Selasa, 2 Mac 2010

RAKYAT DIMATIKAN DAHULU

Piket Bantah Skim
Perkhidmatan Pesakit
Bayar Penuh (FPP) Di
Hospital Kerajaan
ementerian Kesihatan digesa
membekukan pelaksanaan Skim
Perkhidmatan Pesakit Bayar
Penuh (FPP) di hospital-hospital
kerajaan.
Presiden Parti Sosialis Malaysia
(PSM), Dr Mohd Nasir Hashim
berkata, skim berkenaan dilihat
akan memberi kesan negatif
terutamanya kepada golongan
miskin.
“Apabila skim ini dilancarkan
pada tahun 2007, ramai pihak
telah membantah
pelaksanaannya kerana ia dibuat
tanpa menjalankan sebarang
kajian mengenainya.
“Pendekatan yang digunakan
oleh kementerian mencerminkan
kerajaan tidak serius terhadap
tanggungjawab murni menjaga
dan memupuk kualiti rawatan
untuk pesakit biasa yang
bergantung pada hospital-
hospital awam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas menghantar
memorandum bantahan kepada
Timbalan Pengarah Hospital
Sungai Buloh, Aminuddin Tauhid
di sini semalam.
Penyerahan memorandum
setebal dua muka surat itu hadir
diserahkan bersama kira-kira 15
ahli serta penyokong Gabungan
Membantah Penswastaan
Perkhidmatan Kesihatan
(GMPPK).
Mohd Nasir yang juga Ahli
Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kota Damansara
berkata, kementerian perlu
menjalankan kajian terhadap
kesan skim berkenaan
terutamanya terhadap prestasi
doktor-doktor pakar yang
mengambil bahagian dalam skim
terbabit.
“Ada sebahagian daripada pakar
yang menumpukan terlalu
banyak masa dan tenaga
merawat pesakit swasta sehingga
mengabaikan tanggungjawab
mereka terhadap pesakit biasa
yang tidak membayar penuh.
“Malah, beberapa doktor pakar
yang tidak mahu menyertai skim
ini terasa tidak puas kerana
mereka terpaksa menanggung
kerja-kerja yang diabaikan oleh
pakar yang melibatkan diri
dalam skim terbabit dan ini
membawa kepada kemerosotan
semangat bekerja di kalangan
doktor,” katanya.
“Kita juga meminta supaya pihak
kerajaan agar meningkatkan
bajet kewangan dan
memperkasa untuk hospital
kerajaan dan kita berharap pihak
berkenaan akan mengambil
berat serta tindakan sewajarnya
untuk menangani perkara itu,”
katanya.
Sementara itu di Serdang,
GMPPK turut menyerahkan
memorandum bantahan
pelaksanaan skim itu di Hospital
Serdang.
Bantahan yang dibuat melalui
piket aman itu disertai beberapa
pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) termasuk Jaringan Rakyat
Tertindas (JERIT) dan parti politik
Pas.
Setiausaha Agung PSM, S
Arutchelvan berkata, protes
secara aman itu turut diadakan
serentak di turut diadakan
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor
Setar dan Hospital Sultan Ismail,
Pandan, Johor Bahru.
Arutchelvan berkata, protes
berkenaan bertujuan meminta
kerajaan membatalkan skim
rawatan swasta berkenaan di
hospital lain yang dicadangkan,
namun pada masa yang sama
mewujudkan skim gaji lebih baik
untuk semua kakitangan
kesihatan kerajaan.
“Kalau mereka mengamalkan
skim berkenaan untuk
mengelakkan doktor pakar
berhijrah dari hospital kerajaan
ke tempat lain, apa yang perlu
dilakukan adalah menaikkan gaji
mereka (doktor pakar) kepada
tahap yang relevan bukannya
mewujudkan rawatan swasta di
hospital kerajaan.
“Kita tidak mahu kemudahan
awam di hospital kerajaan
digunakan untuk membuat kerja
swasta semata-mata memberi
keuntungan kepada doktor
pakar, namun merugikan rakyat
negara ini yang bergantung
kepada perkhidmatan hospital,”
katanya. -SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan