Biar apa pun berlaku setelah tamatnya PRK ini hakikatnya kerajaan BN mungkin akan menghadapi masalah setelah janji -janji yang diuar-uarkan tidak di penuhi dan dilaksanakan,berbanding dari PAS yang ingin merubah sistem yang pincang yang dikatakan sebagai penyebab melayu menjadi mundur.Melayu yang sebenarnya telah layu dengan pimpinan BN serta pemimpin mereka yang tak malu melakukan jenayah pelbagai yang kononnya mewakili majoroti bangsa melayu.Sebenarnya bukan melalui bangsa bermula menjadi global tapi adalah agama yang sebenarnya menglobalkan bangsa itu.
BN perlu mengekalkan kemenangan di K.T setelah PRU 12 parlimen ini di menangi oleh arwah Datuk Razali mengalahkan Mat Sabu,berapa banyak pun wang yang kena keluar tidak menjadi persoalan buat masa ini yang penting kemenangan ini juga perlu bagi Najib menunjukan bahawa dia adalah seorang pengarah pilihanraya yang benar-benar hebat sehebat jawatan yang akan disandang olehnya itu pun sekiranya perancangan antara Pak Lah dengan beliau dilaksanakan,dengan perancangan yang hebat oleh macai-macai yang berpusat di bukit tunku yang dikawal oleh pihak-pihak berkenaan cyber tropper yang profesional yang mungkin kita tidak kenal yang diupah oleh mangkuk-mangkuk hayun ini untuk mensabotaj laman-laman reformasi media serta blogger yang menyalurkan maklumat yang benar dan tepat serta perancangan jahat sakai-sakai gila kuasa dan pangkat yang ditutup pintu mata mereka dengan jawatan dan habuan telah juga bersengkokol dengan parti yang kononnya cemerlang,gemilang dan terbilang hakikatnya penuh dengan temberang.
Kecoh mengenai Israel yang dikatakan menyerang dan membunuh orang awam,kononnya mereka ini mempertahankan keselamatan rakyat mereka tapi begitu pun dunia mengutuk mereka termasuklah negara kita Malaysia,walaupun mereka nampak zalim kepada rakyat negara luar tetapi untuk rakyat negara sendiri mereka jaga dengan bersungguh,tapi di Malaysia apa yang rakyat dapat,ISA,DEMOKRASI ALA BN,pemimpin menjadi tuan rakyat menjadi hamba,rompak harta negara,rakyat dizalami,polis dan askar menjadi barua pemimpin UMNO,dan yang lebih bangsat kemewahan mereka kecapi hutang-hutang serta beban rakyat yang tanggung.
Untuk itu apa pun sebenarnya yang akan terjadi pada 17 hb ini BN adalah pihak yang sebenarnya paling tertekan,sekiranya umur kita panjang insyaallah akan nampak lah tekanan itu sedikit masa lagi berdoa dan berusaha agar kejayaan di pihak pakatan rakyat kerana kekalahan BN akan menambahkan lagi tekanan yang paling hebat untuk tahun 2009 buat BN serta SEKUTU-SEKUTUNYA. . . . . . . . . . . . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan