Rabu, 30 Jun 2010

RAKYAT DIUTAMAKAN BAYAR CUKAI KRONI......

Terbaca tentang Kuala Dimensi Sdn.Bhd kontraktor utama projek di Port Kelang Free Zone yang dibongkar oleh Ahli Parlimen PJ Utara saudara Tony Pua dimana syarikat ini telah melarikan diri dari membayar cukai selama 13 tahun berjumlah rm 328.4 juta semenjak tahun 1997.....inilah kera  jaan 1 Malaysia dimana rakyat diutamakan membayar cukai pemimpin dan kroni bebas buat sesuka hati,haram jadah betul....baca lah disini kalau nak tahu berita seterusnya http://anwaribrahimblog.com/2010/06/30/pua-kdsb-didnt-pay-taxes-for-13-years/ 

Selasa, 29 Jun 2010

APA LAGI TUTUH LAH SI NAJIB.....BUKTI DAH ADA TU


Hutang FELDA Melambak Setelah Najib Pegang Kuasa


FELDA Global Venture Holdings menggunakan tunai simpanan (cash reserves) dan berhutang secara besar-besaran, untuk menjalankan merger dan akuisisi di luar negeri. Lebih-lebih lagi, pembelian perusahaan-perusahaan ini dijalankan dalam keadaan tidak bersedia, tanpa penelitian dan penyemakan peneroka FELDA tentang bagaimana dana ini digunakan, dan maklumat terperinci berhubung pelaburan ini.

Demikianlah perubahan yang membimbangkan dalam FELDA, setelah Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri, menurut sumber dalaman FELDA.
 Beliau memberitahu MerdekaReview, FELDA memperlihatkan perkembangan yang membimbangkan, setelah Najib Razak menguasai FELDA sepenuhnya, terutamanya apabila FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada tahun 2007.

"Sebelum Najib masuk, kami (FELDA) tidak pernah bertindak sebegitu pantas dalam pembelian perusahaan (merger dan akuisisi). Setelah beliau masuk, terutamanya selepas penubuhan FELDA Global Venture Holdings, pembelian perusahaan di luar negeri dijalankan dengan begitu giat sekali," kata sumber maklumat.

Malah, beliau menambah, keputusan pembelian perusahaan atau pelaburan ini bukannya hasil perbincangan dalam FELDA, tetapi arahan politik. Lebih-lebih lagi, dalam kebanyakan masa, hanya beberapa orang dari pihak atasan yang mengetahui maklumat terperincinya.

Beliau menambah, Najib menjalin hubungan yang erat dengan FELDA sejak beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kekerapan Najib muncul dalam mesyuarat FELDA bertambah dari purata dua bulan sekali, sehingga sebulan sekali sekarang, bahkan kadang-kala, dua minggu sekali.

Apa yang menarik, Najib telah mengalihkan FELDA ke bawah Jabatan Perdana Menteri setelah beliau dilantik sebagai TPM pada tahun 2004. FELDA diletakkan secara langsung di bawah bidang kuasa dirinya.

Strategi radikal dalam pembelian perusahaan

Sumber maklumat ini meluahkan keresahan pihak dalaman FELDA, "Kami menganggap projek merger dan akuisisi (yang dijalankan FELDA Global Venture Holdings) tidak harus dilakukan dengan tergesa-gesa, sekurang-kurangnya nilailah dahulu hasil projek pembelian perusahaan sebelum terus kepada projek yang selanjutnya... Bukannya asyik beli sahaja."

Lebih penting, pembelian ini dijalankan tanpa persediaan yang mencukupi dalam FELDA sendiri, iaitu tidak mengambil kira sama ada mereka mampu untuk menanganinya. Misalnya, FELDA Global Venture Holdings mengambil alih kilang pemprosesan minyak kelapa sawit di luar negeri, yang mana perusahaan utamanya adalah penghasilan produk yang mempunyai nilai tambahan, sementara bahan mentahnya (iaitu kelapa sawit) dibekalkan melalui projek peneroka FELDA. Pada hakikatnya, FELDA sendiri belum bersedia untuk memenuhi keperluan kilang pemprosesan yang semakin bertambah.
Pelaburan di luar negeri

FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada Disember 2007, tetapi hanya diumumkan struktur organisasinya pada Julai tahun lalu. Tiga buah anak negeri di bawah FELDA Global Venture Holdings termasuklan Felda Global Ventures North Amerika Sdn. Bhd, Felda Global Ventures Indonesia Sdn. Bhd dan Felda Global Ventures Middle East Sdn. Bhd.

Setakat ini, pelaburan di luar negeri oleh FELDA Global Venture Holdings yang diumumkan termasuklah pembelian Syarikat Twin River Technologies di Amerika Syarikat. Selain itu, FELDA Global Venture Holdings turut mencari peluang pelaburan dalam bidang perladangan di Indonesia; di samping terlibat dalam pelaburan di Timur Tengah.

Sebagaimana yang diketahui, apa yang diumumkan ini hanyalah sebahagian daripada pelaburannya. Pada hakikatnya, syarikat ini telah menerokai pelaburan di Brazil, India dan Amerika Syarikat. Tetapi, pelaburan ini masih dalam keadaan menanggung kerugian.

Selain itu, FELDA telah menggunakan tunai simpanan (cash reserves) dan berhutang untuk menanggung pembelian perusahaan di luar negeri ini. Lantaran daripada itu, tunai simpanan FELDA menunjukkan pola pengurangan, malah menanggung hutang yang besar.

"Pada awalnya, ketika FELDA mempunyai banyak tunai simpanan, sesetengah elit menuduh bahawa wang ini tidak dikendalikan dengan baik, dan seharusnya digunakan untuk melabur. Namun, pelaburan seharusnya mempunyai perancangan jangka panjang, bukannya melabur secara tergesa-gesa. Kini, tunai simpanan yang tinggal tidak seberapa, kerana telah digunakan untuk merger dan akuisisi."

Sumber maklumat ini berkata, "Saya bersetuju dengan Tan Kee Kwong (bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi), bahawa FELDA pada asalnya tidak berhutang, tetapi terlebih berhutang pada masa sekarang."

Baru-baru ini, kerajaan Najib mengakui bahawa tunai simpanan FELDA telah berkurang dari RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009, dengan pengurangan pada kadar 67%. Selain itu, Tan Kee Kwong pernah mendedahkan bahawa FELDA memiliki aset bernilai RM7 bilion, dan tunai simpanan sejumlah RM4.5 bilion, malah tidak berhutang, sebelum Najib mengambil alih FELDA.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa FELDA sedang merancang untuk menerbitkan bon yang bernilai RM6 bilion, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula FELDA. Angka ini sama dengan pengumuman FELDA Global Venture Holdings bahawa mereka merancang untuk melaburkan lebih RM6 bilion untuk memperluaskan perusahaannya.

Pembangkang mengkritik bahawa Najib dan Mohd Bakke Salleh yang bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, harus bertanggungjawab terhadap pengurangan tunai simpanan secara mendadak dalam FELDA.Sumber dalaman FELDA mengesahkan bahawa setelah FELDA melantik Mohd Bakke Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Global Venture Holdings pada tahun 2008, merger dan akuisisi mula dijalankan dengan giat di luar negeri.

Peneroka FELDA diketepikan

Di samping itu, sumber maklumat ini menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju bahawa peneroka FELDA diketepikan ketika keputusan pelaburan ini dilakukan.

"FELDA memegang 100% saham FELDA Global Venture Holdings, tetapi peneroka FELDA tidak boleh turut serta, dan tiada hak untuk mengetahui dan mengundi dalam FELDA Global Venture Holdings. Jangan lupa, kilang pemprosesan kepala sawit yang dibeli FELDA Global Venture Holdings itu, kelapa sawitnya dibekalkan peneroka FELDA. Daripada 800 ribu hektar ladang yang dimiliki FELDA, 50% daripadanya dimiliki peneroka FELDA. Tindakan ini (mengetepikan peneroka FELDA) telah merampas hak yang seharusnya dimiliki mereka," katanya.

Menurut laporan media, kerajaan hanya memindahkan 49% saham FELDA yang dimiliki kerajaan ke FELDA Global Venture Holdings ketika ia ditubuhkan,sementara 51% saham yang dimiliki peneroka FELDA terus dikekalkan dalam FELDA. Peneroka FELDA memegang 51% saham melalui Koperasi Permodalan Felda, yang terdiri daripada 110 ribu orang peneroka FELDA dan 22 ribu orang pekerja.

Dengan kata lain, walaupun FELDA menguasai 100% saham FELDA Global Venture Holdings, namun peneroka FELDA yang merupakan pemegang saham besar (51%) telah diketepikan dalam proses membuat keputusan dalam FELDA Global Venture Holdings.

Menurut laporan The Malaysian Insider semalam, National Association of Felda Settlers’ Children telah menggesa agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada dana FELDA telah disalahgunakan. Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, seandainya Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan enggan memberi penjelasan berikutan pengurangan tunai simpanan FELDA, maka pihaknya bersedia untuk membuat laporan kepada SPRM dan balai polis di setiap negeri pada bulan depan.

Minggu lalu, Ahmad Maslan menafikan bahawa pengurangan tunai simpanan FELDA disebabkan salah urus, malah menafikan bahawa wang ini disalahgunakan. -MR

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

COMMUNIST OR CARTOONIST

Gelak angah tengok gambar yang angah kopi dari T.T sengaja angah tempel diblog angah untuk tatapan kawan-kawan yang melayari alam maya yang kekadang tersesat masuk ke blog nyamuk...dengan melalui gambar sahaja si Zunar telah berjaya mengambarkan kisah PM anak dan bapak didalam 2 generasi yang berbeza.....


Sabtu, 26 Jun 2010

SUBSIDI MINYAK RON97 AKAN DIHAPUSKAN

Dengar berita disinar fm ada mengatakan bahawa kera   jaan sedang mempertimbangkan untuk menghapuskan subsidi minyak ron97 awal tahun depan malah katanya kenaikan minyak tersebut tidak lebih dari 20 sen seliter... perghhhh kira 20 lah kenaikan tu seliter bagus-bagus wang rakyat sana sini kera   jaan dah balun beban kan lagi rakyat malah ada blogger merungut katanya dia nak keluarkan wang kwsp untuk anaknya belajar pun susah,wang petronas jangan ceritalah macam wang mak bapak depa,yang terbaru Felda katanya telah dikikis oleh pemegang kuasa Najib dari 2004 sebanyak hampir RM 8 BILLION.....nasiblah yang sokong pun kena apa lagi yang membangkang....tunggu je lah kenaikan minyak ron 97


*gambar kartun dikopi dari kartun rossem

KATAKAN BRAZIL JUARA PIALA DUNIA 2010

BANJIR DI BRAZIL

Jika ditakdirkan sekali lagi Brazil menjadi juara piala dunia 2010 adakah dengan menjadi juara ia boleh menampung kisah ini yang dialami oleh 150,000 rakyatnya yang kehilangan tempat tinggal selepas banjir besar melanda :RIO LARGO, 26 JUNE, 2010: Federal aid is flowing to rain-ravaged areas of northeastern Brazil and the number of missing has diminished to less than 140, but more than 150,000 people remained homeless or displaced Friday, the government said, CNN reported and published on it's website.

President Luiz Inacio Lula da Silva said Friday he will not attend this weekend's G20 meeting in Canada to attend to the emergency at home, the Agencia Brasil government news outlet reported. Finance Minister Guido Mantega will take Lula's place.

The death count in two hard-hit states still stood at 46 -- 29 in Alagoas state and 16 in Pernambuco, Agencia Brasil said.

There were nearly 75,000 homeless or displaced residents in Alagoas and more than 80,000 in Pernambuco, the national civil defense office said.

In addition, civil defense said, there were more than 19,000 homes in Alagoas that were damaged or destroyed, as were 79 bridges.......baca seterusnya disini http://malaysiandigest.com/world/37-world/5032-150000-homeless-after-brazil-floods.html

Tetapi kalau tidak maka lagilah sengsara.......jiwa-jiwa rakyat disana

JOHOR.....BAPAK TAK NAK....ANAK NAK

Bila bapak dah tak de dan anak pula naik tahta ini lah jadinya,masa bapak hidup dulu bapaknya tidak mahu pembinaan jambatan menggantikan tambak johor tapi kini bila anaknya telah berkuasa maka disuruhnya kera    jaan pusat mempertimbangkan pembinaan jambatan baru,baca disini seterusnya kalau nak tahu cerita berkenaan tajuk diatas http://www.malaysiakini.com/news/135617


KENYATAAN DR.MOHD ASRI SETAKAT INI


Kenyataan Dr. Mohd Asri Tentang Penyertaan ke UMNO


Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.

Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta, tanpa mengira batasan parti, kaum dan agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua.

Dalam masa yang sama, saya menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah dalam mana-mana parti. saya tidak mahu membuat kenyataan banyak dalam hal ini, demi menjaga perasaan sahabat-sahabat dan pihak-pihak yang lain.

Apa yang penting, saya tidak menyertai mana-mana parti, dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu setakat ini.

-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

40 KONONNYA ULAMA NAK BERDAKWAH DALAM UMNO?

Mula kata depa ada 100 orang dan disertai juga dengan Dr.Mohd Asri tapi tunggu punya tunggu bulan tak timbul-timbul cuma 40 orang je yang kononnya dikatakan ulama yang menyerahkan borang masuk ke parti umno dan katanya tunjuan mereka masuk adalah nak bantu dakwah dalam umno......meletup beb,udahlah dalam umnoapco tu ada mufti,jakim,menteri yang jaga agama malah ada juga mangkuk yang menjadi penasihat agama buat perdana menteri otai pulak tu sorang pun tak boleh nak berdakwah dalam umno ni kan pulak 40 orang ini yang entah mana dapat gelaran ulama tetiba je muncul.....nampak sangat lah umno ni memang dah nak karam tu yang promote gila tu.


Malas lah nak ulas panjang-panjang cuma angah saja nak bagi hint sikit kalaulah orang ramai yang bukan ulama yang boleh jadi ketua keluarga boleh nasihat isteri dan anak-anak mereka agar ingat hukum Allah dan mereka ini telah menjauhi diri dari parti umnoapco dan tidak mahu mereka di pimpin oleh mereka yang gagal menasihati serta memimpin keluarga mereka......yang 40 kononnya ular.....mak apa kelas?Baca lah seterusnya disini kalau nak tahu mengapa depa sertai umno http://kerabubersuara.blogspot.com/2010/06/mengapa-kami-sertai-umno.html

Jumaat, 25 Jun 2010

KARTUN PUN TAKUT?

1 Malaysia rasanya akan gelak bila pemimpin BN takut pada kartun....bercakap bukan main megah hebat sana sini,cemerlang ,gemilang dan terbilang dan kononnya rakyat diutamakan,media bebas bla...bla...bla bagaikan bercakap guna telinga mendengar ikut mulut,(baca seterusnya) artikel yang angah kopi dan tempel dari blog mentor Tukar Tiub mengenai tekanan yang Zunar hadapi berkenaan kartunnya........

"SAYA AKAN TERUS BERKARTUN HINGGA KE TITISAN DAKWAT TERAKHIR."


Latar belakang:

Setakat kenyataan ini ditulis, saya belum mendapat surat rasmi

dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai pengharaman buku

saya.

Berdasarkan laporan Malaysiakini (24 Jun 2010), KDN berkata tiga
buku/majalah saya - 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu
Dalam Kartun telah diharamkan.

"1Funny Malaysia" adalah koleksi karya-karya pilihan kartun saya
yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web
Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009.

"Perak Darul Kartun" adalah buku terbitan syarikat saya sendiri,
Sepakat Efektif Sdn Bhd. "Isu Dalam Kartun (IDK)" adalah majalah
bulanan yang mempunyai permit penerbitan dari KDN dan setakat ini
tiga edisi IDK telah diterbitkan; vol 1, vol2 dan vol 3.

Tahun lepas, sebuah lagi majalah saya "Gedung Kartun" telah
dirampas dan juga telah diharamkan. Berdasarkan kenyataan KDN ini
bererti keenam-enam penerbitan saya dan juga pasukan kartunis saya
telah diharamkan.

Dalam laporan Malaysiakini, Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri
Mahmood Adam dipetik sebagai berkata buku-buku tersebut diharamkan
kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan
kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat
untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.Ia tidak sesuai
untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan
ketenteraman awam," kata beliau.


Kenyataan saya:

1Kerajaan/KDN menuduh bahawa kartun-kartun saya mengandungi bahan
yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang
kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh
memudaratkan ketenteraman awam. Ia adalah satu tuduhan yang serius
dan harus ditunjangi dengan alasan perundangan yang kukuh.

2. Dengan mengharamkan keenam-enam penerbitan ini, ertinya
sebanyak 312 karya-karya kartun saya dan pasukan kartunis saya
yang terdapat dalamnya diharamkan.

3. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan apakah yang
dimaksudkan dengan takrif "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk
menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan,
ia boleh memudaratkan ketenteraman awam."

4. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan karya yang mana
dan pada muka surat yang mana dari 312 kartun tersebut yang
dikategorikan sebagai mengancam keselamatan negara dan tidak
sesuai untuk bacaan umum.

Saya bertanggungjawab dan sedia mempertahankan karya-karya saya.
Saya sedia menghadapi tindakan undang-undang.

4. Dari sudut perniagaan, larangan KDN ini sudah pasti membawa
kerugian besar kepada syarikat saya. Saya menjangka pengedar-
pengedar seluruh Malaysia akan memulangkan naskah yang telah
beredar di pasaran dan kerugian sekitar RM50,000 hingga RM80,000.

5. Tetapi, keuntungan material bukanlah matlamat utama saya.
Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya.
Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah
dan salah laku kerajaan BN. Saidina Ali berkata, "Bercakap benar
kepada pemerintah yang zalim adalah patriot sebenar".

6. Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh
mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh
mengharamkan minda saya. "Saya akan terus berkartun sehingga ke
titisan dakwat terakhir."

ZUNAR
(Zulkiflee Anwar Ulhaque)
Kartunis/Editor kartun
zunar49@gmail.com
03 22724045

Khamis, 24 Jun 2010

BILA DAH BESAR KEPALA...SURUH JE LAH DIA JADI MB SELANGOR

Benggang bila terbaca alkisah dinegeri Selangor tentang sipulan-sipulan yang tidak ngam dengan MB sekarang dan kisah kononnya mamat ni orang kuat Anwar tapi seakan menempel mengambil kesempatan....sepatutnya isu ini boleh diselesaikan secara diplomasi dan berkhemah yang mengambarkan sikap terdahulu...malah sikap telah berubah bila berjawatan sana sini...adakah kerana sudah besar kepala dan percaya dengan kekuatan diri? bak kata shalehudin dalam blognya disini http://shalehudin.blogspot.com/2010/06/pkr-dah-jemu-perintah-selangor.html ......mungkin depa ni belum puas lagi sebab dok berlumba nak jadi MB....nak lawan rumah besar Tan Sri Khalid Ibrahim...dia lain lah orang koprat yang diminta tolong PR bukan ahli politik yang pandai bermuka-muka.....

BILA KATAK BERKOKOK.....

"PERKASA wajib sentiasa berdiri di atas kebenaran. Bukan main politik tak tentu arah. Pemimpin perlu ada kredibiliti, amanah dan bermoral.

"(Pemimpin) yang ada masalah kredibiliti, tiada siapa percaya, ada dibayangi konflik dalaman diri....Saya akan terus bersuara tanpa peduli apa orang kata," katanya.


Itu adalah kata-kata Ibrahim Ali pemimpin berkredibiliti,amanah dan bermoral yang angah ambil sini http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/06/raja-katak-dah-mengamuk.html.


Sendiri meludah kemuka sendiri.....dah suratan kehidupan seekor katak cakap tak serupa bikin

Rabu, 23 Jun 2010

CERITA DONGENG RAKYAT PENJARA PUDU


CERITA DISEBALIK ROBOHNYA PENJARA PUDU
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja.

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. (maaf salah letak gambar)

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. 

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka di tali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. 

Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri BilikTerakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi PINTU BESAR DAN SEBUAH SEBUAH BILIK YANG AMAT BESAR, Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki bilik tersebut yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. 

Apabila sampai je kedalam bilik tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta dan wang ringgit di dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan dan ia bertukar menjadi sebuah bilik yang gelap dan panas lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,


"HEYYYYYYY...... MMMMANUSIAAA!!!!! INI BILIK DAN "HARTA" ITU.......BUKAN ENGKAU YANG PUNYA........... INI BILIK PEMIMPIN BN DAN MACAI-MACAI YANG PUNYA!!!!!.........INGAT INI BILIK DAN "HARTA"....... PEMIMPIN BN DAN MACAI-MACAI YANG PUNYA.......kerana ketakutan dan takut diambil tindakan maka warden itu pun berlari keluar dan menceritakan kisahnya kepada bossnya dan boss nya pula bercerita dengan boss besar sehinggalah cerita itu didengar oleh pemimpin BN dan kerana TAKUT PADA BAYANG-BAYANG DAN SUMPAH RAKYAT maka sejarah 100 tahun dikorbankan dengan runtuhnya penjara pudu.


Kopi sikit dan tempel dari blog albanjari  dan yang bawah tu angah je yang tambah saja buat cerita......

Selasa, 22 Jun 2010

PENJARA PUDU YANG MENAKUTKAN PEMIMPIN BN BILA PR MEMERINTAH


Rebahnya Sebuah Penjara Tua.. Gambar-Gambar

Pedestrians walk past the main entrance of the historical Pudu Jail in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
Pedestrians walk past the main entrance of the historical Pudu Jail in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
A boy looks at the paintings on the 394-metre (431-yard) wall surrounding the Victorian-era jail, that will be torn down to make way for road expansion, in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
A visitor looks through the abandoned prison cells of historical Pudu Jail in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
A visitor looks through the abandoned prison cells of historical Pudu Jail in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
A visitor walks in front of the half demolished abandoned prison cells of historical Pudu Jail in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
A visitor walks in front of the half demolished abandoned prison cells of historical Pudu Jail in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
Passer-by walk next to wall of historic Pudu Prison in downtown Kuala Lumpur, on Monday June 21, 2010. The 394-meter-long wall of Pudu Prison fronting will be demolished after having served its purpose for the past 100 years.
People take pictures of the wall of Malaysia's Pudu Jail in Kuala Lumpur June 21, 2010. A part of the surrounding wall of the 115-year-old Pudu Jail began its demolition late Monday to make way for road widening and construction of an underpass. The Victorian-era jail was built in 1895 and officially closed in 1996.
The 394-meter-long wall of Pudu Prison which is being demolished in downtown Kuala Lumpur, on Monday June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
People walk along the perimeter of the wall of Malaysia's Pudu Jail in Kuala Lumpur June 21, 2010. A part of the surrounding wall of the 115-year-old Pudu Jail began its demolition late Monday to make way for road widening and construction of an underpass. The Victorian-era jail was built in 1895 and officially closed in 1996.
A worker uses an excavator to tear down the wall of Malaysia's Pudu Jail in Kuala Lumpur June 21, 2010. A part of the 115-year-old Pudu Jail's surrounding wall began to be demolished late Monday to make way for road widening and the construction of an underpass. The Victorian-era prison was built in 1895 and was closed in 1996 before it was turned into a jail museum and was shut in 2005.
A worker uses an excavator to tear down the wall of Malaysia’s Pudu Jail in Kuala Lumpur June 21, 2010. A part of the 115-year-old Pudu Jail’s surrounding wall began to be demolished late Monday to make way for road widening and the construction of an underpass. The Victorian-era prison was built in 1895 and was closed in 1996 before it was turned into a jail museum and was shut in 2005.
Workers demolish part of the 394-metre (431-yard) wall surrounding the Victorian-era jail for road expansion in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
Workers demolish part of the 394-metre (431-yard) wall surrounding the Victorian-era jail for road expansion in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
A worker tries to keep photographers away the from the debris while demolishing part of the 394-metre (431-yard) wall surrounding the Victorian-era jail for road expansion in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
A boy takes away bricks from the debris of part of the demolished 394-metre (431-yard) wall surrounding the Victorian-era jail in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
A boy takes away bricks from the debris of part of the demolished 394-metre (431-yard) wall surrounding the Victorian-era jail in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
Malaysian stand on a demolished wall of Pudu Prison in downtown Kuala Lumpur, on Monday June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
Malaysian stand on a demolished wall of Pudu Prison in downtown Kuala Lumpur, on Monday June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
A worker tries to keep photographers away the from the debris while demolishing part of the 394-metre (431-yard) wall surrounding the Victorian-era jail for road expansion in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.
Workers wait to clear visitors and media while demolishing part of the 394-metre (431-yard) wall surrounding the Victorian-era jail for road expansion in down town Kuala Lumpur on June 21, 2010. A controversial plan to tear down part of a 115-year-old jail for commercial development in the Malaysian capital has drawn fierce criticism from heritage enthusiasts. During World War II Japanese occupation forces used the jail to hold Allied prisoners-of-war, many of whom were tortured and executed there.

Rebahnya Sebuah Penjara Tua

MALAM tanggal 21 Jun 2010 menyaksikan satu-persatu serpihan batu-bata dari tembok Penjara Pudu sepanjang 394 meter berusia 100 tahun itu rebah, lalu menyembah bumi.
Saat dinding merekah, disusuli adegan jentolak ‘menggigit’ tembok batu yang sebenarnya masih kukuh itu sehingga pecah, hampir 1,000 warga kota secara bersilih-ganti sudi meluangkan masa mereka melawat penjara tua itu bagi menyaksikan detik penuh bersejarah lagi dramatis itu.
Sebahagian daripada tembok Penjara Pudu yang telah dirobohkan. Foto AZMAN GHANI
Rata-rata yang berkunjung ke situ mahu melihat detik-detik tembok penjara itu ditumbangkan walaupun Penjara Pudu selama ini dilihat dengan pandangan kosong, bagai tidak memberi makna apa.
Malah ada juga yang menganggapnya sebagai tinggalan sejarah yang ‘menyemak’, mencemar keindahan kota dan cuma mampu menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.
Seawal pukul 8 malam, kelihatan orang ramai mula berkumpul di sekitar Penjara Pudu, terutama di gerbang utamanya.
Bagai menjadi perkara wajib, setiap seorang yang berada di situ sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, pasti akan mengeluarkan sekurang-kurangnya telefon bimbit mereka untuk merakamkan gambar mereka di Penjara Pudu yang akan lenyap dari pandangan tidak lama lagi.
Pendek kata, Penjara Pudu yang selama ini sepi dan terpinggir, sekelip mata mempunyai ribuan peminat. Tidak keterlaluan juga dikatakan malam robohnya Penjara Pudu umpama pesta bagi sesetengah warga kota.
Tepat pukul 10 malam, dua jentolak yang dibawa khas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan gagahnya telah memecahkan tembok yang terbina daripada susunan batu-bata dan simen yang dibawa masuk dari negara Britain pada tahun 1891 dulu.
Ada yang bersorak ‘hooray’, tak kurang juga yang diam seribu bahasa, pilu melihat penjara yang tidak bersalah itu dirobohkan.
Ternyata, memang mudah untuk menumbangkan tembok penjara yang teguh itu. Dalam masa lebih kurang satu jam, hampir 30 peratus tembok usang itu tiba-tiba menjadi serpihan batu-batu halus.
Jika ‘harimau mati meninggalkan belang’, ‘manusia mati meninggalkan nama’, Penjara Pudu yang berkeluasan 10 hektar dan dibiarkan sepi selama 14 tahun dulu meninggalkan apa pula untuk kita?
Kita mungkin boleh berbangga dengan rekod mural terpanjang di dunia yang diabadikan di sepanjang tembok bekas tempat himpunan segala macam penjenayah itu, namun amat tidak wajar jika penjara yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur terus dibiar bersemadi di situ tanpa dipelihara.
Zaman yang berubah, pembangunan pesat serta tuntutan masyarakat yang berterusan mendambakan kesenangan dan keselesaan pabila mereka berada di tengah-tengah kota, khususnya semasa meluncuri jalan raya membuktikan ada juga relevannya tindakan menumbangkan penjara yang menyimpan 1001 kisah dan sejarah ini.
Bagi pencinta seni dan warisan misalnya, tindakan merobohkan penjara ini mungkin dilihat tidak wajar sama sekali.
Hj Piroz Ahmad, 60, ketika ditemui menyatakan kesedihannya bila mana dia melihat jentolak membaham tembok Penjara Pudu tanpa rasa belas kasihan.
Dia yang juga pengusaha pasar mini sanggup menutup kedainya lebih awal dan menaiki LRT semata-mata mahu menyaksikan detik bersejarah ini.
“Saya sedih, tapi saya tiada kuasa untuk menghalang. Bagi saya, kita perlu berbangga dengan tinggalan sejarah yang ada di negara kita,” katanya.
Menurut Hj Piroz, kerana terlalu cintakan seni, dia sudah pun bergambar di hadapan Penjara Pudu 12 tahun lalu. Ketika itu kerajaan cuma berura-ura untuk merobohkannya.
Sebagai kenang-kenangan, dia telah mengambil dan membawa pulang serpihan mural dan bata yang pecah.
Hj Piroz Ahmad, 60, membawa pulang serpihan batu-bata tembok Penjara Pudu yang dirobohkan sebagai kenang-kenangan.
“Saya ambil ini tak bermaksud apa-apa. Saya cuma mahu simpan dan tunjukkan kepada anak-cucu saya bahawa inilah serpihan batu daripada tembok Penjara Pudu yang satu masa dulu gah di negara kita,” katanya.
Penjara Pudu kini tinggal memori. Segala apa yang tinggal hanyalah baktinya. Bakti apabila tempat ini pernah menerima dan mengizinkan beribu-ribu penjenayah menghuni di dalamnya.Mstar