Bukan untuk menghalang rancangan kerajaan mengurangkan kadar kemalangan serta kematian dalam kemalangan,tetapi sekira nya sebelum undang-undang ini dikuat kuasakan kenalah adanya satu perbincangan dari semua pihak yang bersangkut paut termasuklah juga dari pihak pembangkang kerana ini juga mempengaruhi rakyat yang mengharapkan sesuatu rang undang-undang yang akan dikuat kuasakan sekurang-kurang tidak lah membebankan rakyat yang dah sedia terbeban dan mengapa setiap kali jika kerajaan menghadapi kegawatan ekonomi mengapa harus beban itu diletakkan pada rakyat amnya.
Melayu mudah lupa bukan lagi menjadi madah sekarang,tapi ramai yang masih ingat setiap kali negara mengalami kegawatan ekonomi inilah caranya kerajaan yang kononnya mendapat mandat untuk berkuasa memaksa rakyat yang memilih mereka menanggung beban tetapi lupa pada rakyat dengan berbelanja boros sesuka hati.Apakah selepas dengan penguatkuasaan talipinggang ini akan membuat kan kadar kemalangan dapat dikurangkan maupun kematian dapat dikurangkan dapat dirancang dengan jayanya ataupun masih lagi seperti dulu,hakikatnya banyak sebab mengapa kemalangan berlaku dan sepatutnya penguat kuasaan harus dilakukan terhadap para pengajar sekolah memandu kerana mengajar mereka-mereka yang baru sambil lewa serta menunjukkan contoh yang tidak baik semasa memandu membawa pelajar-pelajar baru.
Yang pasti kerana ketamakan serta kegopohan manusia memandu dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap pemandu lain serta tekanan kehidupan adalah penyumbang semua ini dan kita kena beringatlah bahawa "LAJU ITU MEMBAWA KITA KEPADA 2 PERKARA,1 SAMADA CEPAT SAMPAI ATAU 2 LANGSUNG TAK SAMPAI"................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan