Sabtu, 31 Januari 2009

TIADA YANG LEBIH BERKUASA DARI PERANCANGAN ALLAH

Suasana petang ini dihangatkan dengan cerita-cerita yang panas dengan laporan dari blogger yang mengatakan 2 adun dari PKR akan melompat ke BN yang kini khabarnya ditahan oleh SPRM dan mereka berdua berkemungkinan berada bersama bakal PM di rumah beliau untuk mengistiharkan kemasukan mereka kedalam BN di samping usaha-usaha terkini agar adun Bota dapat menarik kembali keluar dari PR dan kembali semula kepada Umno dan khabar dari blogger menyatakan AMK sedang memantau stuasi ini di rumah adun Bota yang berkemungkinan akan di culik untuk memberi BN kuasa kembali memerintah Perak ini semua adalah perancangan manusia-manusia yang terdesak serta mahu mencari jalan singkat dan untuk memastikan impian mereka-mereka ini untuk kekal berkuasa.


Apa pun sekiranya 2 exco dari PKR itu yang kes rasuahnya akan dibicarakan pada 10 februari ini berikutan usaha jahat dari mangkuk-mangkuk hayun ini yang berkemungkinan di ugut agar menyertai BN di Perak yang sekarang di ketuai oleh bakal PM Najib berlaku maka sebagi rakyat yang biasa menjadi pembangkang dan biasa disepak terajang penipuan BN maka menjadi pembangkang  semula adalah biasa bagi rakyat tetapi sedarlah wahai mangkuk hayun-mangkuk hayun sekira BN dapat menubuhkan kerajaan semula dengan cara begini insyaallah kematian BN semakin dekat kerana kebencian serta cacian dan ingatan masyarakat bahawa memang dasarnya pemimpin BN adalah manusia yang tidak beretika dan keji sifatnya dan sanggupkah rakyat menpunyai pemimpin begini?


Usaha lah secara mana pun sekiranya itu perancangan manusia tetapi ingatlah perancangan siapa yang lebih berkuasa,bagi kami rakyat marhaen yang bisa dan boleh berubah sekiranya perkara ini terjadi ada hikmah di sebalik kejadian itu dan dengan terjadinya perkara ini insyallah hubungan PR semakin bertambah matang,pengurusan semakin cemerlang,pemimpin serta bakal pemimpin bertambah bertanggungjawab dan yang paling penting mutu,kualiti serta sifat seseorang pemimpin dapat dinilai semula dan dihalusi agar rakyat mendapat manafaatnya kerana bertuankan rakyat seharus pemimpin itu sanggup menjadikan diri mereka pekerja contoh terbaik agar sikap begini menjadi contoh-contoh pemimpin pada masa akan datang.Insyaallah apa pun bakal terjadi sebagai rakyat serta blogger lainnya kami akan bersama-sama pimpinan menghadapi situasi ini dan kiranya ia adalah fakta songsang yang cuba meredakan tekanan kepada BN maka bagi saya yang kerdil ini berpendapat mainan ini sebenarnya lebih memburukkan keadaan BN yang sepatutnya menguna pakai apa yang diucapkan oleh Najib tempoh hari agar berubah.


Doa kami sang nyamuk agar Allah melindungi pejuang-pejuang kami agar kekuatan iman serta jati diri dan tawakal dapat mempertahankan maruah serta sikap kita yang sebenarnya dan insyallah akan menambahkan lagi kekuatan serta azam untuk terus berjuang dan tiada yang lebih baik perancangan dari perancangan ALLAH. . . . . . . . . . 

DENGGI !!! JAGA KEBERSIHAN JAGA KESELAMATAN

Dengan cuaca yang tidak menentu yang sekejap hujan sekejap panas dan diikuti oleh cuti musim perayaan tahun baru cina kini negara menghadapi masalah mengawal kes demam denggi yang mendadak yang kini menurut laporan kementeria kesihatan sejumlah 54 kawasan panas denggi yang telah merebak dan menjangkiti masyarakat setempat.Ingatan perlulah ditingkatkan lebih-lebih lagi kepada ketua masyarakat malah ibubapa juga perlu memainkan peranan yang lebih pro aktif memastikan kawasan rumah sendiri bersih dari sarang nyamuk serta nasihat kepada anak-anak agar persekitaran yang bersih dapat menyelamatkan semua.


Dengan 54 kawasan panas yang menjadikan negeri Selangor dengan 195 kes yang membabitkan kawasan Kajang dan pesekitaran kawasan kajang amnya,Shah Alam dan kawasan yang sewaktu dengannya,Gombak dan persekitarannya,Subang Jaya dan sekitarnya,Hulu selangor,Hulu Langat dan Sepang menjadi kawasan panas demam denggi dan oleh itu bukan sahaja menumpukan politik kerajaan negeri harus bersama-sama menangani kes demam denggi ini yang meningkat 125% secara mendadak.


Kuala Lumpur dengan kes kedua tertinggi sejumlah 35 kes yang mana kawasan di persekitaran Bandar Sri Permaisuri,Sentul serta Setiawangsa menjadikan ia kawasan panas dan bakal merebak ke kawasan lainnya,oleh iti penduduk KL perlu mengambil langkah yang sewajarnya agar penyakit ini tidak meningkat ,selain KL di Kuantan Pahang dengan kes yang baru 9 kemungkinan akan meningkat maka ingatan kebersihan serta keselamatan perlu di tingkatkan oleh badan yang bertanggungjawab dan begitu juga bagi negeri Perak terutama di Kemunting Taiping dengan kes baru 8 menunjukkan nyamuk aedes berada dimana-mana. . . . 


Selain dari negeri-negeri ini di Johor dengan 11 kes,di Pulau Pinang dengan 6 kes,Sabah dengan 3 kes,di Kedah,Negeri Sembilan serta Melaka dengan 2 kes dan di Kelantan,Trengganu dan Sarawak dengan 1 kes menjadikan negara dalam keadaan berjaga-jaga demam denggi serta chikungunya dan dalam masa sebulan ini dari 1jan sehingga sekarang lebih 4,521 orang telah di hinggapi demam ini dan menjadikan kematian 13 orang setakat sebulan ini,jadi masyarakat kena lah bertindak dengan sebaiknya,inilah masanya pemimpin-pemimpin harus turun bersama-sama tidak kira apa pun parti politik mereka kerana sebagai rakyat negara ini kita adalah sama setarafnya cuma membezakan kita adalah politik itu. . . . . . . . . 

ULANGTAHUN KELAHIRAN

Masa berlalu 24 jam sehari itulah masa yang Allah berikan kepada semua makhluk yang memahami untuk bersyukur,putaran ini bermula dari masa ke hari dan dari hari berganti hari masuklah ke minggu dan dari minggu masuklah ke bulan tak kiralah samaada ia bulan Hijrah atau Masihi kerana kiraan itu tetap berjalan dan alhamdulilah pada yang mengamalkan alquran dan sunnah yang berpegang pada rukun islam yang berlimakan perkara asas dalam kehidupan serta dikuatkan lagi dengan rukun iman yang berenamkan perkara yang menjadikan kepercayaan itu wajib bagi setiap manusia bergelar islam tidak kira apa pun bangsanya kerana agama adalah yang paling global kerana dimana-mana sahaja agama memainkan peranan masing-masing.


Diam tak diam masa berlalu,minggu berlalu dan bulan berganti tahun maka setiap hari ada sahaja kelahiran didunia dan selain kelahiran di dunia meninggalkan dunia juga adalah putarannya dan bagi yang ingatannya sempurna setiap hari juga ada manusia-manusia bertambah usianya dengan mengingati ulangtahun kelahiran masing-masing dan bagi kebanyakan manusia ulangtahun ini kadang kalanya disambut besar-besaran sehingga ada lupa pada hukum serta rukun Allah bagi yang beragama islam,bagi agama lain mereka juga ada kepercayaan masing-masing dan saya percaya tiada agama yang mahu memudaratkan penganutnya dan bagi saya ulangtahun itu adalah mengingatkan saya sejauh mananya usaha saya memperbaiki diri,keluarga,saudara-mara,sahabat handai serta masyarakat amnya yang menjadi tonggak kehidupan masyarakat majmuk,disamping juga mengingatkan kita sejauh mana kah usaha kita mengamalkan rukun-rukun islam maupun iman kerana yang asas kiranya kita gagal melaksanankan maka hakikatnya kita telah jauh terpesong dari landasan sepatutnya.


Seringkali kita mendengar serta mengucapkan bahawa manusia itu tidak sempurna sekiranya melakukan kesilapan dan dengan umpamaan seperti itu kadang kala mematikan  langkah yang sepatutnya di ambil,jangan lah mengadaikan sikap hipokrit kita sebab setiap makhluk yang dijadikan Allah  cukup sempurna begitulah kejadian manusia sehinggakan dalam alquran yang menceritakan bagaimana  makhluk Allah iaitu Azazil yang dulu khabarnya adalah makhluk yang selalu beramal dan berdoa sehinggakan malaikat-malaikat sering memohon Azazil mendoakan bagi kesejahteraan mereka-mereka,tetapi setelaj Allah ciptakan ADAM dari tanah yang hitam maka timbullah cemburunya sehinggalah sekarang kita gelarkan ia syaitan dan janji syaitan adalah untuk menyesatkan umat ADAM A.S sehingga akhirat dan yang pastinya ramai yang terjebak dan termasuk kancah kehidupan yang memesongkan akidah serta iman.


43 tahun baru melabuhkan usianya kini setelah Allah memberikan cabaran serta ujian dalam kehidupan yang mana sudah 3 tahun lebih mengalami penyakit buah pinggang dan alhamdulilah berkat kekuatan serta dorongan keluarga terutama isteri yang berpegang rukun islam dan iman maka permohonan agar Allah memberikan kesihatan serta kekuatan agar dapat kami meneruskan amalan-amalan yang sering tertinggal maupun ditinggalkan secara sengaja,alhamdulilah petunjuk yang Allah berikan menjadi pegangan serta dorongan untuk kami berhijrah kearah kehidupan yang syumul insyaallah dapatlah kekuatan ini juga saya panjangkan dengan idea yang tidak sebeberapa dalam menulis thread dalam blog kecil ini.Selagi ada daya dan boleh berfikir selagi itulah kita bersama-sama melakukan kebaikan serta tunjuk ajar dan pembelajaran melalui bacaan dalam blog juga adalah putaran mencari ilmu yang tidak sepatutnya berhenti selepas tamatnya persekolahan kerana ilmu ada dimana-mana sahaja dengan mencari dan membaca baru lah ilmu itu dapat di cungkil untuk kita kembangkan kepad masyarakat yang lain.


Manusia yang pastinya akan meninggalkan alam faha ini,insyallah meniti masa sementara ini kelebihan yang Allah berikan kepad Manusia melebihi makhluk lain kita gunakan lah sebaiknya,anggaplah kesilapan yang kita lakukan menjadi pengajaran serta bimbingan kepada orang lain tetapi sekiranya kita tidak belajar serta menerima kesilapan kita maka jadilah kita sebahagian dari makhluk yang kita gelarkan Binatang malah lebih teruk dari Binatang yang bertopengkan manusia kerana yang membezakan manusia dengan binatang adalah amalan kita kepada ALLAH Insyaallah.

Jumaat, 30 Januari 2009

REALITI DAN FANTASI

Realiti adalah satu gambaran hidup yang sebenar yang mana dalam realiti ini kebanyakan masyarakat di dunia amnya dalam keadaan yang amat susah,begitu juga lah keadaannya yang berlaku di negara Malaysia dan dahulu nya tahun 60an sehinggalah tahun awal 90an keadaan kehidupan di Malaysia adalah amat membanggakan jika dikira dari nilai mata wang semasa,dan 3 peringkat golongan iaitu,miskin,sederhana dan kaya menjadi teras taraf kehidupan tetapi sejak berlakunya krisis kewangan tahun 1998 serta reformasi yang mengubah sejarah Malaysia dengan kebobrokan pimpinan dr.Mahathir dan seterusnya sehinggalah sekarang dibawah PM Paklah ia semakin bertambah teruk dan tenat dan krisisi ini yang kembali menyerang ekonomi dunia termasuklah Malaysia menjadikan rakyat bertambah papa.


Dengan bermodalkan ego serta penipuan maka 50 tahun yang menjadikan modal BN berkuasa dan ingin terus berkuasa menyebabkan kebanyakan pimpinan BN serta yang bergelar ahli parlimen serta adun menjadikan khazanah negara ini umpama harta mak bapak dia orang,maka lihatlah keseluruhan pimpinan serta ahli parlimen serta adun BN mereka ini telah banyak mengumpulkan harta serta wang berjuta dan itu adalah realitinya dan akhbar tempatan  menyajikan fantasi yang dibelakang tabir nya adalah parti yang memerintah.Lihat kepada krisis ekonomi tahun 1998 bagaimana rakyat bersusah payah tetapi pimpinan BN tetap bergaya dan berduit,malah mereka tetap stabil kerana tukaran wang dollar mereka sebelum krisis melanda mencukupi dan melebihi,dengan memijak kepala rakyat serta menipu dalam segala urusan termasuklah meletakkan orang yang mudah dibeli di setiap badan-badan kerajaan maupun pihak keselamatan bermakna mereka-mereka ini telah menyelamatkan operasi yang dirancangkan masa sekarang dan masa hadapan.


Fantasinya pimpinan BN ini mengambarkan bahawa negara Malaysia ini adalah makmur,aman,mewah dan bermacam lagilah dengan menggunakan lidah editor yang mudah dibeli yang menjualkan etika diri sendiri untuk kepentingan sendiri,hakikatnya semua ini terjadi adalh kerana manusia ini bersikap keduniaan yang mementingkan harta wang ringgit,pangkat serta kemudahan lainnya,dan sekian lamanya pembohongan ini terjadi dan setelah berlakunya reformasi barulah tembelang serta tipu jahat BN kelihatan satu persatu dan atas desakan rakyat serta berlakunya PRU 12 yang sudah masuk hampir setahun maka realitinya yang terjadi 5 negeri berubah kerajaan maupun sebahagian Wilayah Persekutuan adalah milik PR dan 2 PRK di Permatang Pauh serta Kuala Tereanganu adalah milik PR juga,tetapi pimpinan BN seakan-akan masih lagi berfantasi mengatakan yang indah-indah sahaja,malah untuk mengatakan bahawa mereka memang sudah hampir bungkus adalah jauh dan susah sekali.


Manifesto serta janji-janji pimpinan PR adalah tunggak serta harapan yang difantasikan  permulaannya tetapi fantasi itu ditukar dengan realiti oleh Pimpinan PR terutama mentor DSAI yang menjadi daya tarikan PAS dan DAP dapat berbincang dan duduk bersama yang dikatakan mustahil bisa berlaku,dan pencerhanaan ini telah membuka minda rakyat malah ada pimpinan BN juga turut sama-sama setelah keluar dari BN menjadikan medium PR sebagai wadah perjuangan yang baru yang bertuankan rakyat.Impian ahli serta pendokong dan penyokong secara fantasinya juga mengharapkan agar PR dapat lah memerintah negara menggantikan BN yang kononnya sudah tidak relevan lagi malah parti melayu UMNO yang kononnya mewakili bangsa melayu juga kelihatan bocor sana sini kapal nya dan hampir karam cuma menunggu waktu sahaja yang ALLAH berikan  sedikit masa agar mereka-mereka didalam kapal yang hampir karam itu bertukar kapal baru,tetapi nampak gayanya kesempatan yang ALLAH berikan akan dipersia-siakan. . . . . . . . . .Insyaallah sekiranya fantasi yang digambarkan oleh kita ini termasuklah blogger-blogger akan bertukar menjadi realiti sekiranya tanggungjawab ini dapat kita lakukan bersama-sama dan berhati-hati kerana ada perpatah mengatakan "MEMPERCAYAI SESEORANG ADALAH BAHAYA TETAPI TIDAK MEMPERCAYAI SESEORANG ADALAH LEBIH BAHAYA". . . . . . .


Bila putaran roda berpusing maka BN yang dahulunya megah serta mewah dengan realiti maka kini mereka menjadikan fantasi sebagai memenuhi alam kehidupan yang tinggal tak seberapa,dan bagi rakyat yang menjadikan harapan serta fantasi agar kerajaan BN dapat diubah maka fantasi ini insyaallah dalam masa-masa yang kebelakangan ini dapat direalitikan dan disensasikan insyaallah sejarah akan berlaku. . . . . . . . . . . . .

Khamis, 29 Januari 2009

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TERUTAMA PKR

Salam perjuangan buat pimpinan PKR maupun pimpinan PR yang lain terutama PAS dan DAP,bagi saya yang kerdil ini sekadar ucapan serta sedikit peringatan yang dapat di luahkan dalam blog kecil tanpa mengharapkan perhatian,tapi sekecil manapun luahan itu harapan tetap menjadi harapan kerana bertuankan rakyat inilah yang mampu di perjuangkan sehingga sekarang.Telah banyak membaca serta mengikuti banyak thread dari blogger yang tidak putus berusaha menyedarkan pimpinan tentang tingkah laku pimpinan yang sebenarnya belum mengenali sikap serta hati budi sebahagian pimpinan yang kononnya memperjuangkan keadilan tetapi jauh melencong 360%.


Pandangan serta kritikan terhadap sebahagian pimpinan adalah untuk PKR yang kita sedia maklum adalah datangnya dari mereka-mereka yang ber partikan UMNO dan setelah reformasi 1998 maka kesedaran serta perpecahan melayu keluar dari umno maka dengan terbentuknya KEADILAN maka lahirlah pemimpin yang asal usulnya tidak diketahui dan ada juga sebagai memenuhi syarat untuk bertanding maka apa-apa pun sebagi manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan dan sekiranya kesilapan ini dibiarkan berterusan maka apa yang menimpa UMNO tidak mustahil akan menurun ke PKR dan kini walaupun sudah hampir setahun PR memerintah tetapi apa yang blogger luahkan serta kritikkan adalah perihal sebahagian pimpinan PKR maka dengarlah rakyat bawahan serta ahli-ahli yang telah bertungkus lumus kerana keperihatinan mereka-mereka ini bukannya mengharapkan balasan sekadar peringatan sahaja dan kiranya ingatan ini dipandang sepi janganlah terkejut sekiranya PKR terkubur awal. . . . . . . 


Buat pimpinan tertinggi PKR setinggi manapun kamu mendongak keatas pandang lah kebawah juga kerana "peluru" selalunya berada dibawah,anggaplah peluru itu sebahagian dari kekuatan PR sebenarnya kena peluru-peluru ini ada yang berbayar tetapi yang banyaknya peluru sendiri jangankan kerana nila setitik susu sebelanga mendapat bala,belajar lah dari kesilapan orang tapi kalau ego tu tinggi lagi anggaplah blogger tu sebagai nyamuk yang mungkin boleh dibunuh mengunakan ridsect tapi jangan lah lupa kerana disebabkan nyamuk denggi dan chikungunya sekarang telah membunuh ramai mangsanya. . . . . . . . 

SPRM DAN BPR SEPUSAT SEPUNTING

BPR atau maksud lainnya badan pencegah rasuah dan kini bila terbentuknya SPRM yang bersuruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia maka ke dua-dua pertubuhan ini menjalankan siasatan terhadap rasuah maka segala pertuduhan rasuah akan disiasat tetapi kebanyakan siasatan tertumpu pada mereka-mereka yang bergelar pembangkang malah musuh kroni juga sebahagian dari siasatan mereka dan mulai 1 januari 2009 tiada lagi BPR dan kini ia dikenali sebagai SPRM dan kemungkinan semua kakitangan diserapkan kedalam suruhanjaya ini bagi menaikkan taraf mereka yang kelihatan menurun kerana rakyat masih lagi tidak percaya ketelusan badan umpama ini kerana apa?sikap yang bermuka-muka. . . . . .


Sebagai anak dari kerajaan BN maka BPR digunakan menjaga kepentingan pihak mak bapak mereka dan sudah tentulah segala salah laku mak bapak mereka akan dijaga dan di tutup kes-kes mereka dan setelah PRU 12 maka paklah kononnya cuba untuk memperbaiki salah laku rasuah yang dah bermaharaja lela dengan menubuhkan SPRM ini dengan mengantikan BPR yang kelihatan tua dan tidak bermaya.Kelahiran "ADIK" SPRM ini kononnya dapatlah meningkatkan pencegahan rasuah di negara kita ini,tetapi SPRM ini juga asalnya dari kerajaan BN maka ia juga seperti BPR yang sepusat sepunting yang menjaga kepentingan mak bapak mereka serta musuh kroni mereka dan sesiapa yang melaba lebih dialah jagaan mereka. . . . . . .


Kalau sekadar mengubah badan sahaja tetapi minda serta hati tidak berubah macam mana usaha pun ia akan nampak celanya juga,maka nya adalah lebih baik duduk lah bersama-sama PR agar sesuatu dapat dilakukan dengan betul dan sewajarnya kongsilah SPRM ini bersama-sama PR kerana PR juga adalah pilihan sebahagian rakyat negara ini yang mahu melihat keadilan ditegakkan serta diamalkan dan sekiranya pembersihan hati serta minda di dalam badan SPRM ini dapat dijalankan dengan jayanya maka barulah badan umpama ini dapat menjalankan tugas tanpa bermuka-muka dan insyaallah dengan berlandaskan alquran dan sunnah maka kejayaan badan umpama ini dapat melihatkan hasilnya sedikit masa lagi tetapi kalau sekadar melepaskan batuk ditangga maka ini lah yang akan kita dapat. . . . . . . .

Rabu, 28 Januari 2009

KUASA AHLI KUASA YANG DILUPAI

Tahun 2009 tahun baru cina yang menjadikan lembu sebagai tahun baru mengambarkan bahawa kekuatan ,kerajinan,dan manafaatnya kepada manusia begitu banyak malah juga bagi bangsa cina ia mengambarkan tahun pengkukuhan dan pengembangan dengan cermat dan juga boleh menghilangkan peluang bagi fahaman bangsa cina,tapi bagi bangsa melayu yang kurang menilai serta mengikuti perkembangan fengsui maka kepercayaan ini kurang menjadi perhatian,bagi saya yang berlandaskan islam maka menghormati kepercayaan agama lain menjadi toleransi hidup bebilang kaum dan selagi kita mengamalkan alquran dan sunnah selagi itu kita akan diberi keimanan,perlindungan serta petunjuk agar kehidupan kita tidak jauh terpesong.


Bukan untuk bercerita mengenai Tahun Lembu bagi tahun baru cina 2009 ini tetapi sekadar berkongsi ceria bersama-sama bangsa tionghua yang merayakan hari raya buat mereka yang telah berlalu 26 hb dan 27 hb januari lepas.Kembali kepada perkara yang sebenarnya yang mengingatkan semua pemimpin baik BN maupun PR maka nya perlulah diambil berat terhadap ahli-ahli kerana ahli-ahli lah yang banyak mengerakkan sesebuah parti atau pun persatuan dan kerana ahlilah maka adanya pemimpin yang sepatutnya pemimpin yang dipilih ini perlu menghormati ahli-ahli ini lebih dari ahli kena menghormati pemimpin,tetapi bila lama kelamaan sikap begini telah hilang dan bila mata wang menutup segala masalah manusia maka wang juga lah juga yang boleh menghancurkan sesebuah parti serta persatuan sekiranya ahli-ahli boleh dibeli dengan rasuah.


Hakikatnya ahli-ahli ini terdiri dari berbagai jenis perangai manusia dan ia juga tidak lari sekiranya pemimpin-pemimpin menpunyai atau mewarisi sikap begini maka semakin lama ia dibiarkan berkembang semakin lama ia bernanah dan merebak seluruh tempat dan bila kuasa "TAMAK" meresap masuk kedalam parti serta pesatuan dan pertubuhan maka ini lah yang terjadi kepada UMNO dan setelah berusia 50 tahun lebih maka nampaklah tembelang pemimpin-pemimpin UMNO ini dan sekiranya ini masih lagi belum menjadi pengajaran serta garis panduan yang boleh mematangkan PR maka ia juga akan berlaku kerana putaran roda sentiasa berpusing. . . . . . . . . .


Kembali lah kepada pangkal jalan sekiranya hujung jalan itu sudah menyesatkan,ahli-ahli kenalah perlu mengingatkan sesama mereka kerana bagi sesebuah badan politik,persatuan serta pertubuhan semuanya tiada beza sebab semuanya menjadi ahli dan janganlah kuasa yang sementara itu diberi agar kepimpinan dapat dibentuk maka kuasa itu disalah gunakan sewenang-wenangnya sehinggakan melupai jasa-jasa serta pendapat ahli-ahli yang sebenarnya mempunyai kuasa yang amat besar,fikirkan dengan tenang serta istiqamah diri kita sekiranya sesebuah pertubuhan yang ahlinya keluar beramai-ramai meninggalkan pemimpin mereka yang korup serta banyak melakukan kekejaman semasa mendapat kuasa maka apa akan jadi dengan pertubuhan serta parti begini,maka kehancuran adalah jawapannya,kerana manusia ini sekiranya masih lagi mendapat hidayah serta petunjuk maka lambat laun ia juga boleh berfikir dan melihat siapa yang sebenarnya pemimpin mereka kerana masih lagi banyak pilihan yang kita boleh dapat serta sertai.


Pada yang telah mendapat hidayah serta petunjuk maka kini perubaha telah mula nampak,dengan kemajuan negara yang pesat serta pembangunan cyberjaya malah pembangunan teknologi menampakkan hasilnya maka ramai yang mula menggunakan alam maya yang tanpa sempadan untuk meluahkan pendapat serta perasaan mereka melalui tulisan menggunakn blog dan menjadikan blogger sebagai sandaran mendapat serta memberi info yang banyak berguna maka kecanggihan ini jugalah sebenarnya menambah kekuatan ahli-ahli sebenarnya kerana bukan semua pemimpin bisa menggunakan kemudahan yang sedia ada begitu juga lah yang di gelar "OLDTAI" yang cuba mengenepikan kesungguhan serta tunjuk ajar dari orang muda yang berkebolehan.


Kuasa ahli kuasa yang di lupai ini masih belum diguna pakai sepenuhnya dan sekiranya ia nya diterjemahkan dengan cara yang betul serta PR mengambil jalan menterjemahkan dengan cara yang berkhemah maka tidak mustahil UMNO akan ditinggalkan jauh dan menjadi sejarah,dan untuk mengajar PR untuk melakukan ini adalah bukannya dari saya kerana siapalah saya untuk menjadi sesiapa. . . . . . . . . . . .

Ahad, 25 Januari 2009

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERJUANG

Hari ini permulaan Adun bota menjadi adun mewakili Pakatan Rakyat dengan menyertai PKR dan secara teknikalnya ia telah keluar dari Umno dan kini masyarakat Bota secara automatiknya termasuklah dalam jajahan kerajaan Pakatan Rakyat dan ucapan Selamat Datang dan tahniah juga diucapkan kepada beliau yang berani berhijrah semoga penghijrahan beliau ini juga akan menyemarakkan lagi pemimpin Umno yang lain agar berhijrah dan menjadikan PR sebagai wadah perjuangan yang baru yang bertuankan rakyat.


Putaran roda buat Umno kini telah bermual sejak PRU12 dan kini putaran roda itu berada di keadaan posisi bawah dan di khuatiri bahawa roda itu akan terus melekat ditanah sehingga tidak dapat bergerak kerana beban yang amat berat yang tak tertanggung kerana dosa-dosa terhadap masyarakat yang memberi mereka kuasa tetapi kuasa itu juga lah yang mencengkam rakyat sendiri dan apa-apa pun janganlah kita riak kerana masih jauh lagi perjalanan sebenarnya,bagi yang baru ia menjanjikan peluang-peluang untuk bersama berjuang dengan lebih konsisten dan rakyat Bota akan juga mendapat faedahnya tetapi janganlah melupakan pada mereka yang lama yang telah bersama-sama merasa pahit getirnya perjuangan yang sedikit sebanyak juga telah mencurahkan bakti kerana tanpa mereka-mereka ini mustahil PR boleh berjaya.


Umpama baju baru memang kita ingin memakai selalu tetapi baju lama haruslah disimpan dan dijaga dengan baik kerana yang lama adalah pilihan kita juga dan bila di pakai nampak bergaya begitu juga pemimpin-pemimpin ini janganlah dilupakan mereka-mereka yang telah banyak berjasa dan  bagi yang berhasrat untuk berhijrah maka percepatkan lah usaha itu dan apa yang boleh saya perkatakan adalah ucapan selamat datang dan selamat berjuang kerana ada pepatah mengatakan sekiranya seseorang itu memasuki sekawanan  masyarakat maka tingkah serta peribadi nya juga akan mengikuti jadi pikirkan lah mana-mana yang lebih baik kerana pilihan di tangan kita sendiri sebenarnya.

Sabtu, 24 Januari 2009

PAHANG DARUL MAKMUR

Pahang darul makmur khabarnya  hari ini seperti yang terdapat dalam Pahang daily online mengatakan berkuatkuasa serta merta lesen cybercafe dinegeri itu akan ditarik balik kerana kebanyakan penguasaha-penguasa cybercafe ini menjalankan permainan judi haram setelah maklumat-maklumat yang disiasat pihak polis dan kononnya setelah mandat dari pihak polis tindakan itu wajar diambil.Ini lagi satu negeri yang ber MB kan manusia ego serta bodoh,sedangkan di negeri itu terkenal dengan tempat perjudian terbesar dan terkenal dan dengan adanya Genting Highland itu lah mangkuk-mangkuk hayun ini dapat hidup mewah serta berkuasa.


Hakikat sebenarnya mangkuk-mangkuk hayun ini telah mula takut kerana kini rakyat di Pahang telah mula sedar dan kepentingan info yang benar serta sumber-sumber dari blogger politik juga telah mempengaruhi pemikiran rakyat di Pahang dan kurang berkemampuan maka masyarakat menjadikan cybercafe ini tempat mereka mencari sumber berita alternatif yang benar yang tidak terdapat dalam akhbar tempatan yang di sogokkan dengan cerita penglipulara sahaja.Alhamdulilah berkat siri ceramah serta usrah dari rumah ke rumah dan kesedaran yang ditunjukkan oleh pimpinan PR banyak menukarkan minda masyarakat di Pahang untuk berubah dan kini banyak kes-kes besar salah laku disana di bongkar untuk tatapan masyarakat bukan sahaja di Pahang malah ia juga diikuti seluruh negara.


Inilah tindakan pemimpin BN yang dikategorikan pandai,takut pada bayang-bayang sendiri kalau tau oleh pak pandir mesti gelak sakan pak pandir ini,tapi sebenarnya mereka-mereka ini lah telah menjadi Pak Pandir dalam erti yang sebenarnya.Bakal PM yang asal dari negeri itu bukan main bercakap inginkan bangsa melayu yang global yang bukan sahaja maju dalam segala urusan malah juga maju dalam pembangunan I.T tetapi Pak Pandir-Pak Pandir ini yang ketakutan telah cuba menutup sumber alam maya tanpa sempadan ini dengan alasan menjalankan "PERJUDIAN" tetapi sedarkah mereka,toto,magnum,termasuk Genting Highland itu apakah perniagaan mereka?. . . . .Pak pandir walaupun kelihatan serta berfikir pandai hakikatnya bodoh-bodoh alang lama-lama BODOH KEPALANG. . . . . 

TIADA BEZA KRITIKAN SANG BLOGGER

Bagi kami blogger yang terdiri dari berbagai kategori dan agenda masing-masing mempunyai cita rasa pendapat sendiri baik dari segi mana pun setiap pendapat adalah mewakili buah fikiran masing-masing dan ia juga ada medium untuk masyarakat menyampaikan apa yang terbuku dihati yang boleh disampaikan melalui blog.Umumnya sekarang ini banyak blogger akan tertumpu kearah politik kerana situasi sekarang menunjukkan bahawa agama dan politik adalah harus selari bersama-sama kemanusian serta pembangunan sejagat dan seperti yang kita lihat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan lahirnya blogger-blogger ini dialam maya tanpa sempadan dan pada mereka yang berkesempatan menggunakan kecanggihan alam ciber ini adalah masanya pendapat mereka dikongsi bersama-sama baik tujuan pembangunan,komunikasi,politik,ekonomi,sukan,perdagangan,pendidikan,agama dan banyak lagi.


Bagaikan cendawan pemikiran blogger yang berpolitik lahir begitu banyak dan cepat dan ia juga menarik minat untuk masyarakat kembali menjadi pembaca malah menjadikan blogger tertentu sebagai blog bacaan wajib setiap kali talian internet dibuka kerana kepercayaan kepada akhbar tempatan telah dinoda dengan gegala sikap editor yang mudah dan boleh dibeli dengan wang dan pangkat dengan berita serta cerita yang berat sebelah malah penuh dengan penipuan dan memutar belitkan fakta sebenar yang saban hari terutama waktu adanya pilihan raya yang akan di jalankan baik PRU atau PRK.Sebagai media altenatif yang menyebarkan cerita-cerita yang hampir 90% benar serta telus blogger ini menjadi sandaran bagi masyarakat untuk mengikuti perkembangan di semua tempat baik poltik kerajaan BN maupun Pakatan Rakyat malah pemimpin-pemimpin pun tidak lari mengikuti blog-blog tertentu untuk mengetahui apa yang ingin rakyat sampaikan kepada mereka malah kini telah mula pemimpin-pemimpin mengunakan blog sebagai medium untuk mereka  sampaikan penjelasan sesuatu isu agar rakyat memahami keadaan yang sebenar.


Sebagai blogger yang memilih untuk menjadi diri sendiri walaupun lebih kepada Pakatan Rakyat selain menjadikan BN sebagi panduan tulisan thread serta kritikan  maka saya juga merasakan bahawa setiap parti politik seharusnya mengutamakan ahlinya terlebih dahulu kerana ahli-ahli ini lah yang sebenarnya memberikan jawatan serta peluang untuk pemimpin itu maju serta berpeluang menjadi seseorang,begitu juga lah selama ini perjuangan yang kini boleh dikongsi melalui blogger selain tenaga sewaktu pilihan raya maka setelah tempoh yang lama sehinggalah PRU12 barulah kesan ini menampakkan hasilnya dimana permulaan 5 negeri menjadi milik Pakatan Rakyat termasuklah majaroti di Wilayah Persekutuan.


Memang tidak lari dari masalah-masalah yang telah lama sebati dalam diri mereka-mereka yang asalnya adalah dari parti tertentu tetapi dengan berhijrah keparti poltik yang bertuankan rakyat maka sikap serta agenda diri kenalah berhijrah juga,kini walaupun telah hampir 1 tahun PR memerintah masih banyak lagi kedengaran ketidak puas hatian masyarakat malah sehingga meanaktirikan ahli-ahli yang telah lama berjuang dan blogger-blogger ini lah juga yang memainkan peranan memberi nasihat serta info yang berguna yang sepatutnya di guna pakai untuk memperbaiki diri kepimpinan PR,janganlah ingat setelah mendapat kuasa menjadi pemerintah atasan maka segala rungutan serta kritikan rakyat yang sebahagiannya mengharapkan blogger menyampaikan  masalah mereka tidak diambil perhatian,bagi blogger yang perihatin sebenarnya tiada perbezaan dalam mengkritik mana-mana pihak sekadar ingatan yang ingin disampaikan kerana hakikatnya yang mengkritik itu lah yang lebih baik dari berpura-pura menyokong tapi menikam dibelakang.


Pada pemimpin Pakatan Rakyat maka ingatlah bahawa kuasa rakyat lah yang menaikan seseorang itu dan kuasa rakyat itu juga lah yang juga menjatuhkan,maka utamakan ahli -ahli yang dah lama berjuang serta pandangan dan teguran dari blogger yang perihatin kerana ini lah masanya untuk kita mengubah sistem yang sudah lama hancur,sikap pemimpin PR harus tegas dalam mengutamakan ahli-ahli yang bersama-sama berjuang walaupuan keadilan yang diutamakan kerana manusia ini akan mula berubah sekiranya kebosanan serta kebencian mula bercambah didalam hati ahli-ahli dan sekiranya ia berlaku jangan salahkan blogger kerana blogger dan pemimpin serta ahli-ahli adalah hamba didunia dan roda akan berputar. . . . . . .

Jumaat, 23 Januari 2009

KHIR SEPATUTNYA KAU BERTANDING T.PRESIDEN UMNO

KHIR, kau sepatutnya melangkah lebih jauh lagi dalam pemilihan UMNO yang akan diadakan bulan mac ini dengan menjadi calon untuk Ketua Pemuda UMNO sahaja orang tidak akan nampak siapa sebenarnya kau ni,sepatutnya kau masuklah bertanding timbalan presiden Umno barulah harapan serta cita-cita kau orang akan nampak,lagi pun kan kau orang yang bersih dan GERAK adalah Baby kau sebenarnya yang menjadi mata serta mulut kau di negeri Selangor amnya.

Mana kelas kau bertanding ketua pemuda,gaya,pemikiran,kekayaan serta standard diri kau tu mana mungkin orang nampak akan kau,sebabnya kau ni bersih sesangat,tiada rasuah,baik sesangat terhadap rakyat Selangor maupun dengan pembangkang,masjid dan surau adalah rumah kedua yang kau jaga sesangat,jujur tiada penipuan,tanah di Selangor semakin banyak bertambah,rakyat semakin senang,dan banyak lagi lah sehinggakan kebersihan kau jaga dengan pemberian "PENYAPU" dan yang paling bagusnya kau ni adalah mengamalkan barangan Malaysia seperti TEMPE untuk kelihatan segak dan menarik,jadi sepatutnya kau bertandinglah jawatan Timbalan Presiden dan menang jawatan itu bolehlah kau menjadi ORANG no 2,8 tahun pengalaman menjadi MB Selangor hebat kau ni,apa sangat lah si Khary anak menantu paklah dan si mukriz  yang mengharapkan bapanya untuk melobi bagi pihak dia orang,kau hebat betul bukan calang-calang orang yang jadi MB Selangor yang terkenal dengan negeri paling MAJU boleh beri Pakatan Rakyat memerintah kau memang pencipta sejarah UMNO selangor kelas tahap tertinggi tu. . . . . . .


Jadi kalau kau menang timbalam presiden umno tentu jalan kau untuk menjadi presiden umno akan bertambah cepat,sebab kau selalu peka terhadap kebrobokan orang lain,dan mereka -mereka ini mesti takut serta tidak berani mengamalkan rasuah sebabnya akan di minta kosongkan kerusi mereka sekiranya ada tuduhan mengamalkan rasuah serta salahguna kuasa,wow kau memang kelas pemimpin dunia ke3 mengatasi DSAI yang kini dituduh dengan kes liwat dan kau pulak bersih sebersih nya sehinggakan wajah kau umpama ustaz serta tuan guru yang selalu cuci muka mereka mengunakan air sembahyang. . . . .lagi pun kat dalam UMNO tu mana ada pemimpin yang sebaik kau kan jadi kalau lah kau ni dah kira layak untuk calon timbalan presiden agak-agaknya boleh ke kau menang bergaya menjadi ketua pemuda? ? ? ? ? ?

Khamis, 22 Januari 2009

IBU KOTA DAN IBU NEGERI DIKUASAI PR

Selepas PRU 12,kini majorati ibu negeri dan ibu kota yang dikuasai oleh PR telah berjaya menawan bandar raya kota cuma di kangar serta johor baharu sahaja yang dibawah kuasa BN,menunjukkan bahawa masyarakat bandar memang memahami bagaimana untuk mencari dan menerima maklumat yang terkini dan benar,dan kebanyakan pengundi-pengundi bandar adalah terdiri dari 40% bangsa bukan melayu yang semakin matang berfikir bagaimana untuk memilih wakil mereka ke parlimen.


Dari 15 negeri termasuk Wilayah Persekutuan cuma di Kangar yang masih kekal di sandang ahli parlimen Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Johor Bharu yang disandang ahli parlimen Datuk Shahril Abdul Samad yang lainnya adalah dari Pakatan Rakyat dan ini juga menunjukkan perubahan yang bakal berlaku sedikit masa lagi dengan sikap pemimpin BN yang masih lagi dibuai mimpi indah menjadi sang penguasaha pusat sedangkan hakikatnya BN juga adalah pembangkang di 5 negeri dan Wilayah Persekutuan cuma tinggal 2 parlimen sahaja mereka pegang tapi masih berkuasa menjadi menteri Wilayah persekutuan memang tak malu betul mangkuk-mangkuk di Wilayah ini sepatutnya mereka adalah pembangkang,inilah undang-undang tajaan serta buatan BN yang konon nya cemerlang,gemilang dan terbilang memerintah negara.


Perubahan ini insyaallah akan menjadi panduan serta dorongan agar PRU 13 akan menjadikan kuasa pemerintah akan dapat direalisasikan kepada Pakatan Rakyat dan permulaan rakyat mengubah cara pemikiran yang baru yang mengutama kan agama serta budaya hidup harmoni serta bermasyarakat maju.Yang pastinya menjadi KERAJAAN memang penuh dengan cubaaan-cubaan jahat oleh mereka -mereka yang masih tidak puas hati.Kekuatan serta azam pemimpin PR telah berjaya memainkan peranan yang penting serta contoh terbaik dari TGNA menyumbang kejayaan PR di negeri yang di perintah dan insyaallah akan kekal terus dengan bertuan kan rakyat sebenarnya.

KHIR TOYO YANG P'KHIR TOLOL

Hari ini ketua pembangkang Selangor Khir Toyo mendesak MB selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengosongkan jawatan sementara agar siasatan dapat dijalankan atas tuduhan yang mengatakan beliau mengunakan dana negeri rm110,400 selesai,apa punya tolol si Khir ni,kenapa tak suruh najib mengosongkan jawatan beliau agar siasatan tuduhan ke atas beliau selesai,dan kalau mengikut dari pandangan orang-orang tertentu bahawa berkemungkinan besar GERAK adalah BABY kepada si TOLOL ni,bawa-bawa lah sedarkan diri tu bahawa yang pastinya dalam Selangor masyarakat sudah sedar siapa sebenarnya Khir Toyo ini bagaimana gelaran Mr 20% dari golongan ahli kontraktor dan TOYOL besar dalam pengambilan TANAH negeri Selangor.


Sudah tiba masanya kerajaan PR dibawah Tan Sri Khalid Ibrahim membuka kes terhadap beliau jangan biarkan mangkuk kotor ini menyebarkan penyakit kepada penduduk Selangor dan sebagai warga negari Selangor kami pun ada hak juga terhadap kes-kes seumpama ini dan janji untuk menegakkan keadilan haruslah dijalankan dengan secepat mungkin agar mangkuk kotor ini kita hukum dengan hukuman yang setimpal,pemimpin yang hidupnya penuh dengan makan  rasuah mana mungkin akan meninggalkan makanannya dan kedengarannya juga pemilihan untuk bertanding KETUA GEROMBOLAN PEMUDA juga si tolol ini juga terlibat,memandang kan guru kepada beliau Mike Tayson juga adalah salah seorang yang didakwa terlibat juga maka apa lah sangat bagi kaum-kaum UMNO ini alah bisa tinggal biasa.


Seorang pemimpin seperti Tan Sri Khalid Ibrahim yang tegas dan berani yang rasa bertanggungjawab terhadap masyarakat negeri Selangor bersedia BPR siasat kes terhadap beliau tetapi sekiranya BPR boleh siasat kes terhadap MB Selangor ini mengapa pula kes-kes bekas MB Selangor tidak boleh disiasat pihak BPR ?Kalau BPR pun dah boleh mengamalkan sistem "DOUBLE STANDARD" dalam erti kata lain "RASUAH DIRI SENDIRI" apakah masyarakat akan percaya dengan badan seumpama ini?kita ada otak dan boleh berfikir, fikirlah mana yang terbaik.

DARJAH KEBESARAN YANG MEMBEZAKAN MANUSIA

Setiap kali dengan ulangtahun kelahiran Sultan dan Agung maka akan diadakan pengurnian darjah-darjah kebesaran kepada mereka yang dipilih dan siapa yang dipilih dan bagaimana pilihan iti dilakukan mungkin kurang ramai yang ketahui tapi apa yang cuba saya perkatakan dalam thread ini adakah sekarang ini pangkat kebesaran ini  yang begitu senang diberi malah pelakon Bollywood pun boleh mendapatkannya adakah ia betul-betul kurnian atau semata-mata belian oleh orang-orang tertentu yang ingin mendapatkan laba masing-masing.


Apakah tujuan sebenarnya anugerah ini diberikan dan mengapakah sekarang kelihatan salah guna anugerah ini berleluasa dan seakan-akan yang anugerah kebesaran ini seakan boleh dipermainkan oleh mereka-mereka yang berkepentingan sehinggakan menimbulkan pertikaian dan ada yang menganggap banyaknya anugerah kebesaran ini juga akan menyebabkan perasaan orang tidak akan menghormati orang yang menganugerahkan serta orang yang menerima anugerah tersebut kerana mereka yang dikenali sebagai penyamun harta negara pun boleh dianugerahkan kebesaran dan yang paling malang juga dengan anugerah ini juga bermakna kedudukan seseorang itu telah diubah dan sekali gus menbezakan taraf seseorang itu,malah bagi bangsa melayu yang banyak kolotnya serta hukum buatan sendiri sering mengangungkan mereka yang kononnya ber"DATUK""TAN SRI" dan sebagainya melebihi dari anugerah Allah kepada manusia.

Ingatlah bahawa setiap manusia yang ALLAH jadikan adalah sama bila kita kembali kepada nya apakah yang kita bawa? dan apa yang kita buat didunia itulah yang akan kita bawa juga jadi siapa sebenarnya yang membezakan manusia ini. . . . . . . . . .

GERAK YANG AKAN MENJADI KERAK

Gerak, ngo yang kononnya memperjuangkan salahguna rasuah yang diasaskan oleh mamat bernama ezam,kini setelah ezam tinggalkan gerak dan gerak kini diketuai oleh orang lain masih lagi juga memperjuangkan idelisme yang sama dan yang terbaru ia berkaitan tuduhan terhadap MB Selangor yang kononnya menyalah gunakan dana negeri untuk kepentingan peribadi semasa pengagihan lembu-lembu di masjid serta surau di dalam parlimen Bandar Tun Razak dan kini setelah penjelasan dari MB sendiri maka apakah GERAK akan hangit menjadi Kerak?

Perlu diingat mengapa GERAK ini  ditubuhkan dan siapa pula disebalik gerak ini dan mana mungkin pertubuhan yang tiada mendapat bantuan dana bisa hidup sehingga sekarang dan sanggup ke mamat dalam GERAK ini kerja sukarela,dan mengapa pula GERAK ini kebanyakkan kes nya selalunya kearah PR?Untuk GERAK beringatlah jangan lah kamu ingat kamu pertubuhan ngo yang sibuk mengatakan orang itu rasuah orang ini rasuah tapi kamu tak amalkan rasuah kerana anggapan mereka yang mangkuk hayun ini orang lain boleh mengamalkan rasuah tetapi tidak mereka. . . . . . .

Selasa, 20 Januari 2009

ZAHID HAMIDI BUAT ORANG SEMAKIN BENCI

Zahid bawa-bawalah sedarkan diri kau tu,orang ramai dah mula membenci perangai busuk kau tu,tempoh hari balik dari haji kau buat cerita tipu kata kerajaan negeri Perak menutup tadika seluruh negeri rupa-rupanya kau saja yang mengingatkan orang ramai agar jangan melupakan kau yang kaki pukul serta temberang,dan kini terbaru kau melarang pegawai kerajaan persekutuan menghadiri mesyuarat negeri dan lupa ke kau bahawa semenjak peralihan kuasa 5 negeri kepada Pakatan Rakyat tiada satu pun negeri ini mendiskriminasikan rakyat sendiri cuma pimpinan BN sahaja yang bodoh sombong yang takut pada bayang-bayang sendiri.


Semakin lama kau ni bukan semakin menjadi pandai mengambil hati masyarakat tapi sebenarnya kau ni membunuh perasaan supaya orang menerima kau kembali,lagi besarlah jurang antara kau dengan orang ramai umpama bodoh tidak boleh diajar dan pandai tidak boleh diikut,belajarlah dari kekalahan PRU12,PERMATANG PAUH,KUALA TRENGGANU sepatutnya kau orang kena berfikiran positif bahawa negara ini bukan mak bapak kau orang punya,cuma UMNO sahaja yang boleh memerintah,ini bukan tahun 1960an lagi manusia sekarang hidup zaman canggih apa je maklumat cuma "klik"bukan krok(samseng) bawa-bawalah berubah,janganlah jadi musang berbulu ayam zahid. . . . . .


Pakatan Rakyat tidak pernah berdendam tapi selalunya mereka -mereka yang kalah dan bersalah sahaja yang akan melakukan perkara yang buruk terhadap PR,memang kita ketahui bahawa pada tahun 1990 dahulu pun semasa PAS merampas Kelantan dari BN perkara seumpama ini juga berlaku kepada PAS tetapi pimpinan yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Aziz sabar dan berjaya mengharungi gelora jahat pimpinan BN sehingga kini,dan alhamdulilah berkat usaha PR yang bertuankan rakyat kini 5 negeri PR perintah dan jangan lupa kerana sikap-sikap pemimpin BN begini lah kebencian masyarakat akan bertambah-tambah jadi ingatlah sebelum datang 5 perkara ingatlah 5 perkara. . . . . . . . .

NAJIB NAK UBAH PENDEKATAN POLITIK

Najib menyeru semua pimpinan BN agar mereka mengubah pendekatan pilitik mereka agar diterima oleh rakyat,ini dah kira permulaan kesedaran yang bagus ni,elok lah sekiranya ingin berubah tapi bila ada keinginan pasanglah niat itu dengan mengingati ALLAH,buang kan ego itu jauh-jauh dekati lah masyarakat di bawah belajarlah bagaimana erti kesusahan,belajarlah mengaku kesalahan diri,bertanggungjawablah atas segala perbuatan,dan yang lebih penting lagi bolehkah terima nasihat dari tuan-tuan guru dari Pakatan Rakyat. . . .

Jangan manis tebu di tepi bibir sahaja,sekadar ingin menutup malu mula lah bermacam-macam harapan yang di perkatakan tetapi satu pun tidak menjadi,tunjukan perubahan pada diri sendiri dahulu dan tidak perlu menunggu sesiapa memulakan barulah perubahan boleh bermula,mengapa perlu takut akan kebenaran kerana kebenaran juga lah terkandung dalam islam,BN bukan sahaja perlu mengubah pendekatan tetapi perlu di reformasikan keseluruhannya,BN nampak sahaja aman tapi hakikatnya ibarat kapal nak pecah kerana sentiasa tikam menikam antara parti dalam BN dan kalau sesiapa yang melihat jauh mengapa dalam BN cuma ada satu parti melayu dan kenapa terdapat 2 parti yang mewakili kaum india serta cina itu cuma di Semenanjung tidak termasuk di Sabah dan Sarawak yang berasaskan politik parti kaum.

Sekiranya pemimpin-pemimpin BN adalah pejuang politik mengapa perlu takut Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat,belajarlah dan keluarlah dari keselesaan hidup dan bukankah itu yang Najib harapkan agar pemimpin BN mengubah  sikap dan sentiasa berorientasikan rakyat,sekaranglah masanya untuk berubah kerana berjayanya Pakatan Rakyat adalah ia berorientasikan rakyat dan sekiranya mahu menilai hebatnya pemimpin itu berilah cubaan bagaimana sikap mereka sekiranya mereka ini mendapat kesusahan seperti pemimpin Pakatan Rakyat contoh terbesar adalah DSAI sendiri.Kalah bukan bermakna kita lemah ataupun tidak melawan tetapi biarlah mengalah untuk mencari kebenaran begitu lah selama ini yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat dan inilah sekarang yang boleh kita lihat apa impaknya sikap begini.

Pepatah melayu ada mengatakan bila kita sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan,mungkin UMNO sudah tidak relevan lagi buat masa kini tapi dalam politik semuanya boleh berlaku,kerana selagi manusia menjadi hamba dunia selagi itu manusia memang boleh berubah. . . . . .untuk saya biarlah ia kekal menjadi saya kerana siapa saya untuk menjadi sesiapa...............

CERITA SANA SINI SELASA

          MELAKA DENGAN LAMPU AJAIBNYA

Melaka,lebih 500 lampu akan di pasang di sepanjang pesisir sungai Melaka yang menjangkau sejauh 4.5km dengan kos sebanyak rm 1.8 juta sempena perayaan tahun baru cina,yang akan berlangsung dari 26 dan 27 jan ini,dengan pelbagai jenis bentuk dan replika seperti binatang dan juga kenderaan harapan ketua menteri Melaka agar pelancong akan datang ke Melaka bersama keluarga menikmati lampu-lampu ini. . . . . . . .



         SABAH DAN SARAWAK KASIHANI LAH MEREKA

Rayuan penduduk agar kerajaan negeri perihatin dengan menurap jalan agar hasil tani dapat dibawa keluar,disatu mukim permuterian penduduknya langsung tidak pernah menikmati kemudahan jalan berturap,patutlah pakatan rakyat cuba untuk mengubah minda rakyat disana lebih-lebih lagi diSarawak pemimpin kaya raya senang sehingga 7 keturunan tapi masyarakat serta kaum-kaum di sana di abaikan,inilah contoh BN yang cemerlang,gemilang dan terbilang yang sekarang membilang hari. . . . . .



         PAKLAH TUNGGU LAPORAN


Paklah menunggu laporan bedah siasat kekalahan BN di K.T tempoh hari untuk diambil tindakan segera mengapa rakyat menolak calon BN dan jawapannya kerana rakyat dah muak dengan kerenah perangai pemimpin BN yang tidak bertangungjawab,kezaliman keatas rakyat sendiri,kroni,rasuah,salahguna kuasa,penipuan dan banyak lagi lah dan PRU 12 masih lagi tak belajar lagi ke paklah?

JIKA ITU NILAINYA NYAWA UMAT ISLAM

GAZA,telah dikejutkan dengan serangan bertalu-talu oleh askar israel dengan serangan peluru yang tidak mengenal kanak-kanak,wanita,orang awam,orang cacat yang kini dianggarkan mencicah 1,700 orang,perang ego israel antara hamas telah berlanjutan terlalu lama dan sebagai sebuah pertubuhan radikal islam di sana sekurang-kurangnya hamas berjuang untuk mempertahankan buni palestin,tetapi negara islam yang besar seakan-akan membenarkan kekejaman berlaku terhadap umat islam amnya.

Hari ini akhbar mengatakan yang Raja Arab Saudi Raja Abdulaziz telah menyumbang wang sejumlah us 1billion dolar kepada pembangunan gaza,terima kasih atas sumbangan yang tak terhingga itu dan apakah dengan sumbangan itu akan mengembalikan nyawa mangsa serangan israel itu?bukan hendak menilai sumbangan itu tetapi sebagai seorang yang beragama islam mendengar dan melihat saudara islam kita yang lain di lakukan begitu apakah perasaan kita dan mengharapkan kuasa besar negara-negara islam umpama menunggu buah yang tidak gugur dan pemimpin besar kuasa negara islam ini seperti mementingkan diri sendiri dan egonya mereka umpama mereka bertaraf tinggi 7 petala langit.

Lemahnya pemimpin negara kuasa-kuasa islam menangani masalah yang berkaitan dengan negara islam mengundang negara-negara lain menindas kerana telah lama dan saban hari cerita ini dipaparkan dan bantahan seluruh dunia juga masih tidak menyedarkan mereka untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi negara serta umat islam amnya.Sekadar membebel dan menyesali sikap mereka dalam blog ini juga ia tak akan kemana tapi sekurang-kurangnya walaupun kita tidak mampu melakukan yang lebih dengan bersuara begini dapat juga lah saya berkongsi rasa dengan yang lain.Ingatlah lagi besar kuasa  atau jawatan seseorang itu maka lagi besarlah tanggungjawab mereka terhadap agama,bangsa dan negara tidak kira pun berada dimana.

Isnin, 19 Januari 2009

PERANCANGAN ALLAH YANG LEBIH BAIK

Bagaikan ungkapan kata-kata, satu batu membunuh 2 ekor burung,saya tertarik dengan satu thread dari DPPWP yang mengatakan bahawa BN kehilangan 2 orang timbalan menteri yang berasal dari Trengganu melalui satu kerusi parlimen,cuma bagi saya yang kerdil ini yang seorang itu telah ALLAH jemput dan telah meninggakan nama yang gah serta segala amal jariah beliau akan dibawa disana dan kita sebagai umat NABI MUHAMMAD dan ia saudara kita haruslah kita mengingati beliau dan lapangkan masa dengan menyedekahkan Fatihah buat beliau serta umat yang terdahulu.


Kini yang telah menjadi sejarah datuk Wan Farid yang menjadi timbalan menteri dalam negeri dengan lantikan menjadi senator telah pun tewas dalam PRK K.T,dan hilanglah harapan Najib untuk mengekalkan beliau menjadi timbalan menteri sekiranya menang,perancangan manusia siapa lah boleh menghalang perancangan ALLAH dan ingatan buat saya dan yang lainnya mengapa shadah itu dalam rukun islam terletak dalam kedudukan yang pertama dan carilah semoga anda semua menemuinya. . . . . . . . . . . 

45,000 PEKERJA KILANG DALAM DILEMA

Dianggarkan 45,000 pekerja kilang seluruh negara akan diberi cuti panjang sempena cuti perayaan tahun baru cina  dan berkemungkinan cuti ini  juga akan memberi pilihan sementara bagi pekerja kilang ini akan diberhentikan operasinya kilang tempat mereka bekerja dan sekali gus akan mengakibatkan peluang untuk bekerja semula adalah terhad lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.

Sekiranya perkara ini benar-benar terjadi dan takdirnya jika 10% sahaja dari jumlah keseluruhan yang tidak dapat bekerja semula apakah yang akan terjadi kepada 10% ini dan keluarga-keluarga mereka dan juga diambil kira sekiranya yang diberikan cuti sementara tanpa gaji yang mungkin akan mengambil masa antara 6-12 bulan apa kah yang akan mereka lakukan dan bagaimana pula keadaan mereka pada masa genting itu,apakah tiada perancangan dari kerajaan persekutuan maupun kerajaan negeri agar dapat mengelakkan dari semua ini terjadi.

Siapalah saya untuk mengajar apa yang kerajaan persekutuan serta negeri akan lakukan cuma bagi saya adalah untuk mengingatkan kita bagaimana keadaan pekerja-pekerja ini semasa perkara ini terjadi,bagaimana dengan keluarga mereka,tanggungan mereka,pendidikan anak-anak,kesihatan keluarga,makan minum mereka dan yang lebih perit bagaimana hutang rumah,bil-bil dan sebagainya.Pihak penguasa mungkin akan memberi alasan kerana menjadikan ekonomi yang merundum ini untuk mencari peluang mengurangkan kos operasi dengan menawarkan gaji yang lebih rendah kepada mereka yang sanggup bekerja dan ia memang telah menjadi trend masa kini,bukan sahaja sektor kilang-kilang yang terlibat tetapi sektor lain juga telah lama terlibat sama dalam cara menangani kos tenaga yang meningkat tinggi.

Bukan dalam parti politik sahaja yang perlu reformasi,kesatuan-kesatuan juga perlu direformasikan kerana kebanyakan pegawai-pegawai yang dipilih menjadi ahli jawatan kuasa akan seboleh-boleh mengekalkan kuasa yang mereka ada kerana bernamakan manusia kita tidak lari dari salah laku. . . . . .bergeraknya kesatuan adalah dengan adanya ahli-ahlinya dan yuran yang di kutip melalu potongan gaji juga penyumbang  menghidupkan kesatuan masing-masing dan perlu kita lihat dan semak berapa banyak kes-kes yang dibawa oleh kesatuan berkenaan salahaku majikan dan berpa banyak pula kes itu dimenangi oleh majikan?

Sebenarnya perkara ini telah lama dan semakin lama semakin bernanah,cuma belom pecah mengeluarkan bau yang busuk,percayalah sedikit masa lagi akan berlakunya perubahan sekiranya impian kita untuk menukarkan BN kepada PR dapat direalisasikan,ramai yang tidak menyedari bahawa penguasaha dalam semua sektor mempunyai persatuan masing-masing,mereka ini seperti kata TT(TUKAR TIUB) adalah kaum zionis yang mengawal menteri-menteri berkenaan untuk menjaga kepentingan mereka,dengan kata lain kena "BELI" dan kiranya kesedaran kurang dari para pekerja maka merekaaberkemungkinan akan menjadi mangsa rakus sang penguasaha.Bukalah minda kita perhatikan keadaan sekeliling,bayangkanlah sekiranya mereka-mereka yng sihat yang bekerja tiba-tiba semua ini terjadi apa lagi kepada mereka yang di kategorikan OKU,menghidap penyakit kronik bagaimana untuk mereka meneruskan kehidupan. . . . . . . .

Siapalah saya untuk meminta anda semua merasakan apa yang akan terjadi kepada saudara-saudara kita yang lain kerana mengubah minda seseorang tidak boleh dengan memaksa tetapi biarlah ia datang dengan sendirinya  dan yang pastinya perjalanan kita masih panjang insyallah. . . . . . . . 

Ahad, 18 Januari 2009

APA PAKATAN RAKYAT PERLU LAKUKAN?

Pilihan raya umum 12 telah hampir setahun berlalu,17 hb jan2009 yang terakhir adalah pilihanraya kecil parlimen Kuala Trengganu yang mana pakatan rakyat yang diwakili oleh PAS(MAWE) telah berjaya merampas kerusi parlimen ini,dan kata-kata jalan menuju ke Putrajaya semakin hampir telah banyak kedengarannya disana-sini termasuklah dalam blogger pakatan rakyat.Memang tidak dapat dinafikan semenjak Anwar Ibrahim keluar dari penjara semenjak itu kehidupan BN menjadi kucar-kacir termasuklah kepimpinannya yang menjadi tungang langgang hidup segan mati tak mau.


Mungkin kita ada juga perasan yang ada blogger telah cuba untuk meramalkan bayangan kerajaan pimpinan pakatan rakyat yang mereka inginkan dan ada juga yang berpendapat bayangan itu haruslah mereka-mereka yang memperjuangkan dalam  segi politik dan parti,apa-apa pun pendapat saya yang kerdil ini sepatutnya sekarang pakatan rakyat sudah ada perancangan untuk membayangi kerajaan BN dengan membentuk BADAN TINDAKAN PAKATAN RAKYAT yang menjaga kepentingan 5 negeri yang telah di menangi semasa PRU12 dan secara keseluruhannya BADAN TINDAKAN ini juga mengawal,memperbaiki,menyusun sistem yang ada,memperkenalkan sistem dan perancangan baru,perhubungan yang lebih telus dan menyeluruh,disamping memperbaiki hubungan dengan parti politik kerajaan kerana pakatan rakyat dibentuk adalah kehendak rakyat yang ingin berubah kearah keharmonian agama dan kaum.


Perancangan perlulah di buat dengan teliti kerana Badan Tindakan ini merangkumi semua masyarakat yang benar-benar ingin memadanikan masyarakat tidak kira agama dan kaum,termasuklan dari segi ekonominya,pendidikan nya,skim kesihatan nya,keselamatan masyarakatnya,pelancongannya,keagamaannya,komunikasinya serta banyak lagi seperti pakatan rakyat adalah kerajaan ke2 selain BN sementara perubahan yang benar-benar berlaku.Berbincanglah sesama kita dengan hati yang terbuka yang mana pendapat saya yang kerdil ini saudara kita ANWAR IBRAHIM bisa melakukan perancangan ini dengan baik serta tunjukan kan lah bahawa komitmen kita adalah benar-benar memperjuangkan keadilan buat semua insyallah dengan berkat bimbingan dan teguran tuan-tuan guru yang kita ada segala perancangan umpama ini dapat direalisasikan dan insyaallah juga ia akan menjadi pesaing yang kuat buat BN dan menjadi contoh agar mereka dapat berubah kearah kebaikan.


Harapan rakyat yang mana menyokong BN mungkin dengan adanya Badan Tindakan ini sekurang-kurangnya mereka mempunyai pilihan yang lain untuk mereka menimbang tara dan sekiranya ini menjadi realiti bukannya fantasi diri saya ini maka ambillah pesanan dan ingatan dari MAWE ahli parlimen pakatan rakyat yang terbaru bagi kerusi Kuala Terangganu agar kita janganlah melupakan hubungan kita dengan ALLAH kerana yang benar adalah datangnya dari ia dan yang tidak benar adalah dari diri kita sendiri dan apa-apa pun siapa lah saya untuk menjadi sesiapa. . . . . . . . . .

MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Saya suka mengambil peringatan dari Mohd Abdul Wahid Endut(MAWE)supaya para pejuang parti harus menjaga hubungan dengan ALLAH dan saya juga ingin menambah sedikit lagi peringatan kepada semua manusia termasuk saya bahawa siapalah kita untuk membezakan antara sesama kita cuma orang yang lupa akan ALLAH sahaja yang akan membezakan hubungan antara manusia.Selagi kita mengamalkan perintahnya selagi itu kita akan berusaha mengekalkan hubungan dengan ALLAH dan selagi itu juga tanggungjawab,amanah dan segala tingkahlaku kita akan di jaga dengan baik dan beretika.


Sedar betapa ramainya manusia telah berubah kerana mengejar pangkat dan jawatan sehingga yang bertitle kan ustaz pun dah jauh terpesong kerana menjadi hamba kepada kebendaan dan wang,apa tah lagi yang hidupnya dah jauh terpesong sehingga hubungan dengan ALLAH di lupakan dan di tinggal jauh. . . . .maka untuk meneruskan sisa-sisa yang dapat mereka pertahankan adalah dengan membohong pada diri sendiri dan bila dii sendiri pun dah biasa maka kebiasaan itu di kembangkan kepada masyarakat dan bermulalah etika dimana jika pemimpin boleh berbohong mengapa mereka -mereka ini tidak boleh?

Kita tidak perlu menunggu sesiapa untuk kita berubah,kerana perubahan itu sepatutnya adalah datangnya dari diri kita sendiri kerana jika ada ikatan yang kuat serta terangnya pintu hati kita menerima petunjuk,keimanan serta perlindungan yang ALLAH berikan kepada kita maka hubungan antara kita dengan ALLAH tidak akan terpisah dan kembangkanlah serta turunkan lah ia kepada bakal-bakal pemimpin generasi akan datang kerana perjalan yang kita panggil PAKATAN RAKYAT masih lagi jauh dan panjang. . . . . . . . .

Sabtu, 17 Januari 2009

TAMATNYA EPISOD PILIHANRAYA KECIL K.T

Tahniah pada yang telah berjaya,pada yang tewas anggaplah ini sebagai memenuhi acara demokrasi,apa-apa pun sebagai ahli PAS seumur hidup alhamdulilah saya berbangga kerja-kerja kawan-kawan yang berkemampuan dan berkampuang meninggalkan keluarga telah mendapat kejayaan yang setimpal.Bermula nya episod tanggungjawab yang kena diuruskan dengan betul dan saksama,mungkin dulu cuma memegang jawatan adun kini digandakan kerja serta tanggungjawab menjadi ahli Parlimen.


Anggaplah kemenangan ini adalah kemenangan semua penyokong pakatan rakyat baik yang bertugas maupun para pengundi yang berani menunjukan perubahan dan tahniah pada pimpinan pakatan rakyat yang mula berusaha menyedarkan masyarakat tentang siapa sebenarnya "BN".Bagi yang kalah anggaplah ia mempunyai hikmah dan sekiranya mereka-mereka ini istiqamah pada diri sendiri mengapa ini terjadi moga-moga akan ada perubahan pada diri mereka.


Harus mengambil iktibar dari sikap-sikap yang mengundang kemarahan dan kebencian rakyat dan anggaplah perubahan dan kepercayaan masyarakat adalah bersifat ingin mengetahui sejauh mana bertanggungjawabnya calon yang dipilih dan MAWE adalah orangnya yang akan menjadi perhatian bagi masyarakat Kuala Trengganu dan bekerjalah dengan jujur dan amanah serta tunjukankan lah kelebihan diri itu dalam membantu masyarakat di sana.Alhamdulilah doa serta munajat dan solat hajat PAStinya telah diterima oleh yang Maha Esa dan sebenarnya tugas kita masih lagi panjang. . . . . . . . .

MOGA MENDAPAT HIDAYAH

Wah sebelum pergi buang undi calon BN datuk Wan Ahmad Farid telah pergi ke kubur arwah mak dan bapanya mendoakan agar roh mereka termasuk dalam golongan yang beriman,sibuk selama menjadi calon Kuala Terangganu di pilihan raya kecil  dan masa yang ada adalah untuk berkempen sehingga kan kempennya diteruskan pada pagi pilihanraya di kubur mak bapanya hebat betul mamat ni. . . .


Baguslah buat begitu mungkin sambil sedekahkan fatihah dan berdoa maka timbullah keinsafan beliau agar mengingati kematian sebab yang hidup pasti akan mati juga dan apa yang kita lakukan didunia ini pasti akan kita bawa untuk ditimbang tara di sana nanti.Ingatan untuk semua buatlah perkara-perkara yang baik termasuk dalam perhubungan sesama manusia kerana hubungan dan sikap yang baik sahaja yang boleh mengekalkan ikatan itu berpanjangan.Kalau ada sikap sombong,ego dan tidak ambil tahu maka janganlah mengharap sesuatu keajiaban akan berlaku walaupun dengan membeli manusia. . . . . . .

ADA ORANG YANG KENA BELI

Cerita-cerita mengenai pilihan raya kecil di trengganu telah sampai kepenghujungnya,hari ini bermulalah kisah yang akan menentukan jatuh dan bangunnya seseorang maupun lebih dari 20 hari mereka-mereka ini merancang dan menyerang lawan dengan bermacam-macam cara dan yang terkini  jam 2 pagi masih ada juga perancangan yang jahat dengan membeli sikap bangsa melayu yang suka dijajah mindanya dengan rm100 mungkin itulah nilai manusia-manusia yang suka dibeli oleh puak-puak zionis,bukan sahaja puak ini berada di israel tetapi di Malaysia apa kurangnya.


Mengapa harus mengunakan wang yang banyak untuk menarik perhatian orang ramai agar menyokong kononnya perjuangan mereka ini benar-benar untuk menolong bangsa melayu,apakah dengan disogokkan dengan wang yang nilainya sebegitu akan ada kesimnambungan pemerintahan BN,sedarlah masih banyak lagi sebenarnya usaha yang perlu kerajaan negeri jalankan untuk memastikan rakyat negeri semuanya berada dalam keadaan yang selamat,serta mampu mencari nafkah yang dapat meningkatkan keselesaan keluarga.Apakah dengan wang yang nilainya dah semakin kecil ini dapat menutup segala masalah yang sedia ada maupun yang akan datang?


Pengalaman,ingatan,teguran mengajar manusia untuk berubah maka pada mereka yang pandai belajar dari kesilapan lampau buat lah pemilihan yang baik,diberi wang ambillah tapi undi PASti pada mereka yang memperjuangkan islam dan kebenaran.ingatlah wang dicari keman pun tidak akan habis digunakan memang tidak mencukupi,jadi murah-murahkan diri itu dalam senyuman jangan murahkan diri itu supaya orang boleh membeli. . . . . . . . .

MASIH DIBERIKAN KESEMPATAN

Sebuah pesawat mendarat cemas dengan keduabelah enjinnya gagal berfungsi kerana dikhuatiri telah melanggar burung semasa melakukan penerbangan,pesawat itu yang dpandu dari lapangan terbang La guardia di pinggir New york telah melakukan pendaratan cemas di sungai hudson yang beku,hebat betul makhluk ciptaan Tuhan dengan burung sahaja pesawat seperti kapal terbang bisa mendapat kemalangan,tapi manusia sering lupa padanya. . . .



         SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA
Melaka,seorang pesakit maut manakala 3 lagi cedera setelah ambulan yang membawa beliau mendapat kemalangan dikilometer 181.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran toll lipat kajang-jasin.Mangsa yang berumur 62 tahun dari hospital selayang yang akan di bawa ke Johor Bharu kerana menghidap angin ahmar sedang menjalani rawatan,ini lah yang dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga. . . . . 



        CERITA PANAS DARI MAHKAMAH SHAH ALAM

Cif inspector Azilah Hadri memberitahu mahkamah tinggi beliau tidak mempunyai niat untuk membunuh dan melenyapkan wanita monggol(altantuya).Kerana wang manusia sanggup menjadi gila sehinggakan mengalahkan perangai binatang,kalau kita menganggap israel itu kejam kerana membunuh orang awan dan wanita mengapa kita kes umpama ini seperti menutup mata dan memekak kan telinga,samlah bila kes pembunuhan di gaza melibatkan israel tapi di Malaysia melibatkan juga pimpinan tertinggi BN yang bakal menjadi Perdana Menteri kita,hakikatnya benarlah kata-kata TUKAR TIUB Malaysia seperti Israel.



        EKONOMI!APA KERAJAAN PERLU BUAT


Semasa melancarkan kempen belilah barangan Malaysia Paklah kata kerajaan akan mengambil langkah-langkah dari semasa -kesemasa untuk memastikan ekonomi negara berkembang dan terus berkembang dan cuba mengelakkan kemelesatan.Jangan lah ego ini negara rakyat Malaysia yang punya walaupun memang hak kerajan yang memerintah untuk menguruskan ekonomi negara tapi bawa-bawalah berbincang dengan pemimpin dari pakatan rakyat,ego sangat tu buat apa,duduklah bincang dengan sebahagian dari pemimpin pakatan rakyat agar rakyat tidak mendapat bala dari kemelesetan ekonomi dunia,banyak syarikat-syarikat yang telah membuang dan mengurangkan pekerja dan masalah ini akan bertambah rumit sekiranya mereka-mereka yang diberhentikan tidak dapat menanggung beban hutang dan sara hidup keluarga sehinggakan ada kes yang dah tak tertanggung sehingga mempunyai niat untuk membunuh diri serta keluarga.


Buktikan kepada semua yang kerajaan BN adalah perihatin kononnya,tapi sekiranya BN semacam buta dan pekak,sombong dan ego,buatlah mana yang patut kalau boleh biar negara ni tiada lagi dana dan wang semasa Pakatan Rakyat mengambil alih dan tunggu lah apa yang rakyat akan lakukan bila ini semua terjadi,dan akan terjadilah satu sejarah sebagai pengajaran kepada pemimpin negara ini,siapa kita untuk menentukan apa yang akan terjadi di kemudia hari nanti. . . . . . . .

Jumaat, 16 Januari 2009

PEMIMPIN DIBELI RAKYAT DIBULI

Bila membaca thread dari Tukar Tiub berkenaan zionis maka saya pun bertanya dalam diri saya sekiranya pemimpin kuasa-kuasa besar seperti amerika syarikat boleh dibeli oleh kaum zionis yang mengunakan ekonomi mereka sahaja sehinggakan israel bisa melakukan sesuatu kekejaman terhadap penduduk terutama di Gaza ia juga mungkin berlaku di negara Malaysia yang mana kaum zionis yang terdiri dari penguasaha-penguasaha yang tamak dan kaya yang berbangsakan status anak tempatan tak kirapun mana datang dan asalnya mereka ini.


Dengan kewangan yang kukuh serta gabungan dari kumpulan seperti ini di Malaysia tidak mustahil perkara ini telah berlaku dan sehingga kini pun kalau dilihat dari segi ekonominya negara ini di pegang oleh bangsa cina yang telah banyak menyumbang menaikan ekonomi negara,walaupun pada dasarnya bangsa melayu yang mempunyai pemimpin majarotinya melayu yang telah kita ketahui bangsa melayu ini adalah bangsa yang ingin kaya cepat tapi usaha malas telah menyerahkan berbagai-bagai peluang kekayaan kepada kaum cina dan india.


Kuasa yang lama juga telah mempengaruhi sistem negara untuk berubah,pegawai-pegawai yang diasuh dengan sistem sekular disamping kemewahan yang dirompak oleh sang penguasaha serta suku sakat mereka,perancangan jangka panjang untuk memerintah negara ini kononnya melalui pilihanraya juga telah menyebabkan banyak pegawai-pegawai yang telah dibeli sehingga mereka ini lupa bahawa mereka lah sebenarnya sampah masyarakat jika dibandingkan dengan penagih dadah,perogol dan bermacam-macam lagi yang tak terkata ada di negara Malaysia ini.Pemimpin dibeli untuk jangka panjang dan setiap kali pilihan raya mereka -mereka ini lah yang menyalurkan bantuan kewangan dan sekiranya masih kekal lagi berkuasa maka kesimnambungan kaum zionis ini berterusan.



Pemimpin kerajaan sibuk mengatakan bahawa negara kita ini selamat dan harmoni,mengutuk sistem kepimpinan negara lain sedangkan hakikatnya mereka-mereka ini telah dibeli dan rakyat menjadi mangsa buli lebih-lebih lagi mereka yang digelar pembangkang.Masa berubah minda rakyat bercambah,kerjasama antara parti pembangkang telah menunjukkan kedewasaan berfikir serta ketokohan pemimpin-pemimpin yang telah berkorban untuk menyedarkan bertapa pentingnya persamaan sesuatu kaum itu,keadilan dalam kehidupan,kebebasan agama,mengamalkan demokrasi yang benar-benar,sistem kehakiman yang perlu diperbetulkan,dan yang paling penting adalh sikap pemimpin serta yang dipimpin adalah jujur mengatakan yang betul dan salah.



Walaupun telah mula berlakunya perubahan pakatan rakyat harus juga sedar bahawa tugas yang besar menanti mereka kerana kaum zionis ini juga tidak mahu kehilangan kuasa melalui pintu belakang akan memastikan pemimpin yang boleh dibeli ini terus dibeli dan dibela,dunia adalah begitu selagi ada yang menjadi hamba kepada kemewahan dan wang ringgit selagi itu rakyat boleh dibuli-buli dan ada juga yang diguli-gulikan dengan sedikit imbuhan.Jika suka dibuli bertuankan lah pemimpin yang dibela dan dibeli. . . . . . . . .

PANGKAH BN,AMBIL GAMBAR KERTAS UNDI DAPAT RM 1,000

Apa cerita ni,dah kira rasuah macam ni,SPR dan mereka-mereka yang berkenaan tak perasaan atau masih tido ikut paklah,mana nya cemerlang,gemilang dan terbilang semua dah lunyai makan dek pembohongan pemimpin umno sendiri,Malaysia dah 12 kali PRU tapi minda BN setiap kali bertanding penuh dengan penipuan yang tersangat busuk serta hodoh.


APA GUNA BERJANJI KALAU TAK DITEPATI


Kira ni dah jatuh pada munafik lah sebab kalau orang yang berjanji tapi tidak menunaikan janji mereka,dulu lain sekarang lain masa dulu boleh lah BN tapi sekarang BN kaki KENCINGGGGGG,masjid,surau pun boleh tipu ini kan pula manis tebu di tepi bibir,tak kiralah siapa pun ahli parlimennya atau siapa pun adunnya kalaulah namanya kerajaan tanggungjawab pada semua masyarakat kenalah tunaikan,umpama menjadi mak bapak yang mempunyai anak-anak dan bukan semua anak menurut perintah mak bapak tu tetapi sebagai mak bapak tanggungjawab kena lah sama itu pun tak boleh nak pikir keldai pun ingat lagi pandai dari mangkuk-mangkuk hayun ni.




EGO YANG MEMBUNUH DIRI SENDIRI


Datuk Mat Razali Kassim yang juga datuk bandar Terangganu dan merangkap pengurus pilihan raya kecil  telah meletakkan jawatan berkuatkuasa pada 15 hb semalam,ini adalah disebabkan sikap beliau yang condong berat kepada BN dalam menangani situasi begini,manusia ini sebok nak jawatan itu dan ini bila amanah diberikan mula lah ego semacam sehingga lupa walaupun dia seorang datuk bandar tapi dalam menguruskan pilihan raya kena lah dia bersifat neutral,mengugut adalah mainan BN kini trend itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara pegawai-pegawai kerajaan bekerja lebih-lebih lagi suanan sekarang tidak menyebelahi BN,buat baik berpada- pada beb,buat jahat akhirnya rugi. . . . . . . . . . . 

Khamis, 15 Januari 2009

PILIHAN RAYA KECIL SIAPA YANG TERTEKAN

Sabtu 17hb jan 2009,bermulalah jatuh dan bangunnya kredibiliti parti politik yang bertanding,bagi BN dengan janji yang bermacam dari paklah,apa lagi dari bakal PM Najib serta pakatan BN yang lain akan juga mempengaruhi pengundi bagi kuala terengganu,ini tidak termasuk dari parti PAS yang juga disokong oleh pakatan rakyat yang lain yang terdiri dari PKR serta DAP,yang mana DAP juga munurunkan bukan calang-calang pemimpin untuk membantu PAS dalam mengambil alih parlimen ini dari BN sebenarnya.


Biar apa pun berlaku setelah tamatnya PRK ini hakikatnya kerajaan BN mungkin akan menghadapi masalah setelah janji -janji yang diuar-uarkan tidak di penuhi dan dilaksanakan,berbanding dari PAS yang ingin merubah sistem yang pincang yang dikatakan sebagai penyebab melayu menjadi mundur.Melayu yang sebenarnya telah layu dengan pimpinan BN serta pemimpin mereka yang tak malu melakukan jenayah pelbagai yang kononnya mewakili majoroti bangsa melayu.Sebenarnya bukan melalui bangsa bermula menjadi global tapi adalah agama yang sebenarnya menglobalkan bangsa itu.


BN perlu mengekalkan kemenangan di K.T setelah PRU 12 parlimen ini di menangi oleh arwah Datuk Razali mengalahkan Mat Sabu,berapa banyak pun wang yang kena keluar tidak menjadi persoalan buat masa ini yang penting kemenangan ini juga perlu bagi Najib menunjukan bahawa dia adalah seorang pengarah pilihanraya yang benar-benar hebat sehebat jawatan yang akan disandang olehnya itu pun sekiranya perancangan antara Pak Lah dengan beliau dilaksanakan,dengan perancangan yang hebat oleh macai-macai yang berpusat di bukit tunku yang dikawal oleh pihak-pihak berkenaan cyber tropper yang profesional yang mungkin kita tidak kenal yang diupah oleh mangkuk-mangkuk hayun ini untuk mensabotaj laman-laman reformasi media serta blogger yang menyalurkan maklumat yang benar dan tepat serta perancangan jahat sakai-sakai gila kuasa dan pangkat yang ditutup pintu mata mereka dengan jawatan dan habuan telah juga bersengkokol dengan parti yang kononnya cemerlang,gemilang dan terbilang hakikatnya penuh dengan temberang.


Kecoh mengenai Israel yang dikatakan menyerang dan membunuh orang awam,kononnya mereka ini mempertahankan keselamatan rakyat mereka tapi begitu pun dunia mengutuk mereka  termasuklah negara kita Malaysia,walaupun mereka nampak zalim kepada rakyat negara luar tetapi untuk rakyat negara sendiri mereka jaga dengan bersungguh,tapi di Malaysia apa yang rakyat dapat,ISA,DEMOKRASI ALA BN,pemimpin menjadi tuan rakyat menjadi hamba,rompak harta negara,rakyat dizalami,polis dan askar menjadi barua pemimpin UMNO,dan yang lebih bangsat kemewahan mereka kecapi hutang-hutang serta beban rakyat yang tanggung.


Untuk itu apa pun sebenarnya yang akan terjadi pada 17 hb ini BN adalah pihak yang sebenarnya paling tertekan,sekiranya umur kita panjang insyaallah akan nampak lah tekanan itu sedikit masa lagi berdoa dan berusaha agar kejayaan di pihak pakatan rakyat kerana kekalahan BN akan menambahkan lagi tekanan yang paling hebat untuk tahun 2009 buat BN serta SEKUTU-SEKUTUNYA. . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Selasa, 13 Januari 2009

CUBAAN PENIPUAN MENARIK PERHATIAN RAKYAT-GAGAL

Baru-baru ini kita di kisahkan adanya blog yang kononnya menghina NABI,yang mana blog ini di punyai oleh seorang wanita yang kononnya telah di sabotaj sebab-sebab tertentu sehingga lah ceritanya beliau berjumpa seorang menteri dan tidak ketinggalan telah juga membuat laporan terhadap polis tapi sehingga kini kes ini apa dah jadi,atau pun memang blog ini dibuat sekadar untuk menarik perhatian kononya masyarakat akan melakukan sesuatu yang akan membuat kerajaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya terhadap blogger kerana didapati semakin banyak blogger yang berpihak kepada pakatan rakyat dan sehingga mencetusnya perang alam maya yang tak tertanggung oleh kerajaan BN.

Ada sahaja perancangan jahat yang cuba mengeruhkan suasana, kini trend baru dengan meniru satu laman yang popular yang diikuti oleh semua pihak apa yang keluar dari thread-thread dari laman ini disamping tempat ini juga pencacai dari puak-puak yang dah nak punah menaburkan "kepandaian"mereka.Cerita bab hacker ini mungkin orang tidak sedar atau mendengar tapi ada pihak-pihak yang sedar yang kejatuhan mereka telah bermula telah membentuk beberapa kumpulan hankers seluruh negara yang kerja mereka adalah umpama "VIRUS"dalam menyekat blogger ini dari terus memperjuangkan infomasi media alam terkini tanpa sempadan yang memperjuangkan kebenaran dan hak untuk bersuara dan memberi pendapat.

TKO menjadi mangsa buat masa kini,baru -baru ini laman malaysia today juga menjadi "hukuman"dari kerajaan yang tidak membenarkan ia beroperasi,cubaan mengklonkan TKO telah berjaya dibongkar oleh salah seorang blogger juga,bahawa memang niat jahat puak-puak ini terserlah sehinggakan pihak yang berkenaan pun berada dibawah kangkang mereka, hina dan bangsat betul sikap pemimpin yang memimpin serta pemimpin yang berjawatan menjaga keselamatan negara juga telah nampak bahawa mereka ini telah dibeli dengan sewenang-wenangnya,inilah dia pemimpin hamba dunia dan hamba kepada wang.

Ingat bahawa karma anda semua mungkin sedang menghampiri cuma menunggu waktu dan ketika sahaja ia akan bermula umpama masak nasi dan telah menjadi hangit maka apa akan jadi. . . . . . .? tapi kalau masih rasa boleh hidup lagi 20-30 tahun lagi buatlah mana yang anda rasa boleh. . . .melayu yang kaya raya pun masa mati kat tanah wakaf 7x7x3 tempat tinggalnya.

PILIHANRAYA DAN JANJI!

Setiap kali bila tibanya pilihan raya maka berjanjilah sipulan-sipulan yang mewakili kerajaan untuk membantu kawasan yang ingin mereka menangi,dari dahulu sejak 50 tahun ramai pemimpin yang telah berjanji tapi ramai juga melayu serta bangsa lainnya tertipu,dan yang paling ramai pemimpin melayu yang kononnya perihatin tentang kesusahan bangsa sendiri,sehinggalah habis pilihanraya janji tetap janji lebih-lebih lagi bila kawasan itu pula di menangi oleh pembangkang.

Kini bila pilihanraya kecil kuala terengganu BN di atas kapasiti bakal PM(najib)telah berjanji untuk memajukan terengganu,cuma tahun 1999-2004 sahaja PAS memerintah terengganu sebelum dan selepas itu adalah dibawah pemerintah kerajaan BN tapi mengapa sehingga kini pembangunan tidak dijalankan?mengapa harus menunggu pilihanraya kecil?12 pilihanraya umum telah berlalu masih tak terbuat lagi kah semua itu?berjanji pandai menunaikan hampeh,sampai bila nak membodohkan melayu cukup-cukuplah membodohkan melayu(ikut tukartiub)dasar pemimpin BN keparat semua serupa bangsat. . . . . . .

Ahad, 11 Januari 2009

BERUSAHA MENJADI TERBAIK

Belajar dari kesilapan seseorang serta kekurangan agar ia menjadi ingatan kepada kita bahawa setiap manusia fitrahnya bergitu,manusia yang pandai akan mengambil iktibar dari kesilapan orang lain untuk memperbaiki diri mereka,ada juga yang menjadikan kekurangan seseorang untuk mereka memperbaiki diri,tapi janganlah kita terlalu menghina jika seseorang tu kurang dalam seseparuh perkara,anggaplah dan terimalah kekurangan seseorang untuk kita menilai siapalah sebenarnya diri kita,selagi kita mempunyai sikap yang ingin memajukan diri kita dengan jalan yang betul tanpa meninggalkan ALQURAN DAN SUNNAH selagi itu kita boleh berjaya.

Mengapa perlu menipu dan membelakangi masyarakat sedangkan masyarakat terdiri dari diri kita juga,menjadi pemimpin maupun apa juga jawatan yang di amanahkan adalah peluang untuk kita belajar menjadi lebih matang dan bertanggungjawab dari kita sibuk mengejar jawatan dengan menipu dengan menggunakan bermacam cara yang hakikatnya mengharamkan apa pun yang akan kita perolehi dari kemenangan dengan cara penipuan.Berusaha kearah terbaik kenalah kita mempunyai sikap yang baik-baik,hidup dengan cara yang betul,bermasyarakat yang baik serta bertanggungjawab,baik dalam amanah dan jujur,terima kekurangan sambil memperbaiki apa yang kurang dengan sabar,menjadi pemimpin keluarga yang baik sebelum memperluaskan kebolehan kepada  masyarakat dan seterusnya ke peringkat tinggi. . . . . . . 

Biasa nya setiap perbuatan seseorang itu baik mau pun buruk memanglah akan ada orang akan perkatakan,cuma berfikirlah dengan waras dan wajar kita buat baik pun mesti akan ada orang berkata apa tah lagi kalau kita buat perkara-perkara yang tidak baik,untuk menutup kesilapan seseorang itu melakukan pembohongan sampai bila pembohongan itu akan di tutup?jujurlah pada diri sendiri kerana manusia ini  jika mereka -mereka ini mengaku akan kesilapan mereka nescaya orang akan faham serta menerima kesilapan yang kita lakukan dan belajarlah untuk menjadi terbaik. . . . . .

Sabtu, 10 Januari 2009

MELAYU SENDIRI YANG MENJADI BANGSAT

Petikan artikel dari blog YB khalid Samad,
Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!

Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.
                           . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . .

Inilah salah satu daripada banyaknya contoh melayu bangsat dengan mengikut membabi buta sesuatu pertubuhan semata-mata untuk mendapatkan LABA yang tak sebeberapa,ikut rasa hati kita maunya menumpah jalang-jalang yang begini,sibuk kononnya PR masih lagi honeymoon,tapi selama BN perintah di negeri Selangor tak ada pulak mereka -mereka ini berani buat perkara begini nampak sangat lah siapa mereka sebenarnya,PR umpama budak masuk darjah 1 semuanya masih lagi berusaha untuk memajukan diri serta negeri apatah lagi peninggalan BN yang banyak meninggalkan masalah serta tungganglanggangnya kepimpinan Khir Toyo banyak perkara yang kena diuruskan kembali dengan betul,itu belum lagi mangkuk-mangkuk hayun yang kononnya mengaku ahli PR semata-mata mencari laba dari kerajaan PR.

Selagi manusia menjadi hamba duit selagi itulah ramainya yang sanggup mengadaikan maruah dengan wang yang tak sebebrapa,wang dicari tidak akan habis,diguna sebanyak mana pun pasti tidak mencukupi tapi bila maruah sudah tergadai maka hilanglah harga diri dan hormat,pengalaman serta teguran ulama-ulama bawalah menjadi pedoman diri kita kalau kita dah sesat kenapa lah tidak kembali ke pangkal jalan,berubahlah sebelum parah demi masa depan kaum keluarga serta anak cucu kita akan datang,tapi sekiranya pintu hati memang telah tertutup apa pun memang mereka tidak nampak jalan kebenaran. . . . . . . . .

HUDUD! KARMA YANG MASIH TIDAK NAMPAK

HUDUD,
sekarang ini mula kecoh pasal hukum hudud dan qisas,yang tak tahu pun dok sibuk membebel mengatakan bermacam-macam dan yang sewajarnya telah menjalankan penerangan kepada siapa sebenarnya hukum ini dilaksanakan,mengapa agama lain pun turut terpalit mengatakan hukum yang berkaitan dengan agama islam itu sendiri janganlah dok menyebuk mengatakan negara ini bukan islam,memang hakikatnya negara ini sejak dari kekuasaan BN islam memang dipisahkan dari politik sebab itulah adanya PARTI ISLAM SEMALAYSIA yang memperjuangkan islam sebagai wadah mewakili rakyat yang beragama islam tidak kira apa pun bangsa mereka.

Agama dan politik tidak harus di pisahkan,islam mengamalkan dan mengutamakan alquran dan sunnah,undang-undang islam termasukalh hudud yang sepatutnya diguna pakai telah di pinggirkan kerna BN mengamalkan sekular  walaupun pemimpin mereka majarotinya adalah beragama islam yang politik suku dan islam suku.Dari dulu Karpal singh dari DAP sibuk mengatakan dan membangkang berkenaan hudud dan sebagai warganegara dia juga mempunyai hak untuk bersuara tapi jangan lupa orang lain juga mempunyai hak untuk bersuara,kalau suara orang lain dia tak mahu terima dan dengar janganlah pula memaksa orang menerima pula  suara dia dan sekiranya masih lagi tak sedar ingatlah bahawa karma sebenar telah turun menimpa si Karpal Singh ini walaupun dia mungkin masih lagi tidak sedar,karma pun juga telah menimpa sebahagian dari pemimpin Umno serta BN yang lain tapi mereka juga seperti Karpal Singh yang masih tidak nampak.

Kita sebenarnya tidak mengumpulkan dunia,segala pangkat kita didunia adalah dari masyarakat jadi pulangkan lah tanggungjawab itu kepada masyarakat yang memilih pemimpin itu,walaupun agama itu global sekiranya kita dilahirkan di kalangan keluarga islam bersyukurlah dengan agama ini kerana janji ALLAH bahawa islam itu pada akhirnya akan mendapat kejayaan......... 




Khamis, 8 Januari 2009

PILIHAN RAYA KECIL,KUALA TERENGGANU

Pilihan raya 3 penjuru membabitkan BN,PAS serta bebas tapi yang pastinya pilihan raya ini juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap bakal PM negara kita tak kira lah siap pun yang menjadi bakalnya,bagi BN ia menunjukan jalan samada BN masih lagi dterima oleh rakyat marhaen yang telah berubah setelah PRU 12 yang diketuai oleh bakal PM dari BN.

Bagi pakatan rakyat ia adalah untuk mengurangkan jumlah kerusi parlimen buat BN di parlimen serta menambahkan kelancaran mempercepatkan kuasa ke putrajaya yang di war-warkan oleh DSAI serta pemimpin pakatan rakyat lain,apapun setiap perancangan yang lebih baik adalah dari ALLAH juga,pemimpin merancang tapi sekiranya rakyat yang disana memilih sesiap pun yang mereka inginkan itu lah yang dinamakn demokrasi tapi jangan lah dengan menipu dan setiap kemenangan yang mengunakan tipu serta rasuah adalah seperti juga menjadi pemimpin yang haram bukan sahaja dengan mendapat pendapatan yang haram dari jawatan yang haram makan dan minum keluarga juga haram..........

Rabu, 7 Januari 2009

BOIKOT! JANGAN HANGAT TAIK AYAM

Memboikot barangan israel serta us,janganlah umpama hangat-hangat taik ayam,benda ni pun dulu juga dah dilakukan tapi mcm tak mendapat sambutan,untuk memboikot barangan israel serta tidak menukar beli wang dollar kenalah kerajaan Malaysia bersedia untuk berkerjasama dengan pihak dari pakatan rakyat kerana dengan bantuan serta sokongan dari pemimpin pakatan rakyat mampu untuk merelisasikan kempen boikot ini.

Kembalikan program kempen belilah barangan Malaysia yang sepatutnya dilakukan setiap masa dengan jualan murah setiap tahun maka pusingan duit kita akan berada di negara sendiri,galakkan percutian dinegara sendiri dengan kadar sewa yg berpatutan buat rakyat tempatan agar mata wang kita tidak keluar kemana-mana dari pada rakyat keluar negara untuk bercuti dengan menukar mata wang dolar yang membantu negara sekutu yahudi itu.

Kepada pemimpin yang tido bangunlah sedar yang kita sepatutnya merasa sedih kerana sebagai rakyat sesebuah negara mengapa benda ini semua ini terjadi dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat sendiri dan yang ramainya adalh kanak-kanak serta kaum wanita yang tidak dapat melakukan apa-apa,boikot ini kenalah menyeluruh ke serata negara yang ingin bersama-sama agar keadilan serta hak asasi negara dapat ditegakkan,sebagi saudara islam juga sepatutnya kita mula berfikir bagaiman seharsnya kita menlayan kerenah perangai negara yang bertindak kejam terhadap negara lain..........

Ahad, 4 Januari 2009

RASUAH PILIHANRAYA TELAH BERMULA

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib telah mengumumkan bantuan segera dari Kementeriannya bagi memperbaikki jalan-jalan rosak di Kg Sheikh Nasir, Losong dan Padang Sena didalam kawasan DUN Wakaf Mempelam, Kuala Trengganu pada 3hb Januari yang lepas dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00.Wow bravo mat tyson!apa ke jadahnya yang dok sibuk kat K.T tu?kat negeri lain masih lagi ramai yang memerlukan bantuan serta sumbangan tapi buat tak tahu je malah nak turun melihat samaada rakyat susah ke tidak langsung tak dengar,apa punya menteri lah  yang pak lah pilih pun sama tido semacam,bila dah biasa dengan rasuah tindak tanduk pun memang gaya rasuah,payahlah bakal timbalan presiden umno mcm ni,kalaulah pemimpin-pemimpin umno dah semua bergelumang dengan rasuah apa lagi yg bolehdiharapkan untuk menjaga negara,sikit lagi negara pun boleh tergadai,ni pun dah habis harta negara di sapu balun semua kat depa dan kaum keluarga mereka,yang tinggal hutang untuk rakyat jelaskan dasar manusia munafik dan gampang.

Manusia ini kalau menipu lambat laun pun akan tau juga,1 penipuan akan mengakibatkan lubang-lubang penipuan lain terbentuk juga kerana ingin menutup penipuan yang telah dilakukan maka kenalah menipu,cukuplah sekarang rakyat bukan bodoh semua telah belajar dari kelemahan dan pendedahan demi pendedahan juga telah mengajar rakyat berfikir dengan matang siapa sebenar yang berkuasa adakah kerajaan yang diberi mandat atau rakyat yang memberi mereka kuasa untuk memerintah.Sedarlah jika menang cara menipu bermakna jawatan yang disandang oleh kerajaan yang menipu adalah sama dengan merompak dan membunuh.........


TOYOL MODEN INTERNET

Hati-hati sekarang ni telah ramai penyimpan wang telah hilang wang mereka di bank-bank tempatan yang telah dipindahkan ke bank di indonesia dan kini Bank Negara telah menyiasat bagaimana wang itu di pindahkan dan siapa pula yang menjadi dalang semua kes ini.

Dunia semakin canggih toyol pun semakin canggih pengetahuaannya,selagi manguk-manguk hayun ni mengumplkan dunia selagi tu lah bahana-bahana ni terjadi,wang ni di cari serata dunia pun tak habis di guna memang tak cukup.Bayangkan lah wang dalam bank pun tak lagi selamat apa tah lagi kalau tak disimpan,dengan ekonomi yang dah merundum kini perangai manusia pun berubah.

RAKYAT MENANGGUNG BEBAN

Isu talipinggang keledar belakang untuk kereta telah menjadi beban kepada sebahagian pengguna kenderaan sendiri,bagi mereka yang mampu mungkin ia tidak menjadi masalah tetapi bagi mereka yg sekadar cukup makan dan pakai ia sedikit sebanyak juga menimbulkan masalah dari segi kewangan dan mana yang anak lebih bagaimana kah perasaan mereka sekiranya kenderaan mereka cuma terdapat 3 talipinggang keledar belakang,apakah kerajaan yang kononnya perihatin masih waras berfikir dan mengkaji apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Bukan untuk menghalang rancangan kerajaan mengurangkan kadar kemalangan serta kematian dalam kemalangan,tetapi sekira nya sebelum undang-undang ini dikuat kuasakan kenalah adanya satu perbincangan dari semua pihak yang bersangkut paut termasuklah juga dari pihak pembangkang kerana ini juga mempengaruhi rakyat yang mengharapkan sesuatu rang undang-undang yang akan dikuat kuasakan sekurang-kurang tidak lah membebankan rakyat yang dah sedia terbeban dan mengapa setiap kali jika kerajaan menghadapi kegawatan ekonomi mengapa harus beban itu diletakkan pada rakyat amnya.

Melayu mudah lupa bukan lagi menjadi madah sekarang,tapi ramai yang masih ingat setiap kali negara mengalami kegawatan ekonomi inilah caranya kerajaan yang kononnya mendapat mandat untuk berkuasa memaksa rakyat yang memilih mereka menanggung beban tetapi lupa pada rakyat dengan berbelanja boros sesuka hati.Apakah selepas dengan penguatkuasaan talipinggang ini akan membuat kan kadar kemalangan dapat dikurangkan maupun kematian dapat dikurangkan dapat dirancang dengan jayanya ataupun masih lagi seperti dulu,hakikatnya banyak sebab mengapa kemalangan berlaku dan sepatutnya penguat kuasaan harus dilakukan terhadap para pengajar sekolah memandu kerana mengajar mereka-mereka yang baru sambil lewa serta menunjukkan contoh yang tidak baik semasa memandu membawa pelajar-pelajar baru.

Yang pasti kerana ketamakan serta kegopohan manusia memandu dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap pemandu lain serta tekanan kehidupan adalah penyumbang semua ini dan kita kena beringatlah bahawa "LAJU ITU MEMBAWA KITA KEPADA 2 PERKARA,1 SAMADA CEPAT SAMPAI ATAU 2  LANGSUNG TAK SAMPAI"................

Sabtu, 3 Januari 2009

BILA DAH BERPERANGAI BINATANG

Seramai 26 orang termasuk artis dan mangkuk-mangkuk hayun ditahan kerana melakukan kesalahan dengan menyambut tahun baru dengan pesta seks,inilah yang dinamakan hijrah kebelakang dan juga menunjukkan betapa ceteknya pendidikan agama mereka,mereka lupa yang seks ini adalah sebahagian dari kehidupan yang jika dilakukan dengan mengikut sunah agama adalah cantik dan menarik seperti juga agama,tetapi mangkuk-mangkuk hayun ni yang mengikut hawa nafsu telah memesongkan keindahan seks itu menjadi pesta.

Banyak sangat memakan binatang perangai pun dah ikut menjadi binatang,kalau nak sangat bebas masuk je lah hutan tebal kawan lah ngan binatang-binatang lakukan sebebasnya seks tu seperti binatang lakukan,inilah orang yg mengumpulkan dunia mungkin terlalu banyak sangat makan benda yg haram tu yang pintu mata hati tak nampak jalan kehidupan yang benar......... bak kat nabil ada otak lu orang pikir lah sendiri.

Jumaat, 2 Januari 2009

GILA BERKUASA ATAU MEMANG DAH GILA

Apalah manusia yg nak beria-ia menjadi pemimpin dalam pakatan rakyat tapi bila dah di beri peluang maka timbul lah macam-macam perangai.kini trend baru muncul macam org dok gila berkuasa nak tunjukkan siapa yg mempunyai pengaruh untuk berkuasa bla-bla.............

Lupa lah pada siapa sebenarnya mereka ni dapat menjadi ahli parlimen mau pun wakil rakyat,nama pun pemimpin pakatan rakyat tapi hakikatnya rakyat tak tak diingat,itu baru setahun mula berkuasa kalau lagi lama jangan cerita lah buat sakit para hati bloggers saja dengan sumpah seranah jangan lah cerita........

Berubah lah sebelum parah!masih sedang berubah tapi hati pemimpin masing-masing dah berubah arah,poyoooooo lah cakap tak serupa bikin,sebagai satu harapan baru pada rakyat dengan tertubuhnya pakatan rakyat ini dapat lah rakyat melihat keadilan di perjuangkan dengan sebaik mungkin walaupun kita sedar ramainya mangkuk-mangkuk hayun dalam pakatan rakyat ini adalah dari kumpulan yg mengambil kesempatan dalam kelalaian pemimpin PR.Belajar lah dari kesilapan orang lain utk kita menjadi terbaik walaupun kita sedar manusia itu tidak sempurna tetapi dengan kelebihan yang ada pada diri kita dapat lah kita perbaiki kekurangan semua itu.

Tangungjawab kena lah diteruskan,amanah yang diberi kenal lah di pikul sebaik mungkin,pemimpin kena lah sedar masyarakat dan bloggers sering memerhati pemimpin mereka,sekiranya ada teguran dan ingatan adalah sebahagian kerjasama yg sepatutnya diguna pakai oleh pemimpin berkenaan kerana manusia yang bertanggungjawab akan menegur serta menasihat,memberi nasihat,menerima teguran dan kritikan,mendengar masalah orang serta boleh memberi pandangan yang bernas sepatutnya sudah lama ada dalam diri pemimpin yang baik,pada yang masih belum memiliki sifat-sifat ini kena lah berusaha lebih keras sebabnya "SIAPA LAH KITA UNTUK MENAFIKAN ORANG LAIN UNTUK LEBIH BERJAYA KERANA KERAJAAN RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT.

Khamis, 1 Januari 2009

CERITA-CERITA POLITIK SANA SINI

Alhamdulilah kerajaan negeri Perak di bawah MB. Mohamad Nizar buat permulaan telah menganugerahkan seramai 11 orang penduduk kampung baru di Kuala Rui,Gerik,Perak geran tanah milik kekal 999 tahun,yang mana rancangan kerajan negeri ini tidak dipersetujui oleh kebanyakan pemimpin umno maupun BN,Kerajaan Pakatan rakyat walaupun baru memerintah namun kebajikan kepada rakyat tatap mereka laksanakan,moga ia menjadi dorongan pada negeri pakatan rakyat yang lain.

Tahun 2008 telah mengorbankan seramai 60 orang wartawan seluruh dunia semasa bertugas semata-mata untuk mendapatkan gambaran sebenar berita untuk tatapan masyarakat dunia,wartawan seperti ini lah yang menaikan nama bidang kewartawanan tapi di negara kita Malaysia wartawan ini membuat masyarakat dunia terasa diri mereka sengaja di hina disebabkan berita yang mereka siarkan jauh dari kebenaran.

Israel menunjukkan kuasa sebelum Bush menamatkan kuasa dari kerusi PRESIDEN A.S, dengan serangan di gaza yang mengakibat lebih seribu nyawa terbunuh,rata-rata masyarakat mengutuk serangan ini malah ada yang cuba memboikot barangan israel dan sebagainya,yang menjadi muskil mengapa ketua-ketua negara oic serta negara islam senyap menikus,bila negara-negara Islam yang ketua-ketua mereka menikus maupun telah di beli dengan kemewahan serta kehidupan maka semua ini tidak mereka nampak,bagi mereka asalkan mereka tak termasuk dalam serangan pihak israel  butakan mata pekakkan telinga.

Kuala Teranganu seramai 8,388 pengundi yang berdaftar tidak mempunyai no rumah,dan ada lebih dari 1000 pengundi di kalangan polis yang terbagi kepada 3 kawasan.