Isnin, 1 Mac 2010

TERIMA KASIH PERKESO

MUTAKHIR
Lebih 200,000 pencarum
Perkeso terima kenaikan
pencen
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari
ini mengumumkan kenaikan
kadar pencen antara 0.6 peratus
dan 11.3 peratus kepada 206,585
orang penerima pencen
Pertubuhan Keselamatan Sosial
(Perkeso).
Menteri Sumber Manusia, Datuk
Dr S Subramaniam, ketika
mengumumkannya, berkata
pembayaran pencen baru itu
akan bermula 1 April ini.
Beliau berkata, ia adalah kadar
tertinggi dalam sejarah Perkeso
dan membabitkan kos tambahan
RM66.4 juta setahun.
Katanya, kenaikkan itu yang
berkuatkuasa 1 Januari 2008
turut mengambil kira tahap
Indeks Harga Pengguna.
"Tunggakan akan dibayar dari
tarikh berkuatkuasa mulai 1
Januari 2008 sehingga tarikh
kadar bayaran baru ini
diluluskan," katanya pada majlis
penyampaian pencen Perkeso di
sini.
Dr Subramaniam berkata, jumlah
tunggakan bayaran pencen
berikutan penyelarasan bagi
tempoh 1 Januari 2008 hingga 31
Mac 2010 adalah berjumlah
RM142.4 juta.
Katanya, bilangan penerima
seramai 206,585 orang itu
membabitkan melibatkan
penerima bayaran berkala
Faedah Hilang Upaya Kekal
(FHUK) dan Faedah Orang
Tanggungan (FOT) serta orang
berinsurans yang sedang
menerima pencen Penakat dan
Ilat dari Perkeso pada atau
sebelum 31 Disember 2007.
Beliau yakin menerusi
penyelarasan kadar pencen baru
oleh Perkeso, ia dapat
membantu meringankan
bebanan penerima pencen
Perkeso.
"Dari semasa ke semasa, kajian
berterusan akan dilaksanakan
bagi memastikan penyesuaian
kadar bayaran pencen
dilaksanakan agar penerima
faedah tersebut berada pada
tahap ekonomi semasa serta
dapat menampung kos sara
hidup yang meningkat," katanya.
Beliau berkata, Perkeso sentiasa
memainkan peranan aktif dalam
menjaga kebajikan pencarumnya
menerusi dua skim keselamatan
sosial yang ditadbirkan olehnya
iaitu Skim Insurans Bencana
Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
"Menerusi kedua-dua skim ini,
Perkeso menyediakan faedah
bayaran jangka panjang kepada
pencarumnya yang menerima
faedah hilang upaya kekal
berkala dan faedah Pencen Ilat.
"Bayaran jangka panjang ini
disediakan bagi memastikan
kebajikan penerima kedua-dua
jenis bayaran tersebut sentiasa
terpelihara dan terjamin,"
katanya.
Pada majis itu, Dr Subramaniam
turut menyampaikan faedah dan
alat pemulihan kepada 25 orang
penerima faedah terdiri daripada
penerima faedah Hilang Upaya
Sementara, Hilang Upaya Kekal
dan Pencen Penakat yang
membabitkan bayaran sebanyak
RM365,000. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan