Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT BERTUKAR TAHUN

Lagi beberapa jam kita semua akan bertukar tahun dari 2009 ke 2010 dan tentu rata-rata orang diluar akan bertanya apa azam baru?dan banyak lah komen kita boleh baca bla. .bla. .bla. . Hakikat sebenar biar banyak kali tahun bertukar tapi masih kat situ gak dan paling teruk kita semakin banyak mengumpul masalah dari memperbaikinya dan kita menipu diri sendiri sebenarnya selama ini dengan kepuraan dalam kehidupan,lihatlah siapa pun kita dan apa pun taraf kehidupan kita selepas 2-3 bulan semuanya hilang dibawa gelombang jiwa yang sakit.

Angah diam tak diam telah 4 tahun menjalani rawatan dialisis dan 4 tahun juga angah hidup dalam keadaan dan sistem yang baru malah kalau diingatkan dengan keadaan begini cukuplah Allah berikan kesihatan dan kekuatan untuk angah dapat meneruskan amalan yang banyak tertinggal,selain dapat lah waktu-waktu begini memberi kekuatan pada isteri tersayang serta anak-anak agar mereka tidak dibebani perasaan duka kerana sebagai hambanya dugaan datang bermacam-macam apa pun ianya terletak pada diri kita untuk menanganinya.Cuma selama ini satu perasaan dalam diri angah ada kah kita ini sebenarnya melakukan keadilan dalam semua hal dan berapa ramai kah yang diluar sana merasakan benda yang sama?Moga 2010 memberi harapan insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan