Selama 3 bulan angah menanggung keadaan kesihatan yang semakin teruk dari berat badan 100 kg telah susut menjadi 70++kg dan kulit badan angah telah menjadi pucat kekuningan malah kawan angah telah membawa susu kambing untuk angah minum katanya baik untuk penyakit kuning sehinggalah angah masuk hospital dan bila diberitahu doktor pakar bahawa angah perlu menjalani rawatan dialisis sepanjang masa sehingga akhir hayat angah merasakan satu tamparan yang berat sangat,kesedihan bertalu-talu dan angah masih ingat kata-kata doktor yang mengatakan penyakit ini adalah penyakit orang kaya sebab menggunakan kos yang banyak tapi kata doktor tu lagi yang ramai kena adalah rakyat bawahan dan pujuk doktor tu lagi bahawa bumiputra masih bernasib baik sebab ada bantuan dari badan tertentu.
Isteri angah ada bercerita dengah angah bahawa doktor pakar tu berjumpa dia semasa dia hendak balik dan memberitahu bahawa darah angah dalam badan hanya tinggal 4 dari 13 bagi orang lelaki katanya jarang orang dapat hidup dengan situasi begini dan mereka telah memasukkan 4 peket darah semasa angah menjalani rawatan dialisis setiap hari untuk membersih toksid yang telah berkumpul dalam darah,semasa angah masuk wad tinggal 10 hari lagi nak raya dan angah mendapat rawatan 7 hari dan dibenarkan pulang setelah mereka nampak angah sudah cergas sedikit dan angah perlu datang lagi membuat rawatan dialisis seperti yang ditetapkan.Bila raya puasa 2005 tiba angah balik kampung bersama anak2 tanpa isteri kerana dia kena kerja dan dikampung angah berjumpa pakcik angah yang juga pesakit buah pinggang yang telah menjalani rawatan selama 5 tahun akibat kencing manis dan pakcik angah ni mengajak angah membuat rawatan dialisis di tempat beliau yang baru dibuka di FALAH di dataran Sulaiman di bangunan excela dijalan ampang putra dan selang 2hari bermula lah kehidupan baru untuk angah bila 3 kali seminggu angah kena membuat rawatan di Falah. . . .bersambung
Salam
BalasPadamI was searching for a keyword and termasuk blog ni.
It such an experience and I enjoy reading ur dialysis thread.
My nenek pn pegi dialysis. I'm the one yg selalu teman nenek when I'm home. I know the pain.
Semoga saudara tabah menjalani hari berikutnya.
Semoga di berkati Allah hendaknya.
InsyaAllah
Wassalam.