Selasa, 15 Jun 2010

PERJALANAN TERAKHIR SEORANG PEJUANG


Sekitar Pengkebumian Ust Hassan Shukri

KUALA LUMPUR, 15 Jun -- SEBAK ... Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat menahan sebak selepas menziarahi jenazah bekas Timbalan Presiden PAS Hassan Shukri di kediamannya di Taman Melewar di sini, hari ini.



Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (empat, kiri) bersama kepimpinan tertinggi PAS menunaikan solat jenazah bekas Timbalan Presiden PAS Hassan Shukri yang di imamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Taman Melewar di sini, hari ini.Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri).

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur (Taman Selasih 2), Gombak di sini, 9.40 pagi tadi.



Kelihatan orang ramai membanjiri Tanah Perkuburan Islam Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur (Taman Selasih 2), Gombak di sini, bagi menghadiri pengkebumian bekas Timbalan Presiden PAS Hassan Shukri hari ini.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira 2 petang semalam dipercayai akibat sakit jantung.

Sumber : Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan