Mungkin kita ada juga perasan yang ada blogger telah cuba untuk meramalkan bayangan kerajaan pimpinan pakatan rakyat yang mereka inginkan dan ada juga yang berpendapat bayangan itu haruslah mereka-mereka yang memperjuangkan dalam segi politik dan parti,apa-apa pun pendapat saya yang kerdil ini sepatutnya sekarang pakatan rakyat sudah ada perancangan untuk membayangi kerajaan BN dengan membentuk BADAN TINDAKAN PAKATAN RAKYAT yang menjaga kepentingan 5 negeri yang telah di menangi semasa PRU12 dan secara keseluruhannya BADAN TINDAKAN ini juga mengawal,memperbaiki,menyusun sistem yang ada,memperkenalkan sistem dan perancangan baru,perhubungan yang lebih telus dan menyeluruh,disamping memperbaiki hubungan dengan parti politik kerajaan kerana pakatan rakyat dibentuk adalah kehendak rakyat yang ingin berubah kearah keharmonian agama dan kaum.
Perancangan perlulah di buat dengan teliti kerana Badan Tindakan ini merangkumi semua masyarakat yang benar-benar ingin memadanikan masyarakat tidak kira agama dan kaum,termasuklan dari segi ekonominya,pendidikan nya,skim kesihatan nya,keselamatan masyarakatnya,pelancongannya,keagamaannya,komunikasinya serta banyak lagi seperti pakatan rakyat adalah kerajaan ke2 selain BN sementara perubahan yang benar-benar berlaku.Berbincanglah sesama kita dengan hati yang terbuka yang mana pendapat saya yang kerdil ini saudara kita ANWAR IBRAHIM bisa melakukan perancangan ini dengan baik serta tunjukan kan lah bahawa komitmen kita adalah benar-benar memperjuangkan keadilan buat semua insyallah dengan berkat bimbingan dan teguran tuan-tuan guru yang kita ada segala perancangan umpama ini dapat direalisasikan dan insyaallah juga ia akan menjadi pesaing yang kuat buat BN dan menjadi contoh agar mereka dapat berubah kearah kebaikan.
Harapan rakyat yang mana menyokong BN mungkin dengan adanya Badan Tindakan ini sekurang-kurangnya mereka mempunyai pilihan yang lain untuk mereka menimbang tara dan sekiranya ini menjadi realiti bukannya fantasi diri saya ini maka ambillah pesanan dan ingatan dari MAWE ahli parlimen pakatan rakyat yang terbaru bagi kerusi Kuala Terangganu agar kita janganlah melupakan hubungan kita dengan ALLAH kerana yang benar adalah datangnya dari ia dan yang tidak benar adalah dari diri kita sendiri dan apa-apa pun siapa lah saya untuk menjadi sesiapa. . . . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan