Memimpin diri mungkin kita menilai melalui fikrah diri sendiri dan dari situ kita merasakan apa yang kita lakukan adalah betul walaupun pada dasarnya sikap kita telah jauh menyimpang dan keegoan diri menyebabkan sebagai manusia kita lupa kita akan ada hukum karma dunia belum termasuk hukum akhirat yang akan diukur melalui apa yang kita buat didunia walaupun apa kedudukan kita.Menjadi blogger kekadang angah dapat merasakan pengorbanan setiap blogger bila mereka menjadi cemuhan dan kutukan oleh mereka yang tidak sehaluan atau mempertahankan seseorang dan bila manusia menjadi hipokrit dan merubah demokrasi menjadi kuku besi maka timbullah birokrasi ikut suka aku.Kebelakangan ini kecoh diperkatakan mengenai ada blogger yang dikatakan bersikap kurang ajar dengan mempersendakan dan cuba menghina atas kemangkatan sultan johor dan pada dasarnya angah masih memegang ajaran agama bahawa kita seharusnya menghormati jenazah dan kaum keluarga kerana kehilangan orang tersayang tetapi angah dapat merasakan bahawa blogger ini cuba neluahkan perasaan yang telah lama terbuka tapi dengan cara yang salah dan kasar.....
Menjadi blogger seseorang tu sering menilai pada pemimpin yang mereka perhatikan dan apa yang dilakukan menjadi isu untuk menulis dan bila terlalu kerap sangat memperlekehkan seseorang terutama tuan guru maka lambat laun ketulahan lah dan nampaknya ketulahan itu telah menampakkan dirinya bila mana yang menilai sedang dinilai....dan yang pasti kita semua akan dinilai segalanya bila tiba masanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan