cecah RM4,940 sekilogram
APA kaitan musang dengan kopi
termahal dunia? Percaya atau
tidak, haiwan inilah yang
bertanggungjawab menjadikan
harga Kopi Musang atau lebih
dikenali Kopi Luwak mencecah
RM2,298 (AS$600) hanya bagi
500 gram.
Malah, sebuah majalah
kewangan antarabangsa, Forbes,
menyatakan kopi ini dijual
sehingga RM4,940 (AS$1,300)
sekilogram yang layak
menjadikannya kopi termahal di
dunia.
Biji kopi ini adalah campuran
yang dituai daripada sisa
kumuhan musang di Indonesia
dan mamalia ini diketahui
tabiatnya hidup dengan
menyelongkar biji kopi segar.
Haiwan menyerupai kucing ini
pemakan buah-buahan,
serangga dan haiwan kecil lain
untuk hidup. Ia juga makan biji
kopi, malah musang menggemari
biji kopi yang masak dan
berwarna merah segar.
Keistimewaan kopi, ini seperti
kata penggemarnya,
menghasilkan rasa kelat seperti
campuran tanah dengan koko.
Malah, hanya kira-kira 453
kilogram Kopi Luwak asli
dihasilkan setiap tahun berikutan
prosesnya yang rumit serta
nilainya yang sangat tinggi.
Keluarga Diraja dan golongan
ternama dilaporkan
menggemarinya, malah
penggemar kopi sejati boleh
mendapatkannya dengan harga
RM114 (AS$30) secawan di hotel
bertaraf lima bintang di Hong
Kong.
BIJI kopi yang dikeluarkan
bersama najis haiwan ini.
Namun hati-hati, kerana ada
yang sekadar menumpang nama
Kopi Luwak tetapi ia sebenarnya
biji kopi tiruan. dan menurut
pakar, kira-kira 40 peratus kopi
yang terjual adalah tiruan.
Hakikatnya, musang yang
ditemui di Afrika dan Asia
bertanggungjawab
'menghasilkan' kopi termahal ini
dengan memakan biji kopi dan
ketika proses penghadaman
enzim haiwan ini bercampur
dengan biji kopi sebelum ia
dikeluarkan melalui proses
kumuhan. Inilah rahsia yang
menjadikan setiap bijinya
mengeluarkan rasa kelat yang
unik.
Di Asia Tenggara, musang ini
lebih banyak menjadikan celah
dedaun kebun kopi sebagai
rumahnya. Namun, ada juga
yang dipelihara khas untuk
menjalankan tugasan penting
sebagai pemilih kopi istimewa
berkenaan. Ini disebabkan
haiwan ini sememangnya agak
cerewet kerana memilih hanya
biji kopi yang terbaik dan masak.
Enzim di dalam perut ketika
proses penghadaman kemudian
mengurai sebahagian daripada
biji kopi berkenaan sebelum ia
dikumuhkan.
Ketika inilah, gerombolan
pekerja akan mengutip sisa
kumuhan yang bersepah di
kebun kopi sebelum mencuci
dan memanggang biji kopi
berkenaan yang menghasilkan
minuman unik yang enak
sehingga ke titisan yang terakhir.
Begitupun, di celah keistimewaan
dan keunikannya itu ada juga
yang meragui kesahihan khasiat
Kopi Luwak dan menganggap ia
suatu yang pelik dan sekadar
gimik untuk tujuan pemasaran.
Namun bagi penggemarnya,
Kopi Musang cukup dikenali
kerana cukup matang, enak
rasanya dan kurang pahit.
Memandangkan rasa pahit kopi
yang banyak membuat ramai
orang tidak menggemari kopi,
Kopi Luwak pula mengumpan
semakin ramai orang untuk
menikmatinya.
Agak sukar untuk mencari
sumber Kopi Musang yang tulen
memandangkan caranya yang
luar biasa untuk dihasilkan.
Sebelum penternakan kopi
musang popular, kebanyakan
penternak akan keluar mencari
kumuhan musang liar. Kini,
penghasilan kopi ini lebih
produktif sejak musang
dibenarkan hidup bebas dalam
kawasan tertentu menjadikan
kumuhan musang lebih mudah
dicari.
Akibat populariti kopi yang luar
biasa ini, bagaimana Kopi Luwak
dibuat secara tidak langsung
memberi manfaat kepada jumlah
populasi musang kerana
menggalakkan lebih banyak
habitat untuk musang ini
diwujudkan di sekitar kebun kopi
berkenaan.
Sent using a Sony Ericsson mobile phone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan