Ahad, 17 Januari 2010

PENINDASAN JIWA

Bagaimana rasanya setiap manusia yang ditindas dan dizalami oleh tindakan manusia yang menggunakan pangkat dan jawatan serta birokrasi masing-masing,pasti mereka akan merasakan bahawa telah berlakunya salahguna kuasa dan perkara ini memang telah berlaku bila si tamak menguasai diri,yang kaya menindas yang miskin,yang berkuasa menzalami rakyat untuk kekal kuasa,yang berpangkat menglembukan orang bawahan nya dan banyak lari cara penindasan jiwa ini dilakukan termasuk lah ISA,selain cara kasar begini ada juga cara halus yang digunakan malah kebanyakan mereka yang terperangkap dan diperangkap dengan cara ini diberikan jawatan dan pangkat dan mereka-mereka ini harus mengikut telunjuk serta arahan oleh yang berkepentingan dan mangsa ini terdiri dari perbagai keturunan yang lemah jati diri dan mencari kemewahan cara mudah tapi tanpa mereka sedari jiwa mereka sebenarnya ditindas lebih teruk kerana harga diri mereka boleh dibeli jika dibandingkan dengan mereka yang ditindas jiwa mengunakan kuasa dan birokrasi adalah lebih bebas menyuarakan ketidakpuasan hati mereka tanpa terikat dengan mana-mana arahan dari pihak tertentu.....

Begiu juga bila si kaya dan si koprat bila jiwa mereka ditindas dengan ketamakan maka dengan ketamakan itu lah penindasan jiwa terhadap orang lain berlaku dan kesimnambungan ini menjadi rantai dan bersambung dan
terus bersambung bila semua melibatkan diri mengejar dunia dan......sekarang kita semua merayakan nya dengan cara masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan