Seperti yang disangka memang betul apa jangkaan angah bila temu janji dengan seorang kapitalis melayu yang sepatutnya kami berjumpa pada jam 10 pagi hari sabtu 5hb june tidak kesampian bila jam 9 lebih angah cuba menghubungi beliau yang juga seorang doktor tapi katanya dia tak dapat hadir kerana katanya dirumah beliau ada kenduri..satu alasan yang tak masuk akal,kerana lebih 1 minggu dia tahu yang kami pesakit buah pinggang hendak berjumpa dengannya malah kami juga maukan kakitangan pengurusan pun mesti hadir sama tapi hampa dan sempat juga beliau berjanji akan datang pada hari isnin nanti...
Walaupun angah sempat memberi tahu pesakit yang lain supaya membatalkan niat mereka hendak bertemu tapi hakikat semua orang tidak suka akan perbuatan begini lebih-lebih lagi seorang yang bergelar doktor dan bagi angah sekiranya apa yang dia katakan bahawa dia akan datang pada hari isnin maka ada hadiah yang akan kami berikan....tunggu harinya dan waktu insyaallah lawan pasti lawan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan