Saban hari kita boleh melihat adanya manusia berlumba-lumba mengumpul harta dunia kerana bagi mereka dengan kemewahan dan kesenangan hidup mereka tidak akan ditindas malah peluang menjadi seseorang terbuka luas melalui pergaulan dan perjumpaan ditempat-tempat mewah,dengan cara apa sekali pun sehingga memijak kepala orang agar cita-cita mereka berjaya diperolehi.Angah buka thread ini kerana ia telah lama berbuku dalam hati ini jadi angah rasa biarlah cerita ini angah luahkan dalam blog angah dan ia juga banyak bersangkut dengan kisah dialisis dan sebenarnya ramai penguasaha dialisis terutamanya melayu menjalankan urusan sekadar mencari untung tapi tidak bertanggung jawab. Ramai anak atau saudara terdekat mengetahui masalah yang dihadapi setiap pesakit tapi bagi mereka memadai lah ada orang yang datang jemput serta hantar balikke rumah masalah lain tutup mata dan . . . .
Bagi mereka yang tak merasai dugaan penyakit buah pinggang pasti tidak dapat merasakan keperitan,tekanan emosi dan jiwa,tanggungjawab bagi lelaki dengan ekonominya yang telah hilang,dan banyak lagi yang sebenarnya mencengkam jiwa pesakit sehingga kemurungan berlaku malah pengalaman angah sendiri bila ini terjadi pada mulanya dunia kita rasanya telah berubah,angah sering melayang perasaan murung dan sedih kerana memikirkan apa yang akan terjadi pada diri dan keluarga tapi semasa membuat rawatan di centre kepunyaan bangsa kita tidak pernah angah nampak para pekerja maupun pengurusan mengambil tahu keadaan para pesakit terutamanya yang baru malah mereka dok berkira kalau boleh nak ambil pesakit dari tempat lain dan meramaikan.
Pemerhatian angah dari segi seorang pesakit mendapati sikap para pekerja yang sebenarnya banyak memberi masalah kepada pesakit malah pihak pengurusan juga banyak mengendahkan etika keselamatan buat pesakit punca ramai yang meninggal kerana kealpaan serta sikap sambil lewa berkerja.Benda ini semua angah telah nampak serta alami mungkin kalau angah cerita pun parti orang tidak akan faham,itu belum lagi ditambah cerita bagaimana pemandu sebuah centre membawa pesakit untuk rawatan pagi mengalami kemalangan dan mengakibatkan kematian pesakit tapi apa yang dapat pada keluarga mereka,belum lagi anak-anak tau yang mak bapa mereka bole dimarah sesuka hati dan sebenarnya banyak lagi perkara yang mungkin akan menjadi satu isu bila ianya diketahui ramai.
Anggap thread ini sambungan thread dialisis angah yang lepas-lepas cuma cara penceritaannya sengaja angah paparkan bagaimana sikap manusia yang tamak dan tidak bertanggungjawab,malah update menggunakan h/p terasa terkial-kial dan insyaallah angah akan sambung penceritaan bagaimana sikap para pekerja dan pihak pengurusan terhadap para pesakit dan apa tanggungjawab yang telah angah lakukan dan akan terus lakukan. . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan