KDN: Organ rakyat
Malaysia dijual ke luar
negara
2 Mac, 10 4:51pm
Kementerian Dalam Negeri
(KDN) hari ini mendedahkan
wujud kegiatan menjual organ
membabitkan mangsa rakyat
Malaysia ke luar negara.
Ketua Setiausaha kementerian,
Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi,
berkata kebanyakan mangsa
yang dilaporkan adalah terdiri
daripada wanita dan kanak-
kanak.
"Mereka ini ada yang diculik dan
dibawa ke negara asing sebelum
organ mereka dicuri dan dijual
kepada yang memerlukan,"
katanya kepada pemberita
ketika ditemui selepas
pelancaran kempen Anti
Pemerdagangan Manusia di
Padang Besar hari ini.
Beliau yang tidak mendedahkan
tahap keseriusan kegiatan itu
berkata ada juga mangsa yang
diperdaya untuk menjual organ
mereka di negara asing tetapi
tidak dibayar seperti dijanjikan.
"Penjualan organ ini yang
berlaku sama ada dalam bentuk
paksaan, tidak sedar atau dalam
keadaan sedar adalah salah dan
tertakluk kepada Akta Anti
Pemerdagangan Orang 2007,"
katanya.
Mengulas mengenai kegiatan
pemerdagangan orang di negara
ini, Abdul Rahim berkata dalam
tempoh 28 Februari 2008 hingga
7 Februari lalu, seramai 186
orang telah didakwa mengikut
akta berkenaan.
"Kebanyakan yang menjadi
mangsa adalah kaum wanita
dan perangkaan menunjukkan
daripada 231 mangsa kes itu
sejak dua tahun lalu, 154 orang
adalah wanita," katanya.
- Bernama
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam