan datang.

KEMBALI BERBLOG
Telah 3minggu rasanya angah merehatkan diri dari berblog dan sepanjang merehatkan minda menulis dalam blog angah masih mengikuti perkembangan semasa kerana angah tidak mahu ketinggalan mendapatkan berita dan cerita terkini dan kini angah rasa keinginan untuk menulis semula bertambah-tambah dan rasanya mulai tahun 2010 angah akan menulis apa sahaja mengikut citarasa angah dan tidak kepada kearah politik kerana dalam bloglah kita sebenarnya menyatakan pandangan serta suara yang pemimpin tidak pandang,insyaallah blog angah ini akan hidup kerana ia mewakili diri angah dan ia tetap menjadi diri sendiri bukan menjadi sesiapa. . . .
Langgan:
Ulasan (Atom)