Sekiranya perkara ini benar-benar terjadi dan takdirnya jika 10% sahaja dari jumlah keseluruhan yang tidak dapat bekerja semula apakah yang akan terjadi kepada 10% ini dan keluarga-keluarga mereka dan juga diambil kira sekiranya yang diberikan cuti sementara tanpa gaji yang mungkin akan mengambil masa antara 6-12 bulan apa kah yang akan mereka lakukan dan bagaimana pula keadaan mereka pada masa genting itu,apakah tiada perancangan dari kerajaan persekutuan maupun kerajaan negeri agar dapat mengelakkan dari semua ini terjadi.
Siapalah saya untuk mengajar apa yang kerajaan persekutuan serta negeri akan lakukan cuma bagi saya adalah untuk mengingatkan kita bagaimana keadaan pekerja-pekerja ini semasa perkara ini terjadi,bagaimana dengan keluarga mereka,tanggungan mereka,pendidikan anak-anak,kesihatan keluarga,makan minum mereka dan yang lebih perit bagaimana hutang rumah,bil-bil dan sebagainya.Pihak penguasa mungkin akan memberi alasan kerana menjadikan ekonomi yang merundum ini untuk mencari peluang mengurangkan kos operasi dengan menawarkan gaji yang lebih rendah kepada mereka yang sanggup bekerja dan ia memang telah menjadi trend masa kini,bukan sahaja sektor kilang-kilang yang terlibat tetapi sektor lain juga telah lama terlibat sama dalam cara menangani kos tenaga yang meningkat tinggi.
Bukan dalam parti politik sahaja yang perlu reformasi,kesatuan-kesatuan juga perlu direformasikan kerana kebanyakan pegawai-pegawai yang dipilih menjadi ahli jawatan kuasa akan seboleh-boleh mengekalkan kuasa yang mereka ada kerana bernamakan manusia kita tidak lari dari salah laku. . . . . .bergeraknya kesatuan adalah dengan adanya ahli-ahlinya dan yuran yang di kutip melalu potongan gaji juga penyumbang menghidupkan kesatuan masing-masing dan perlu kita lihat dan semak berapa banyak kes-kes yang dibawa oleh kesatuan berkenaan salahaku majikan dan berpa banyak pula kes itu dimenangi oleh majikan?
Sebenarnya perkara ini telah lama dan semakin lama semakin bernanah,cuma belom pecah mengeluarkan bau yang busuk,percayalah sedikit masa lagi akan berlakunya perubahan sekiranya impian kita untuk menukarkan BN kepada PR dapat direalisasikan,ramai yang tidak menyedari bahawa penguasaha dalam semua sektor mempunyai persatuan masing-masing,mereka ini seperti kata TT(TUKAR TIUB) adalah kaum zionis yang mengawal menteri-menteri berkenaan untuk menjaga kepentingan mereka,dengan kata lain kena "BELI" dan kiranya kesedaran kurang dari para pekerja maka merekaaberkemungkinan akan menjadi mangsa rakus sang penguasaha.Bukalah minda kita perhatikan keadaan sekeliling,bayangkanlah sekiranya mereka-mereka yng sihat yang bekerja tiba-tiba semua ini terjadi apa lagi kepada mereka yang di kategorikan OKU,menghidap penyakit kronik bagaimana untuk mereka meneruskan kehidupan. . . . . . . .
Siapalah saya untuk meminta anda semua merasakan apa yang akan terjadi kepada saudara-saudara kita yang lain kerana mengubah minda seseorang tidak boleh dengan memaksa tetapi biarlah ia datang dengan sendirinya dan yang pastinya perjalanan kita masih panjang insyallah. . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan