Khamis, 17 Disember 2009

SELAMAT MAAL HIJRAH

Saban tahun kita meraikan nya dan saban tahun juga kita menyebut tentangnya juga tetapi kealpaan kita sebagai manusia yang sibuk mengumpulkan dunia maka kita tinggalkan jauh soal penghijrahan tak kira samaada ia penghijrahan minda ataupun fizikal.

Apa pun persepsi kita mengenai hijrah ia berlaku setiap waktu cuma umum masyarakat dunia islam sekadar mengikut kalendar hijrah yang telah ditetapkan sebagai ingatan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W.Bagi angah rasanya telah banyak kali penghijrahan berlaku,dari bujang menjadi suami dari suami menjadi bapa dari anak sorang kepada 3 orang dan bertambahlah tanggungjawab,dari sihat menjadi sakit dan hijrah yang terbesar yang angah rasakan bila cuba menyesuaikan keadaan serta tekanan menjadi orang sakit yang memerlukan rawatan dan seterusnya memberikan kekuatan minda pada keluarga agar kerana penghijrahan angah penghijrahan mereka juga dan sebagai manusia sesiapa pun tidak akan kekal. . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan