Angah ingin mencatitkan pengalaman angah semasa permulaan sakit dan kisah ini akan bersambung-sambung mengikut kesihatan dan kekuatan diri angah.Alkisah bermula bulan julai 2005 bila satu hari angah rasa seperti demam dan letih semacam,pagi tu angah ke tempat kerja seperti biasa dan pada jam 9am angah keklinik buat rawatan dan dari situ mereka minta angah buat pemeriksaan darah kerana suhu badan angah pada masa itu adalah 39%C.Angah pergi ke klinik yang disuruh dan disitu darah angah diambil dan diperiksa dan dalam 1.30 minit angah menunggu tetiba nama dipanggil dan jumpa lah angah dengan seorang doktor perempuan dari situ dia bagi tau yang hemoglobin angah telah susut menjadi 7 sementara darah putih naik mendadak menjadi 17000 dan dia mengatakan kemungkinan bersangkut dengan buah pinggang dan doktor tu meminta angah pergi buat pemeriksaan penuh di hospital yang disediakan oleh hotel angah.Perasaan masa tu terasa hiba sungguh cuma anggapan angah mungkin sakit yang angah alami adalah lebih teruk cuma doktor tak nak bagi tau perkara tersebut dan angah tidak pergi ke hospital seperti yang disuruh malah angah bertahan dan meneruskan perkerjaan dan dengan kawan2 pun angah bagi tau mungkin angah tak hidup lama,dari bulan julai sehingga bulan seterusnya angah menjalani kehidupan dalam keadaan seperti orang cepat letih,nak naik bukit ambil kereta pun dok termengah-mengah dan masuk kereta rehat dulu 10 minit baru gerak.
Mak dan isteri angah pun dok bising suruh angah ke hospital tapi angah saja buat tak mau dan badan angah bertambah susut dari bulan ke bulan dan sehinggalah tiba bulan puasa walaupun cdan bertambah letih puasa tetap angah teruskan dan sehinggalah isteri angah paksa angah ke hospital pada hari selasa tapi subuh tu angah muntah seperti darah beku dan buang air besar darah warna hitam baunya hamis macam bau ikan busuk,itu membuatkan isteri angah bertambah takut dan yang lebih teruk lagh bila tangan kiri angah tetiba sakit teramat sangat dan sehinggakan angah balut dengan kain basah dan kesakitan itu angah rasa dalam 10 minit dan sehinggalah ia hilang dan digantikan dengan sakit perut dan bila angah nak ke tandas angah berjalan dan nampak isteri angah sembahyang subuh dan tetiba angah dengar isteri angah memanggil nama angah dan memanggil anak2 angah berkata'ayah jatuh,ayah jatuh,bila terdengar nama angah dipanggil angah bertanya dimana angah sekarang isteri angah bg tau angah jatuh depan pintu bilik,sambil angah ambil nafas angah istifar banyak2 dalam masa 5 minit lepas tu rasa segar semacam cuma bibir angah pecah sebab jatuh kena gigi.
Angah minta kawan angah tolong hantar ke horpital sentosa kerana isteri angah tidak tahu jalan menuju kesana dan angah terus menuju ke tempat rawatan kecemasan dan terus diminta baring sambil darah angah diambil untuk diperiksa,sementara angah menunggu,isteri angah terpaksa menghantar kawan angah balik sebab nak kerja dan isteri angah nak uruskan anak2 lagi angah telah dimasukkan kedalam wad ICU dan tidak dibenarkan bergerak walaupun ketandas.Dalam ICU 2-3 orang doktor datang buat pemeriksaan termasuk xray dan hari ke 2malam angah didatangi oleh seorang doktor pakar dari sebuah hospital swasta di ampang mengatakan bahawa darah angah telah kotor dan perlu menjalani rawatax dialisis tapi sebelum tu angah perlu buat ijc di dada sebelah kanan untuk memasukkan tiub kedalam saluran darah,pagi esoknya dalam jam 8.30 pagi angah telah menjalani pemasangan ijc didada dan doktor telah mengambil masa 30 minit sahaja untuk selesaikan kerjanya dan selepas 1jam angah telah dihantar menjalani rawatan dialisis sambil menerima 1pain darah,permulaan dialisis angah buat 2jam dan angah dihantar kembali ke wad ICU dan rupanya doktor telah memberitahu sesuatu kepada isteri angah dahulu dan angah akan menyambung cerita ini di thread akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan