Putaran roda buat Umno kini telah bermual sejak PRU12 dan kini putaran roda itu berada di keadaan posisi bawah dan di khuatiri bahawa roda itu akan terus melekat ditanah sehingga tidak dapat bergerak kerana beban yang amat berat yang tak tertanggung kerana dosa-dosa terhadap masyarakat yang memberi mereka kuasa tetapi kuasa itu juga lah yang mencengkam rakyat sendiri dan apa-apa pun janganlah kita riak kerana masih jauh lagi perjalanan sebenarnya,bagi yang baru ia menjanjikan peluang-peluang untuk bersama berjuang dengan lebih konsisten dan rakyat Bota akan juga mendapat faedahnya tetapi janganlah melupakan pada mereka yang lama yang telah bersama-sama merasa pahit getirnya perjuangan yang sedikit sebanyak juga telah mencurahkan bakti kerana tanpa mereka-mereka ini mustahil PR boleh berjaya.
Umpama baju baru memang kita ingin memakai selalu tetapi baju lama haruslah disimpan dan dijaga dengan baik kerana yang lama adalah pilihan kita juga dan bila di pakai nampak bergaya begitu juga pemimpin-pemimpin ini janganlah dilupakan mereka-mereka yang telah banyak berjasa dan bagi yang berhasrat untuk berhijrah maka percepatkan lah usaha itu dan apa yang boleh saya perkatakan adalah ucapan selamat datang dan selamat berjuang kerana ada pepatah mengatakan sekiranya seseorang itu memasuki sekawanan masyarakat maka tingkah serta peribadi nya juga akan mengikuti jadi pikirkan lah mana-mana yang lebih baik kerana pilihan di tangan kita sendiri sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan