Khamis, 4 Mac 2010

PELACUR AP

Tan Sri Khalid dan
Lim Guan Eng Sebab
Ahli-Ahli Parlimen
Lari
Bukan kah itu sebab utama
puak-puak ni lari. Tan Tee Beng
terus terang berkata beliau
marah sebab tak dapat
peruntukan untuk Parlimen
beliau. Salehuddin Hashim
marah sebab permohonan
jawatan CEO Perangsang ditolak
mentah-mentah. Zaharain
bengang sebab permohonan
projek RM40 juta tidak
diluluskan oleh Lim Guan Eng.
Kita mesti sedar, selepas Pakatan
Rakyat menang, ada di kalangan
ahli-ahli dan penyokong-
penyokong bercadang untuk
membina kekayaan kembali
setelah lama berjuang. Dan
mereka sedar Selangor adalah
negeri terkaya di Perseketuan
Malaysia.
Maka, mereka menjadi tukang
lobby projek kepada ramai ahli
perniagaan yang mahukan
Kerajaan Selangor berbelanja
wang rakyat mengkayakan
mereka.
Namun, MB seperti Tan Sri
Khalid Ibrahim tidak mahu
berbuat perkara sedemikian.
Saya diberitahu MB Tan Sri
Khalid dengan tegas mengatakan
Pakatan Rakyat mesti
memerintah dengan cara yang
lain dari UMNO dahulu.
KETEGASAN DUA MB
MEMBAWA PADAH KEPADA
PAKATAN RAKYAT?
Saya dapat maklumat ada
sekelompok dalam Pakatan
Rakyat sekarang ini yang sedang
marah dengan Tan Sri Khalid
dan Lim Guan Eng. Mereka ini
dahulunya penyokong dan
pendokong kita. Namun, selepas
Penang dan Selangor jatuh ke
tangan Pakatan Rakyat, mereka
telah menjadi “dealers” kepada
beberapa tokoh korporat.
Dan menjadi “dealer” projek
akan menjanjikan wang yang
cukup banyak sebagai upah.
Ertinya, mereka hendak
membawa kembali budaya
UMNO dalam Pakatan Rakyat
dan PKR.
Namun, Guan Eng dan Tan Sri
Khalid sudah menyatakan
bahawa pemerintahan mereka
adalah pemerintahan “Tender
Terbuka”. Mereka tiada
kompromi dalam prinsip ini dan
tender terbuka dikenakan
kepada semua kontrak hatta
kontrak Kelas F yang terhad
pada Bumiputra sahaja.
Hasil dari ketegasan Tan Sri
Khalid dan Lim Guan Eng, puak2
dalam PKR ini sedang mengubah
arah dan tujuan mereka. Mereka
sudah mula menghentam PKR
dan mereka secara tegas
mahukan PAS menubuhkan
kerajaan bersama UMNO.
Sehingga di Penang mereka
sanggup mengadakan
demonstrasi menentang Lim
Guan Eng. Bukan sebab mereka
hendak membela orang Melayu
tapi sebab Lim Guan Eng tidak
mahu beri mereka projek “Direct
Award”.
Begitu juga permusuhan puak2
ini dengan Khalid Ibrahim.
Semuanya kerana Khalid Ibrahim
tidak mahu memberi projek
“ Direct Award” lagi dan
mewajibkan semua projek
melalui proses tender terbuka.
Malahan, Tan Sri Khalid lebih
tegas dan menghalang
Salehuddin menjadi CEO
Kumpulan Perangsang. Saudara/
ri cuba fikir, adakah RM50k
sebulan itu yang dipandang oleh
Salehuddin? Sudah tentu tidak.
Kumpulan Perangsang boleh jadi
lubuk duit untuk beliau.
Percayalah.
Yang jelasnya, segala
persengketaan dalam PKR
sekarang berpunca pada satu
sebab: WANG. Tan Sri Khalid
dan Lim Guan Eng tegas, maka
raaamaaaiiii lah yang mengamuk.
Ketegasan mereka menentang
korupsi menyebabkan mereka
mengambil jalan lain, yakni
kembali semula pada UMNO.
Saya sendiri tahu terdapat
beberapa “penyokong” PKR dan
DSAI yang sedang menghimpit
DSAI dengan harapan DSAI akan
memujuk Tan Sri Khalid
memberikan mereka projek. Tapi
nak buat macamana kalau Tan
Sri Khalid ni tegas dalam bab ni.
Dan DSAI menyokong polisi
Khalid dan Guan Eng.
Kawasan Khalid sendiri dia lawan
angkara tidak mahu beri projek.
Bagi saya, protes-protes sebegini
akan berterusan sehinggalah
PRU yang akan datang. Apabila
duit jadi bahan sembahan, maka
problem dalam Keadilan tidak
akan berhenti.
BAIAAH TAKLIK JUGA TIDAK
MENJAMIN …..
Dalam PAS, telah diinstitusikan
“ Baiaah Taklik” yang setakat ini
berjaya menghalang wakil-wakil
rakyat PAS dari melompat. Tapi,
kita belajar dari British dan
bagaimana mereka
menundukkan kebangkitan suku
kaum Mau Mau di Kenya, tidak
mustahil UMNO akan
menggunakan ulama-ulama
ayam daging mereka (seperti
Haramsani) untuk mengeluar
fatwa kononnya Baiaah Taklik
PAS itu TIDAK SAH dari segi
syara’.
Saya tidak terkejut kalau sudah
ada kertas yang telah ditulis
supaya Majlis Fatwa Kebangsaan
mengeluarkan fatwa yang
menyatakan “Baiaah Taklik”
tidak sah dari sudut syarak. Di
kala itu, kita lihat pula wakil-
wakil rakyat PAS akan melompat.
Nauzubillah.
Apa pun, PKR wajib
menganjurkan “SOLAT HAJAT”
dan “QUNUT NAZILAH” untuk
menentang usaha-usaha jahat
UMNO dan Salehuddin Hashim.
Silap Anwar pergi percaya orang
yang kaki minum, tak puasa, tak
solat macam mamat tu.
Sekarang siapa yang susah?
TULANG BESI

Artikel ini angah kopi dan tempel dari thread Tulang Besi harap beliau halalkan dunia akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan