Enjin jet F-5E hilang: Dua termasuk sarjan TUDM didakwa hari ini KUALA LUMPUR 5 Jan. - Anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang awam akan didakwa esok berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5 E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007. Sarjan TUDM itu akan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 atas tuduhan melakukan kesalahan curi dalam bangunan dan menolong menghapuskan barang curi. Orang awam berusia 36 tahun yang merupakan pengarah di syarikat yang terlibat dengan industri penerbangan itu pula didakwa di bawah Seksyen 414 kanun sama.
Jerung selamat sebab kuasa dan ganas,ikan bilis nasib lah kau ini lah hebatnya kerajaan BN yang mana tiada seorang pemimpin pun nak bertanggung jawab malah cuba membodohkan rakyat lagi ada dan yang peliknya dia orang ni suka sangat dan diam macam lembu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan