Kerana apa semua ini terjadi?Sikap tamak pemerintah serta penguasaha yang bersengkokol menipu rakyat yang membantu secara dasarnya dengan potongan cukai mau pun dengan cara yang lain di samping egonya pemimpin yang diberikan kuasa lupa akan tanggungjawab terhadap rakyat marhaen yg di terajui mereka,kuasa yang diberikan rupanya adalah kunci bagi mereka untuk mengumpul harta serta menekan kehidupan rakyat sendiri agar rakyat yang ditekan-tekan kehidupan dengan kesusahan nanti akan memohon bantuan yang kononnya adalah ehsan dari pemimpin.Siapa sebenarnya yang berkuasa memberi kuasa kepada pemimpin untuk menjaga negara,cukuplah membodohkan orang-orang kampug yang telah mula sedar,penghijrahan masyarakat serta kesedaran yang diterapkan oleh sebahagian pemimpin yang bergelar pakatan rakyat telah membangkitkan kesedaran dan kesedaran ini lah menghijrahkan kita bertapa pentingnya kita kembalik kepada jalan yang betul.
Islam harus dipertingkatkan kepada mereka yang beragama islam,pihak-pihak berkenaan harus memulakan langkah mengembalikan dasar-dasar islam agar kesungguhan yang dilakukan sekarang akan kita lihat pencapaian serta kejayaan nya suatu masa akan datang,kehidupan yang mengekalkan kebudayaan kita semua juga mempengaruhi kejayaan kita semua,Malaysia mempunyai budaya yang unik,dengan berbilang kaum,agama,bahasa dan budaya kita bebas untuk menganut apa juga fahaman masing-masing,tetapi setiap agamanya juga mempunyai hukum yang perlu diikuti serta dihormati.
Politik dan Agama sebenarnya tidak boleh dipisahkan kerana jika dipisahkan maka politik itu menjadi manusia berubah sikap menjadi binatang,alhamdullah kini telah ramai pemimpin mula mengamalkan sikap politik beragama,dengan sikap yang penuh bertanggungjawab terhadap alquran dan sunah maka kini telah nampak permulaan kehidupan pada mereka -mereka yang telah berubah,kekuatan mendapatkan mutu kehidupan yang lebih baik juga terpaksa ditempuhi dengan kasar dan berat bahu memikulnya kerana selama ini masyarakat di sogok dengan kebendaan yang dirasuahkan dengan mengadai maruah bangsa kita semua.
Insyaallah dengan permulaan kehidupan yang mencabar awal tahun ini akan menyedarkan kita betapa kembali kepada jalan yang luruh berlandaskan ALQURAN serta SUNNAH akan menjadikan setiap masyarakt kita baik pemimpin maupun rakyat akan menjadikan mereka matang dan berubah kearah kebaikan yang dicari-cari selama ini,tetapi selagi manusia itu bersikap mengumpulkan dunia maka impian yang akan kita harapkan akan terbang jauh,kerana banyak mana pun kita mengumpulkan dunia ia tidak akan habis hakikatnya dunialah yang mengumpulkan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan