Selasa, 2 Mac 2010

GILA BERBOGEL

SYDNEY - Seramai 5,200 orang
terdiri daripada lelaki dan wanita
berbogel pada waktu pagi yang
sejuk pada sesi rakaman gambar
beramai-ramai di Sydney Opera
House di sini semalam.
Peserta-peserta yang terdiri
daripada pelbagai peringkat
umur, bentuk badan dan saiz itu
berkumpul di tangga bangunan
tersebut menjelang subuh.
Gambar mereka dirakamkan
jurugambar terkenal dari
Amerika Syarikat (AS), Spencer
Tunick.
Tunick kemudiannya
mengarahkan mereka untuk
mengangkat tangan, berbaring
dan berpelukan.
Tunick terkenal kerana minatnya
merakamkan gambar bogel
secara beramai-ramai untuk
tujuan seni.
"Saya ingat hanya orang tua dan
golongan yang suka berbogel
sahaja yang datang tetapi semua
orang berada di sini," kata
seorang pelajar berusia 19
tahun, Art Rush yang turut
berbogel. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan