Jumaat, 4 Jun 2010

LESEN BESAR BUNUH ORANG

Hari ini angah menjalani rawatan dialisis ditempat rawatan angah dipandan mewah berdekatan hospital ampang,malah kejadian yang angah alami hari ini bukan lah sesuatu yang dijangkakan tapi ia sebenarnya boleh dikawal sekiranya mereka-mereka yang berkerja bertanggung jawab malah memahami istilah pekerjaan mereka tapi nampaknya bila pihak pengurusan lepas tangan membiarkan mereka tanpa ada perhatian dari pihak pengurusan maka inilah yang sejak dari dulu terjadi sehingga kini dan buka itu sahaja bagi para pesakit disitu menjadikan diri mereka sebagai satu bahan ujian dan pembelajaran ada lah satu risiko yang besar yang dihadapai oleh para pesakit dan ia juga sebagai satu transit bagi para pekerja yang berkerja mencari gaji yang lebih dan mereka gunakan ini sebagai batu loncatan untuk mendapat pengalaman buat diri mereka.


Perkara begini bukan tidak pernah kita jelaskan dan minta pihak pengurusan monitor segala tindak tanduk pekerja nya tapi dasar melayu yang sekadar berurusan dengan pasakit dengan mencari keuntungan melalui kemudahan rawatan yang diberi malah nampaknya semakin lama semakin teruk para pekerja melakukan pekerjaan dan dengan rasa senang hati tanpa merasa bertanggung jawab sekiranya sesuatu berlaku keatas para pesakit buah pinggang dan kebelakangan ini ia menjadi semakin teruk bila mana telah ada 3 pesaki yang masuk ke hospital disebabkan rawatan yang dikategorikan sebagai carca marba satu lagi lesen besar yang boleh membunuh tanpa dikawal selia.


Bila manusia yang berkerja merasakan bahawa para pesakit ini menjadi beban buat mereka inilah jadinya.tapi sukar bagi mereka menyedarkan diri mereka bahawa walaupun para pesakit ini mendapat bantuan dari pihak ketiga iaitu SOCSO maupun Zakat dan sebagainya sekurang-kurangnya para pesakit ini membayar rawatan mereka bukannya percuma,tapi manusia yang hipokrit ini juga tidak pernah berterima kasih ataupun bersyukur  bila mana selalunya para pesakit selalu membawa makanan buat para pekerja ditempat ini tapi bagaikan sekadar memberi makanan pada binatang....dan lupa untuk berterima kasih.


Sudah masanya untuk tindakan yang besar diambil,bagi angah dan kawan-kawan biarpun menjalani rawatan begini keadilan tetap kami jalankan malah menjadikan diri angah sebagai korban untuk para pekerja mencerca adalah satu kebiasan dalam memperjuangkan hak para pesakit....kita tidak perlu takut pada manusia kerana kita sebenarnya sama dan kita hamba pada yang maha Esa,apa pun perancangan telah angah jalankan dimana pada 5 june jam 10 am akan diadakan lagi 1 perbincangan antara para pesakit dengan pihak pengurusan dan yang pasti insyaallah keselamatan para pesakit serta kesihatan para pesakit akan diutamakan biarpun kami akan berperang besar dengan pengurusan.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan