Malaysia walaupun berpenduduk seramai 28 juta dan bangsa melayu mengatasi bangsa lain dalam segi majoratinya dan agama islam menjadi agama rasmi walaupun begitu keegoan dan kegagalan bangsa melayu yang menjadi ketua pemerintah baik dari sikap raja-raja melayu dan pemimpin negara telah menyumbang bencana yang akan datang kemudian hari bila mereka-mereka ini telah gagal sama sekali menjalankan amanah yang diberikan dan berkemungkinan generasi akan datang pasti akan menerima keburukan dan bala diatas peninggalan salah laku pemimpin negara.Dengan rakus dan tamak sehingga agama sering diperlekehkan,rasuah bermaharaja lela sehingga ada raja melayu boleh dibeli jiwa mereka dengan kemewahan dan menambah berat lagi bila penyamun menjadikan politik dan kuasa sebagai alat untuk membalun dan menipu malah bersama dengan pemimpin kaum lain juga mereka-mereka ini menindas,menzalami,menafikan,merompak,membunuh,memenjarakan dan segala macam kejahatan terhadap sesama kaum mereka.
Kiranya keadaan begini berterusan dan tiada perubahan yang dilakukan oleh rakyat walaupun adanya usaha-usaha dari mereka yang mengelar diri sebagai Pakatan Rakyat berjuang menyedarkan rakyat malah kini telah menampakkan kesedaran tetapi masih ada juga mereka yang seakan mengagungkan para gedebe penyamun,penyangak yang bertopengkan pangkat dan keturunan sehingga mereka lupa siapa sebenarnya yang berkuasa.Sekarang kita boleh lihat semua badan kerajaan dijaga oleh mereka-mereka yang bersengkokol dan bermasalah dan mereka ini menggunakan pangkat serta jawatan mereka untuk menindas,menafikan keadilan dan hak,menyalah gunakan kuasa,menekan mereka dalam semua segi malah agama diketepikan jauh.menipu dan mengelirukan rakyat dengan akhbar dan media perosak,menjahanamkan ekonomi menjadi semakin teruk malah mereka bebankan rakyat dengan cukai tapi mereka bazirkan sewenangnya tanpa kesal dan bertanggung jawab....ingatlah kita adalah generasi hari ini yang seharusnya cuba dan berusaha mengubah kegagalan generasi datuk maupun bapa kita dahulu dan kiranya kita gagal maka anak,cucu dan cicit kita akan datang pasti menghadapi sistem kehidupan yang lebih teruk kerana sekarang pun keadaannya telah menampakan bahawa rasuah adalah raja segalanya dan jahat adalah satu kekuatan malah ia menjadi semakin besar dan berakar dan bila ia berterusan maka hancur dan punahlah untuk kita melihat pembangunan dan pencambahan insaniah yang cemerlang dan kemungkinan bangsa melayu itu mungkin menjadi lebih hina dari yang hina......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan