Ahad, 31 Januari 2010

MENGAPA SIMPAN 'BENDA' YANG BUSUK?

Kebelakangan ini kita disajikan dengan berita dan cerita berkenaan si polan-polan dari PR yang menjadi adun maupun ahli parlimen akan melompat parti ke BN malah mereka ini menjadi semakin angkuh bila mereka ini yang bermasalah besar cuba menangguk di air keruh dengan mencari alasan konon nya tindakan yang mereka ambik adalah betul malah kalau ikut cerita dari blog yang dipercayai ramai orang-orang begini tiada pun tak apa malah keinginan mereka untuk keluar PR sangat angah alu-alu kan kerana bagi angah biar pun PR tidak dapat memerintah asalkan PR bersih dari pemimpin sampah yang dah busuk dan biarlah keinginan BN hendak menang dan berkuasa dengan pemimpin bermasalah dan busuk dan pasti satu ketika pemimpin begini sahaja yang tinggal dan bertanggung jawab menjahanamkan dan memalukan negara dimata dunia....

BILA ULAMA BERPOLITIK MENJADI SONGSANG

Trend sekarang bila bergelar ustaz ke tuan guru ke ulama ke maupun yang sewaktu dengannya mula mengunakan politik sebagai cabang kerjaya yang baru malah secara langsung konsep tertubuhnya parti PAS telah hilang bila memasing merasakan keegoan dengan berjawatan dalam parti maupun negeri malah mereka ini seakan menjadi diktator era PAS bila pemimpin-pemimpin tidak boleh ditegur maupun dikritik dan sejarah telah berlaku malah tindakan ini yang ramai merasakan tidak mengambarkan keadilan serta menjadi contoh islam yang baik walaupun cubaan menyelamatkan air muka pemimpin PAS setempat tapi sebenarnya telah menambahkan kesangsian yang mendalam bila urusan yang mudah dan kecil pun tidak dapat dijalankan dengan adil bagaimana nasib rakyat akan datang bila si songsang menjadi pemimpin?

Ramai ahli malah mereka yang berblog juga merasakan bahawa kuasa yang mereka ada adalah dari ahli juga tapi nampaknya kesongsangannya telah mewala kan ahli mengikut serta mentaati pemimpin dan pemimpin ini tidak boleh dipertikaikan dan dikritik dan menjadi satu kesalahan besar sekiranya ini berlaku dan bukan angah seorang sahaja merasakan bahawa ada tangan-tangan jahat yang kononnya telah cuba menyongsang kan perjalanan parti malah duri dalam daging ini lah sebenarnya syaitan bertopengkan isjam.Inilah golongan yang konon nya berjuang tapi mengumpulkan dunia tidak kira apa cara sekali pun dan yang pasti bukan semua manusia boleh disangsangkan perjuangannya dan boleh dibeli dan ditipu....

Isnin, 25 Januari 2010

MENILAI DAN DINILAI

Memimpin diri mungkin kita menilai melalui fikrah diri sendiri dan dari situ kita merasakan apa yang kita lakukan adalah betul walaupun pada dasarnya sikap kita telah jauh menyimpang dan keegoan diri menyebabkan sebagai manusia kita lupa kita akan ada hukum karma dunia belum termasuk hukum akhirat yang akan diukur melalui apa yang kita buat didunia walaupun apa kedudukan kita.Menjadi blogger kekadang angah dapat merasakan pengorbanan setiap blogger bila mereka menjadi cemuhan dan kutukan oleh mereka yang tidak sehaluan atau mempertahankan seseorang dan bila manusia menjadi hipokrit dan merubah demokrasi menjadi kuku besi maka timbullah birokrasi ikut suka aku.Kebelakangan ini kecoh diperkatakan mengenai ada blogger yang dikatakan bersikap kurang ajar dengan mempersendakan dan cuba menghina atas kemangkatan sultan johor dan pada dasarnya angah masih memegang ajaran agama bahawa kita seharusnya menghormati jenazah dan kaum keluarga kerana kehilangan orang tersayang tetapi angah dapat merasakan bahawa blogger ini cuba neluahkan perasaan yang telah lama terbuka tapi dengan cara yang salah dan kasar.....

Menjadi blogger seseorang tu sering menilai pada pemimpin yang mereka perhatikan dan apa yang dilakukan menjadi isu untuk menulis dan bila terlalu kerap sangat memperlekehkan seseorang terutama tuan guru maka lambat laun ketulahan lah dan nampaknya ketulahan itu telah menampakkan dirinya bila mana yang menilai sedang dinilai....dan yang pasti kita semua akan dinilai segalanya bila tiba masanya.

Khamis, 21 Januari 2010

TERBUKTI UMNO MEMANG JAHAT

Bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas berkata ahli politik dan jemaah menteri umno yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum tidak wajar memperkudakan isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat,malah kerana sifat dengki dan dendam kerana kekalahan di Kelantan dan Trengganu telah menafikan hak kerajaan negeri dari mendapat wang royalti dari petronas sebanyak 5% setahun dan kerana sikap busuk hati terutama mahathir pada masa itu membuatkan menteri yang juga dari negeri Kelantan mengambil tindakan yang sama.

Kenapa lah bodoh sangat orang melayu ini tidak dapat melihat keburukan dan penipuan dari pemimpin umno malah wang ehsan yang disampaikan oleh kerajaan pusat pun dirembat dan dirompak oleh pemimpin umno negeri untuk kepentingan diri mereka malah pemimpin yang begini pun mereka sanjung dasar buta mata dan hati,Kerana sikap beginilah negara kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara maju lain mereka lebih 10 kali dihadapan dan yang bagusnya negara-negara maju pemimpin mereka bertanggung jawab terhadap amanah yang diberikan tapi pemimpin kita sudahlah makan minum pun rasuah,seks pun nak rasuah dan jangan haraplah nak bertanggung jawab kalau boleh sampai kemati berkuasa....bila lah mereka-mereka ini nak berubah??

Selasa, 19 Januari 2010

BAHASA

Memula angah nak minta izin terlebih dahulu pada saudara Rahman Shaari empunya sajak yang angah salin dalam buku sekolah anak angah untuk angah jadikan koleksi dalam blog,mohon maaf dari hujung rambut dan halalkan dunia akhirat......

Mari kita berbahasa sebaiknya....

Bahasa adalah pengatur,
Pucuk fikiran yang bertabur,
Bahasa adalah pelentur,
Ranting perasaan yang bersiur

Dengan bahasa,
Terlihat fakta padu,
Terlihat sinar ilmu,
Terlihat cinta biru

Dengan bahasa,
Pemimpin memaparkan arah dipentas siasah,
Dengan bahasa,
Orang beriman menikmati ibadah khusyuk dan pasrah

Mari kita berbahasa sebaiknya.

Dengan bahasa,
Budi dipertinggi,
Mesra dipelebari,
Kita menjadi bersama

Jika tanpa bahasa bagaimana akan kita setujui perjanjian ini?

BILA DIRI TERJUAL

Lumrah kehidupan memang begitu,mana ada manusia mengatakan dia jahat dan tak betul semua yang dia lakukan dia beranggapan bahawa dia adalah betul dan hebat,malah blognya pun pasti akan ada orang mengikuti menunggu tulisan dan thread terbaru.Angah sekadar dapat memerhati dan menilai perkembangan begini dengan tidak mahu melabelkan sesuatu prajudis tanpa melupakan kebaikan dari memikirkan kepada keburukan malah ini adalah pembelajaran terbaik dalam mematangkan minda kita berkenaan isu semasa terutama politik dan seperti juga angah segala tulisan maupun thread yang angah luahkan adalah dari perasaan angah tanpa membeli dan dibeli kerana inilah kebebasan dan kepuasan untuk orang macam angah merayakan dunia alam maya....

Para blogger ramai yang menggunakan blog sebagai medium untuk menambahkan pendapatan selain juga menyemarakan isu-isu semata selain menaikkan hits pada blog mereka dan ada guna blogger sekadar mengambil cerita-cerita melalui blog tertentu dan ramai juga yang melayani dan membaca blog ikutan mereka sekadar mencari berita dan info terkini,siapa juga kita memasing punya peranan sendiri dan bagi angah cukuplah dengan pepatah ukur baju dibadan sendiri dan kekuatan diri ini adalah dengan menjadi diri sendiri.Samada kita betul atau salah cuma orang lain yang boleh menilai begitu juga bila kita boleh menilai orang lain,apa pun bila jiwa seseorang telah dibeli maka bermula lah jiwa itu menjadi hamba seadanya dan moga doa kita selalu agar kita dilindungi dan diberikan petunjuk dimakbulkan ALLAH insyaallah.....

Ahad, 17 Januari 2010

PENINDASAN JIWA

Bagaimana rasanya setiap manusia yang ditindas dan dizalami oleh tindakan manusia yang menggunakan pangkat dan jawatan serta birokrasi masing-masing,pasti mereka akan merasakan bahawa telah berlakunya salahguna kuasa dan perkara ini memang telah berlaku bila si tamak menguasai diri,yang kaya menindas yang miskin,yang berkuasa menzalami rakyat untuk kekal kuasa,yang berpangkat menglembukan orang bawahan nya dan banyak lari cara penindasan jiwa ini dilakukan termasuk lah ISA,selain cara kasar begini ada juga cara halus yang digunakan malah kebanyakan mereka yang terperangkap dan diperangkap dengan cara ini diberikan jawatan dan pangkat dan mereka-mereka ini harus mengikut telunjuk serta arahan oleh yang berkepentingan dan mangsa ini terdiri dari perbagai keturunan yang lemah jati diri dan mencari kemewahan cara mudah tapi tanpa mereka sedari jiwa mereka sebenarnya ditindas lebih teruk kerana harga diri mereka boleh dibeli jika dibandingkan dengan mereka yang ditindas jiwa mengunakan kuasa dan birokrasi adalah lebih bebas menyuarakan ketidakpuasan hati mereka tanpa terikat dengan mana-mana arahan dari pihak tertentu.....

Begiu juga bila si kaya dan si koprat bila jiwa mereka ditindas dengan ketamakan maka dengan ketamakan itu lah penindasan jiwa terhadap orang lain berlaku dan kesimnambungan ini menjadi rantai dan bersambung dan
terus bersambung bila semua melibatkan diri mengejar dunia dan......sekarang kita semua merayakan nya dengan cara masing-masing.

Sabtu, 16 Januari 2010

KALAU TAK BERUBAH BAKAL PUNAH

Malaysia walaupun berpenduduk seramai 28 juta dan bangsa melayu mengatasi bangsa lain dalam segi majoratinya dan agama islam menjadi agama rasmi walaupun begitu keegoan dan kegagalan bangsa melayu yang menjadi ketua pemerintah baik dari sikap raja-raja melayu dan pemimpin negara telah menyumbang bencana yang akan datang kemudian hari bila mereka-mereka ini telah gagal sama sekali menjalankan amanah yang diberikan dan berkemungkinan generasi akan datang pasti akan menerima keburukan dan bala diatas peninggalan salah laku pemimpin negara.Dengan rakus dan tamak sehingga agama sering diperlekehkan,rasuah bermaharaja lela sehingga ada raja melayu boleh dibeli jiwa mereka dengan kemewahan dan menambah berat lagi bila penyamun menjadikan politik dan kuasa sebagai alat untuk membalun dan menipu malah bersama dengan pemimpin kaum lain juga mereka-mereka ini menindas,menzalami,menafikan,merompak,membunuh,memenjarakan dan segala macam kejahatan terhadap sesama kaum mereka.

Kiranya keadaan begini berterusan dan tiada perubahan yang dilakukan oleh rakyat walaupun adanya usaha-usaha dari mereka yang mengelar diri sebagai Pakatan Rakyat berjuang menyedarkan rakyat malah kini telah menampakkan kesedaran tetapi masih ada juga mereka yang seakan mengagungkan para gedebe penyamun,penyangak yang bertopengkan pangkat dan keturunan sehingga mereka lupa siapa sebenarnya yang berkuasa.Sekarang kita boleh lihat semua badan kerajaan dijaga oleh mereka-mereka yang bersengkokol dan bermasalah dan mereka ini menggunakan pangkat serta jawatan mereka untuk menindas,menafikan keadilan dan hak,menyalah gunakan kuasa,menekan mereka dalam semua segi malah agama diketepikan jauh.menipu dan mengelirukan rakyat dengan akhbar dan media perosak,menjahanamkan ekonomi menjadi semakin teruk malah mereka bebankan rakyat dengan cukai tapi mereka bazirkan sewenangnya tanpa kesal dan bertanggung jawab....ingatlah kita adalah generasi hari ini yang seharusnya cuba dan berusaha mengubah kegagalan generasi datuk maupun bapa kita dahulu dan kiranya kita gagal maka anak,cucu dan cicit kita akan datang pasti menghadapi sistem kehidupan yang lebih teruk kerana sekarang pun keadaannya telah menampakan bahawa rasuah adalah raja segalanya dan jahat adalah satu kekuatan malah ia menjadi semakin besar dan berakar dan bila ia berterusan maka hancur dan punahlah untuk kita melihat pembangunan dan pencambahan insaniah yang cemerlang dan kemungkinan bangsa melayu itu mungkin menjadi lebih hina dari yang hina......

Selasa, 12 Januari 2010

MUKA MACAM LEMBU PERANGAI PUN IKUT HANTU

Mangkuk hayun sorang ni dahlah jadi Menteri perdagangan antarabangsa dan industri dah tu jadi menteri pun sebabnya dari negeri cik siti wan kembang dengan jawatan pengerusi umnogok Kelantan tapi bila kerajaan pimpinan TGNA PAS memohon bayaran balik royalti untuk rakyat negeri Kelantan dia pula yang lebih cakap tak nak bagi,dasar otak lembu perangai hantu kemana pun menyusahkan orang,tanya mangkuk hayun ni bila PAS mengambil alih Kelantan dari umno 19 tahun lalu berapa banyak peninggilan hutang umno dengan kerajaan pusat PAS nak tanggung?ini lah dia jenis manusia boleh kita panggil biawak hidup.....

Ahad, 10 Januari 2010

RM SETENGAH JUTA BELI HATI PENGANUT KRISTIAN

PM Malaysia Najib telah mengarahkan agar bantuan dana rm 500 ribu disalurkan kepada gereja yang dibakar oleh mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab malah mungkin kebal dari tindakan undang-undang.Dengan dana yang diberikan mengambarkan bahawa ketakutan Najib bertambah bahawa mereka pasti ditolak pengundi agama kristian bila PRU 13 nanti dan beranggapan bahawa kes seperti ini dapat dilupakan oleh masyarakat dan penganut kristian dan ia juga mengambarkan sikap sebenar kerajaan BN pimpinan umno yang berat sebelah bila masjid dan surau dirobohkan semata-mata kejahilan pimpinan umno memerintah.

Sabtu, 9 Januari 2010

CUBAAN MERAMPAS SELANGOR

Kalau dah perangai BNatang buat apa pun tetap berperangai binatang.Mahkamah telah putuskan untuk mengantung keputusan yang terdahulu tapi mengapa Najib menyokong untuk diadakan perhimpunan malah sepatutnya pihak keselamatan bersedia menjaga keadaan terutama tempat ibadat kaum tertentu tapi ianya seakan perancangan puak terdesak agar timbul kejadian yang ganas dan boleh lah apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977 berulang di Selangor dan menampakkan umno sanggup melakukan apa sahaja sehingga melibatkan agama,1 Malaysia menyumpah kerajaan BN diketuai umno dan kerja jahat mereka tidak akan terhenti disini kerana selagi mereka berkuasa dan selagi lembu bodoh nenjaga keselamatan dan kehakiman selagi itu kita akan disajikan dengan tipu helah dan agenda jahat. . . .

SAMBUNGAN DIALISIS

Sambungan berkenaan dialisis kali ini angah nak menceritakan tentang sikap segelintir pekerja serta penguasaha terhadap layanan terhadap pesakit dan ini adalah pandangan serta pengalaman angah selama menjalani rawatan di 3 tempat yang berbeza.Tempat pertama yang angah buat dialisis adalah di Sentosa horpital kerana disanalah angah dimasukkan hospital dan disanalah angah diberitahu yang angah harus menjalani dialisis kerana kegagalan buah pinggang berfungsi malah darah angah yang dalam badan pun telah kotor dengan toksid dan urea dan bagaikan kejutan dalam kehidupan angah dapati staff dibahagian ini berkerja dengan penuh tertib dan bertanggung jawab malah mereka-mereka menghormati pesakit dan melayan mereka dengan begitu baik sekali dan angah cuma sempat menjalani rawatan 4-5 kali sahaja disana sebelum bertukar di Falah yang terletak di bangunan Excela didataran Sulaiman dijalan ampang,disini angah menjalani rawatan selama hampir 3 tahun dan dalam masa itu pusat ini bertukar tangan kepada 3 orang tokey dan pada permulaannya dan lebih-lebih lagi baru dibuka semuanya nampak hebat dan baik sehingga bertukar tokay yang kedua dan berganti staff baru dan sedikit demi sedikit layanan terhadap pesakit berubah seperti mencari keuntungan sahaja dan rasanya ia menjadi semakin teruk bila ia bertukar tangan kepada tokey ke 3 seorang ustaz.
Tempoh sebulan dua kita boleh lihat kelibat ustaz dalam centre tu hari-hari dan sering berjumpa pesakit bertanya khabar,malah terpaksalah staff terpaksa bekerja dengan betul sehingga lah ustaz mula kurang menumpukan perhatian disana dan staff mula tunjukkan warna sebenar mereka dan berpuak-puak antara mereka malah kekadang kemarahan dilepaskan kepada pesakit malah ada juga sikap ego staff sanggup bergaduh dengan pesakit dan sikap mementingkan diri staff menjadi-jadi malah servis pengangkutan pun mereka bertindak sesuka hati dengan ada pesakit yang diambij dan ada juga terpaksa datang sendiri malah sehingga satu ketika berlaku kemalangan mengakibatkan kematian pesakit dan mereka mula mengenakan bayaran terhadap pesakit yang mengambil pengangkutan dan bermacam-macam lagi,kekadang untuk membelikan makanan pesakit pun macam orang minta sedekah padahal duit adalah dari pesakit bukan minta dari dia orang,ada masa pesakit bawa makanan atau buahan mereka yang lebih lupa diri sehingga bawa balik,menampak kan si ustaz yang telah berubah cuba mengambil pesakit dari tempat lain dengan menggunakan pesakit juga tetapi tidak menerima kenyataan bila pesakit disitu ingin bertukar ke tempat lain.

Angah pindah tempat yang berdekatan dengan rumah angah dan tempat itu pula baru hendak buka oleh seorang doktor malah ia sudah buka 8 centre termasuk tempat yang angah nak masuk iaitu di Pandan Mewah berdekatan dengan Hospital Ampang malah satu sikap yang bagus tentang doktor ini dia banyak memberi peluang pesakit memberi komen tentang apa yang perlu dan disini satu sikap yang tidak dapat dipisahkan yang angah lihat adalah sikap pekerja yang tidak memahami tugas mereka dan tidak menghormati pesakit yang rata-rata telah tua dan telah setahun angah disini rasanya telah ramai staff berganti malah ada ketua staff dibuang kerana sikap ego dan sombong terhadap pesakit dan ada juga yang berhenti setelah pecah amanah mengunakan wang pesakit yang dikumpul.Dalam setahun angah telah banyak menyaksikan perkara-perkara yang menyakitkan hati terutama pesakit insyaallah jika diberikan kesihatan dan kekuatan rasanya banyak lagi yang akan dilihatkan. . . .

BAKAR GEREJA TINDAKAN PALING BODOH

Isu nama Allah sehingga ada yang sanggup bertindak liar diluar batasan dengan membakar gereja menggunakan bom minyak adalah satu tindakan paling bodoh oleh puak yang cuba menanguk di air keruh malah ia sebenarnya menambahkan kebencian masyarakat terhadap puak perkauman terutama yang dah nak karam,malah masyarakat antara bangsa dan pemimpin luar negara pun sudah pasti menyimpan dendam terhadap layanan serta tindakan rakyat yang bodoh yang membakar gereja.

Inilah sikap sebenar mereka yang senang dibeli dengan wang sanggup menurut arahan dan yang paling teruk sikap ngo dan para pemimpin tertentu yang konon nya mempertahankan nama Allah ini langsung tidak merasakan kesal dan mengutuk tindakan paling bodoh dan hina dan yang pastinya pihak keselamatan terutama PDRM gagal menjalankan tugas mereka maka bermula lah ........

Rabu, 6 Januari 2010

ERM! NASIB LAH KAU IKAN BILIS

Enjin jet F-5E hilang: Dua termasuk sarjan TUDM didakwa hari ini KUALA LUMPUR 5 Jan. - Anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang awam akan didakwa esok berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5 E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007. Sarjan TUDM itu akan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 atas tuduhan melakukan kesalahan curi dalam bangunan dan menolong menghapuskan barang curi. Orang awam berusia 36 tahun yang merupakan pengarah di syarikat yang terlibat dengan industri penerbangan itu pula didakwa di bawah Seksyen 414 kanun sama.

Jerung selamat sebab kuasa dan ganas,ikan bilis nasib lah kau ini lah hebatnya kerajaan BN yang mana tiada seorang pemimpin pun nak bertanggung jawab malah cuba membodohkan rakyat lagi ada dan yang peliknya dia orang ni suka sangat dan diam macam lembu....

Selasa, 5 Januari 2010

BEREBUT ALLAH

Ketentuan yang datang sekadar mahu melihat bagaimana sikap kita menangani ketetapan malah ramai yang menanguk di air keruh dan masih lagi mereka-mereka yang diamanahkan seakan tidur mati makan gaji buta malah menampakkan lagi kebodohan politiking yang mengelak dari berkerja untuk rakyat menyibuk kononnya untuk menjadi jaguh berebutkan nama ALLAH.

Berebutkan nama sehingga lupa selama ini pun kita yang mengaku Islam tapi membuang dan menghalang Islam diguna pakai dalam semua sistem tapi yang nampak ada lah Islam carca marba,rasuah,menipu,merompak,menindas,menzalami,menafikan,malah segala jenis perbuatan khianat dilakukan tapi sibuk berebut nama ALLAH.4 kitab yang Allah turunkan untuk apa?Adam a.s dan hawa sebenarnya siapa dengan kita?Kita perlu ingat apa janji Allah kepada kita malah ramai yang telah teruk berubah sehingga pangkat dan kuasa yang mereka ada seakan menyamai Tuhan boleh menghukum itu dan ini dan gembiralah azazil.....

Bila manusia mengumpulkan dunia maka ini lah jadinya,yang buruk disangka baik begitu juga sebaliknya malah kita pun belum tahu dimana letak kita nanti.