Dengan bermodalkan ego serta penipuan maka 50 tahun yang menjadikan modal BN berkuasa dan ingin terus berkuasa menyebabkan kebanyakan pimpinan BN serta yang bergelar ahli parlimen serta adun menjadikan khazanah negara ini umpama harta mak bapak dia orang,maka lihatlah keseluruhan pimpinan serta ahli parlimen serta adun BN mereka ini telah banyak mengumpulkan harta serta wang berjuta dan itu adalah realitinya dan akhbar tempatan menyajikan fantasi yang dibelakang tabir nya adalah parti yang memerintah.Lihat kepada krisis ekonomi tahun 1998 bagaimana rakyat bersusah payah tetapi pimpinan BN tetap bergaya dan berduit,malah mereka tetap stabil kerana tukaran wang dollar mereka sebelum krisis melanda mencukupi dan melebihi,dengan memijak kepala rakyat serta menipu dalam segala urusan termasuklah meletakkan orang yang mudah dibeli di setiap badan-badan kerajaan maupun pihak keselamatan bermakna mereka-mereka ini telah menyelamatkan operasi yang dirancangkan masa sekarang dan masa hadapan.
Fantasinya pimpinan BN ini mengambarkan bahawa negara Malaysia ini adalah makmur,aman,mewah dan bermacam lagilah dengan menggunakan lidah editor yang mudah dibeli yang menjualkan etika diri sendiri untuk kepentingan sendiri,hakikatnya semua ini terjadi adalh kerana manusia ini bersikap keduniaan yang mementingkan harta wang ringgit,pangkat serta kemudahan lainnya,dan sekian lamanya pembohongan ini terjadi dan setelah berlakunya reformasi barulah tembelang serta tipu jahat BN kelihatan satu persatu dan atas desakan rakyat serta berlakunya PRU 12 yang sudah masuk hampir setahun maka realitinya yang terjadi 5 negeri berubah kerajaan maupun sebahagian Wilayah Persekutuan adalah milik PR dan 2 PRK di Permatang Pauh serta Kuala Tereanganu adalah milik PR juga,tetapi pimpinan BN seakan-akan masih lagi berfantasi mengatakan yang indah-indah sahaja,malah untuk mengatakan bahawa mereka memang sudah hampir bungkus adalah jauh dan susah sekali.
Manifesto serta janji-janji pimpinan PR adalah tunggak serta harapan yang difantasikan permulaannya tetapi fantasi itu ditukar dengan realiti oleh Pimpinan PR terutama mentor DSAI yang menjadi daya tarikan PAS dan DAP dapat berbincang dan duduk bersama yang dikatakan mustahil bisa berlaku,dan pencerhanaan ini telah membuka minda rakyat malah ada pimpinan BN juga turut sama-sama setelah keluar dari BN menjadikan medium PR sebagai wadah perjuangan yang baru yang bertuankan rakyat.Impian ahli serta pendokong dan penyokong secara fantasinya juga mengharapkan agar PR dapat lah memerintah negara menggantikan BN yang kononnya sudah tidak relevan lagi malah parti melayu UMNO yang kononnya mewakili bangsa melayu juga kelihatan bocor sana sini kapal nya dan hampir karam cuma menunggu waktu sahaja yang ALLAH berikan sedikit masa agar mereka-mereka didalam kapal yang hampir karam itu bertukar kapal baru,tetapi nampak gayanya kesempatan yang ALLAH berikan akan dipersia-siakan. . . . . . . . . .Insyaallah sekiranya fantasi yang digambarkan oleh kita ini termasuklah blogger-blogger akan bertukar menjadi realiti sekiranya tanggungjawab ini dapat kita lakukan bersama-sama dan berhati-hati kerana ada perpatah mengatakan "MEMPERCAYAI SESEORANG ADALAH BAHAYA TETAPI TIDAK MEMPERCAYAI SESEORANG ADALAH LEBIH BAHAYA". . . . . . .
Bila putaran roda berpusing maka BN yang dahulunya megah serta mewah dengan realiti maka kini mereka menjadikan fantasi sebagai memenuhi alam kehidupan yang tinggal tak seberapa,dan bagi rakyat yang menjadikan harapan serta fantasi agar kerajaan BN dapat diubah maka fantasi ini insyaallah dalam masa-masa yang kebelakangan ini dapat direalitikan dan disensasikan insyaallah sejarah akan berlaku. . . . . . . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan