Manusia ada yang sihat tapi ramai yang diberikan penyakit,samaada berpenyakit yang kronik maupun penyakit dalaman jiwa yang rasanya orang tak akan nampak cuma keadaan semasa yang akan menunjukkan orang itu menghidap penyakit samaada kronok ataupun jiwa.Angah telah 4 tahun lebih menghidapai penyakit buah pinggang dan kini jadual harian angah telah ditetapkan dalam 3 kali seminggu isnin,rabu dan jumaat angah harus menjalani rawatan dialisis dan rasanya telah hampir 20 ribu pesakit yang diistiharkan menghidap penyakit ini dan jumlah itu rasanya termasuklah mereka yang telah meninggalkan dunia serta orang tersayang malah sekarang penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit orang kaya telah banyak dihidapi oleh semua peringkat umur dan yang pasti penyakit ini bukan sahaja berpunca dari mereka yang menghidapi kencing manis,hyper tension,ubat tahan sakit malah ada yang tidak ketahuan puncanya.
Ini baru penyakit buah pinggang,malah banyak lagi penyakit yang sebenarnya dihidapi oleh rakyat tidak kira apa pun kedudukan mereka,kalau kita biasa pergi ke hospital-hospital kita akan dapat banyak melihat situasi yang lebih kronik lagi cuma apakah kita sedar maupun insaf bila kita memikirkan perkara ini?mungkin ada mungkin sengaja menutup mata malah ramai yang akan terpikir setelah mereka dimasukkan dalam kumpulan pesakit baru dan dari situ barulah sedar bahawa begitulah perasaan orang yang sakit dan itu semua kategori penyakit yang boleh kita rasa dan alaminya,tapi bagaimana orang yang nampak sihat tapi berpenyakit sebenarnya malah penyakit yang mereka hadapai adalah terlalu besar malah lebih parah sehingga barahnya menanahkan persekitaran kehidupan dan penyakit ini adalah penyakit SYAITAN BESAR iaitu PENYAKIT TAMAK.......
Semua orang akan mengalami penyakit ini,tapi bukan semua orang boleh mengatasi penyakit ini kerana bila penyakit ini menjadi barah dan mereka dalam kehidupan maka KETAMAKAN ini lah yang akan mengakibatkan berlakunya perbuatan yang busuk yang kini kita sendiri boleh melihatnya melalui siaran secara langsung kehidupan para pemimpin terutama ahli politik dan ahli koperat yang berusaha mencari kekayaan dengan menipu,rasuah,perundangan,keselamatan dan sebagainya malah bukan itu sahaja jawatan-jawatan tertinggi juga sekarang semuanya dirasuahkan semata-mata mau menutup pekung kejahatan dan orang yang diberikan jawatan ini lah yang akan menjaga pesakit-pesakit ini dan ia akan dipastikan bahawa apa jua pengganti haruslah bersedia menjadi baruah mereka yang terdahulu dan istilah dulu,kini dan selamanya sudah sinonim kita perkatakan.....
Berpenyakit KETAMAKAN inilah sekarang kita dapat merasakan bahawa pemerintah sebenarnya telah melepaskan segala beban mereka kepada rakyat termasuklah rakyat yang menghidapi penyakit kronik bila semua urusan yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan dikronikan malah kroni-kroni ini berani melakukan semuanya bilamana pemimpin yang menghidapi penyakit KETAMAKAN sukar diubati malah bila ditaburkan dengan wang serta kuasa maka penyakit itu terus menerus kekal ditanggung pemimpin tersebut dan yang menjadi mangsa adalah rakyat dan rakyat dan rakyat,ada juga pesakit yang kronik walaupun mereka ini sakit tapi bila jiwa telah tertutup semuanya tidak kelihatan,malah perasaan insaf hilang entah kemana dan jiwa mereka meronta-ronta bagaikan mau semua bantuan serta peruntukkan walaupun mereka sengaja memasukkan diri mereka dalam kategori OJT(Orang jiwa tamak) dan hakikat ini adalah benar...
Yang sihat sebenarnya sakit tapi yang sakit lagilah teruk sakit tapi lagi teruk bila JIWA DIJANGKITI PENYAKITTTTTTTTTT LUPA AGAMA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan