Sabtu, 9 Januari 2010

SAMBUNGAN DIALISIS

Sambungan berkenaan dialisis kali ini angah nak menceritakan tentang sikap segelintir pekerja serta penguasaha terhadap layanan terhadap pesakit dan ini adalah pandangan serta pengalaman angah selama menjalani rawatan di 3 tempat yang berbeza.Tempat pertama yang angah buat dialisis adalah di Sentosa horpital kerana disanalah angah dimasukkan hospital dan disanalah angah diberitahu yang angah harus menjalani dialisis kerana kegagalan buah pinggang berfungsi malah darah angah yang dalam badan pun telah kotor dengan toksid dan urea dan bagaikan kejutan dalam kehidupan angah dapati staff dibahagian ini berkerja dengan penuh tertib dan bertanggung jawab malah mereka-mereka menghormati pesakit dan melayan mereka dengan begitu baik sekali dan angah cuma sempat menjalani rawatan 4-5 kali sahaja disana sebelum bertukar di Falah yang terletak di bangunan Excela didataran Sulaiman dijalan ampang,disini angah menjalani rawatan selama hampir 3 tahun dan dalam masa itu pusat ini bertukar tangan kepada 3 orang tokey dan pada permulaannya dan lebih-lebih lagi baru dibuka semuanya nampak hebat dan baik sehingga bertukar tokay yang kedua dan berganti staff baru dan sedikit demi sedikit layanan terhadap pesakit berubah seperti mencari keuntungan sahaja dan rasanya ia menjadi semakin teruk bila ia bertukar tangan kepada tokey ke 3 seorang ustaz.
Tempoh sebulan dua kita boleh lihat kelibat ustaz dalam centre tu hari-hari dan sering berjumpa pesakit bertanya khabar,malah terpaksalah staff terpaksa bekerja dengan betul sehingga lah ustaz mula kurang menumpukan perhatian disana dan staff mula tunjukkan warna sebenar mereka dan berpuak-puak antara mereka malah kekadang kemarahan dilepaskan kepada pesakit malah ada juga sikap ego staff sanggup bergaduh dengan pesakit dan sikap mementingkan diri staff menjadi-jadi malah servis pengangkutan pun mereka bertindak sesuka hati dengan ada pesakit yang diambij dan ada juga terpaksa datang sendiri malah sehingga satu ketika berlaku kemalangan mengakibatkan kematian pesakit dan mereka mula mengenakan bayaran terhadap pesakit yang mengambil pengangkutan dan bermacam-macam lagi,kekadang untuk membelikan makanan pesakit pun macam orang minta sedekah padahal duit adalah dari pesakit bukan minta dari dia orang,ada masa pesakit bawa makanan atau buahan mereka yang lebih lupa diri sehingga bawa balik,menampak kan si ustaz yang telah berubah cuba mengambil pesakit dari tempat lain dengan menggunakan pesakit juga tetapi tidak menerima kenyataan bila pesakit disitu ingin bertukar ke tempat lain.

Angah pindah tempat yang berdekatan dengan rumah angah dan tempat itu pula baru hendak buka oleh seorang doktor malah ia sudah buka 8 centre termasuk tempat yang angah nak masuk iaitu di Pandan Mewah berdekatan dengan Hospital Ampang malah satu sikap yang bagus tentang doktor ini dia banyak memberi peluang pesakit memberi komen tentang apa yang perlu dan disini satu sikap yang tidak dapat dipisahkan yang angah lihat adalah sikap pekerja yang tidak memahami tugas mereka dan tidak menghormati pesakit yang rata-rata telah tua dan telah setahun angah disini rasanya telah ramai staff berganti malah ada ketua staff dibuang kerana sikap ego dan sombong terhadap pesakit dan ada juga yang berhenti setelah pecah amanah mengunakan wang pesakit yang dikumpul.Dalam setahun angah telah banyak menyaksikan perkara-perkara yang menyakitkan hati terutama pesakit insyaallah jika diberikan kesihatan dan kekuatan rasanya banyak lagi yang akan dilihatkan. . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan